Hina Sultan Pahang: Mahfuz enggan mohon maaf – Politik


KANGAR 14 Jan. – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan tidak akan memohon maaf berikutan tindakannya yang dikatakan menghina dan menjadikan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenaka ketika memberi ceramah politik.

Katanya, dalam ucapan itu yang boleh disemak di YouTube mengenai perbandingan Sultan Pahang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bukan bermaksud menghina sebaliknya memuji di mana di dalam usia tua kedua-dua mereka masih boleh memimpin.

Malah katanya, beliau juga mendoakan agar Sultan Ahmad diberikan kesihatan yang baik untuk terus memimpin Pahang.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana bukan menghina (Sultan Pahang),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sembang Santai bersama beliau di Kampung Syed Omar di sini hari ini.

Pemuda UMNO Pahang dalam satu kenyataan hari ini menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.

Ketua Pemudanya, Mohd Shahar Abdullah dilaporkan berkata, tindakan itu jelas mencerminkan kebiadapan dan kecetekkan akal pemimpin pembangkang yang jelas tidak menghormati institusi diraja di negara ini.

Sebelum itu, video berdurasi 6.38 minit memaparkan ceramah politik Mahfuz bersama Pakatan Harapan yang antara isi kandungannya membandingkan antara Sultan Pahang dan Dr. Mahathir  tular di laman media sosial.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Stop this nonsense please – Dr Amalina Bakri enggan dilabel Kim Kardashian Malaysia



EKORAN gaya pemakaian dan penampilan yang hampir sama dengan selebriti antarabangsa Kim Kardashian, pelajar pintar Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri sering dilabelkan dengan gelaran Kim Kardashian Malaysia.

Suka atau tidak, Amalina menerusi Twitternya menegaskan dia tidak mahu disamakan dengan sesiapa termasuk Kim Kardashian.

“Hentikan perkara merepek ini!” tegasnya di Twitter.
 

BACA: ‘Rugi belajar jauh-jauh? Saya selamatkan pesakit, apa yang anda buat?’ – Amalina Bakri

GALERI FOTO: Hari konvokesyen Nur Amalina Che Bakri

Hal itu dibangkitkan Amalina apabila sebuah portal tempatan menyamakannya dengan Kim Kardashian baru-baru ini.

Isu itu menarik perhatian penyanyi Yuna yang menyokong tindakan Amalina.

Malah, netizen juga menyokong pendirian Amalina untuk tidak disamakan dengan mana-mana selebriti.

“Anda jauh lebih baik daripada Kardashians,” tulis @hnsyrhx.

“Ini cuma metafora, itu maknanya anda sangat menawan,” puji @aqeef1780.

Amalina melakar rekod apabila menjadi pelajar Malaysia pertama memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam SPM tahun 2004.

Kini Amalina sedang bertugas sebagai pelatih jurubedah di The Royal College of Surgeons of England selepas menamatkan pengajian di University of Cambridge.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter, IG @dramalinabakri



Source link

read more

Rafizi terpaksa mengaku silap, enggan mohon maaf


imageMO, 13/12/2017, KUALA LUMPUR  – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi kantoi apabila terbukti melakukan kesilapan dengan menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melantik abangnya sebagai kontraktor pelaksana Ekspo NegaraKu.

Malah Rafizi sendiri meng­akui kesilapan tersebut dan te­lah memadamkan turun segala bahan di laman-laman media sosial di bawah kendaliannya yang mengaitkan Abdul Rahman mempunyai pertalian darah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pico Integrated Exhibit Sdn. Bhd., Nor Raslan Mohd. Dahlan.

Ahli Parlimen Pandan itu pada masa sama memohon maaf kepada Nor Raslan tetapi sebaliknya enggan membuat perkara yang sama terhadap Abdul Rahman kerana mendakwa menteri itu mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul.

“Saya sedia meminta maaf terhadap Raslan, tetapi bukan Abdul Rahman,” katanya dalam sidang akhbar hari ini, dengan video sidang akhbar itu turut dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Rafizi bagaimanapun tetap mempertahankan dirinya yang mencetuskan pelbagai isu mengenai pameran tersebut, termasuk mempertikaikan kaedah penganugerahan kontrak serta kredibiliti Pico Integrated Exhibit.

Malah beliau menyatakan dirinya sedia menerima tindakan saman daripada Abdul Rahman, namun bersungguh-sungguh men­jelaskan terdapat beberapa faktor di dalam perundangan yang menyebabkan beliau yakin ber­depan tindakan undang-undang tersebut.



Source link

read more

Visa tamat tempoh lapan sekeluarga enggan pulang ke negara asal



BANGKOK: Kerana takut dibunuh pemerintah Zimbabwe, lapan sekeluarga menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok sebagai rumah kedua selama hampir tiga bulan.

Keluarga itu yang termasuk empat kanak-kanak di bawah usia 11 tahun, tiba di Bangkok pada Mei lalu dan semenjak itu mereka tidak pulang ke Zimbabwe.

Merumitkan lagi keadaan, visa pelancong untuk mereka berada di Thailand telah tamat dan mereka dikenakan denda kerana tinggal lebih masa.

Namun, pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi perlu diberi pujian kerana masih memberikan kebenaran kepada keluarga terbabit.

Mereka pernah cuba mengambil penerbangan ke Sepanyol melalui laluan Ukraine, namun hasrat mereka terbantut berikutan urusan visa dan mereka terpaksa terbang semula ke Bangkok.

Walaupun Zimbabwe kini tidak lagi ditadbir Robert Mugabe, namun mereka mendakwa krisis dalaman masih berlangsung di negara itu dan mereka masih belum bersedia untuk pulang.

Pada sambutan Krismas lalu, seorang pekerja di lapangan terbang terbabit memuat naik gambar bersama beberapa anggota keluarga terbabit di media sosial dengan catatan:

“Selamat Hari Natal kepada Misha, Milan, Eden dan Tanaka, dengan harapan semoga kamu semua dapat pulang ke negara asal dengan selamat.”



Source link

read more

Takut mati nenek muka cair enggan dibedah



BANGKOK: SEORANG warga emas yang mengalami kondisi wajah luar biasa enggan menjalani pembedahan biarpun ditawarkan bantuan kewangan kerana bimbang akan menemui ajal di dewan pembedahan.

Portal Mirror melaporkan keadaan Wiang Boonmee, 63 tahun, dari wilayah Surin, Thailand, mula mendapat perhatian selepas seorang wanita, Praew Wattana, yang terserempak dengan Boonmee di jalanan, berkongsi kisah pertemuan itu.

“Saya lihat dia tetap gigih mencari rezeki dengan menjual bunga dan aksesori wanita di tepi jalan. Dia tidak mengharapkan bantuan, jauh sekali mengemis.

“Saya terpanggil untuk membantunya,” kata Wattana.

Kisah itu sampai ke pengetahuan Dr Sunura Ourairat, presiden Rangsit University, yang kemudiannya bertemu dengan Boonmee dan menawarkan bantuan perubatan.

Namun bantuan itu ditolak Boonmee yang memberikan ‘takut mati’ sebagai alasan.

“Saya sudah hidup dengan keadaan ini sejak berpuluh tahun lalu, tetapi saya sihat. Malah saya masih boleh mencari rezeki.

“Kalau saya menjalani pembedahan, tiada jaminan ia akan berjaya dan saya mungkin mati semasa pembedahan. Saya tidak mahu mati dengan cara begitu,” katanya.

Keadaan yang dialami Boonmee dinamakan Neurofibromatosis, sejenis kondisi genetik yang menyebabkan tumor benign tumbuh di tisu saraf.

Di kebanyakan negara, keadaan ini boleh dirawat jika dirujuk kepada pengamal perubatan di peringkat awal.



Source link

read more

Bakeri cetus kekecohan enggan tulis Selamat Hari Krismas pada kek



SEBUAH kedai kek dan roti di bandar Makassar, Indonesia, mencetuskan kekecohan apabila enggan menerima tempahan pelanggan yang mahukan perkataan Selamat Hari Krismas atau Merry Christmas ditulis pada kek yang dipesan.

Bakeri dengan nama The Chocolicious Indonesia itu memuat naik satu status memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi tempahan sedemikian, di akaun Instagram mereka, pada Ahad.

Dalam permohonan maaf itu, bakeri itu memaklumkan tindakan itu dibuat atas dasar ‘prinsip agama’, dan mereka menyediakan papan coklat dan kad ucapan sebagai ganti.

“Kami tetap menyediakan kad ucapan dan papan coklat sebagai kelengkapan pesanan. Anda bebas memberikan ucapan sendiri,” tulis bakeri itu dalam permohonan maaf tersebut.

Memiliki 39,000 pengikut di Instagram, status berkenaan menerima lebih 22,000 likes dan 26,000 komen, namun pemeriksaan terbaharu mendapati ruangan komen telah pun ditutup.



Source link

read more

Wanita 93 tahun dipenjara kerana enggan keluar dari rumah orang tua



SEORANG wanita berusia 93 tahun telah digari dan dipenjara selepas enggan meninggalkan rumah jagaan orang tua kerana gagal menjelaskan bayaran sewanya.

Lapor The Independent pada Khamis, Juanita Fitzgerald dari Lake County, Florida telah diberkas kerana enggan keluar dari komuniti perumahan Franklin House Residences Church.

Polis berkata, dia diberi notis pengusirannya sejak Isnin, tetapi gagal meninggalkan bangunan tersebut pada hari berikutnya.

Menurut laporan polis yang dilihat oleh stesen itu, Fitzgerald memberitahu pegawai bahawa dia takkan sesekali keluar dari bangunan tersebut.

Jurucakap Sheriff Lake County berkata seorang timbalan cuba untuk menghubungkan Fitzgerald dengan ahli keluarganya dan kemudahan perumahan lain, tetapi dia enggan.

Dia juga didakwa menolak tawaran untuk tinggal bersama seorang jururawat yang bekerja di sana.

Hakim akhirnya membuat keputusan menyerahkan Fitzgerald kepada penjaga, dan perbicaraan semula ditetapkan pada Disember ini.



Source link

read more

Enggan lakon watak ranjang Salma Hayek dakwa Weinstein ugut bunuh



LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Salma Hayek pernah menerima ugutan bunuh dari Harvey Weinstein kerana tidak mahu mengikut kehendak penerbit filem itu, yang juga pengasas syarikat penerbitan filem, Miramax.

Hayek turut mendakwa, Weinstein pernah beberapa kali melakukan salah laku seks terhadapnya ketika bernaung sebagai pelakon di bawah Miramax sekitar tahun 1990-an.

Jelas Hayek kemuncak gangguan seks yang diterimanya adalah pada tahun 2002.

“Selama bertahun-tahun saya menganggap dia sebagai ‘raksasa’ dalam hidup saya.

“Pada 2002, saya memegang watak Frida Kahlo dalam filem ‘Frida’ dan saya dipaksa berkali-kali oleh Weinstein melakonkan aksi ranjang.

“Saya merasakan waktu itu badan saya seakan menangis kesakitan kerana dipaksa menggayakan aksi seksi dan mengghairahkan.

“Yang saya kesalkan, bukan kerana hendak menjayakan watak ‘Frida’, tetapi saya kesal saya seolah-olah menyajikan semua itu untuknya,” jelas Hayek.

Dakwanya lagi, Weinstein sengaja melengah-lengahkan penerbitan tersebut kerana rasa tidak puas hatinya kepada Hayek.

“Saya adalah pengarah bersama dalam filem tersebut. Mahu tidak mahu, saya inginkan yang terbaik untuk filem itu walaupun dipaksa beraksi seolah-olah di ranjang,” tambahnya.

Belum ada sebarang maklum balas diberi pihak Weinstein susulan dakwaan yang didedahkan Hayek itu.

Sebelum ini berpuluh-puluh wanita telah menuduh Weinstein melakukan gangguan seksual hingga ada yang mendedahkan pernah dirogol penerbit filem terkenal itu.



Source link

read more

Presiden Syria Bashar Al Assad masih enggan berunding di Geneva



GENEVA: Kumpulan pembangkang Syria mendesak Rusia agar dapat meyakinkan Presiden Bashar Al Assad ke meja rundingan.

Desakan itu menyusul beberapa siri runidngan yang ditaja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva yang tidak diendahkan Bashar.

Jurucakap pembangkang berkata siri rundingan yang memasuki pusingan ke-lapan di Geneva acapkali terganggu ekoran ketidakhadiran pemimpin utama Syria itu.

“Kita akui bahawa Geneva adalah tempat untuk membincangkan perkara-perkara politik dan sumbangan lain harus diteliti bersama dalam perbincangan di Geneva.

“Sehingga hari ini juga kami akui bahawa rejim Bashar tidak berminat untuk terlibat dalam proses rundingan politik di Genva dan sentiasa cuba mencari alasan untuk tidak terlibat,” jelasnya juriucakap Yahya Aridi selepas pertemuannya bersama Wakil Khas PBB ke Syria Staffan De Mistura pada Selasa.

Tambahnya jika perbincangan di Geneva tidak diendahkan Bashar, beliau berharap agar pemimpin itu akan turut serta dalam siri rundingan yang ditaja Rusia dan Turki di Sochi.

Rundingan di Sochi adalah siri rundingan lanjut yang telah diadakan di Astana, Kazakhstan bulan lalu.

“Kami sedia maklum dan kami berharap Presiden Rusia Vladimir Putin berminat untuk melakukan proses sama di Geneva.

“Namun jika Rusia tetap mahu mengadakan rundingan di Sochi atau di mana-mana sekalipun, kami mengharapkan rundingan tersebut beroleh kejayaan kerana kami terlibat secara langsung di kedua-dua siri rundingan,” jelasnya.



Source link

read more

DAPigs ENGGAN ATAU TAKUT NAK AMBIK TINDAKAN??? ~ SEMUT HITAM


Terkenal sebuah parti Ultra Chavanist yang sarat dengan fahaman kiasu, maka tidak mustahil sekiranya DAPigs enggan mengambil sebarang tindakan terhadap kenyataan Zaid Al Araki.

Sebaliknya, parti itu memberikan arahan supaya semua pihak menutup mulut dari mempertikaikan tindakan mengkritik Sultan Selangor yang dilakukan oleh Si Zaid Al Araki tu sebelum ini.

Maka keadaan itu membuatkan DAPigs katanya belum membincangkan sebarang bentuk tindakan yang bakal dikenakan terhadap Zaid Al Araki susulan tweet ‘keterlaluan’ yang ditujukan kepada Sultan Selangoe itu.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang juga ahli jawatankuasa DAPigs Selangor, Ronnie Liu turut meminta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hal itu.

“DAP setahu saya belum ada perbincangan lagi. Kita belum ada perbincangan lagi. Jadi jangan buat sebarang spekulasi,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas gesaan UMNO Selangor yang mencabar kepimpinan parti Chauvanist itu supaya memecat Zaid bagi membuktikan DAPigs tidak mempunyai kaitan dengan kenyataan itu.

Zaid mencetuskan kontroversi apabila ‘menegur’ Sultan Sharafuddin dengan menulis tweet berbunyi: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Zaid menulis tweet berkenaan sebagai reaksi kepada kenyataan Sultan Sharafuddin yang berkata agenda politik Tun Dr Mahathir Mohamad didorong “kebencian” dan akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Kenyataan Zaid itu mengundang kemarahan, terutamanya dari kalangan orang Melayu dan UMNO yang mahu tindakan diambil terhadap ahli DAPigs kerana bersikap biadap dengan Sultan.

Kelmarin Pengerusi DAPigs Selangor, Tony Pua membuat kenyataan bahawa ahli DAPigs “bebas menyuarakan pandangan mereka, tetapi mesti sanggup berdepan akibatnya”.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang mewakili PKR pula membuat desakan agar Zaid Al Araki itu perlu bertanggungjawab terhadap atas tindakan yang dilakukan.

Dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Haprak itu membuktikan secara terbuka bahawa Si Zaid Al Araki tu hanya berseorangan dalam membuat tindakan biadap terhadap Sultan Selangor!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons