Polis siasat Facebook Amelsan Tahagi berhubung berita palsu


MIRI: Polis mula menjalankan siasatan terhadap akaun Facebook yang menggunakan nama Amelsan Tahagi kerana memuat naik berita palsu tentang perbuatan menculik kanak-kanak untuk mengambil organ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata polis mengambil maklum tentang penyiaran berita palsu itu, yang diiringi tiga gambar berkaitan kes bunuh di Miri yang mana seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan mati di dalam but kereta.

“Catatan itu jelas karut dan polis telah memulakan siasatan terhadap pemegang akaun Facebook berkenaan kerana menyebarkan berita palsu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Dev juga mengingatkan netizen supaya tidak berkongsi berita palsu itu kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang dan polis sedang menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan bagi membantu siasatan.

“Perbuatan membuat dan menyebarkan berita palsu yang menimbulkan ketakutan adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998),” katanya. — Bernama



Source link

read more

Cacah tular di Facebook ketua yakuza akhirnya ditahan selepas 15 tahun diburu



PERSEMBUNYIAN selama 15 tahun seorang ketua gengster Jepun atau yakuza berakhir selepas dia ditahan polis Thailand pada Rabu.

Puncanya gara-gara gambar tatu atau cacah pada badannya menjadi tular di laman Facebook.

Shigeharu Shirai diburu kerana membunuh musuhnya yang merupakan anggota kumpulan yakuza lain pada 2003.

Gambar lelaki dalam buruan berusia 74 tahun itu yang menyerlahkan cacah pada badannya diambil seorang rakyat Thailand yang kemudian memuatnaiknya di Facebook tanpa mengetahui identiti sebenar Shirai.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki tua yang kurus dengan keseluruhan bahagian belakang badan dan sebahagian besar dadanya dicacah. Ketika ia dirakam Shirai sedang melepak bersama beberapa lagi warga emas di tepi jalan.

Turut kelihatan dalam gambar itu sebahagian jari kelengkingnya yang putus. Adalah menjadi amalan biasa bagi anggota Yakuza untuk memotong jari sendiri sebagai hukuman bagi menebus kesalahan.

Gambar itu kemudiannya tular sehingga sampai ke pengetahuan polis Jepun yang kemudian memohon bantuan polis Thailand untuk mengesan dan menahan lelaki tersebut.

Shirai diberkas di bandar Lopburi, utara Bangkok dan akan diekstradisi ke Jepun bagi menghadapi pertuduhan bunuh. Dia juga berdepan dakwaan menyalahgunakan visa.

Menurut polis Thai, Shirai mengaku dirinya seorang anggota yakuza namun menolak dakwaan terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

Dia meninggalkan Jepun pada 2005, dua tahun selepas kejadian bunuh itu didakwa berlaku.

Yakuza yang menyamai kumpulan mafia telah menjadi sebahagian daripada budaya moden Jepun dengan jumlah anggotanya dianggarkan mencecah 60,000 orang.



Source link

read more

Polis tahan pengguna Facebook ugut petugas Jabatan Veterinar Sarawak


KUCHING: Polis menahan seorang pegawai bank berumur 34 tahun berhubung catatan Facebook yang mengugut seorang petugas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek ditahan pada 10.50 pagi ini di rumahnya di BDC Stampin, di sini, oleh pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Padawan.

Dev Kumar berkata suspek membuat catatan berbaur ugutan terhadap Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dalam sebuah halaman Facebook yang memperjuangkan nasib anjing liar.

Suspek didakwa menghasut pengikut halaman Facebook itu untuk membuat sekatan jalan raya dan melepaskan anjing liar yang ditangkap itu.

“Dia turut mencadangkan penggunaan langkah yang melampau untuk menghalang operasi jabatan itu untuk menangkap anjing liar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dev Kumar berkata polis turut merampas telefon bimbit suspek, yang ketika ini ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata polis sedang mengesan seorang lagi pengguna Facebook yang mencadangkan supaya dibunuh anggota yang terlibat dalam operasi untuk menangkap anjing liar, dan menambah, identiti wanita itu telah pun dikenal pasti.

— BERNAMA



Source link

read more

JPV Sarawak buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook


KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak membuat laporan polis pada Khamis berhubung beberapa catatan pada sebuah laman Facebook yang memperjuangkan hak anjing liar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar berkata pihaknya telah melihat laman itu dan mendapati terdapat beberapa komen berunsur jenayah.

Beliau berkata pemilik akaun Facebook itu mencadangkan agar membunuh anggota yang terlibat dalam operasi menangkap anjing liar, sementara terdapat komen lain yang turut menyarankan untuk membuat sekatan jalan bagi melepaskan anjing liar yang ditahan dan menggunakan pendekatan ekstrem untuk menghalang operasi itu.

“Pihak polis tidak gusar dengan ancaman terhadap kakitangan awam yang sudah diamanahkan untuk menjalankan tugas mereka berlandaskan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata walaupun laman Facebook itu berniat baik untuk menyelamatkan anjing-anjing liar tersebut, ia kelihatan lebih kepada menghasut keganasan dalam kalangan peminat laman itu.

“Pihak polis sedang menyiasat laporan itu sebagai jenayah ugutan dan akan memanggil pemilik akaun tersebut untuk siasatan.

“Pada masa sama, kami memberi amaran kepada pihak yang cuba menghalang anggota kakitangan veterinar daripada menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya sambil menambah sebarang cubaan menggunakan kekerasan, mendatangkan bahaya atau menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas boleh didakwa di mahkamah.

— BERNAMA



Source link

read more

Suspek kes keganasan rumah tangga bergaduh dengan polis di Facebook


SEORANG lelaki yang diburu polis nampaknya tidak menjadikan situasi itu sebagai penghalang untuk terus menikmati kemudahan media sosial.

Jamie Murphy diburu polis Preston, England, selepas terbabit dalam satu kes keganasan rumahtangga, November lalu.

Rabu lalu, Jabatan Polis Preston memuat naik status beserta gambar mugshot Murphy, ke akaun Facebook rasmi mereka.

Dalam kapsyen bersama status itu, polis meminta Murphy menyerah diri untuk memudahkan siasatan.

Namun ia nyata tidak menggembirakan Murphy dan lelaki itu meninggalkan komen pada status tersebut.

“Saya tak jaga tepi kain orang, jadi saya harap orang lain juga tidak masuk campur urusan keluarga saya,” tulis Murphy.

Murphy berkongsi status Polis Preston ke akaun Facebooknya.

Murphy anggap penyiaran gambarnya oleh polis sebagai perbuatan 'jaga tepi kain'.
Tidak cukup dengan itu, Murphy berkongsi status tersebut ke akaun Facebooknya, selain memuat naik satu status mengecam pihak berkuasa, menggunakan perkataan yang tidak sopan.

Dalam reaksi balas mereka, pihak polis meminta Murphy berhenti ‘buat perangai’ dan terus ke balai polis berdekatan untuk menyerah diri.

“Apa yang anda tulis di sini takkan dapat membela anda. Kami sarankan anda segera menyerah diri kerana kami tidak akan berhenti mencari anda,” kata polis.

Ketika berita ini ditulis, Murphy masih belum menyerah diri, sebaliknya sempat memuat naik satu status ke Facebook, 14 jam yang lalu.



Source link

read more

Pengguna diharap kurangkan kandungan berunsurkan clickbait spam – Facebook


KUALA LUMPUR: Platfrom media sosial terbesar, Facebook akan mengurangkan (demote) post yang mengajak dan memancing pengguna secara tidak langsung untuk memberi komen, reaksi, undi, tag dan perkongsian.

Perkara itu diumum syarikat perangkaian sosial terbesar, Facebook Inc melalui kenyataan medianya pada 18 Disember.

Taktik atau trick yang dikenali sebagai engagement baiting ini sebenarnya memberi kelebihan dalam algoritma Facebook menyebabkan posting berkenaan kerap muncul dalam kebanyakan News Feed (Suapan Berita).

Facebook akan mula mengurangkan jenis-jenis post yang mengumpan pengguna, digambarkan sebagai spam dari menjangkau lebih ramai pengguna.

Menurut Pakar Intergriti Operasi, Henry Silverman dan Jurutera Facebook, Lin Huang, mereka menerima aduan bahawa pengguna tidak menyukai posting spam di Facebook kerana ini akan mendorong mereka untuk berinteraksi dengan komen, suka, perkongsian dan perkara-perkara lain.

“Sebagai contoh, “Sila SUKA (LIKE) jika anda seorang Aries!”

Taktik atau trick yang dikenali sebagai engagement baiting ini sebenarnya memberi kelebihan dalam algoritma Facebook menyebabkan posting berkenaan muncul dalam kebanyakan News Feed (Suapan Berita).

Selain itu, Facebook juga akan menurunkan post-post bertentang dengan tujuan asalnya dalam News Feed – keaslian berita seperti mana yang dilaporkan oleh syarikat gergasi berkenaan.

“Perkara seperti clickbait dan pautan ke halaman laman web yang kurang berkualiti berkonsepkan spam, sensasi, atau mengelirukan ini akan dikurangkan agar mempromosikan perbualan yang lebih bermakna dan sahih di Facebook,” jelasnya.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan juga memaklumkan post yang berkait dengan meminta bantuan atau cadangan seperti mengumpulkan wang amal atau meminta tips perjalanan tidak akan terjejas oleh proses ini.

Bagaimanakah ini akan memberi kesan kepada Halaman (Pages) di Facebook?

Penerbit dan perniagaan lain yang menggunakan taktik engagement baiting ini dalam post mereka patut menjangkakan jangkauan (reach) post mereka akan menurun.

Sementara itu, halaman yang berulang kali berkongsi post berkaitan dengan engagement baiting ini akan dilihat menurun dalam kadar yang signifikan.

Pentadbir halaman Facebook (Facebook Pages Admin) seharusnya memberi tumpuan untuk menyiarkan berita atau cerita yang relevan dan bermakna yang tidak menggunakan taktik engagement baiting.



Source link

read more

Guru disiasat kerana didakwa hina Islam di Facebook



KUCHING: Seorang guru sekolah rendah di sini disiasat oleh polis kerana dipercayai memuat naik satu komen di Facebook yang dikatakan telah menghina umat Islam ketika memberikan komen berkaitan Islam dan Baitulmaqdis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata setakat ini dua laporan polis dibuat di Kuching selepas komen guru lelaki itu menjadi tular.

“Kami sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menggunakaan nama Raph Binsing dan akan memanggilnya untuk soal siasat,” katanya kepara Bernama ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran terhadap awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mendatangkan khianat awam.

Komen Raph Binsing mengenai Islam dan pengiktirafan Baitulmaqdis oleh Amerika Syarikat sebagai ibu negara baharu Israel telah mengundang kemarahan netizen.

Sementara itu, semasa mengakses akaun Facebook itu, didapati pemiliknya telah memohon maaf atas komen itu dan menyatakan rasa kesal kerana menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini termasuk rakan-rakan dan sanak saudaranya.

Katanya, beliau telah menyerahkan diri kepada polis.

— BERNAMA



Source link

read more

Pejabat Ketua Menteri Sarawak nafi catatan Facebook Borneo Voice



KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menafikan catatan dalam Facebook yang memetik ketua menteri sebagai berkata beliau telah membubarkan parti Barisan Nasional di Sarawak.

Menurut kenyataan itu, catatan Facebook di bawah akaun Borneo Voice menjadi viral akhir-akhir ini yang memetik ketua menteri kononnya berkata: “Saya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membubarkan parti Barisan Nasional di Sarawak dan selepas itu membentuk sebuah kerajaan negeri yang baharu”.

“Catatan itu juga disebar dengan meluas dalam chatgroup. Pejabat ini ingin memperjelaskan bahawa ketua menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Catatan ini adalah berita palsu rekaan orang tertentu atas sebab yang hanya mereka sendiri tahu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan ringkas itu dikeluarkan di sini petang ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Amah ditahan siar video kanak-kanak mandi di Facebook



HONG KONG : Gara-gara memuat naik video kanak-kanak mandi di Facebook, seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan atas dakwaan menyiarkan kandungan pornografi kanak-kanak di Hong Kong.

Menurut laporan South China Morning Post, wanita berusia 28 tahun itu dikatakan telah menyiarkan video secara langsung di laman media sosial tersebut, menunjukkan dia sedang memandikan tiga kanak-kanak yang tidak berpakaian.

Kesemua kanak-kanak berkenaan dipercayai dalam lingkungan tujuh atau lapan tahun.

Malah, dalam video berdurasi 17 minit itu, salah seorang kanak-kanak meminta agar tidak dirakam video mereka sedang mandi, namun ia tidak diendahkan wanita itu.

Video berkenaan yang kemudiannya dimuat naik ke akaun Facebook wanita berkenaan.

Bagaimanapun, ia telah ditarik balik pada Isnin.

Laporan polis dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut selepas mendapat tahu video itu telah disiarkan.

Di bawah undang-undang Hong Kong, sesiapa yang didapati bersalah menyiarkan pornografi kanak-kanak berdepan hukuman maksimum lapan tahun atau denda maksimum HK$2 juta.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons