Polis cari enam lelaki bantu siasatan kes jenayah – Jenayah


REMBAU 21 Nov. – Polis memburu enam individu yang terlibat dalam pelbagai jenayah di daerah ini sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, mereka dicari untuk membantu siasatan kes lari daripada pengawasan polis, samun bersenjata, mencuri dan ugutan jenayah.

Menurut beliau, enam lelaki terbabit ialah Mohd. Yaser Araffat Mohd. Diasa, 26; Azarul Kamis, 36; Mohd. Sabri Daud, 43; Rostam Ujang, 45; Zainoriza Zainal Nanekama, 27, dan Mohamad Fadzil Che Nik, 38.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau di talian 06-6852222,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Enam lelaki, satu wanita lepas bebas tuduhan bunuh ejen hartanah – Jenayah


KUALA LUMPUR 17 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan enam lelaki dan seorang wanita tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan membunuh serta bersubahat membunuh seorang ejen hartanah wanita, pertengahan tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes itu.

Sebelum ini, M. Pal Ganapathy dan S. Vijendran bersama-sama didakwa membunuh Datin Wong Siew Ling di antara pukul 2 dan 2.30 petang, 6 Julai 2016 di Jalan Emas 4, Overseas Union Garden (OUG) off Jalan Klang Lama di sini.

K. Sri Kanapathy, Chen Yuen Ming, Chin Kok Leong, K. Sattiyarad dan wanita tunggal, Liew Lai Chen pula didakwa bersubahat dengan kedua-dua lelaki tersebut untuk melakukan pembunuhan itu.

Pada hari kejadian, Siew Ling, 32, maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dengan enam das tembakan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Enam rakyat Malaysia cedera kemalangan MRT di Singapura



PUTRAJAYA: Wisma Putra hari ini mengesahkan enam rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kemalangan di stesen Mass Rapid Transit (MRT) Joo Koon, Singapura, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar memaklumkan, terdapat penumpang warganegara Malaysia yang turut cedera dan telah mendapat rawatan di hospital berdekatan.

Setakat ini, 29 penumpang telah tercedera dan tiada kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapat maklumat lanjut selain memerhati sebarang perkembangan situasi,” kata kenyataan tersebut.

Menurut pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura dan penyelia perkhidmatan SMRT, sebuah tren yang bergerak pada kelajuan 16km sejam telah melanggar sebuah tren yang sedang berhenti di stesen Joo Koon di Jajaran Timur-Barat.

BACA: Tren MRT Singapura berlanggar, 23 cedera

“Pada pukul 8:19 pagi, tren kedua telah berhenti dibelakang tren yang rosak. Pada pukul 8:20 pagi, tren kedua itu bergerak ke hadapan tanpa dijangka dan telah melanggar tren pertama,” tambah Wisma Putra.

Menurut kenyataan itu lagi, penumpang dan dua pekerja SMRT telah dihantar ke hospital bedekatan dengan kecederaan ‘ringan sehingga sederhana’ dan kebanyakkan mangsa telah dibenarkan keluar hospital.

Sebanyak 517 penumpang dilaporkan berada dalam tren pada hari kejadian.



Source link

read more

[VIDEO] Sarjan terima rasuah direman enam hari – Mahkamah


KOTA BHARU 16 Nov. – Seorang anggota polis berpangkat sarjan direman enam hari bermula hari ini selepas didakwa meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang suspek kes dadah semalam.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret,  Nor Faizah Abdullah kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Suspek direman sehingga 21 November ini dan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata, anggota yang bertugas di Bahagian Narkotik itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli kira-kira pukul 1 petang semalam

Beliau berkata, suspek ditahan kerana didakwa meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,000 sebagai balasan menyelesaikan kes saringan air kencing daripada seorang suspek yang positif dadah.

“Anggota polis itu ditahan selepas kita menerima laporan daripada keluarga suspek kes dadah ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Agong perkenan pelantikan enam anggota EAIC



PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan enam anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Nov lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berhubung pelantikan anggota suruhanjaya itu, berkata Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan Datuk A. Aziz A. Rahim sebagai Pengerusi EAIC.

“Pelantikan ini adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam dan perundangan negara,” katanya.

Antara jawatan penting yang pernah dipegang A. Aziz ialah Pakar Penasihat Jabatan Peguam Negara (2016-2017), Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia (2012-2016), Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2009-2012) dan Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak (2004-2009).

Najib berkata Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan pelantikan semula tiga anggota EAIC iaitu Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Lee Sow Siong dan Leong May Chan serta dua pesuruhjaya baharu iaitu Datuk Sabariah Hassan dan James Deva Nayagam Gnanaratnam.

Beliau berkata pelantikan enam anggota EAIC itu adalah mengikut Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

Bagi pihak kerajaan, Perdana Menteri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam serta bekas pesuruhjaya iaitu Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan, Datuk Seri Robert Jacob Ridu dan Vinayak Prabhakar Prabhakar yang melengkapkan perkhidmatan mereka di EAIC pada 14 Okt lalu.

“Barisan mantan anggota-anggota suruhanjaya ini telah berjaya meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan EAIC di mata rakyat. EAIC kini sudah mula mendapat kepercayaan dan keyakinan yang kukuh daripada pelbagai pihak melalui siasatan suruhanjaya yang telus dan berkredibel,” kata Najib.

“Diharapkan kerjasama yang berterusan akan terus diberikan oleh agensi-agensi penguatkuasaan, badan-badan bukan kerajaan khususnya orang ramai dalam membantu suruhanjaya ini melaksanakan fungsinya dengan efektif dan efisien,” katanya lagi.

Najib dalam pada itu berharap pelantikan anggota suruhanjaya tersebut akan dapat memperkukuhkan lagi hala tuju EAIC dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan adil sekali gus memartabatkan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di negara ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Rogol kenalan adik bapa enam anak mengaku tidak bersalah



MELAKA: Seorang bapa enam anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan merogol kenalan adiknya tiga tahun lalu.

Tertuduh Malik Redzuan Mohamed, 32 tahun, yang berdepan hukuman penjara hingga 30 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati merogol kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun 8 bulan di sebuah rumah di Jalan Pekan Umbai Batu 8, Jasin, Melaka sekitar jam 1 hingga 4 petang pada Februari 2014 lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebatan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Nora Yaacob mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 diberikan terhadap tertuduh.

Malik yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jumlah yang minimum memandangkan dia hanya bekerja sebagai pemetik kelapa dan perlu menanggung enam anak serta isteri yang tidak bekerja.

Meor pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.



Source link

read more

Sekurang-kurangnya enam maut serangan bom kereta di Yaman



ADEN: Dua penyerang bunuh diri bertindak meletupkan kereta berisi bahan letupan di selatan Aden, Yaman mengorbankan sekurang -kurangnya enam nyawa. Puluhan lagi mangsa kebanyakannya orang awam dilaporkan cedera.

Menurut saksi, berlaku letupan besar di daerah al-Mansoura yang memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan selain memecahkan tingkap beberapa bangunan berdekatan.

Kejadian berlaku di luar kem yang menempatkan pasukan keselamatan tempatan yang dikenali sebagai  ‘Security Belt’.

Ditubuhkan Emiriah Arab Bersatu ‘Security Belt’ berperanan membantu memulihkan keselamatan di bandar pelabuhan itu yang menjadi kota pentadbiran sementara kerajaan sejak kempen mengusir militan Houthi dari Aden yang diketuai Arab Saudi digerakkan pada 2015.

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. Namun ia disyaki didalangi puak Houthi yang berdepan tekanan daripada kerajaan pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.



Source link

read more

LHDN 10 syarikat enam individu diisytihar muflis



KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 pembayar cukai yang terdiri daripada 10 syarikat dan enam individu diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM7 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN berkata, 10 syarikat tersebut mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM6.6 juta manakala bakinya ditanggung enam individu.

Syarikat diisytiharkan muflis adalah ZAA Goods Trading Sdn.Bhd, Soon Lee Enterprise Sdn Bhd, Kunjungan Sumber Sdn Bhd, Hunky Corporation Sdn Bhd, Media Footing Sdn Bhd, Wetland Events Sdn Bhd, Maalini Curry House Sdn Bhd, Pro Gas Engineering Sdn Bhd, MS Marketing Sdn Bhd dan Kwong Kum Sun Development Bhd.

Enam individu yang diistiharkan muflis ialah Thong Young Fook, Tan Chong Sing, Chia Suet Hong, Lee Lian Sin, Arbi Abd Sani dan Edward Christian M Christian.

–BERNAMA



Source link

read more

Empat terbunuh enam masih hilang kapal kargo tenggelam di Turki



ISTANBUL: Empat anak kapal terbunuh manakala enam lagi hilang, selepas sebuah kapal kargo tenggelam di Laut Hitam berhampiran Istanbul pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua, memetik media tempatan.

Kapal berkenaan dalam pelayaran menuju wilayah Zonguldak Laut Hitam dari Pelabuhan Gemlik di Laut Marmara, sebelum hilang dari radar, menurut akhbar harian Hurriyet.

Operasi menyelamat oleh pengawal pantai Turki sedang dilakukan bagi mencari mangsa yang masih hilang.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons