Menyamar pegawai JKM sebelum larikan emas RM8,000 – Jenayah


BAGAN SERAI 19 April – Sepasang suami isteri warga emas berputih mata apabila seutas rantai emas bernilai RM8,000 dilarikan seorang lelaki yang menyamar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah mereka di Parit Haji Kassim, Alor Pongsu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian menimpa pasangan berusia 83 dan 75 tahun itu berlaku pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa sedang membelah buah pinang di rumah sebelum didatangi seorang lelaki menunggang motosikal yang memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM.

Katanya, suspek memberitahu mahu mengambil gambar mangsa sebagai syarat untuk mendapatkan bantuan bulanan sebelum pasangan warga emas itu mempelawanya naik ke rumah.

“Sebelum sesi bergambar, lelaki itu telah meminta wanita terbabit menanggalkan barang kemas yang dipakainya dan menyimpannya di dalam bilik.

“Tindakan itu dilakukan agar dapat menunjukkan mereka terdiri daripada golongan yang layak menerima bantuan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini

hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Gambar iPhone X Berwarna Emas Tertiris – Amanz


Apple iPhone X dilancarkan hanya dalam dua warna iaitu kelabu dan perak. Ramai yang agak kecewa versi warna Product RED tidak dihasilkan bersama dengan versi iPhone 8 dan 8 Plus minggu ini. Tetapi bagi mereka yang menggemari warna emas, iPhone X dalam pilihan warna ini akan hadir dalam masa terdekat.

Gambar sebuah iPhone X dalam warna emas telah tertiris selepas ia memasuki lama pensijilan FCC di Amerika Syarikat. Ini mengesahkan ura-ura yang didengari sejak sebelum peranti dilancarkan. Panel belakang dan kerangka peranti ini berwarna emas keseluruhannya sama seperti dilihat pada iPhone 8. Jika ini menarik minat anda, silalah mengumpul duit kerana pelancarannya mungkin akan berlaku tidak lama lagi.



Source link

read more

Emas, gangsa milik penerjun Malaysia – Sukan


KUALA LUMPUR 11 April – Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menepati ramalan meraih pingat emas Sukan Komanwel 2018 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita, sebentar tadi.

Lebih manis, satu lagi pasangan negara, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri turut berjaya menggondol pingat gangsa dari acara yang sama.

Setelah lima pusingan terjunan, Pendelela dan Jun Hoong berjaya mengumpul 328.08 mata, manakala Mun Yee dan Dhabitah pula berjaya meraih 308.16 mata.

Pingat perak milik pasangan Kanada, Meaghan Benfeito dan Caeli McKay yang berjaya mengumpul 312.12. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tahniah penerjun emas negara – Ahmad Zahid – Nasional


KUALA LUMPUR 11 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pasangan penerjun negara di atas kejayaan meraih pingat emas di Sukan Komanwel 2018 hari ini.

“Pingat emas ketiga hadiah buat Malaysia dalam acara terjun 10 meter platform seirama. Tahniah @cheongjunhoong & @Pandelela_R. Ayuh, teruskan sokongan untuk atlet negara di #GC2018,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menepati ramalan meraih pingat emas Sukan Komanwel 2018 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita, sebentar tadi.

Lebih manis, satu lagi pasangan negara, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri turut berjaya menggondol pingat gangsa dalam acara sama.

Setelah lima pusingan terjunan, Pandelela dan Jun Hoong berjaya mengumpul 328.08 mata, manakala Mun Yee dan Dhabitah pula berjaya meraih 308.16 mata.

Pingat perak milik pasangan Kanada, Meaghan Benfeito dan Caeli McKay yang berjaya mengumpul 312.12. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

V Shem-Wee Kiong mahu teruskan tradisi emas


Malaysia's Goh V Shem (R) hits a return behind teammate Tan Wee Kiong against Scotland's Andrew Hall and Alexander Dunn during their mixed team quarter-final badminton match at the 2018 Gold Coast Commonwealth Games at the Carrara Sports and Leisure Centre on the Gold Coast on April 7, 2018. / AFP PHOTO / WILLIAM WEST

MO, 10/4/2018, GOLD COAST: Pasangan nombor 13 dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tekad menebus kehampaan dalam acara berpasukan campuran dengan mempertahankan emas dalam saingan beregu lelaki di Sukan Komanwel.

V Shem-Wee Kiong adalah pilihan utama dan dijangka bertemu pasangan India, Chiraq Shetty-Satwi Rankireddy di perlawanan akhir.

Tekanan sudah pasti terasa kerana acara beregu lelaki adalah lubuk emas kepada Malaysia sejak edisi 1990 di Auckland.

Pasangan bidan terjun, Chan Peng Soon-Goh Soon Huat pula berada di bahagian bawah undian untuk acara beregu lelaki.

“Kami sekarang memberi fokus sepenuhnya untuk mempertahankan kejuaraan selepas tumpas dalam final berpasukan campuran. Undian kami agak baik. Kami dijangka berdepan pasangan England, Marcus Ellis-Chris Langridge di separuh akhir, malah sebelum ini kami menumpaskan mereka dalam acara berpasukan campuran.

“Kami berharap dapat meneruskan rentak cemerlang di sin dan sangat bagus jika bertemu rakan senegara di final.

“Dalam masa sama kami harus berhati-hati dengan Chiraq-Satwi, kerana mereka sudah pasti lebih bersemangat selepas India memenangi acara berpasukan campuran,” kata Wee Kiong.

V Shem-Wee Kiong yang mendapat ‘bye’ di pusingan pertama, kembali bergandingan awal tahun ini selepas empat bulan berpisah akibat masalah dalaman.

Pencapaian terbaik mereka tahun ini ialah mara ke akhir Malaysia Masters dan separuh akhir Thailand Masters serta Terbuka Jerman.

Dalam saingan beregu campuran, Malaysia mempunyai dua pasangan termasuk pilihan utama, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Peng Soon-Liu Ying berharap mampu memberikan persembahan terbaik selepas tumpas kepada pasangan India, Satwi-Ashwini Ponnappa semalam dalam perlawanan akhir berpasukan campuran.

“Kami tidak mahu terganggu dengan kekalahan semalam. Paling penting ialah kami perlu memberi tumpuan dan mencapai sasaran mara ke perlawanan akhir,” kata Peng Soon.

Peng Soon-Liu Ying berdepan undian sukar apabila dijangka menentang pasangan India, Pranaav Jerry Chopra-N. Sikki Reddy di suku akhir dan gandingan nombor 10 dunia, Chris Adcock-Gabrielle Adcock di separuh akhir.



Source link

read more

Geng samun bersenjata sasar warga emas tumpas – Jenayah


IPOH 10 April – Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah yang aktif menjalankan kegiatan samun bersenjata dengan tertangkapnya empat anggota kumpulan berkenaan baru-baru ini.

Kedua-dua kumpulan yang menyasarkan warga emas sebagai mangsa itu diberkas dalam tangkapan berasingan hasil maklumat awam dan siasatan polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, dua anggota kumpulan samun yang dikenali sebagai Geng Vinod itu ditangkap semalam di Taman Rishah pada pukul 7.15 malam.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 27 dan 28 tahun itu mempunyai enam dan empat rekod jenayah lampau.

“Kumpulan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang ini ditangkap susulan kes pecah masuk ke sebuah rumah warga emas di Taman Rishah pada 1 April lalu.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas beberapa barang termasuk dua bilah parang panjang, sebilah pisau, tiga buah motosikal dipercayai motosikal curi, tiga buah telefon bimbit dan sebuah beg galas berisi pelbagai jenis pinggan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Mohd. Ali memberitahu, pihaknya turut menumpaskan satu lagi kumpulan samun susulan penahanan dua lelaki berusia 42 dan 56 tahun pada 7 April lalu di Menglembu dan Sungai Siput.

Katanya, kumpulan itu dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun di daerah ini dan sehingga kini pihaknya percaya berjaya menyelesaikan empat kes membabitkan kumpulan sama.

“Kumpulan ini telah melakukan samun bersenjata di sebuah rumah sepasang suami isteri warga emas di Sungai Rokam pada 5 April lalu membabitkan kerugian sebanyak RM20,000.

“Susulan kejadian itu, polis telah melakukan siasatan dan berjaya memberkas tangkapan pertama berusia 42 tahun di Menglembu pada pukul 1 pagi dan tangkapan kedua berusia 56 tahun di Sungai Siput dua jam kemudian,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Badminton masih di landasan tiga emas – Badminton


GOLD COAST 9 April – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kecewa kerana skuad negara gagal mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2018, selepas kecundang 1-3 kepada India.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan prestasi beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tewas kepada gandingan India Satwik Rankireddy-Ashwini Ponnappa, pasangan yang bukan dalam senarai ranking tertinggi dunia.

“Saya rasa kecewa kerana (secara) tradisi, kita sentiasa memenangi pingat emas di Sukan Komanwel bagi berpasukan campuran.

“Kita bergantung kepada pemain senior, hari ini terbukti bahawa mempunyai daya saing dengan pasukan seperti India,” katanya.

Namun dalam kekecewaan itu, Mohamad Norza memuji pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah yang mempamerkan semangat luar biasa dengan mengetepikan kecederaan buku lali dialaminya.

“Saya sudah rujuk dengan doktor dan pakar fisiologi, mereka tidak mahu membenarkan Soniia bermain sebab ia mungkin menjejaskan peluangnya untuk beraksi dalam acara individu dan dia (Soniia) hendak main. “Bila bertarung dengan pemain di ranking ke-12 dunia di kala pasukan sudah di ambang kekalahan, itu adalah cabaran besar dipikul Soniia…dia buat dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Norza meminta para pemain melupakan kekalahan hari ini dan kembali memberi fokus kepada acara individu.

Beliau optimis badminton mampu meraih tiga emas yang disasarkan dan berharap para pemain memberi tumpuan dan aksi yang menyakinkan kerana yakin hasil akan lebih positif jika para pemain berbuat demikian.

“Kita ada beregu lelaki, Chong Wei dalam perseorangan lelaki, ada beregu wanita dan beregu campuran. – BERNAMA



Source link

read more

Warga emas maut, lori langgar lampu merah – Nasional


MACHANG 8 April – Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangi bersama cucunya dirempuh oleh sebuah lori kayu getah di kilometer 6.5 Jalan Machang- Tanah Merah dekat lampu isyarat Wakaf Bata di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai tidak sempat berhenti ketika lampu isyarat bertukar warna merah di persimpangan berkenaan.

Akibatnya, lori tersebut melanggar mangsa, Ibrahim Mohamed, 79, dan pembonceng yang juga cucunya, Ahmad Irfan Mohamed Alwi, 21.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Dzulkifli Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan laporan itu.

Dzulkifli berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang membawa kayu getah potong dari arah Machang menghala Tanah Merah tidak sempat berhenti ketika lampu isyarat bertukar warna merah lalu melanggar motosikal yang datang dari arah Tanah Merah.

“Akibat daripada pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecedaraan parah pada bahagian kepala manakala cucunya mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more