Pedati diraja teruk mahkota ini boleh buat patah tengkuk – Ratu Elizabeth luah emosi


LONDON: Buat kali pertama membuka cerita tentang upacara kemahkotaan baginda pada 65 tahun lalu, Ratu Elizabeth mendedahkan betapa tidak selesa berada dalam pedati diraja, dan betapa memakai mahkota diraja berisiko ‘patah tengkuk’.

Monarki Britain paling lama yang bertakhta itu telah ditabal sebagai ratu pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey, London, dalam satu istiadat mewah yang membawa tradisi seusang 1,000 tahun.

Reuters melaporkan, dalam satu edisi dokumentari BBC yang bakal ke udara pada Ahad, Ratu Elizabeth bercakap secara berseloroh tentang istiadat tersebut dan mahkota yang membawa peranan simbolik dalam upacara gilang-gemilang berkenaan.

“Teruk,” kata baginda mengenai perjalanan di dalam pedati emas seberat 4 tan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, iaitu tempat raja-raja monarki Inggeris dimahkotakan sejak tahun 1066.

“Ia hanya berlapik material kulit, sangat tidak selesa,” kata baginda.

Elizabeth, kini 91 tahun, cuma berumur 25 tahun ketika menjadi ratu, setelah kemangkatan ayahandanya George VI pada 1952. Kemahkotaan tersebut berlangsung pada tahun berikutnya.

“Ia suatu permulaan kehidupan seseorang yang berdaulat. Ia seperti satu pertunjukan kesatriaan yang dilakukan mengikut istiadat lama. Saya pernah menyaksikan istiadat seumpamanya (ayahanda baginda pada 1937), dan saya pula dimahkotakan dalam satu istiadat lain. Itu luar biasa,” kata Elizabeth.

Menyingkap memori peribadi baginda, Elizabeth juga mendedahkan betapa baginda bersusah-payah menyarungkan persalinan diraja, yang diperbuat daripada sutera bersulamkan mutiara, serta benag emas dan perak.

“Saya teringat pada satu masa ketika hendak berjalan atas permaidani, saya tidak boleh bergerak langsung!”

Ratu Elizabeth membuka cerita tentang pengalaman baginda dimahkotakan sebagai Ratu. - Reuters

Putera Charles sebelum ini pernah bercerita tentang pengalaman bondanya berlatih memakai Mahkota St. Edward yang seberat 2.2 kilogram tersebut ketika memandikan Charles.

Elizabeth memakai dua mahkota dalam istiadat itu – Mahkota St Edward, dan juga Mahkota Diraja ‘Imperial State’ yang bertatahkan berlian, seperti yang dikenakan ketika ke upacara rasmi seperti pembukaan Parlimen atau ketika membacakan ucapan dasar-dasar negara.

“Anda tidak boleh memandang ke bawah untuk membaca ucapan, anda perlu meninggikan kertas ucapan. Kerana jika anda berbuat demikian, tengkuk boleh patah dan mahkota akan tertanggal.

“Maka, ada beberapa kelemahan jika memakai mahkota. Namun selain daripada itu, ia adalah sesuatu yang penting,” kata Elizabeth tersenyum.

Elizabeth sebelum ini tidak pernah bersetuju untuk membuat temu bual rasmi sepanjang baginda bertakhta. Dalam dokumentari eksklusif BBC itu, baginda menceritakan pengalaman baginda di hadapan pakar istiadat kemahkotaan, Alastair Bruce.



Source link

read more

Pengebumian mangsa kebakaran apartmen Bronx dilangsung penuh emosi



NEW YORK: Majlis pengebumian mangsa korban lima sekeluarga yang terbunuh dalam kebakaran apartmen di Bronx tempoh hari berlangsung dalam suasana penuh emosi.

Holt Francis, dan isterinya, Karen Stewart-Francis; anak perempuan mereka, Kylie berusia 2 tahun dan Kelesha berumur 7 tahun dan sepupu mereka yang berusia 19 tahun, Shawntay Young antara mangsa korban kebakaran tersebut.

Dalam kejadian 28 Disember lalu itu, 3 terbunuh apabila apartmen yang didiami mereka musnah terbakar.

Ia disifatkan sebagai kebakaran paling dahsyat di Bandaraya New York sejak tahun 1990.



Source link

read more

Cabaran petugas banjir belai emosi mangsa


KEMAMAN: Bukan mudah untuk berdepan pelbagai ragam manusia di pusat pemindahan banjir.

Petugas penyelamat banjir mengakui, adakalanya hampir berputus asa, dalam proses memindahkan dan menguruskan mangsa, khususnya dalam jumlah yang ramai.

Mangsa berdegil, enggan tinggalkan kediaman antara yang sering ditemui ketika banjir.

Cabaran buat petugas adalah bagaimana kebajikan mangsa banjir perlu diutamakan, terutama melibatkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

Pegawai Rela, Nor Ashikin Puteh mengakui pendekatan berhemah perlu diamalkan ketika berdepan mangsa, yang adakalanya beremosi dan trauma berdepan bencana itu.

“Kita suruh, iring dia, maklumkan untuk berada di tempat selamat, mudah untuk tindakan seterusnya. Yang demam, yang uzur, itu kami utamakan.

“Keselamatan mereka yang kita jaga ketika ini,” katanya yang ditemui di sebuah pusat pemindahan di Kemaman.

Perkara sama diakui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Mentok, Mohd Azmy Mohd Ali.

“Kita kena ada teknik untuk memujuk, pegang dia (mangsa banjir), belai dia, dan sebagainya, untuk membiarkan dia merasai tempat pemindahan ini adalah tempat yang gembira bagi dia,” akuinya.

Sehingga tengah malam tadi, 1,528 orang daripada 340 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Terengganu, dengan Kemaman dan Dungun menjadi daerah paling teruk terjejas.



Source link

read more

GUAN ENG ALAMI GANGGUAN EMOSI!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, Si Ketua Menteri Pulau Pinang ni sedang mengalami gangguan emosi dan membuatkan dia mula kelihatan tak tentu arah bila ada yang mempertikai pasal isu PM Pakatan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pemimpin Rejim DAPigs Pulau Pinang itu mendakwa PAS tidak mempunyai hak untuk menentukan siapa bakal calon Perdana Menteri mewakili Pakatan.

Katanya, dakwaan Presiden yang menyatakan bahawa DAPigs mahu mengambil jawatan tersebut sebagai sengaja mahu dibangkitkan untuk memainkan sentimen agama dan perkauman.

“Sudah diumumkan pun PH (Pakatan Harapan) telah melantik calon perdana menteri dan timbalan bukan daripada DAP. Kenapa mati-mati pun nak kata DAP mahukan jawatan perdana menteri,” katanya dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Dari satu sudut, kenyataan pemimpin tertinggi DAPigs itu membuktikan bahawa parti itu telah menetapkan siapa calon Perdana Menteri yang akan mewakili puak Pakatan Haprak tu kelak.

Seperti mana yang telah dilaporkan sebelum ini, nama bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir telah dicalonkan sebagai PM Sementara Pakatan dan Wan Azizah sebagai Timbalan.

Walaubagaimana, pencalonan nama Pengerusi PPBM itu tidak dipersetujui dan tidak disenangi oleh beberapa orang pemimpin lain dalam Pakatan, terutama dikalangan puak PKR.

Pokok pangkalnya, tindakan Si Guan Eng yang meroyan dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS itu seolah – olah membuktikan bahawa DAPigs tidak mahu nama calon Perdana Menteri itu diubah supaya mudah diorang pergunakan Tun Mahathir untuk mengelirukan rakyat!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons