Tuduh Tiong Lai, Guan Eng putar belit lagi


KUALA LUMPUR –  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat masih tidak jemu memutar belit dalam kontroversi projek pembinaan terowong dasar laut.

Selepas gagal menerangkan berhubung kewujudan agenda peribadi dalam projek mega itu, Guan Eng kini seolah cuba mengalih perhatian ramai dengan mendakwa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenakan tekanan ke atas konglomerat China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) pula.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tuduhan ke atas Tiong Lai yang juga Presiden MCA jelas tidak masuk akal.

Malah lebih dari itu ia memperlihatkan dengan jelas kegagalan DAP menangani isu secara matang, dakwanya yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, MCA dimaklumkan oleh sumber dari sektor kejuruteraan baru-baru ini bahawa China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) diberi pemilikan kontrak berjumlah AS$22 juta (anggaran RM69 juta ketika itu) bagi mengambil alih kerja-kerja mereka bentuk tiga laluan dan terowong.

Ka Siong berkata,  maklumat berkenaan diakui benar oleh Exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow baru-baru ini.

Menurut beliau, pendedahan terbabit dianggap mengejutkan kerana skop kerja itu adalah aspek terbesar dari keseluruhan nilai projek berjumlah RM305 juta yang dibauar kerajaan negeri kepada syarikat Tunnel SPV.

“Berdasarkan perangkaan yang diedarkan exco kerajaan negeri, Lim Hock Seng, rekaan komponen projek terbabit mencakupi 3 laluan dan sebuah terowong mencatatkan jumlah RM253.8 juta, masing-masing RM17.5 untuk kesemua laluan serta RM76.3 juta untuk terowong dari keseluruhan RM305 juta itu.

“Memandangkan CRCC hanya dibayar RM69 juta untuk kesemua rekaan itu, apakah sebenarnya skop tugasan 34 perunding lagi untuk diberi bayaran seuingga RM236 juta?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ka Siong berkata, adalah lebih membimbangkan apabila diberitahu bahawa CRCC tidak berupaya meneruskan projek mega itu kerana hanya menerima lima peratus (sekitar RM3 juta) bayaran, berbanding RM69 juta mengikut nilai kontrak sejak menerima projek terbabit lika tahun lalu.

“Bagaimana mereka mahu meneruskan kerja jika tidak menerima bayaran seperi dijanjikan?

“Ini satu perkara serius yang mendatangkan kerisauan besar buat kita kerana kontraktor utama diberikan bayaran begitu kecil sepanjang lima tahun ini. Jika semua dakwaan ini adalah benar, tidakah ia akan memberi impak negatif ke atas kedudukan kewangan SPV Terowong,” tegasnya.

Kesemua maklumat itu jelas beliau menimbulkan persoalan ke atas keengganan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam menyahut cabaran diberikan sebelum ini untuk membentangan segala bukti hayaran diterima CRCC sejak lima tahun lalu.

“Apakah tindakan Guan Eng berdiam diri selama ini didorong oleh ketakutan beliau kerana segalanya sudah terbongkar? Apakah ini juga faktor pengunduran BUCG secara senyap dari projek berkenaan? “ katanya.

Ka Siong turut mempersoalkan pengunduran syarikat Kumpulan Mudajaya Bhd. dari projek terbabit walaupun menerima kontrak bernilai RM810 juta bagi pembinaan salah satu daripada tiga laluan.

“Dalam notis pengunduran rasmi kepada Bursa Malaysia, Mudajaya Bhd memetik kewujudan beberapa aspek tidak jelas sebagai punca mereka menarik diri. Apakah ini sebenarnya yang merekamaksudkan,” katanya.-theRakyat



Source link

read more

KALAU TAK SALAH, KENAPA GUAN ENG BEREMOSI!!! ~ SEMUT HITAM


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gagal mengawal emosinya ketika mengulas berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di negeri itu, sehingga melabel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai ‘bodoh’.

Dalam sidang medianya itu, Guan Eng turut mendakwa pengamal media gagal mematuhi etika kewartawanan mengikut standard ditetapkan beliau.

Beliau turut menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek berkenaan sebagai tidak relevan.

“Ka Siong boleh tanya adakah ia (projek terowong dasar laut) di setem (atau) tak? Takkan kita nak jawab sampai peringkat budak-budak macam ini? Bodoh ke?

“Dia (Ka Siong) juga tanya kenapa pembinaannya belum dijalankan? Macam mana kita nak mula kerja kalau dia selalu masuk campur, selain asyik ada gangguan? Sekarang kita pun tak tahu sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak.

“Projek mahu mula, SPRM siasat, tetapi tiada tindakan. Tiba-tiba 2018, siasat lagi dan mula tangkap pula. Kenapa 2018? sudah tentu kerana pilihan raya umum sudah dekat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ujarnya juga pengamal media yang melaporkan isu berkaitan projek mega itu tidak profesional, beretika dan bermoral.

Malah beliau enggan menerima sebarang soalan daripada pengamal media tertentu, bertentangan dengan apa yang sering diuarkan bahawa dirinya memperjuangkan hak kebebasan media.

“Mereka tak tahu apa itu malu dan memang tak kenal malu, apabila saya cakap macam ini mereka hanya senyum dan tak kenal malu punya. Ok sekarang Sinar (Sinar Harian) boleh tanya… saya tahu yang mana sinar dan tidak bersinar,” katanya.

Projek mega bernilai RM6.3 bilion itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Siasatan SPRM juga mendapati, beberapa ahli politik dipercayai menerima habuan sehingga jutaan ringgit dalam kajian projek yang akan menghubungkan Persiaran Gurney di sini, ke Bagan Ajam di Butterworth.




Source link

read more

Guan Eng criticised for avoiding questions


P.PINANG

MO,19/1/2018, GEORGE TOWN: Penang Barisan Nasional criticised Chief Minister Lim Guan Eng for avoiding pertinent questions raised on the controversial undersea tunnel project. State BN chairman Teng Chang Yeow said that Lim’s statement to the media to ‘let the court decide the truth’ is an act of avoidance.

“He must answer to the questions raised, not avoid it if he adheres to the principle of competency, accountancy and transparency,” he said in a statement. Teng had said Lim made contradictory statements on four occasions about the controversial projects.

The issues were on the non payment for the tunnel project, cost of the environmental impact assessment report for the three paired roads project and matters concerning land.

–NSTP



Source link

read more

Guan Eng kemuka fakta bercanggah


18chang2.transformedMO, 18/1/2018, GEORGETOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ekoran kenyataannya berhubung isu projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di negeri ini.

Chang Yeow berkata, ia susulan kenyataan Guan Eng yang melabelnya sebagai pembohong ketika mengemuka kenyataan berhubung projek mega dianggarkan bernilai RM6.3 bilion itu, semalam.

“Saya sudah mengarahkan peguam untuk meneliti dakwaan Guan Eng bahawa saya berbohong dalam isu ini. Saya akan gunakan hak undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

“Saman pemula ke atas beliau hanya akan diserahkan sejurus penelitian oleh pihak peguam saya selesai nanti,” katanya pada sidang media di Pejabat Gerakan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam, Guan Eng mencabar Chang Yeow menamakan Setiausaha Agung DAP itu secara jelas dalam kenyataan medianya berkaitan isu terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang didakwa berunsur fitnah.

Dalam pada itu, Chang Yeow turut menyifatkan Guan Eng sebagai penipu apabila kerap mengemuka kenyataan bercanggah berhubung isu projek mega yang akan menghubungkan Persiaran Gurney di sini dengan Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Katanya, ia susulan beberapa kenyataan bercanggah dikemuka Setiausaha Agung DAP itu yang turut dimuat naik dalam laman Facebook rasmi CM Lim Guan Eng, sejak 2015 lagi.

“Guan Eng pernah menghadiri upacara menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) pengurniaan tanah tambakan laut di Gurney Wharf seluas 20.23 hektar, antara Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd dengan Ewin Zenith Sdn Bhd, pada 13 Ogos 2015. Bagaimanapun, ia dinafikan Guan Eng, baru-baru ini.

“Guan Eng juga menyatakan pembayaran bernilai RM208 juta kepada syarikat perunding projek mega terbabit dibuat bagi laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang sudah lengkap, minggu lalu.

“Bagaimanapun, semalam, beliau menyatakan bayaran bagi keseluruhan kerja EIA projek terbabit ditanggung pihak perunding, sejurus saya membangkitkan fakta berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri, kelmarin,” katanya.



Source link

read more

Guan Eng Tidak Tolak Kemungkinan Perbicaraan Rasuah Jejas Pencalonannya


indexMO, 12/1/2018, GEORGE TOWN – “Mungkin.” Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa didesak pemberita untuk memberikan jawapan sama ada perbicaraan kes rasuahnya akan menjejaskan pencalonannya pada pilihan raya umum ke-14.

Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP berkata beliau perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa kali dengan setaip kali untuk tempoh empat hingga lima hari sepanjang Mac dan Mei. Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antara 26 Mac dan 25 Mei.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua menteri untuk manfaat diri dan isterinya Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Emblem Sdn Bhd bagi menukar status tanah pertanian kepada status perumahan dengan menggunakan kedudukannya dalam mesyuarat jawatankuasa perancang negeri dipengerusikannya pada 18 Julai, 2014.

Lim juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan manfaat menerusi pembelian sebuah rumah daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta iaitu lebih rendah daripada harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.

Phang, yang merupakan presiden Magnificent Emblem turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Lim dalam pembelian rumah di Jalan Pinhorn itu daripadanya pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran atau RM4.27 juta.

Dalam perkembangan lain, Lim, yang bercakap kepada pemberita di sini, berkata kerajaan negeri telah menjelaskan bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga lebuh raya menerusi kaedah tukar tanah bernilai RM208 juta.

Beliau berkata kerajaan tidak membuat sebarang bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut seperti didakwa Gerakan.

Keutamaan kerajaan negeri adalah tiga lebuh raya itu dan bukannya terowong dasar laut yang dijangka siap hanya pada 2027, katanya.

Selasa lepas, Gerakan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah membayar RM208 juta bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut menerusi kaedah tukar tanah.

— BERNAMA



Source link

read more

“KUNJUNG HORMAT” SPRM KE ATAS REJIM GUAN ENG!!! ~ SEMUT HITAM


SPRM dilaporkan membuat serbuan ke atas beberapa pejabat kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan syarikat berhubung siasatan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Difahamkan pejabat yang dikunjungi SPRM ialah pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang, pejabat Setiausaha Negeri, pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Komtar.

Selain itu, Syarikat Ewein-Zenith, 555 Capital Diamond Valley Industrial Park dan Konsortium Zenith turut diserbu dalam serbuan yang dibuat pada pukul 10 pagi itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan berkata ia susulan daripada aduan yang dibuat Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan pada 5 Januari lepas.

“Kami mengambil dokumen di pejabat kerajaan dan beberapa syarikat yang berkaitan dengan projek terowong dasar laut itu. Buat masa ini tangkapan tidak ada lagi,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, Huan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek dasar laut itu.

Ia merupakan laporan kedua yang dikemukakan kepada SPRM berkaitan kes berkenaan. Huan sebelum ini membuat laporan pertama di SPRM untuk kes yang sama pada 21 Julai lepas.

Pada 17 Julai lepas, Huan membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta supaya disiasat dakwaan berhubung kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan ketika membida projek terowong dasar laut itu.




Source link

read more

PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup – Guan Eng



GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengalami kerugian hasil pendapatan kira-kira RM5 juta ekoran perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera yang ditutup selama hampir dua bulan.

Pengoperasian pusat pelancongan popular di Pulau Pinang itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu bermula 5 Nov lalu, susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda pulau itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kereta api kabel Bukit Bendera kembali dibuka kepada orang ramai seawal jam 6.30 pagi hari ini selepas kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut selesai dilaksanakan.

Katanya, ia dibuka semula kepada orang ramai selepas pihaknya berpuas hati dan yakin dengan tahap keselamatan perkhidmatan tersebut walaupun kerja-kerja pemulihan masih berjalan ekoran beberapa lokasi runtuhan yang masih belum dibaiki sepenuhnya.

“Tempat-tempat yang belum 100 peratus dibaiki bukan tempat yang dilawati pelancong. Sebaliknya, ia adalah tempat-tempat kediaman peribadi atau swasta.

“Bagi kawasan-kawasan yang dikunjungi pelancong, ia adalah 100 peratus selamat. Ini adalah syarat atau peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri,” kata Guan Eng selepas merasmikan pembukaan semula perkhidmatan kereta api Bukit Bendera di sini, hari ini.

Menurut Guan Eng, sebanyak 194 kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Bukit Bendera yang menyebabkan perkhidmatan itu tergendala.

Kejadian tersebut menghalang bukan sahaja laluan ke kediaman tetapi juga laluan jip, jalan utama ke bukit itu.

Kerja pemulihan dan pembaikan tertumpu kepada tiga kawasan utama iaitu landasan kereta api kabel, kawasan di kemuncak dan laluan jip dari Kebun Bunga.

Hampir seluruh Pulau Pinang terjejas banjir selepas angin kencang dan hujan lebat melanda negeri itu pada 4 dan 5 Nov lepas menyebabkan Lim merayu bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Banjir itu mengorbankan tujuh nyawa, dan angin kencang serta hujan lebat merosakkan hartanah selain mengakibatkan pokok tumbang di beberapa kawasan.

Sementara itu, Pengurus Besar PBBPP Cheok Lay Leng berkata, susulan kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘zon merah’ akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, proses pembersihan dan pemulihan dijalankan PBBPP dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan sukarelawan.

Mengenai kerja-kerja pemulihan yang masih belum siap sepenuhnya dan kawasan yang perlu dibaik pulih, Cheok berkata: “PBBPP akan bekerja keras bersama-sama agensi persekutuan dan agensi kerajaan negeri untuk memastikan kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.”



Source link

read more

GUAN ENG SAWAN SURUH HADI AWANG SAMAN NST!!! ~ SEMUT HITAM


Setiausaha Agung DAPigs, Lim Guan Eng meroyan sakan mendesak Presiden Pas, Hadi Awang mengambil tindakan saman terhadap media yang menyalah tafsirkan kenyataannya tentang pemimpin Melayu, beragama Islam sahaja boleh menjadi menteri di Malaysia.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan yang dikeluarkan Hadi itu bukan sahaja boleh menyakitkan hati orang bukan Islam dan bukan Melayu malah turut bersifat mengancam.

“Saya harap dia (Abdul Hadi) boleh saman media berkenaan kalau benar apa yang dia cakapkan itu telah disalah tafsir.

“Sekiranya dia tak berani saman media terbabit itu bermakna dia telah menyakitkan hati orang bukan Islam, orang bukan Melayu dan mengancam mereka dengan apa yang disyorkan olehnya,” katanya ketika ditemui media di sini pagi tadi.

Abdul Hadi dalam sebuah artikel minggu lalu mencadangkan orang bukan Islam boleh memegang jawatan dalam Kabinet tetapi hanya dalam peranan sebagai teknokrat dan bukan jawatan yang memuat keputusan.

“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka, Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, rumusan beberapa agensi berita yang bertajuk ‘Presiden Pas: Anggota Kabinet Melayu Untuk Malaysia’ mengenai kenyataan Abdul Hadi yang disiarkan di Harakah Daily pada 22 Disember lalu telah dilaporkan secara salah.




Source link

read more

RESTORAN MELAYU DIROBOH REJIM DAPigs GUAN ENG!!! ~ SEMUT HITAM


Rejim DAPigs Pulau Pinang mengganas lagi, kali ini giliran Restoran Wan Hashim Seafood pula menjadi mangsa apabila sekumpulan kakitangan daripada MPSP merobohkan restoran itu pagi semalam.

Restoran yang sebelum ini indah bercahaya menghidupkan suasana di taman tersebut pada kini sudah tiada lagi dan Amat dirindui masakan serta pelbagai menu menarik buat pelanggan.

Gambar sebelum restoran dirobohkan

“Pagi tadi pihak berkuasa MPSP telah meroboh binaan restoran ini kerana atas kesalahan menjalankan perniagaan di premis kediaman dan menambah binaan tanpa kebenaran pihak PBT.

“Moga pemiliknya tabah hadapi dugaan ini. Rezeki di muka bumi Allah ini luas boleh lagi diterokai,” lapor laman Facebook tersebut.

Sebagai rekod, sejak Rejim DAPigs pimpinan Lim Guan Eng memerintah, sudah banyak restoran dan gerai makan orang Melayu yang dipaksa tutup serta dirobohkan oleh pihak PBT.

Malah bukan setakat itu sahaja. Sebaliknya, kawasan perumahan dan perkampungan orang Melayu juga turut menjadi mangsa kezaliman serta kerakusan pemimpin Rejim DAPigs Pulau Pinang.

Tambah menarik lagi ialah apabila pihak penguasa Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng sering kali tampil dengan pelbagai alasan Retorik bagi menutup kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan terhadap rakyat Pulau Pinang selama mereka memerintah!!!




Source link

read more

GUAN ENG ALAMI GANGGUAN EMOSI!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, Si Ketua Menteri Pulau Pinang ni sedang mengalami gangguan emosi dan membuatkan dia mula kelihatan tak tentu arah bila ada yang mempertikai pasal isu PM Pakatan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pemimpin Rejim DAPigs Pulau Pinang itu mendakwa PAS tidak mempunyai hak untuk menentukan siapa bakal calon Perdana Menteri mewakili Pakatan.

Katanya, dakwaan Presiden yang menyatakan bahawa DAPigs mahu mengambil jawatan tersebut sebagai sengaja mahu dibangkitkan untuk memainkan sentimen agama dan perkauman.

“Sudah diumumkan pun PH (Pakatan Harapan) telah melantik calon perdana menteri dan timbalan bukan daripada DAP. Kenapa mati-mati pun nak kata DAP mahukan jawatan perdana menteri,” katanya dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Dari satu sudut, kenyataan pemimpin tertinggi DAPigs itu membuktikan bahawa parti itu telah menetapkan siapa calon Perdana Menteri yang akan mewakili puak Pakatan Haprak tu kelak.

Seperti mana yang telah dilaporkan sebelum ini, nama bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir telah dicalonkan sebagai PM Sementara Pakatan dan Wan Azizah sebagai Timbalan.

Walaubagaimana, pencalonan nama Pengerusi PPBM itu tidak dipersetujui dan tidak disenangi oleh beberapa orang pemimpin lain dalam Pakatan, terutama dikalangan puak PKR.

Pokok pangkalnya, tindakan Si Guan Eng yang meroyan dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS itu seolah – olah membuktikan bahawa DAPigs tidak mahu nama calon Perdana Menteri itu diubah supaya mudah diorang pergunakan Tun Mahathir untuk mengelirukan rakyat!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons