Saya tak rasa kekok dengan Laudya Cynthia Bella – Erra Fazira



PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menjelaskan dirinya tidak kekok dengan Laudya Cynthia Bella, isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran.

Kemesraan antara Erra dan Bella menarik perhatian netizen serta peminat Malaysia dan Indonesia.

“Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Bella. Saya dan Emran berpisah dengan baik. Saya selalu mendoakan agar Emran bertemu dengan jodoh yang baik.

“Alhamdulillah, dia bertemu dengan Bella. Saya tak ada masalah dengan Bella kerana kami saling menghormati. Secara jujur, saya juga rasa tak kekok dengan Bella,” kata Erra.

Tambah Erra, dia juga ikhlas menerima Bella sebagai ibu kepada Engku Aleesya.

“Saya ada buat aktiviti bersama Bella seperti zumba dan melepak bersama. Saya ikhlas terima Bella sebagai ibu Aleesya.

“Aleesya sering bercerita mengenai Bella kepada saya. Kami juga sering berhubung dan membincangkan mengenai Bella. 

“Bella sangat baik dengan saya, takkan saya mahu bersikap sebaliknya pula? Semuanya baik-baik sahaja, Insya-Allah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Erra baru sahaja menyertai syarikat pengurusan MindOrder.

MindOrder turut menguruskan nama-nama lain seperti Fasha Sandha, Eyka Farhana, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Orang boleh pertikai persahabatan kami tapi saya yang melaluinya – Erra Fazira



KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengakui terharu dengan keprihatinan peminat dan media yang kerap meluahkan kebimbangan berkenaan hubungannya dengan penyanyi Shahir.

Kata pelakon yang sinonim dengan lakonannya dalam Sembilu. dia memahami kerisauan tersebut memandangkan Shahir kerap dilanda kontroversi dan masalah peribadi.

Pun begitu, kata Erra, sebagai manusia biasa, dia menyerahkan kepada ketentuan takdir yang dia sendiri tidak tahu di mana dan bagaimana penghujungnya.

“Apa yang saya boleh katakan, doakan saja yang terbaik buat saya. Mungkin sekarang kita nampak seseorang individu itu banyak masalah, tetapi di penghujungnya mungkin dia lebih baik daripada mereka yang tidak punya masalah hari ini.

“Saya dengar dan hargai semua nasihat yang diberikan dan dalam masa yang sama, saya minta pada Allah SWT agar diberikan petunjuk serta dipermudahkan perjalanan selepas ini,” kata Erra.

Tambah pelakon yang diberi jolokan primadona filem Melayu itu lagi, senang untuk orang luar mempertikaikan mengapa dia masih memilih untuk meneruskan hubungan dengan Shahir, namun hanya dirinya yang melalui kehidupan itu lebih tahu hakikat sebenar.

“Orang cakap saya sepatutnya kahwin dengan orang seperti ini, seperti itu. Senanglah hidup jika situasinya begitu.

“Tetapi kehidupan tidak semudah kita bercakap. Ini cabaran dalam hidup saya dan saya hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik,” jelasnya.

Mengakui masih berhubung baik dengan Shahir yang dicungkil bakatnya melalui program realiti, Akademi Fantasia itu, Erra menafikan dakwaan yang beliau bakal mendirikan rumah tangga Mac ini.

“Tiada perancangan kahwin buat masa ini. Tahun ini, perancangan saya ialah fokus kepada kerja.

“Tapi tidaklah sampai saya menolak jodoh. Kalau Tuhan kata saya kahwin tahun ini, saya terima ketentuan itu,” tambahnya.

Erra ditemui pada majlis santai bersama media di pejabat pengurusannya, Mindorder Management, di Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya tentang keputusannya memilih bernaung di bawah syarikat itu selepas lebih 20 tahun menguruskan kerjaya sendiri, kata Erra, ia bertitik tolak daripada kepercayaannya kepada syarikat tersebut.

“Saya menghargai bantuan dari pelbagai pihak dalam menguruskan kerjaya saya selama ini. Tapi sudah tiba masanya saya serahkan urusan itu kepada mereka yang profesional.

“Saya akui seorang artis memang memerlukan syarikat pengurusan yang berkredibiliti kerana ia bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan karier tetapi juga boleh membantu mengembangkan lagi potensi,” ujar Erra.

Bagi Pengarah Urusan Mindorder, Murshid Eunos, mereka berbesar hati menerima kehadiran Erra dan sudah pun merangka pelbagai pelan strategik untuk kerjaya ibu tunggal beranak satu berusia 44 tahun itu.

“Insya Allah, kami mahu membuat penjenamaan semula nama Erra Fazira sebagai primadona filem Melayu tahun ini,” kata Murshid.

Saluran 501 Awani turut membuat lintas langsung sidang media khas itu di Facebook 501 Awani.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons