Empat laporan polis dibuat terhadap Mahfuz di Pahang


KUANTAN: Empat laporan polis telah dibuat terhadap  Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berhubung tindakannya menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan ceramah politiknya.

Di Kuantan, dua laporan polis dibuat, masing-masing oleh Pemuda UMNO Pahang dan  Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang ini.

Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah yang ditemui berkata semua rakyat Pahang perlu bersatu bagi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mahfuz itu.

“Semua Pemuda UMNO peringkat bahagian di negeri ini  akan membuat laporan polis berhubung isu itu secara berperingkat-peringkat sehingga tindakan diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948.

“Pada masa yang sama kita juga mencabar pembangkang di negeri ini untuk menyatakan pendirian mereka dalam tempoh 24 jam, sama ada menyokong kenyataan Mahfuz atau sebaliknya,” katanya.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang Hassan Mohamad yang ditemui turut mengutuk tindakan  Anggota Parlimen Pokok Sena itu.

“Kami selaku ketua-ketua kampung di negeri ini rasa terhina dengan kenyataan itu dan meminta Anggota Parlimen (Pokok Sena)  berkenaan memohon maaf secara terbuka,” katanya yang membuat laporan itu mewakili 65 ketua-ketua kampung di daerah ini.

Di Pekan, dua laporan polis turut dibuat, masing-masing oleh penghulu-penghulu daerah Pekan dan Persatuan Belia 4B Parlimen Pekan.

Penghulu Mukim Kuala Pahang Hassan Mohamed Sukor berkata seluruh penghulu di daerah itu merasa tersinggung dengan tindakan biadab Mahfuz tersebut.

“Dia (Mahfuz) berani menghina dan memperlekeh tuanku dengan kata-kata biadab tanpa memikirkan akibat serta kesan terhadap reputasi institusi diraja terutama bagi negeri Pahang sendiri.

“Kami menggesa agar Mahfuz meminta maaf secara terbuka atas ucapannya yang kami percaya bersifat hasutan.

“Pada masa sama, kami menuntut agar pihak polis menyiasat kes ini serta ambil tindakan sewajarnya dan membawanya ke muka pengadilan,” katanya kepada Bernama ketika diitemui di IPD Pekan petang ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Empat ditemukan maut helikopter terhempas di India – Luar Negara


NEW DELHI 13 Jan. – Pasukan pengawal pantai India menemukan empat mayat yang dipercayai mangsa nahas helikopter terhempas, di sini hari ini.

Menerusi Twitter, pihak berkuasa tersebut memaklumkan keempat-empat mayat tersebut ditemukan selepas pasukan keselamatan berjaya mengesan lokasi bangkai helikopter berkenaan.

“Helikopter yang membawa seramai tujuh penumpang termasuk lima kakitangan Oil and Natural Gas Corporation (ONGC) dan dua juruterbang itu terputus hubungan selepas 15 minit berlepas kira-kira pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan,” jelas agensi tersebut. – AFP



Source link

read more

Farid Kamil direman empat hari


13faridff.transformedMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir terhadap pelakon berusia 37 tahun itu, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis kira-kira jam 10 pagi, sebelum diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.35 pagi untuk prosiding reman.

Kira-kira 15 minit kemudian, suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, 27, dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi.

Turut kelihatan berada di kompleks mahkamah, adiknya, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dikatakan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.



Source link

read more

Empat waris disaman anak tunggang basikal lajak


BALIK PULAU: Padah membenarkan kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya di atas jalan raya, empat waris di Balik Pulau, Pulau Pinang dikenakan tindakan saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tindakan saman diambil selepas aksi empat kanak-kanak yang berusia antara 10 dan 14 tahun yang menunggang dalam keadaan bahaya di Jalan Besar Balik Pulau berjaya dikesan anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritenden A.A. Anbalagan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, anggotanya terserempak dengan empat kanak-kanak terbabit yang sedang menunggang basikal dalam keadaan berbahaya.

Menurut beliau, anggota polis terbabit kemudiannya bertindak menahan mereka sebelum dibawa ke Balai Polis Balik Pulau untuk diambil keterangan.

Menurut Anbalagan pihaknya turut menghubungi semua waris kanak-kanak itu untuk diambil keterangan termasuk mengenakan saman ke atas mereka di bawah Kaedah 42 (1)(a) LN 166/59, Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Selain itu katanya, pihak polis turut  menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah supaya hadir ke balai polis untuk tindakan pihak sekolah.

Menurut beliau, kesemua kanak-kanak itu kemudiannya dibebaskan setelah ibu bapa mereka hadir dan membayar saman.

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai khususnya kanak-kanak supaya menghentikan segera aktiviti tersebut sebelum kecelakaan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Beliau turut meminta kerjasama ibu bapa dalam menjaga dan memantau aktiviti anak-anak agar tidak terjebak dengan aktiviti yang boleh membahayakan nyawa mereka serta penggguna jalan raya yang lain.



Source link

read more

Ibu tunggal penghidap HIV tabah besarkan empat anak


PENGKALAN CHEPA: Biarpun mengetahui dirinya penghidap HIV (human immunodeficiency virus) ekoran sikap arwah suaminya yang suka melanggan pelacur, wanita itu tidak pernah patah semangat.

Sebaliknya, kekuatan untuk meniti kehidupan diteruskan demi empat anaknya yang masih memerlukan kasih sayang dari seorang ibu.

Malah, reda dengan penyakit yang berakhir dengan kematian itu, Zainab (bukan nama sebenar), 48 tahun dari Kampung Baung, Pengkalan Chepa, di sini dikesan menghidap penyakit itu lapan tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia.

Ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki dan dua perempuan berusia dari 21 hingga lapan tahun termasuk seorang anak orang kelainan upaya (OKU) itu tidak menyerahkan kalah bahkan boleh berdikari mencari pendapatan sebagai tukang jahit untuk membesarkan anak.

“Walaupun kadangkala dicemuh masyarakat kerana penghidap HIV tetapi rezeki saya tidak pernah putus dan mampu meneruskan kehidupan sebagai tukang jahit untuk menyara empat anak.

“Cuma saya risau apa akan jadi kepada anak-anak saya jika saya pergi nanti. Bagaimana masa depan mereka,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Ahad.

Menceritakan lanjut, Zainab berkata, kisah itu bukan mahu menagih simpati ramai sebaliknya bertujuan untuk berkongsi ketabahannya dalam meneruskan kehidupan.

Sementara itu, nasib Zainab dan keluarga mendapat perhatian Ketua Penerangan Wanita UMNO Kelantan, Zarina Md Eusope yang berkunjung ke rumah ibu tunggal itu bersama Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Mohd Zailani Abd Rahman.

Beliau berasa terharu dengan ketabahan Zainab meneruskan kehidupan membesarkan empat anak walaupun mengetahui mengenai penyakitnya itu.

“Saya akan lihat apa yang boleh dibantu. Mungkin dari segi tempahan jahitan kepada Zainab.

“Saya kagum dengan ketabahannya tidak memikirkan penyakit yang dialami,” katanya.



Source link

read more

Penduduk gempar bangkai paus empat tan terdampar di pantai Iskandariah



BANGKAI seekor ikan paus seberat kira-kira empat tan telah ditemui terdampar di pantai Iskandariah, Laut Mediterranean Mesir.

Ia menyebabkan penduduk sekitar dan orang ramai berpusu-pusu datang melihat kerana kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mamalia berukuran hampir 12 meter itu ditemui terdampar di pantai tersebut pada lewat malam sabtu dan dipercayai telah dihanyutkan oleh ombak selepas ribut besar.

Menurut Setiausaha Agung Menteri Pelancongan Pantai negara itu Ahmed Hegazy berkata paus itu berkemungkinan mati selepas tersesat masuk ke Laut Mediterranean yang tidak mempunyai plankton untuk makan.

Saintis negara itu juga bercadang untuk menyimpan rangka paus berkenaan untuk kajian.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan apakah jenis ikan paus yang mati itu.



Source link

read more

Empat Polis India terbunuh dalam serangan bom di Sopore



SOPORE: Empat pegawai polis terbunuh pada Sabtu di Sopore, Kashmir apabila puak pemberontak bertindak meletupkan bom di jalanan ketika mereka sedang melakukan rondaan.

Keadaan jalan itu sepi memandangkan kedai-kedai dan perniagaan ditutup ketika kejadian tersebut berlaku.

Pekan tersebut yang terkenal dengan ladang epal menyaksikan tunjuk perasaan dan mogok berlangsung pada ulang tahun ke-25 memperingati pembunuhan beramai-ramai oleh tentera kerajaan.

Serangan terhadap polis itu dipercayai diarahkan oleh pemimpin puak antikerajaan yang mencabar kedaulatan India ke atas Kashmir.

Sopore dalam keadaan berwaspada apabila ratusan polis dan tentera melakukan rondaan di kawasan tersebut berikutan protes serta demonstrasi anti India oleh penduduk Kashmir.

Kumpulan militan Jaish-e-Mohammed mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu, menurut akhbar berbahasa Inggeris Greater Kashmir.

India dan Pakistan masing-masing mentadbir sebahagian Kashmir, tetapi kedua-duanya mendakwa wilayah Himalaya adalah milik mereka.

Kerajaan India sebelum ini juga didakwa melakukan kekerasan dan kezaliman terutamanya membabitkan penduduk muslim Kashmir.

Hampir 70,000 orang terbunuh dalam pemberontakan dan tindakan keras tentera India yang berlaku sejak tahun 1989.



Source link

read more

Lima perompak ikat empat pengawal keselamatan larikan RM200000



TAIPING: Sebuah pasar raya mengalami kerugiaan kira-kira RM200,000 selepas lima perompak memecah masuk pintu belakang bangunan itu dalam kejadian di Aulong dekat sini, pada awal pagi Selasa.

Dalam kejadian sekitar pada pukul 1.05 pagi itu, kelima-lima suspek dipercayai warganegara asing bertindak mengikat empat pengawal keselamatan pasar raya berkenaan sebelum memecah masuk ke dalam bangunan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, siasatan awal mendapati dua pengawal keselamatan yang sedang menjalankan rondaan diserbu lima lelaki sebelum diikat dengan tali selain kepala ditutup dengan kain serta ditinggalkan ke tempat pemunggahan barang.

“Selepas lima minit, dua lagi pengawal keselamatan dilakukan perkara sama dan dikumpulkan bersama.

“Menurut mangsa, kelima-lima suspek ini memakai penutup kepala dan bersenjatakan parang, kuku kambing selain batang besi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Selasa.

Tambah Razlam, keempat-empat pengawal keselamatan tersebut berjaya melepaskan diri pada pukul 4.30 pagi.

“Siasatan lanjut mendapati pintu besi laluan masuk kakitangan telah dipotong.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak pasar raya memaklumkan wang tunai kira-kira RM200,000 yang diletakkan di dalam pasar raya itu hilang,” katanya.

Jelas Razlam, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selain memburu lima suspek tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Mayat pelajar tingkatan empat ditemukan tergantung di rumahnya



BUTTERWORTH: Mayat seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditemukan tergantung di rumahnya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mayat mangsa ditemui oleh ibunya kira- kira 9.30 malam sebelum menghubungi pihak polis.

Berdasarkan percakapan ibu mangsa, kali terakhir dia melihat anaknya adalah pada 8.15 malam sebelum dia keluar bersama anak perempuannya.

Bagaimanapun, sekembalinya ke rumah dia mendapati anak lelakinya itu sudah tergantung di bahagian tepi tangga di dalam rumahnya.

Mangsa anak kedua dari empat beradik itu bersendirian di rumah ketika kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

“Pasukan polis telah sampai ke tempat kejadian di alamat tersebut dan mendapati ada satu lelaki melayu berumur 16 tahun tergantung di tangga.”

“Setakat ini, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Jadi sebarang perkembangan lanjut kita akan maklum dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Noorzainy berkata, pemeriksaan polis setakat ini tidak menemui sebarang nota ditinggalkan mangsa.

Menurutnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.



Source link

read more

Pemansuhan empat kutipan tol berkuat kuasa tengah malam ini



KUALA LUMPUR: Kutipan tol di Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah, dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor akan dimansuhkan berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan berkata pengguna plaza tol Sungai Rasau, Batu Tiga dan Bukit Kayu Hitam akan menikmati laluan tanpa tol 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian konsensi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Bagi EDL pula, pengguna di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru hanya perlu membayar kutipan tol bagi PLUS untuk jajaran Tambak Johor sahaja,” demikian menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan mematuhi pengurusan kawalan trafik dan papan tanda yang disediakan semasa melalui semua plaza tol terlibat bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat.

Pemansuhan kutipan tol ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018, sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons