Aung San Suu Kyi tidak faham situasi di Rakhine – Boris Johnson



RAKHINE: Canselor Myanmar, Aung San Suu Kyi tidak memahami situasi mengerikan yang berlaku di Rakhine, ujar Setiausaha Luar British, Boris Johson selepas melawat perkampungan yang dibakar di negeri tu.

Johson bagaimanapun masih percaya, Suu Kyi masih boleh membuat perubahan dan perbezaan kepada kaum etnik itu sekiranya beliau menunjukkan kesediaan untuk membantu mereka.

“Secara jujur, saya tidak pasti dia (Suu Kyi) benar-benar memahami apa yang telah berlaku di sini (Rakhine).

“Saya tidak fikir dia menaiki helikopter untuk melihat apa yang kita lihat hari ini, dan apa yang saya cuba sampaikan adalah pentingnya kepimpinannya dan saya percaya dia mampu untuk lakukan perkara yang luar biasa. Saya sangat sedih melihat apa yang berlaku di Myanmar sekarang,” kata Johson.

Katanya, untuk merealisasikan perkara itu, ikon demokrasi itu perlu dibantu oleh agensi-agensi dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membawa pulang kembali hampir 700,00 pelarian yang melarikan diri ke Bangladesh.

Johnson pada masa sama menggambarkan, penduduk di Rakhine hidup dalam ketakutan dengan keganasan yang berlaku dan dilakukan kepada mereka.

“Saya fikir perkara utama adalah bahawa penduduk kampung masih begitu ketakutan dan mereka tidak dapat mengatakan siapa yang telah membakar rumah mereka sendiri.

“Tindakan membakar rumah dengan tujuan untuk ‘melenyapkan’ mereka adalah tidak masuk akal,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyatakan kebimbangannya, penduduk Rohingya ini tidak akan tinggal di kem-kem baru.

“Itulah sebabnya kita memerlukan agensi antarabangsa, PBB untuk mengawasi dan itu adalah fokus yang saya tekankan kepada Aung San Suu Kyi,” tambah Johnson.



Source link

read more

Perselisihan faham punca kereta dibakar


KUALA KANGSAR 06 FEBRUARI 2018. Keadaan parkir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melibatkan tiga kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kenderaan awam yang terbakar awal pagi tadi. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

MO, 6/2/2018, KUALA KANGSAR: Ketidakpuasan hati berhubung tindakan penguatkuasaan dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipercayai punca lima kenderaan termasuk tiga kenderaan jabatan itu yang diparkir di kawasan parkir Stesen Penguatkuasaan JPJ Timbang Lori di sini, dibakar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner, Ahmad Termizi Abd Haq, berkata siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham membabitkan beberapa individu yang dikenakan tindakan oleh anggota JPJ sebelum ini.

Katanya, perselisihan faham itu menjadi petunjuk utama siasatan selepas siasatan di lokasi kejadian menemui pagar yang dipotong dipercayai dilakukan lebih daripada seorang individu.

“Polis percaya kebakaran ini bukan kebakaran biasa dan ia dipercayai angkara khianat selepas kami menemui kesan pagar dipotong di bahagian tepi kawasan pejabat.

“Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan perselisihan faham sebelum ini menjadi petunjuk utama siasatan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Ahmad Termizi berkata, kawasan pejabat JPJ itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman CCTV akan diambil polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, terdapat seorang pengawal berada di balai pengawal yang terletak di pintu pagar utama jabatan itu ketika kejadian manakala lokasi berlaku kejadian adalah di bahagian tepi sebelah kiri.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, berkata pihaknya turut meminta bantuan Unit Pengesan (K9) Bomba dari Klang, Selangor dan setakat ini siasatan di tempat kejadian belum menemui sebarang bahan bukti.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi tadi, tiga kenderaan JPJ membabitkan dua jenis Toyota Fortuner dan satu Ford Ranger hangus terbakar 90 peratus manakala dua kenderaan awam jenis Volvo terbakar 70 peratus.



Source link

read more

Netizen tak faham erti menjaga hati sesama manusia – Haqiem Rusli terpaksa hadam kutukan



PENYANYI Haqiem Rusli meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang gemar mencari keburukan orang lain.
 
Luah Haqiem lagi, mereka juga memberikan komen-komen negatif sehingga tidak sedar adakalanya kutukan mereka itu melampaui batas.
 
Bagaimanapun kata Haqiem, perkara itu jugalah yang membangkitkan semangat untuk membuatkan dirinya terus maju, kuat dan berjaya dalam kerjaya.
 
“Aku akan terus menaik meninggalkan semua kutukan dari sesetengah netizen yang tak pandai dan tak faham apa itu erti “menjaga hati sesama manusia”
 
“Dan mereka yang cakap belakang akan terus berada di belakang aku dan aku akan terus memaafkan. Pedih? Hadam,”
tulis Haqiem di akaun Instagram (IG)nya semalam.
 

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya meminta penyanyi muda itu untuk lebih tabah dan sentiasa kuat mengharungi liku-liku bergelar anak seni.
 
“Yes!! @haqiemrusli98_ yang mengutuk sebenarnya prihatin dengan anda. Anggap segala kutukan sebagai motivasi menaikkan prestasi. Go fight win,” [email protected]_asmira
 
“Biarkan mereka mengata kerana manusia yang kurang pandai untuk memilih antara syurga atau neraka sahaja akan terus mengata. Sabar bro,” [email protected]
 

Foto: Instagram @haqiemrusli98_
 



Source link

read more

‘Ustaz Parti BERSATU’ Nak Lawan Salah Faham Terhadap Islam? Betulkan Dulu Keluarga Pengerusi Parti Dulu!!


Kita menyanjung tinggi usaha ‘Ustaz BERSATU’ yang siap siaga bersedia untuk melawan salah faham terhadap Islam, kalau mengikut laporan Malaysiakini. Cumanya, pada fikiran saya yang bukan Ustaz ini, adalah lebih molek kiranya, salah faham terhadap Islam ini kita mulakan dengan parti sendiri, ahli keluarga kita sendiri, pemimpin parti kita sendiri sebelum dikembangkan ke luar.
Contohnya, sekadar memberi beberapa contoh, Salah faham mengenai hukum haram babi. Sama ada disembelih dengan nama Allah atau tidak, hukumnya tetap haram. Contoh lagi, hukum menerima Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender (LGBT) dalam masyarakat Malaysia. Contoh lagi, hukum suami yang melarang isteri bertudung. Contoh lagi, hukum tidur dengan anjing-anjing. Bukankah itu semua salah faham terhadap Islam? Walau bagaimanapun, ini semuanya contoh. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang hampir hendak meninggal dunia.



Source link

read more

Hanya salah faham tak ada niat buruk – Fathia Latiff mohon maaf dengan Iqram Dinzly


PELAKON Fathia Lafiff memohon maaf kepada Iqram Dinzly terhadap perbuatannya yang meninggalkan komen kontroversi ketika aktor itu sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
 
Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan oleh Fathia menerusi satu kenyataan di IGnya semalam.
 
Menurut Fathia, dia tidak mempunyai niat buruk terhadap Iqram dan perkara yang berlaku itu hanyalah salah faham.

BACA: “Bunuh diri tu haram, akal kat mana?” – Hafiz Hamidun sindir Fathia Latiff? BACA: “Tak ada scene bunuh diri ke?” – Fathia Latiff suruh Iqram Dinzly bunuh diri?


 
Permohonan maaf Fathia itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut IGnya tidak kira sama ada positif mahu pun negatif.
 
Antara komen yang diterima adalah:
 
“Sekarang ni mintak maaf pun boleh dibuat-buat cakap senang je .Hmm sampai satu hari minta maaf tu dah jadi tak relevant sebab cakap je minta maaf tapi sikap tak ubah. Asyik buat salah minta maaf ntah betul-betul menyesal atau tak. Cukup la tu Fatiya orang takkan percaya dah mohon maaf awak tu,” [email protected]_agent
 
“Itu urusan diaorang, manusia mana je yang tak buat salah. Yang kita ni jangan nak keruhkan keadaan,” [email protected]

 
Terdahulu, Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.

Komen yang ditinggalkan oleh Fathia itu sedang tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen.
 
Nama Fathia dan Iqram menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.

Foto: Instagram @fatiyalatiff



Source link

read more

Selisih faham dengan Bazli punca Najdi tarik diri dari UNIC



ANGGOTA kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul terkejut apabila Najdi, memberi kenyataan menarik diri dari kumpulan tersebut.

Fakhrul berkata dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak tahu punca sebenar.

“Ia mungkin berpunca daripada perselisihan faham dalaman sahaja yang saya sendiri tidak tahu sejak bila.

“Berurusan dengan manusia ini mencabar kerana manusia ada hati, perasaan dan ego, malah semua manusia berbeza. 

“Tidak nafikan, dalam menguruskan artis berkumpulan ada turun dan naiknya.

“Kami pun manusia biasa, cabaran dan ujian kami pun sama macam orang lain,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.

BACA: Syahid kini ‘bintang di syurga’ – Bazli UNIC

BACA: ‘Stabilizer’ kamera disangka senjata punca kumpulan UNIC ditahan

BACA: UNIC kumpul peminat, bakat baru nasyid dari Thailand, Brunei & Indonesia

Najdi memberi kenyataan kepada media semalam bahawa penarikan dirinya itu dilakukan selepas berlaku perselisihan faham dengan Bazli.

Fakhrul bagaimanapun belum berjumpa dengan kedua-dua ahli kumpulannya itu bagi berbincang tentang apa masalah yang berlaku.

“Insya-Allah kami akan cuba menyelesaikan masalah dalaman ini dalam masa yang terdekat. 

“Lagipun kami ada banyak komitmen dengan pelbagai pihak.

“Jadi keputusan yang kami ambil semestinya akan dipertimbangkan dari semua segi,” katanya lagi. 

Najdi menyertai UNIC dua tahun lalu menggantikan Mohamad Fitri Haris, Wan Sharifuddin dan Mohd Afendi Jahri yang menjadi anggota asal kumpulan nasyid itu sejak ditubuhkan pada 2002.

Gandingan Najdi, Bazli dan Fakhrul membawa kejayaan kepada UNIC yang menjuarai program Gema Gegar Vaganza (GGV) tahun lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Tak letak syarat Adib Khalid faham kerjaya Izara Aishah



SUAMI kepada aktres Izara Aishah, Adib Khalid memahami kerjaya isterinya sebagai seorang pelakon dan tidak meletakkan sebarang syarat biarpun setelah mendirikan rumah tangga.

“Tiada syarat sangat pun. Bagi saya, kerjaya Izara masih seoerti biasa. Saya tidak cemburu jika dia bergandingan dengan pelakon lelaki lain dan tidak fikir apa-apa pun.

“Saya memang memahami kerjayanya secara keseluruhan. Saya juga tak kisah jika dia kekal aktif selepas berkahwin kerana saya sendiri turut sibuk dengan kerjaya.

“Kita berdua sama-sama sibuk mencari rezeki dan apa yang penting, apabila kami berdua balik ke rumah, kami ada each other dan dapat menghabiskan waktu berdua setelah seharian bekerja,” kata Adib.

Tambah Izara pula, dia juga pelik kerana suaminya tidak cemburu apabila dia berlakon dengan lelaki lain dalam drama atau filem.

“Kadang-kadang saya pelik. Kenapa dia tak cemburu? Tetapi, mungkin dia juga telah didedahkan dengan keadaan dalam industri dan memahami apa yang saya lakukan hanya sekadar lakonan.

“Insya-Allah, saya bakal memasuki set penggambaran drama berjudul Jodoh-Jodoh Anisa yang bakal bersiaran selama 100 episod tidak lama lagi.

“Saya bakal bergandingan bersama lima orang hero iaitu Aaron Aziz, Amar Baharin, Awal Ashaari, Johan As’ari dan Hafreez Adam,” katanya ketika ditemui di sidang media program CTDK-ation.

Program tersebut memaparkan jurnal percutian keluarga besar Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.  

Rancangan yang memaparkan kisah suka duka percutian keluarga besar itu ke Sepanyol, Portugal dan Dubai itu akan disiarkan di saluran Astro Ria pukul 9 malam bermula 29 Disember ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Adib



Source link

read more

Kes bunuh dan bakar Tertuduh OKU tidak faham pertuduhan



KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Teluk Datuk menangguhkan sebutan kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Kuala Langat selepas tertuduh yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Majistret Mohd Isa Md Nor menangguhkan sebutan kes sehingga 26 Januari depan bagi membolehkan jurubahasa isyarat dilantik membantu tertuduh, Khang Chang Heng, 38, yang juga merupakan oku.

Keputusan dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilla Md Ali mengemukakan permohonan supaya mahkamah menyediakan jurubahasa isyarat dan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan semula kes.

BACA: Tragedi Tg Sepat: Datuk, nenek dan cucu ditetak sebelum dibakar – Polis

Terdahulu semasa prosiding, tertuduh tidak memberi sebarang reaksi sejurus pertuduhan pertama membunuh seorang warga emas, dibacakan terhadapnya kerana masalah pekak dan bisu.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh Chia Tee Nang, 73, di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, antara jam 4 hingga 5 pagi, 13 Disember lalu.

Difahamkan, lelaki berkenaan berdepan lima pertuduhan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 324 kanun yang sama.

BACA: Empat maut dalam kebakaran rumah di Tanjung Sepat

Dalam kejadian 13 Disember lalu, empat sekeluarga terdiri daripada pasangan warga emas dan cucu mereka ditemui maut dalam kebakaran kira-kira 6.08 pagi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Chia Tee Nang, 73, Lim Mai Shak, 68, dan dua kanak-kanak, iaitu Chia Yuan Bin, 3, dan Ryan Chia Zeng Xi, 10.

BACA: Tragedi Tg Sepat: Cucu nampak kelibat suspek – Polis



Source link

read more

Ditikam selepas berselisih faham di media sosial – Jenayah


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Pertemuan enam wanita untuk menyelesaikan perselisihan faham berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka cedera ditikam dalam kejadian di Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM) Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, sekumpulan empat wanita bertemu dengan dua lagi wanita di lokasi untuk menyelesaikan perselisihan faham berkaitan kata-kata di dalam media sosial sebelum berlakunya pergaduhan.

“Dalam pergaduhan tersebut, kesemua wanita berusia lingkungan 20-an itu turut menggunakan pengunci kereta, topi keledar, kayu dan pisau sebelum salah seorang daripada mereka ditikam dengan sebilah pisau.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ujar Mohd. Zani, suspek berusia 20 tahun kemudian ditahan di Little India, Klang Selatan pada pukul 12.50 tengah hari semalam dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons