Jom Batik suntik elemen persahabatan – KL & Putrajaya


PETALING JAYA 10 Dis. – Kira-kira 350 masyarakat setempat menjayakan program Karnival Jom Balas Bakti Komuniti (Jom Batik) yang bertujuan menerapkan semangat persahabatan, keharmonian dan sikap tolong-menolong dalam kalangan komuniti setempat.

Program tersebut yang berlangsung di Taman Kejiranan KD9, Kota Damansara, di sini adalah anjuran Kejiranan Seksyen 8 dan Seksyen 9, Kota Damansara dengan kerjasama Kariah Surau Al-Ulum.

Pengarah Program Jom BATIK, Abdul Rahman Talib berkata, acara yang diisi dengan pelbagai aktiviti hiburan itu turut membabitkan penubuhan Pustaka Mini Jom Baca yang bakal beroperasi di Rumah Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah KD9 menjelang awal tahun depan.

“Saya amat berterima kasih kepada penduduk setempat yang mengambil inisiatif merealisasikan program ini sebagai satu pendekatan. Harapan saya supaya program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Janna Nick tak guna elemen viral untuk lariskan produk



PELAKON Janna Nick tidak menggunakan elemen viral untuk melariskan produk lakonan dan nyanyiannya.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 22, mempunyai jawapan tersendiri ketika diajukan mengenai penggunaan kuasa media sosial untuk melariskan sesuatu produk.

“Secara umum, bagi saya, penggunaan elemen viral itu terpulang kepada apa yang ingin dipromosikan. Harus dilihat juga, viral dalam cara yang bagaimana serta apa mahu ditampilkan.

“Kalau dengan kuasa media sosial boleh mendatangkan sesuatu yang baik, apa salahnya. Elemen viral juga boleh menjadi medium promosi dan publisiti untuk memperkenalkan sesuatu produk,” kata Janna ketika ditemui di majlis pelancaran single Akan Bercinta di Neway Karaoke Subang Jaya, semalam.

Namun bagi Janna, dia memilih untuk tigak menggunakan medium viral bagi melariskan sesuatu produk.

Baginya, cukup sekadar yakin dengan prestasi dan kualiti produk, pasti ia akan membuahkan hasil.

Menerusi single terbaru Janna, dia menggunakan khidmat vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza sebagai komposer dan penulis lirik.

“Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Aepul. Muzik video lagu ini juga merupakan sesuatu yang istimewa kerana menjalani penggambaran di Rome, Itali pada penghujung November lalu.

“Istimewanya muzik video ini, saya bertindak selaku pengarah dan ia juga diangkat menjadi lagu tema bagi drama bersiri ‘My Coffee Prince’ lakonan saya bersama Fattah Amin,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan ‘My Coffee Prince’, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 



Source link

read more

Karnival Orang Asli 2017 ketengahkan tiga elemen – Nasional


KUALA LUMPUR 24 Nov. – Karnival Orang Asli 2017 yang pertama kali dianjurkan menjadi medan penting dalam usaha mengetengahkan keunikan dan juga kepelbagaian budaya suku kaum itu yang turut sama mencorakkan proses pembangunan negara.



Karnival Orang Asli 2017

ISMAIL Sabri ketika berucap merasmikan Karnival Orang Asli 2017 yang berlangsung mulai 24 hingga 26 November di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, karnival selama tiga hari bermula hari ini menampilkan tiga elemen penting kebudayaan, keusahawanan dan kejayaan selain menjadi platform memperkenal 18 suku kaum Orang Asli di Malaysia.

“Karnival ini adalah inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan keunikan dan kepelbagaian suku kaum Orang Asli ditonjolkan kepada umum.

“Selain menonjolkan budaya, warisan bahasa dan kepercayaan, karnival tiga hari ini jadi medan membandarkan kawasan luar bandar. Usaha diambil amat signifikan dengan aspirasi kita malah dibuktikan melalui peruntukan RM60 juta melalui Bajet 2018 untuk Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Orang Asli 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut Ismail Sabri, sejumlah RM20 juta diperuntuk kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk melahirkan 600 lagi usahawan kaum itu dalam lima tahun Rancangan Malaysia Ke-11, berbanding 554 orang ketika ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons