303 tahanan warga Indonesia diusir esok – Shahidan



KUALA LUMPUR: Sejumlah 303 tahanan warga Indonesia akan diusir melalui Pelabuhan Tawau esok kerana memasuki Sabah secara tidak sah, tinggal lebih tempoh dibenarkan serta pelbagai kesalahan lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, 563,162 warga asing yang memasuki Sabah secara haram dan pelbagai kesalahan lain telah diusir keluar dari negeri itu.

Jelasnya, berdasarkan data JPM sejak 1990 hingga semalam, majoriti mereka yang diusir adalah warga Filipina dan Indonesia.

“Sehingga 21 November (semalam), seramai 5,392 warga asing yang memasuki Sabah secara tidak sah sedang ditahan di Pusat Tahanan Sementara di seluruh Sabah.

“Bagi 2016, seramai 1,170,686 orang warga asing telah memasuki negeri  secara sah dan dari Januari hingga 31 Ogos 2017, seramai 544,644 warga asing masuk ke Sabah secara sah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang bertanyakan jumlah warga asing yang memasuki Sabah pada tahun lalu hingga kini, serta jumlah pelarian Filipina yang masih di bawah pengawasan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Tambah Shahidan, tiada pelarian Filipina yang masih berada bawah pengawasan UNHCR di Sabah ketika ini.



Source link

read more

Kerajaan bincang naikkan subsidi bahan bakar esok



BAGAN DATUK: Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan subsidi bahan bakar bagi memastikan harga bahan itu tidak terus meningkat di pasaran.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Negara esok untuk perbincangan lanjut.

“Kami sedang mengkajinya (naikkan subsidi),” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini, hari ini.

Program sehari anjuran Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohd Irwan Siregar berkata demikian ketika ditanya usaha kerajaan untuk memastikan harga bahan bakar di pasaran tidak terus meningkat.

Ketika ini, harga bagi seliter Petrol RON 95 ialah RM2.38 manakala RON 97 dan diesel masing-masing RM2.66 dan RM2.25.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Irwan Serigar menggesa rakyat supaya tidak mempercayai tohmahan pihak tertentu yang mengatakan negara akan muflis.

Beliau berkata sekiranya negara akan bankrap kerajaan tidak mampu membentangkan Bajet 2018 dengan peruntukan RM280.25 bilion.

“Saya sebagai pegawai kanan kerajaan dan duduk dalam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) saya tahu apa yang berlaku dan apa yang dibuat kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata tohmahan tersebut juga tidak berasas kerana Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku ketiga tahun ini mencatat pertumbuhan 6.2 peratus sebagaimana diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Jumaat lalu.

“Ini sekali gus membuktikan Malaysia berkembang pantas di rantau ini,” katanya.

–BERNAMA



Source link

read more

Isu Rohingya: Setiausaha Luar Amerika Syarikat lawat Myanmar esok – Nasional


MANILA 14 Nov. – Usaha Malaysia untuk membela nasib pelarian Rohingya semakin mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk kuasa-kuasa besar apabila Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Rex W. Tillerson akan melawat Myanmar, esok.

Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak berkata Tillerson memberitahu beliau semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur di sini bahawa beliau akan ke negara itu untuk melihat situasi pelarian Rohingya dan melihat cara untuk mengatasi masalah kemanusiaan itu.

“Sejak kita memperjuangkan isu Rohingya ini, ramai negara lain bangkit sama untuk membincangkannya. Nampaknya Amerika juga memandang serius sejak saya membangkitkannya semasa bertemu Presiden Donald Trump di Washington,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Lebih 600,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan terhadap orang awam oleh tentera Myanmar dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.

Najib juga berkata beliau telah menekankan kepada para pemimpin ASEAN dan rakan dialognya bahawa isu Rohingya bukan sahaja melibatkan soal kemanusiaan, tetapi juga keselamatan kerana ia bakal menjadi satu kawasan untuk kumpulan pengganas IS dan Daesh bertapak jika ia tidak ditangani dengan baik.

Awal bulan ini, satu rombongan Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telah melawat Myanmar untuk melihat sendiri krisis penduduk Rohingya dan mengenai kaedah penyampaian bantuan kemanusiaan ke kawasan-kawasan yang memerlukan, serta melawat melawat Cox’s Bazar Bangladesh, tempat tumpuan pelarian.

Semalam, Najib menyatakan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu ke Manila, telah menyatakan bahawa negara itu sedang berunding dengan Bangladesh bagi mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentukan penghantaran balik pelarian tersebut dari sempadan kedua-dua negara.

Najib juga berkata Suu Kyi turut menyatakan kesediaan kerajaan beliau untuk memberi kerjasama kepada misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya yang masih berada di Rakhine.

Perdana Menteri sekali lagi menegaskan Malaysia menyambut baik usaha Myanmar itu, tetapi mahu melihat butiran MoU serta syarat yang dikenakan bagi membolehkan pelarian itu pulang ke kampung halaman mereka.

Katanya, mereka difahamkan MoU itu akan dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu. – BERNAMA





Source link

read more

Putera Wales mula lawatan rasmi esok – Nasional


PUTRAJAYA 1 Nov.- Putera Wales dan Duchess of Cornwall akan memulakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok sehingga 8 November ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan rasmi kedua-dua kerabat diraja United Kingdom (UK) itu bakal diiringi oleh delegasi rasmi pihak Clarence House dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan sama, baginda berdua dijangka melawat ke beberapa lokasi dan mengambil bahagian dalam acara penting bagi meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia dan UK.

“Semasa lawatan rasmi ini, Putera Wales dan Duchess of Cornwall dijangka bertemu dengan pelbagai lapisan rakyat Malaysia termasuk kerabat diraja, pelajar-pelajar, kanak-kanak kurang upaya, kumpulan belia dan ahli-ahli perniagaan.

“Lawatan bersejarah ini akan terus menyumbang ke arah peningkatan hubungan rapat dan persaudaraan antara kedua-dua negara,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons