Caprice Fathia Latiff perang besar di Instagram



YOU are fighting someone else’s battle.

Itu pendapat netizen terhadap pergaduhan besar yang tercetus antara dua selebriti ini.

Semuanya bermula selepas pelakon Fathia Latiff didakwa melakukan provokasi ke atas Iqram, dengan meletakkan komen agar Iqram ‘bunuh diri’, dalam satu sesi Instagram live yang dibuat Iqram.

Fathia yang dikecam khalayak kerana komen itu, kemudiannya mengakui apa yang dilakukannya adalah satu bentuk reverse psychology dan dia tidak mempunyai niat jahat.

Namun, sebelum itu, tindakan Fathia itu mendapat kritikan penyanyi rap, Caprice, yang berpendapat adalah tidak wajar Fathia mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana isu masalah mental tidak wajar dipermainkan.

Kritikan Caprice itu tidak mendapat reaksi yang baik daripada Fathia yang kemudiannya meninggalkan komen di Instagram Caprice, tentang insiden ‘kek cawan’ yang pernah berlaku antara mereka.

“Just because I rejected your cupcakes you gave me last time, I’m pretty sure you’re under depression as well,” itu yang ditulis Fathia.

Tidak lama selepas itu, Caprice memuat naik satu lagi video menegur usahawan, Nur Sajat, yang kini menjadi tumpuan gara-gara isu jantinanya, dan ia sekali lagi menarik perhatian Fathia untuk meninggalkan komen.

Kali ini, Fathia membangkitkan isu sensitiviti dalam teguran Caprice terhadap Sajat.

Tidak senang dengan situasi itu, Caprice kemudiannya memuat naik satu entri di akaun Instagram dan membangkitkan kembali isu video Bigonya yang pernah tersebar satu ketika dahulu.

Fathia pantas memberikan reaksi terhadap entri itu dan menganggap sikap Caprice tidak membayangkan tingkah laku seorang ahli motivasi, sebaliknya ‘Mak Esah jual jamu’.

Bagi netizen, apa yang berlaku antara Caprice dan Fathia itu tidak akan terjadi sekiranya mereka memiliki sifat bersedia menerima teguran dan mengakui kesalahan, selain menghormati pendapat orang lain.

Dapat dilihat di ruangan komen, peminat kedua-duanya mahu mereka berbaik dan lebih bertanggungjawab di atas setiap komen dan status yang dimuat naik di laman sosial.

Agak melucukan juga apabila ada yang mengharapkan mereka bertemu jodoh.

“Selalunya yang bergaduh ni, jodoh kuat,” usik seorang pengguna Instagram, @norafarahin.



Source link

read more

Hanya salah faham tak ada niat buruk – Fathia Latiff mohon maaf dengan Iqram Dinzly


PELAKON Fathia Lafiff memohon maaf kepada Iqram Dinzly terhadap perbuatannya yang meninggalkan komen kontroversi ketika aktor itu sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
 
Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan oleh Fathia menerusi satu kenyataan di IGnya semalam.
 
Menurut Fathia, dia tidak mempunyai niat buruk terhadap Iqram dan perkara yang berlaku itu hanyalah salah faham.

BACA: “Bunuh diri tu haram, akal kat mana?” – Hafiz Hamidun sindir Fathia Latiff? BACA: “Tak ada scene bunuh diri ke?” – Fathia Latiff suruh Iqram Dinzly bunuh diri?


 
Permohonan maaf Fathia itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut IGnya tidak kira sama ada positif mahu pun negatif.
 
Antara komen yang diterima adalah:
 
“Sekarang ni mintak maaf pun boleh dibuat-buat cakap senang je .Hmm sampai satu hari minta maaf tu dah jadi tak relevant sebab cakap je minta maaf tapi sikap tak ubah. Asyik buat salah minta maaf ntah betul-betul menyesal atau tak. Cukup la tu Fatiya orang takkan percaya dah mohon maaf awak tu,” [email protected]_agent
 
“Itu urusan diaorang, manusia mana je yang tak buat salah. Yang kita ni jangan nak keruhkan keadaan,” [email protected]

 
Terdahulu, Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.

Komen yang ditinggalkan oleh Fathia itu sedang tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen.
 
Nama Fathia dan Iqram menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.

Foto: Instagram @fatiyalatiff



Source link

read more

Bunuh diri tu haram akal kat mana – Hafiz Hamidun sindir Fathia Latiff



Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia meninggalkan beberapa komen ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram miliknya.

Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.

Tidak dapat dipastikan sama ada komen yang ditinggalkan oleh Fathia kepada Iqram berunsur gurauan atau serius.

Terbaru, penyanyi Hafiz Hamidun tampil memberikan komen mengenai isu tersebut secara umum menerusi laman Twitter .

“Bunuh diri tu haram. Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran.

“What if orang yang kau suruh bunuh diri tu triggered dan betul-betul bunuh diri. Kau happy? Puas? 

“Akal kat mana? Nafsu kat mana?” tulis Hafiz.

Biarpun tidak menyebutkan nama Fathia, netizen mengandaikan nasihat itu sebagai satu sindiran dan mendakwa tweet tersebut ditujukan kepada aktres itu berikutan tindakan yang dilakukan olehnya kepada Iqram.

BACA: “Tak ada scene bunuh diri ke?” – Fathia Latiff suruh Iqram Dinzly bunuh diri? 

Nama Fathia dan Iqram terus menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. 

Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.



Source link

read more

Tak ada scene bunuh diri ke – Fathia Latiff suruh Iqram Dinzly bunuh diri



PELAKON Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia meninggalkan beberapa komen ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram miliknya.

Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.

Komen yang ditinggalkan oleh Fathia itu sedang tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen.

BACA: Fathia, betul ke gambar tak bertudung tu ‘throwback’?

BACA: Selepas Dira, giliran Azwan Ali pula tempelak Fathia Latiff

Tidak dapat dipastikan sama ada komen yang ditinggalkan oleh Fathia kepada Iqram berunsur gurauan atau serius.

Netizen berpendapat Fathia tidak sepatutnya meninggalkan komen sedemikian kepada Iqram biarpun niatnya hanya sekadar bergurau.

Nama Fathia dan Iqram menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.

BACA: Selepas jumpa Ustaz Kazim, Iqram Dinzly kini ‘taksub’ pisang pula

BACA: Gelar Rasulullah dengan nama Che Mat, Iqram Dinzly mohon maaf



Source link

read more

Fathia betul ke gambar tak bertudung tu throwback


KECOH kejap dunia hiburan apabila pelakon Fathia Latiff memuat naik foto tidak bertudung di laman Instagram miliknya, @fatiyalatiff.

Miss K yakin, itu foto lama sebelum bertudung, tak mungkin Fathia ‘cabut’ tudung selepas berhijrah sejak April 2016? 

Terkejut Miss K bila ada peminat jahat yang melabelkan Fathia kafir gara-gara foto tersebut.

Sabar semua! Kan Fathia dah bagitahu itu gambar lama.

Takkan Fathia tergamak nak muat naik foto dia bertocang tu!

Lagipun Fathia dah letak hashtag #tbpost, maknanya throwback post kan, tak gitu Fathia?



Tapi yang menjadi tanda tanya, bila Shahrizan turut memuat naik foto serupa di laman Instagram miliknya.

Shahrizan turut menyertakan sekali hashtag #AllRed #tb.

Selepas foto itu menjadi kontroversi, kedua-duanya telah memadamkan foto tersebut.

Miss K cuba berfikiran baik, husnudzon orang kata, tapi semuanya goyah selepas Miss K dihubungi oleh rakan lama Miss K, Sheena.

“Kau rasa apa Miss K? Throwback masa free hair sebelum April 2016 ke atau throwback beberapa hari lepas?

“Dekat Instagram Shahrizan tu, ada posting ‘happy birthday to me’, tapi tarikhnya adalah pada 13 Disember yang lepas.

“Jadi kalau Fathia dan Shahrizan tulis hashtag gambar tu gambar throwback, maksudnya tu throwback beberapa hari lepas atau throwback beberapa tahun lepas?

“Hairan betul aku ni Miss K sebab posting Shahrizan memakai baju sama berwarna merah seperti dalam fotonya bersama Fathia adalah pada 4 hari lalu.

“Screen shot sebagai bahan bukti mesti kena ada Miss K. Takkanlah aku nak main tuduh dan serkap jarang je. Aku nampak, aku screen shot, aku tanya. Okay kan macam tu?” kata Sheena lagi.

Gitulah Sheena, bukan main lagi!

Selepas Miss K letak telefon, Miss K mula sangsi. Miss K memang tak dapat siasat kerana jawapan sebenar ada pada Fathia.

Mengambil jalan mudah, Miss K nak fikir positif je. Mungkin gambar tu memang gambar lama sebab Fathia perniagaan tudung Dara by Fathia Latiff, takkan dia tiba-tiba nak tanggalkan tudung kan?

Miss K: Sedar tak sedar 2017 hampir melabuhkan tirai. Apa azam baru anda?

Pssst…ada cerita menarik nak dikongsikan dengan Miss K, hantar e-mel ke [email protected]



Source link

read more

Selepas Dira giliran Azwan Ali pula tempelak Fathia Latiff



KELANTANGAN Azwan Ali dalam berhujah tentang sesuatu perkara memang tidak dapat disangkal lagi.

Terbaharu, pengacara yang terkenal dengan gelaran Diva AA ini dilihat memberi nasihat kepada pelakon muda, Fathia Latiff, yang dianggap masih ‘hijau’ dan belum sampai ke tahap yang ‘layak’ untuk dia menyuarakan pendapat.

Menurut Azwan, tidak salah untuk seorang selebriti itu melontarkan kata-kata pendapat mahupun bersuara, namun biarlah berpada-pada.

“Dia (Fathia) siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? (Contohnya) Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja.

“Saya bukan dengki dengan dia tapi bukan masa dia nak bercakap, dia budak baru sangat. Ke dia nak cari populariti?” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Azwan sempat juga menasihati Fathia yang disifatkan ‘masih hingusan’ itu agar lebih menumpukan fokus terhadap kerjaya lakonan berbanding ‘menyalak’ berkaitan politik.

“Itulah kau dik, bak kata Dira, pergi belajar berlakon, kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik. Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru. Pergi buat Bigo Live lah bahagian dua,” sindir Azwan.

BACA: Menari seksi: Fathia Latiff mengaku malu

Azwan berkata demikian bagi menyindir kenyataan Fathia sebelum ini mendakwa ada individu tidak dikenali bertindak membaling rantai dan mengugut untuk mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang pasti.

Terdahulu, Exco Puteri UMNO dan pelakon, Dira Abu Zahar turut menyelar Fathia dalam ucapannya sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ke-71 yang berlangsung di PWTC, pada Rabu minggu lalu.

BACA: Dira Abu Zahar selar, Fathia balas!



Source link

read more

Jangan sampai peluru aku sampai kat kau – Dakwa diugut Fathia Latiff trauma



KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fathia Latiff berkata dia kini trauma selepas mendakwa dia diserang oleh seorang individu berkepala botak.

Menurut Fathia, lelaki itu turut bertindak membaling rantai dan mengugut untuk mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang diketahui.

Kejadian ini didedahkan oleh Fathia menerusi laman Twitternya pada Sabtu.

“Saya baru sahaja diserang oleh seorang individu berkepala botak, selamat ada parang di belakang kereta. Anda semua perlu berhati-hati.

“Dia cuba mengugut saya dengan berkata, ‘jangan sampai peluru aku sampai kat kau’.

“Saya masih trauma,” tweetnya.

Tambah pelakon berusia 30 tahun itu, dia mengenali nama lelaki yang menyerangnya itu, namun enggan mendedahkannya atas sebab tertentu.

Lokasi kejadian juga tidak didedahkan.

Fathia juga menyatakan bahawa dia memerlukan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan dirinya.



Source link

read more

Sheila Majid Fathia Latiff dan kebebasan bersuara



SEHARI dua ini, ketika Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) sedang berlangsung, perbincangan umum bukan hanya tentang UMNO dan perhimpunannya, tetapi banyak yang bercerita tentang kenyataan Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid tentang ekonomi negara menerusi laman twitternya.

Apa yang ditulis Sheila kemudiannya tular dan menjadi sensasi. Ramai yang menyokong Sheila namun bukan sedikit yang mengecam penyanyi lagu Sinaran ini.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati. Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta. Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” tulis Sheila menerusi akaun Twitternya.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji Sheila dan mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu kerana menyuarakan pandangannya.

“Satu per satu ikon Malaysia bersuara demi masa depan negara. Dari Fatiya Latiff, Aznil Nawawi dan sekarang Sheila Majid. Anak muda khususnya kena berani kehadapan. Masa depan terletak di tangan anda. Kalau bukan kita, siapa lagi? Terima kasih Sheila Majid” tulis Dr Mahathir di laman twitternya.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain juga turut memuji Sheila dan beberapa artis lain yang dilihat berani bersuara. Disisi pemimpin UMNO, apa yang dikatakan oleh Sheila telah dijawab.

Isunya sekarang, selain dari apa yang disentuh Sheila, kebebasan bersuara yang diperolehi penyanyi itu dan beberapa lagi artis yang satu aliran pemikirannya. Biarpun pemimpin dan penyokong UMNO tidak bersetuju dengan Sheila, atau ada yang mengecamnya, satu perkara yang Sheila dan artis lain tidak boleh nafikan, ada ruang kebebasan untuk menyatakan pandangan. Dikecam atau dikutuk itu satu cerita lain.

Sehingga hari ini, ketika PAU2017 masih lagi berlangsung, tidak ada usul untuk Sheila atau pelakon Fathia Latif dikenakan apa-apa tindakan. Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar ketika berucap di Perhimpunan Puteri baru-baru ini hanya meminta Fathia bercakap berdasarkan fakta, tidak pula mengusulkan apa-apa tindakan terhadap Fathia yang telah banyak kali membuat kenyataan tidak sealiran dengan kerajaan.

Maknanya, Sheila, Fathia dan beberapa artis lain masih bebas menyatakan pandangan mereka. Dikecam satu perkara yang perlu diterima kerana yang menyokong juga ramai.

Kalau Sheila, Fathia dan beberapa artis lain membuat kenyataan yang agak pedas terhadap kerajaan atau pemimpin kerajaan pada tahun 1980an atau 1990an atau lebih tepat lagi ketika era pemerintahan Dr Mahathir, rasanya sehari selepas kenyataan dikeluarkan, berbagai bentuk tindakan telah dikenakan.

Masihkan ingat lagi dengan isu “Siapa Mahathir?” yang ditanya seniman Datuk M.Nasir kepada seorang wartawan yang mahu penyanyi itu hadir ke majlis baca puisi yang dihadiri Mahathir.

M.Nasir tidak membuat apa-apa kenyataan mempertikaikan pemerintahan Dr Mahathir, tetapi cukup dengan “Siapa Mahathir?”, selepas itu banyak perkara yang komposer terkenal itu terpaksa berdepan. Bekalan elektrik di rumah penyanyi itu dipotong dan M.Nasir berdepan ugutan ditarik balik kerakyatannya. Padahal soalan “Siapa Mahathir?” itu keluar apabila M.Nasir terpaksa membatalkan penyertaannya di acara puisi yang dihadiri Mahathir kerana mahu pulang menziarahi bapa mertuanya yang meninggal dunia di Singapura.

Itu dizaman Mahathir. Kini dizaman Datuk Seri Najib Tun Razak, artis yang menyatakan pandangan agak kritikal terhadap kerajaan tidak dikenakan apa-apa tindakan. Mereka bebas untuk bersuara menggunakan media sosial.

Benar, artis tidak boleh disekat untuk bersuara menyatakan pandangannya. Kebebasan bersuara juga perlu diraikan dan perlu diucapkan terima kasih.

______________________________________________________________________________

* Irwan Muhammad Zain adalah wartawan kanan di Astro AWANI.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.



Source link

read more

Dira Abu Zahar selar Fathia balas



PELAKON Dira Abu Zahar yang juga exco Puteri UMNO, menyelar Fathia Latiff dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, semalam (Rabu).

Dalam ucapannya Dira berkata, tidak perlu percaya pada dakyah yang dibawa oleh Fathia Latiff kerana pelakon tersebut tidak tahu apa-apa mengenai kerajaan.

“Kalau betul nak cerita tentang hak rakyat atau keluh kesah rakyat, turun padang macam Puteri UMNO. Setakat pegang telefon, picit-picit…tulis, taip…tak payah.

“Dia boleh duduk diam-diam betulkan lakonan dia dulu, hidup dia dulu. Tak payah sibuk dengan hal kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

BACA: PAU2017: Fathia, perbaiki hidup dahulu sebelum kecam kerajaan – Dira

BACA: Terdesak sangat ke? Rizal Mansor tegur artis populariti merudum

Sementara itu, Fathia tidak berdiam diri selepas diselar Dira sebaliknya tampil mempertahankan diri.

Fathia telah memuat naik posting di akaun media sosial Twitternya dan memberitahu jika Dira mempunyai hak untuk bersuara, begitu juga dia.

Tulisnya lagi, dia teguh dengan pendiriannya menyuarakan apa sahaja tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa.

Terdahulu, Fathia telah memuat naik posting di Instagramnya berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Posting tersebut telah mendapat reaksi Dr Mahathir yang kemudiannya membalas dan mengucapkan terima kasih kepada Fathia serta memuji keberanian pelakon tersebut.

Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.



Source link

read more

Fathia mahu tenung muka Remy Ishak Tiz Zaqyah respon … uish


PELAKON sensasi Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian netizen di media sosial Twitter petang semalam apabila membalas kenyataan pelakon kacak Remy Ishak dalam situasi sangat janggal.

Terdahulu, Remy mengemas kini akaun Twitternya dengan mengajukan soalan kepada peminatnya jika berpeluang bercuti bersama-sama.

Tulis Remy; “Jika anda seorang peminat dan berpeluang untuk bercuti bersama saya, apakah yang akan anda lakukan sepanjang perjalanan.”

Entri Remy sekitar pukul 9 pagi semalam mendapat pelbagai respons daripada peminatnya yang rata-rata teruja untuk bercuti bersama-sama pelakon filem Cun itu.
 

Bagaimanapun, lewat petang semalam Fathia tidak melepaskan peluang untuk berkongsi perkara yang ingin dilakukan dengan Remy sekiranya berpeluang bercuti bersama.

“Saya akan tenung je muka awak sampai tertidur,” tulis Fathia ringkas sekitar pukul 7 petang semalam.
 

Reaksi Fathia yang bersifat gurauan itu dengan pantas mendapat kicau semula (retweet) dan tanda suka (likes) daripada peminatnya.

Lebih menarik, status itu mendapat respons daripada bekas kekasih Remy, Tiz Zaqyah yang hanya menulis “Uish”.

Malah, peminat juga kembali mengingatkan Fathia bahawa Remy sudah berstatus tunangan orang dan memohon agar pelakon itu untuk ‘move on’.

“Tunang orang tu,” tulis @baniey_arbi90.

“Dah boleh move on ah Fathia,” balas @Izshaziera.

Menurut kemas kini akaun Instagram Remy, pelakon itu kini sedang bercuti di New Zealand selepas penggambaran drama bersiri di Bangka Belitung, Indonesia sejak awal November.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons