LEGOLAND Malaysia lancar Roller Coaster Realiti Maya pertama di dunia



ISKANDAR PUTERI: LEGOLAND Malaysia Resort (LMR) pada Rabu secara rasmi melancarkan Roller Coaster Realiti Maya LEGO (VR) yang pertama di dunia di taman temanya, di sini.

Permainan ‘The Great LEGO Race’ menampilkan pengalaman roller coaster yang lebih menarik dengan pengembaraan baharu yang belum pernah dirasai di taman tema LEGOLAND.

Menurut pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND Malaysia, Thila Munusamy, permainan itu yang direka dan dibangunkan oleh Merlin Magic Making, menampilkan pelbagai karektor berwarna-warni daripada dunia animasi LEGO Minifigure.

“The Great LEGO Race membangkitkan imaginasi dunia LEGO dan memberi kejutan kepada kanak-kanak.

“Pengunjung akan merasai pengalaman dan cabaran yang teruja dalam roller coaster yang diterajui oleh Trendsetter, Pharaoh, Surfer Girl, Wizard dan Pirate Captain,” kata beliau pada pelancaran roller coaster bercirikan realiti maya itu.

Turut hadir pengarah komunikasi korporat Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof dan Ketua IT dan Perniagaan Telefon Bimbit Samsung Malaysia Electronics, KM Liew.

Thila berkata pengunjung boleh menaiki roller coaster dengan mengenakan atau tanpa alat pendengar dan permainan itu sesuai untuk kanak-kanak berusia enam tahun dan ke atas.

“Durasi menaiki permainan itu ialah tiga minit dan jumlah maksimum penumpang setiap perjalanan ialah empat manakala ketinggian maksimum roller coaster di atas paras trek ialah 18 metetr,” kata beliau sambil menambah penumpang perlu mempunyai ketinggian 120 cm untuk menaiki seorang diri.

Ketika ditemui Bernama kemudian, Thila berharap bahawa pengalaman menaiki roller coaster akan menarik lebih ramai pengunjung ke LMR, terutama semasa cuti persekolahan akhir tahun.

Thila juga berkata perjalanan menaiki roller coaster itu akan dilancarkan di LEGOLAND Florida Resort dan LEGOLAND Deutschland Resort tahun depan.

Terdahulu, seramai 30 pengamal media tempatan dan antarabangsa diberi peluang untuk menaiki roller coaster tersebut untuk merasai pengalaman.

Wakil media tempatan, Fazrin Nazieha Hasbullah, 22, berkata beliau berasa sangat istimewa apabila merasai pengalaman menaiki roller coaster realiti maya yang pertama di dunia.

“Saya berasa takut pada mulanya tetapi pengalaman itu hebat dan sangat menghiburkan,” katanya.

Sejak dibuka pada 2012, Legoland Malaysia secara konsisten telah menambzah tarikan dan pengalaman baharu kepada pengunjung setiap tahun dengan memperkenalkan Taman Tema Air, Legoland Hotel, Ninja Go dan Star Wars.

The Great Lego Race menggantikan permainan roller coaster sedai ada dikenali Project X.

— BERNAMA



Source link

read more

Aktor, penyanyi David Cassidy meninggal dunia – Luar Negara


LAS VEGAS 22 Nov. – Aktor dan penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS), David Cassidy dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun hari ini.

Cassidy yang dikenali menerusi siri televisyen popular tahun 70-an, The Partridge Family sebelum diangkat menjadi idola pop remaja ketika itu dimasukkan ke hospital minggu lepas selepas mengalami masalah kegagalan organ berfungsi.

“David (Cassidy) menghembuskan nafas terakhirnya dengan dikelilingi saudara tercinta serta hati dan jiwa yang bebas selepas lama hidup dalam keadaan menderita,” kata keluarganya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan BBC.



Source link

read more

Bual Bola: Sejarah disebalik bola rasmi Piala Dunia (bahagian 1/12)



Telstar dianggap bintang televisyen yang pertama selepas ia diperkenalkan sebagai bola rasmi bagi Piala Dunia 1970 di Mexico. Menjelang pengundian Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, ikuti bahagian pertama daripada 12 cerita dan sejarah disebalik bola-bola rasmi yang digunakan di Piala Dunia selain revolusi pembikinan bola sepak.



Source link

read more

Jimmy Samudera meninggal dunia – Hiburan


BATU PAHAT 19 Nov. – Pemain gitar bass kumpulan Samudera, Azizan Hamid meninggal dunia semasa berada di rumah inap desa Parit Tengah, Rengit, dekat sini hari ini.

Azizan atau lebih dikenali sebagai Jimmy, 49, ditemukan tidak sedarkan diri pada pukul 7.30 pagi oleh anggota kumpulannya yang lain.

Pemain drum Samudera, Mohd. Azhar Ropie atau A’ai, 48, berkata, kumpulan Samudera datang ke daerah ini untuk mengadakan persembahan di Jom Gegar Parit Tengah, Rengit pada malam tadi.

“Selepas selesai membuat persembahan, kami semua balik ke rumah homestay (inap desa) dan berbual sehingga pukul 3 pagi sebelum kami tidur.

“Pagi ini dalam pukul 7.30 pagi, kami mahu bertolaj balik ke Kuala Lumpur, kami kejutkan dia (Jimmy) namun dia tidak bangun-bangun sebelum kami menghubungi talian kecemasan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pereka fesyen terkenal, Azzedine Alaia meninggal dunia – Luar Negara


PARIS 18 Nov. – Pereka fesyen kacukan Perancis-Tunisia yang terkenal, Azzedine Alaia dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 77 tahun hari ini.

GAMBAR fail menunjukkan pereka fesyen terkenal, Azzedine Alaia ketika menghadiri satu pertunjukan fesyen di Paris, Perancis pada 2013 yang lalu. -AFP

“Kami kehilangan seorang pereka yang berbakat dan berita ini sangat menyedihkan,” kata sahabat baiknya, Pierre Cardin.

Alaia yang dilahirkan di Tunisia dan menetap di Perancis sejak kecil pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat fesyen gergasi termasuk Dior dan Guy Laroche sebelum memilih untuk meneruskan karier secara bersendirian.

Antara penggemar rekaannya termasuk bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama. -AFP



Source link

read more

Pemain gitar pengasas ACDC Malcolm Young meninggal dunia



PEMAIN gitar dan pengasas bersama kumpulan rock Australia AC/DC, Malcolm Young menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun.

Menurut kenyataan daripada kumpulan itu, Young meninggal dunia pada Sabtu selepas menderita penyakit demensia sejak 2014.

Kumpulan itu mengumumkan berita itu pada laman Facebook mereka dan menyatakan Young meninggal dunia di rumah keluarganya.

Young menubuhkan kumpulan AC/DC bersama adiknya, Angus yang juga pemain gitar dan abangnya George pada 1973.

George merupakan penerbit kumpulan itu yang telah meninggal dunia pada Oktober lepas.

Sejak berita sedih itu diumumkan ramai peminat dan kawan-kawannya mengucapkan takziah ke atas pemergiannya di laman sosial.

Selepas menubuhkan AC/DC pada 1973, Angus dan Malcolm menulis setiap lagu kumpulan itu terutamanya antara tahun 1975 hingga album terakhir pada 2014 yang berjudul ‘Rock or Bust’.

Malcolm dilahirkan pada 1953 di Glasgow, Britain sebelum keluarganya berhijrah ke Australia pada usianya 10 tahun.

Antaranya laju terkenal kumpulan itu termasuk ‘Back in Black’, ‘Highway to Hell’ dan ‘You Shook Me All Night Long’.

AC/DC dianggar telah menjual lebih 200 juta rekod seluruh dunia termasuk 71.5 juta album di Amerika Syarikat sahaja.



Source link

read more

Pesawat udara terbesar dunia terhempas, seorang cedera – Luar Negara


LONDON 18 Nov. – Sebuah pesawat udara milik syarikat penerbangan Hybrid Air Vehicles yang dianggap terbesar di dunia dilaporkan terhempas tidak sampai 24 jam selepas berjaya diterbangkan, semalam.

Portal BBC memetik kenyataan seorang saksi sebagai berkata, kenderaan gabungan pesawat dan kapal udara yang dikenali sebagai Airlander 10 itu ‘terpisah dua’ selepas terhempas di Cardington, Bedfordshire, timur England.

Difahamkan, tiada penumpang berada dalam pesawat itu ketika kejadian, namun, seorang wanita yang dipercayai kakitangan syarikat penerbangan pesawat tersebut cedera ekoran insiden itu dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. -AGENSI



Source link

read more

Pemain Spurs bantu Denmark ke Piala Dunia – Bola Sepak


DUBLIN 15 Nov. – Jaringan hatrik pemain tengah Tottenham Hotspur, Christian Eriksen berjaya membantu Denmark layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas membenam Republik Ireland 5-1 dalam aksi kedua playoff di tempat lawan awal pagi ini.

Selepas hanya terikat 0-0 pada aksi pertama di Copenhagen minggu lalu, Denmark bagaimanapun terpaksa bangkit daripada ketinggalan seawal minit ke-6 permainan dengan membalas lima gol selepas itu termasuk yang disumbang Andreas Christensen dan Nicklas Bendtner.

Kejayaan ini membolehkan Denmark menamatkan penantian bertahun-tahun lamanya untuk ke Piala Dunia buat kali kelima dalam sejarah dan lebih manis ia merupakan tiket terakhir dari zon Eropah dan pasukan ke-30 yang layak ke Rusia daripada 32 keselruhannya. – AFP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons