Apple Mungkin Memperkenalkan Dua Model iPad Baru Tidak Lama Lagi – Amanz


Apple kini dilihat telah membuat pendaftaran produk di Eropah untuk dua model iPad baru yang menjalankan iOS11 – sekaligus memperlihatkan gergasi perkomputeran berkenaan mungkin memperkenalkan tablet baru dalam masa terdekat ini.

Melalui 9To5Mac, ia dijangka yang mana tablet ini mungkin lebih kepada kemaskini dari segi spesifikasi untuk iPad sedia ada dipasaran.

Desas-desus sebelum ini mengatakan Apple mungkin hadir dengan iPad yang mengintegrasikan Face ID – tetapi ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum dilancarkan secara rasminya.

Bagi anda yang merancang untuk membeli iPad baru, mungkin boleh nantikan beberapa minggu ini sebelum membuat keputusan akhir untuk membeli tablet keluaran Apple berkenaan.



Source link

read more

Dua maut 22 cedera letupan bom di Myanmar



YANGON : Dua pekerja bank terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam kejadian letupan bom Lashio, utara Myanmar pada Rabu.

Menurut jurucakap polis siasatan telah dilancarkan bagi mengenalpasti punca kejadian dan individu yang bertanggungjawab.

Laporan awal menyebut 11 orang awam tercedera dalam kejadian.

“Kami telah menerima laporan mengenai kejadian letupan bom di Lashio hari ini,” kata Kolonel Thet Naing.

Menurut jurucakap kerajaan Zaw Htay menerusi laman Twitter miliknya, dua wanita maut dalam kejadian manakala 11 orang awam tercedera.

Menurut saksi, Lway Dehnin, 27 tahun, satu letupan kuat berlaku kira-kira jam 4.30 petang berdekatan dua bank di pusat bandar yang terletak berhampiran pejabat Kementerian Kesihatan negara itu.

“Letupan itu berlaku berdekatan bank Aya dan Yoma yang menyebabkan tingkap di kedua-dua bangunan tersebut serta Kementerian Kesihatan dan beberapa rumah berdekatan pecah,” kata Lway Dehnin.

Bank Yoma dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, dua pekerjanya yang berkhidmat di cawangannya di Lashio maut dalam kejadian manakala dua cawangannya lagi di bandar tersebut akan ditutup buat sementara waktu.

“Bank Yoma akan terus berdiri teguh dan situasi yang sedih ini,” tambah kenyataan itu.



Source link

read more

Kemurungan atau dicabar Ngeri Dua beradik nekad terjun dari tingkat 10



SATU insiden menggemparkan dilapor berlaku di Rusia di mana dua beradik nekad terjun dari tingkat 10 apartmen dihuni mereka.

Dalam insiden yang berlaku di Izhevsk itu, dua beradik tersebut — Anastasia Svetozarova, 15 tahun, dan adiknya adiknya, Maria Vinogradova, 12 tahun — dilapor bertindak demikian dipercayai akibat dilanda kemurungan melampau.

Maria dikatakan mengalami kemurungan selepas dibawa bertemu pakar sakit puan apabila ibunya mengetahui tentang hubungannya dengan seorang teman lelaki berusia 12 tahun, lapor portal Daily Mail.

Kakak Maria pula dilapor telah mengalami kemurungan sejak sekian lama, menurut kata teman lelakinya sepertimana dalam laporan portal tersebut.

Sebelum terjun, dua beradik itu sempat meninggalkan mesej di laman media sosial mereka.

Dalam satu video yang dirakam sendiri oleh Anastasia, dia mengucapkan selamat tinggal dan berkata dia amat menyayangi orang di sekelilingnya.

Namun, muncul satu lagi teori yang dikaitkan dengan insiden ini. Menurut polis Rusia, kematian dua beradik ini mungkin ada kaitan dengan ‘Blue Whale Challenge’.

Permainan kontroversi ini merupakan satu aplikasi yang mencabar pemain, khususnya remaja, untuk melakukan beberapa tugasan yang diberikan oleh pencabar yang tidak dikenali, dalam masa 50 hari sebelum mereka akhirnya membunuh diri.

Pihak polis kini sedang meneliti telefon bimbit dan komputer kedua-dua adik beradik ini untuk sebarang petunjuk yang menjurus kepada penglibatan mereka dengan aplikasi tersebut.

Untuk rekod, kejadian yang hampir sama berlaku di Bandung, Indonesia pada Julai tahun lalu apabila dua beradik terjun dari tingkat empat apartmen akibat kemurungan yang dialami. 



Source link

read more

Terengganu Ingin Guna Bas Dua Alam Untuk Pelancongan Dan Ketika Banjir – Amanz


Sebelum ini, kita telah melihat demo bas dua alam yang boleh berfungsi di darat dan di air dengan mudah di beberapa buah negara. Kini, pengguna tempatan turut boleh melihatnya selain menaikinya sendiri dengan berkunjung ke Terengganu.

Dua bas dua-alam daripada Amphicoach kini telah pun tiba di Terengganu, dan bakal dipertontonkan kepada umum pada Ekspo Terenggani 2018 yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Ini sekaligus menjadikannya sebagai bas pertama di Malaysia dengan ciri boleh digunakan di darat dan juga di air.

Amphicoach

Bas dua alam Amphicoach ini akan digunakan untuk beberapa perkara, termasuk mewarnai sektor pelancongan di negeri berkenaan. Ia dijangka akan digunakan sekitar Tasik Kenyir, sekaligus memberikan pengalaman yang serba baru kepada para pengunjung.

Disamping itu, Amphicoach turut dijangka untuk digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir dikawasan tidak berarus deras ketika musim tengkujuh.



Source link

read more

Tiga parah kemalangan dua kereta – Nasional


IPOH 18 Feb. – Tiga parah manakala seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Simpang Pulai menghala Cameron Highlands di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota dihantar ke lokasi kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Waja dan Perodua Myvi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.38 pagi.

Katanya, semasa sampai di lokasi tersebut, didapati pemandu wanita kereta Proton Waja berusia lingkungan 20-an tersepit di dalam kenderaannya namun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Tiga lagi mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berusia 40-an dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun pula telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Ketiga-tiga mereka cedera parah dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dan ambulans hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bas dua alam Amphicoach tiba di Kuala Terengganu – Wilayah


KUALA TERENGGANU 18 Feb. – Bas dua alam, Amphicoach yang menjadi sensasi sekian lama, bukan sahaja kerana keunikannya tetapi juga setelah kenderaan yang ditempah di Malta itu sering tertangguh penghantarannya, akhirnya tiba di bandar raya ini pagi ini.

Kenderaan pertama seumpamanya di rantau ini dan yang ke-13 di dunia itu akan dipertontonkan kepada umum dalam Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, di Gong Badak dekat sini mulai 25 Febuari hingga 3 Mac nanti.

Ketika mengesahkannya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu, kenderaan yang bakal mewarnai sektor pelancongan negeri terutama di Tasik Kenyir kini ditempatkan di Depoh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Bukit Kecil di sini bagi pemeriksaan lanjut.

“Kerja-kerja pemeriksaan itu bertujuan untuk mendapatkan permit dan kelulusan daripada JPJ dan Jabatan Laut bagi memastikan aspek keselamatan kenderaan di tahap terbaik memandangkan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kepakaran menguruskannya.

“Sebagai kenderaan pertama di Malaysia dan yang ke-13 di dunia, JPJ dan Taman Laut mungkin kena lihat contoh Amphicoach di negara lain dengan salah satunya ada di Hungary,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program D’Mukim dan Jualan Sentuhan Rakyat sempena Majlis Pelepasan Benih Udang di Taman Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP), Kampung Nyatoh di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua lelaki miliki dadah bernilai RM7,250 ditahan – Jenayah


BUKIT MERTAJAM 17 Feb. – Dua lelaki ditahan di lokasi berasingan oleh Polis Seberang Perai Tengah (SPT) kerana memiliki dadah semalam dan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, tangkapan pertama pukul 10.30 malam tadi melibatkan seorang pemandu lori berusia 49 tahun di Seberang Jaya di sini.

Katanya, lelaki itu ditahan di hadapan sebuah rumah kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan tubuh yang dilakukan anggotanya menemukan 26 plastik lutsinar disyaki ganja dan tiga papan aluminium foil disyaki Erimin 5.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek pula menemukan 13 papan aluminium foil disyaki Erimin 5 yang disorokkan di dalam kabinet televisyen,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, semakan mendapati suspek memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah manakala jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3,150.

Sementara itu, katanya, dalam pemeriksaan rutin berhampiran Plaza Tol Perai di sini kia -kira pukul 12.05 tengah hari tadi, polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang menaiki kereta Proton Perdana.

Tambahnya, pemeriksaan badan lelaki itu tidak menemukan sebarang objek meragukan namun siasatan lanjut di dalam kereta menjumpai satu bungkusan plastk hitam mengandungi satu paket plastik lutsinar dadah disyaki heroin seberat 230.4 gram dianggarkan bernilai RM4,100.

“Sehubungan itu suspek yang memiliki lima rekod silam berkaitan dadah dan dua rekod jenayah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau memberitahu, kedua -dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ratu cantik Filipina dakwa dua anak diganggu di taman tema – Jenayah


KUALA LUMPUR 16 Feb. – Ratu cantik Filipina, Ruffa Gutierrez mendakwa dua anak perempuannya diganggu sekumpulan lelaki ketika mengunjungi sebuah taman tema di Subang Jaya, dekat sini semalam.


Memetik laporan ABS-CBN News Manila menerusi portal Malay Mail, Gutierrez mendakwa kumpulan lelaki tersebut bukan sahaja mengganggu dua anak remajanya, Lorin Gabriella, 15 dan Venice Bektas, 14, dengan panggilan serta perbuatan kurang sopan, malah turut merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit.

“Ketika kejadian, saya dan rakan pergi membeli makanan, manakala dua anak saya pergi bermain roller-coaster.

“Tiba-tiba kedua-dua anak saya datang dalam keadaan menangis dan memberitahu diganggu beberapa lelaki tua yang turut merakam gambar mereka,” terangnya dalam laman Instagram miliknya.

Gutierrez memberitahu, mereka terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan taman tema tersebut untuk pergi ke kenderaan mereka kerana bimbang kumpulan lelaki akan terus mengganggu mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai insiden berkenaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

LEPAS PKR, DAPigs BERI KATA DUA BUAT PPBM!!! ~ SEMUT HITAM


DAPigs Selangor memberi kata dua kepada PPBM negeri itu supaya tidak melampau dalam membuat tuntutan kerusi dan diingatkan supaya patuh kepada keputusan yang sudah dibuat.

Naib Pengerusinya, menyindir PPBM Selangor yang cuba menunjukkan taring tetapi lama-kelamaan mereka akan tunduk kepada keputusan yang sudah disepakati sesama parti dalam Pakatan.

“Biasalah orang baru memang macam itu, sentiasa mahu tunjuk taring.

“Bagaimanapun saya yakin itu hanyalah permulaan bagi Bersatu (PPBM), saya yakin lama-kelamaan mereka akan terima keputusan pucuk pimpinan yang akan mengambilkira kepentingan semua parti komponen lain dalam pembahagian kerusi,” beliau dipetik berkata semasa menghadiri sidang media Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina hari ini.

Terdahulu, PPBM Selangor bertegas mahu bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi UMNO pada PRU13 lalu meskipun ia mendapat bantahan daripada PKR.

Semalam, wakil PKR memberikan gambaran seolah – olah tuntutan yang dibuat oleh PPBM yang mahu bertanding di 12 kerusi DUN di Selangor sebagai satu langkah tidak sedar diri.

PKR mendakwa, tuntutan yang dibuat oleh PPBM perlu realistik dan berdasarkan kepada kekuatan serta kemampuan parti itu untuk menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Dalam erti kata lainnya, DAPigs dan PKR sepakat dalam memberikan pandangan bahawa PPBM tidak selayaknya diberikan kerusi yang banyak kerana parti itu masih baru serta tidak mempunyai kekuatan akar umbi untuk mendapat mandat dari rakyat!!!




Source link

read more

Isteri bayi mati dihentak batu lesung hingga terbelah dua



BREBES: Apa yang membuatkan seorang lelaki tergamak membunuh isteri dan bayinya yang baru berusia setahun ketika mereka sedang tidur?

Dalam kejadian di Brebes pada Selasa, lelaki berkenaan Tarmuji, 35 tahun, didakwa memukul isterinya Koniti, 35 tahun, dan anaknya, Dimas Adi dengan batu lesung hingga terbelah dua.

Tarmuji yang ditahan polis berkata pada malam sebelumnya, berlaku pertengkaran di antara dia dan Koniti.

Mereka kemudian tidur bersama sebelum Tarmuji tiba-tiba terbangun.

Dalam keadaan sedar dia mengambil batu lesung dan memukul si isteri yang sedang tidur hingga mati.

Dia kemudian memenggal kepala anaknya yang tidur di sebelah si ibu yang sudah tidak bernyawa.

Walaupun Tarmuji dikenali sebagai seorang pemabuk, dia mengaku melakukan tindakan kejam itu dalam keadaan sedar.

Petani warga Desa Luwungragi, Kecamatan Bulakamba itu mengaku memukul isterinya tiga kali sampai batu lesung terbelah dua.

“Saya tak tahu kenapa saya lakukan itu kepada anak saya. Saat itu, rasanya saya tak kenal yang itu adalah anak saya.”

Menurut laporan portal detik.com, pasangan itu sering bertengkar dipercayai disebabkan hal kewangan.

Koniti dipercayai kecewa dengan suaminya Tarmuji yang hanya memberikannya nafkah sebanyak Rp800,000 (kira-kira RM230) setiap kali musim menuai sedangkan Tarmuji mendapat upah Rp6.3 juta (RM1,810) daripada majikannya.

Polis merampas beberapa barang bukti termasuk baju mangsa, pisau, lesung, dan tilam dari lokasi kejadian.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons