Filipina pindah lebih 900 keluarga susulan aktiviti Gunung Berapi Mayon



HANOI: Lebih 900 keluarga di kawasan berhampiran gunung berapi Mayon, di wilayah tengah Albay, Filipina dipindahkan, berikutan aktiviti luar biasa gunung berapi berkenaan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional, Romina Marasigan berkata, seramai 919 isi rumah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan apabila gunung berapi itu mengeluarkan abu. 

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Philvolcs), gunung berapi itu mula mengeluarkan abu pada Sabtu (13 Januari), dengan dua letusan berlaku pada pagi Ahad (14 Januari), memuntahkan abu kira-kira setinggi 2,500 meter. 

Gunung Mayon dengan ketinggian 2,460 meter dan lebar 20 kilometer, antara gunung berapi aktif di Filipina yang terkenal dengan keindahannya. Dalam tempoh 400 tahun, ia telah meletus sebanyak 51 kali.

Letusan paling banyak menyebabkan kemusnahan ialah pada 1814, yang mengorbankan kira-kira 1,200 nyawa dan  tiga bandar ditenggelami oleh lumpur dan batu.

— BERNAMA



Source link

read more

Tunggu… perang dadah akan kembali – Ketua Polis Filipina



MANILA: Di sebalik kecaman antarabangsa, polis anti narkotik Filipina bersedia melancarkan kembali operasi perang dadah secara besar-besaran di negara itu.

Ketua Polis Filipina Ronald Dela Rosa dalam pengesahannya memaklumkan operasi yang dikenali sebagai Oplan Tokhang ini akan bermula dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut Dela Rosa, pihaknya seboleh mungkin mahu mengelak pertumpahan darah, namun jika berdepan tentangan atau provokasi tindakan sewajarnya perlu diambil demi mempertahankan diri.

Tokhang sepatutnya tidak melibatkan petumpahan darah kerana semangat Tokhang itu sendiri jika dilaksanakan dengan betul adalah ‘ketuk dan mengaku’,” jelas Dela Rosa pada sidang medianya di Manila pada Jumaat.

Dela Rosa bagaimanapun tidak menjelaskan sebab mengapa operasi berkenaan disambung kembali.

Kempen yang diilhamkan sendiri Presiden Filipina Rodrigo Duterte beberapa bulan selepas mengambil alih kuasa itu bertujuan untuk membebaskan negaa itu dari belenggu dadah.

Bagaimanapun momentumnya hilang selepas Duterte sendiri mengarahkan pihak polis menggantung seketika kempen itu pada 11 Oktober tahun lalu selepas menerima tekanan dari dalam dan luar negara.

Bermula tarikh sama peranan menangani kes dadah diserahkan kepada Agensi Peguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) sementara pihak polis hanya berperanan sebagai unit bantuan.

Sepanjang operasi yang bermula sejak Jun 2016, hampir 4,000 orang maut di tangan pihak berkuasa.

Ia lantas mendapat kritikan aktivis kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa polis melakukan pembunuhan di luar batas undang-undang.

Aktivis pada masa sama mendakwa dalam kebanyakan kes, suspek tidak diberi peluang untuk menyerah diri sebaliknya terus ditembak mati

Dela Rosa lantang menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya menegaskan suspek ditembak kerana mereka bertindak ganas ketika cuba ditahan.

Bagi menyokong hujahya Dela Rosa merujuk kepada lebih 117,000 lagi suspek yang ditahan pihak berkuasa sepanjang operasi berkenaan yang berada dalam keadaan selamat.

“Satu jawatan kuasa pemerhati akan dibentuk, dan jika ada peruntukan setiap anggota polis yang terlibat dalam serbuan akan dilengkapkan dengan kamera badan.

“Bagi operasi kali ini kami akan pastikan ia dijalankan dengan sewajarnya dan sesiapa yang cuba melawan akan menerima padah,” tambahnya lagi.



Source link

read more

Duterte mahu gandakan gaji guru Filipina



MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte merancang menggandakan gaji guru susulan peningkatan pendapatan negara berkenaan selepas Filipina mencadangkan reformasi ke atas rejim percukaiannya baru-baru ini.

Langkah ini juga dijangka turut melibatkan gaji permulaan, tetapi ia harus diluluskan kabinet negara itu terlebih dahulu.

Menurut jurucakap kepada Presiden Duterte, Harry Roque, langkah berkenaan turut menyaksikan gaji permulaan bagi guru di semua sekolah awam di Filipina akan dinaikkan dua kali ganda.

Katanya, langkah berkenaan menyamai tindakan untuk menaikan gaji pokok anggota tentera dan polis yang dibuat sebelum ini.

Guru di negara berkenaan menerima gaji antara antara RM1,565 hingga RM3,800 berdasarkan tahap pendidikan.

Populariti Duterte yang terkenal sebagai presiden yang bersifat santai itu menjunam hujung tahun lalu.

Akhbar tempatan melaporkan populariti beliau berada di bawah parah 50 peratus selepas rakyat Filipina sudah semakin muak dengan agenda ‘memerangi dadah’ yang dilancarkannya sejak mula memegang tampuk kuasa pada Jun 2016.

Rakyatnya juga tidak berpuas hati dengan tahap ekonomi negara berkenaan.



Source link

read more

Aktres Filipina ditabal wanita tercantik dunia



PELAKON muda terkenal Filipina, Liza Soberano, dipilih sebagai wanita tercantik di dunia untuk tahun 2017 oleh sebuah portal gaya hidup terkemuka, TC Candler.

Portal yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu sudah mengeluarkan senarai 100 wanita tercantik di dunia sejak 28 tahun yang lalu.

Soberano, 20, berdarah kacukan Filipina-Amerika, dikenali di Malaysia menerusi drama Forevermore.

Tempat kedua dan ketiga diisi oleh peragawati Perancis, Thylane Blondeau dan penyanyi Taiwan, Chou Tzu-yu.

Pelakon dan peragawati dari Malaysia, Yumi Wong, turut tersenarai di tempat ke 57.

Antara nama-nama besar yang berjaya memasuki senarai itu ialah Emma Watson (14), Emilia Clarke (26) dan Natalie Portman (50).

Untuk senarai 100 lelaki paling kacak pula, ia didahului oleh bintang KPop, Kim Tae-hyung atau lebih popular dengan nama V, diikuti pelakon Jason Momoa dan Armie Hammer.

Dalam keterangan yang dikeluarkan bersama senarai itu, portal berkenaan memaklumkan senarai berkenaan bukan sekadar mengukur kecantikan atau kekacakan seseorang, tetapi bertujuan untuk memberi informasi dan meluaskan pandangan orang ramai tentang definisi cantik.



Source link

read more

Empat nelayan Filipina diselamatkan ATB 2 – Nahas & Bencana


SANDAKAN 30 Dis. – Empat nelayan Filipina yang hanyut selama enam hari dari Pulau Mangsee di selatan negara itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) di Pulau Billean di sini hari ini.

Kesemua mangsa iaitu Arnei Fetalvero Viana, 40; Chfmate Josefph Aque, 30; Roger Chaves Cheif, 49, dan Thomas Taboso, 42, diselamatkan pada pukul 1 petang tadi selepas hanyut lebih 100 kilometer sejak Ahad lalu sehingga ke perairan negara.

Mangsa yang melecur teruk di kesemua bahagian badan difahamkan hanyut selepas kapal pukat tunda yang digunakan ketika menangkap ikan rosak dan pecah akibat dipukul ribut.

Komander ATB 2, Brig. Jeneral Zarondin Md. Amin berkata, kesemua mangsa ditemukan di Pulau Billean ketika anggota keselamatan itu sedang melakukan rondaan.

“Mereka ditemukan dalam keadaan terapung selepas beberapa hari dihanyutkan dan mangsa hanya berpaut pada serpihan kapal.

“Sehubungan itu, selepas dibawa naik ke pos penempatan ATB 2, anggota tentera bertugas segera memberikan rawatan perubatan dan bantuan makanan serta minuman kepada mangsa yang keletihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zarondin, mangsa tersebut memaklumkan terdapat 16 lagi kru bot yang menaiki kapal yang sama ketika sedang menangkap ikan masih gagal ditemukan.

Difahamkan, kesemua mangsa akan diserahkan kepada pihak berkuasa Filipina esok selepas maklumat mereka diambil dan selesai menerima rawatan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Selepas Filipina bencana ribut Tembin membadai Vietnam



KUALA LUMPUR: Bencana ribut tropika Tembin tidak mengenal usia atau jantina.

Selepas membadai Filipina, ribut Tembin dilaporkan semakin mengganas dan bertiup ke arah Laut China Selatan dan menghala ke Vietnam.

Menurut agensi bencana tempatan, lebih 97,000 orang berada di 261 pusat pemindahan sementara manakala hampir 85,000 lagi berada beberapa kawasan berhampiran pusat pemindahan sekitar Filipina.

Tiga wilayah Lanao del Norte, Lanao del Sur dan semenanjung Zamboanga adalah kawasan paling teruk terjejas dibadai ribut tropika ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa Vietnam telah memindahkan seramai 74,000 melibatkan 15 daerah dan bandar serta bersiap sedia memindahkan lebih sejuta lagi penduduk.

Media tempatan melaporkan ribuan penduduk yang dipindahkan adalah mereka yang tinggal di rumah yang diperbuat dari ‘tin’ dan kayu di sepanjang Sungai Mekong.

Vietnam turut mengarahkan hampir 62,000 bot nelayan aktif mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak berlayar jauh.

Selain itu, kerajaan juga menasihatkan agar pelantar-pelantar minyak ditutup bagi memastikan keselamatan pekerjan dan pengeluaran minyak.

Sekolah-sekolah di bandar Ho Chi Minh turut diarahkan tutup pada Selasa.

Kali terakhir wilayah Mekong berdepan bencana ribut adalah pada tahun 1997 oleh bencana ribut tropika Linda  yang telah mengorbankan 770 nyawa manakala 2,000 yang lain hilang.

Di FIlipina, sekurang-kurangnya 170 orang dilaporkan masih hilang setakat ini manakala jumlah yang terkorban mencatat 230 orang.



Source link

read more

Malaysia sedia bantu Filipina yang dibadai Taufan Tembin



KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan ke kawasan yang terjejas dengan Taufan Tembin di selatan Filipina.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kementeriannya menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan yang mengalami  banjir serta tanah runtuh, terutama di Tubod dan Piagapo.

“Saya telah mengarahkan panglima pasukan pertahanan agar ATM menyelaraskan penghantaran bantuan dari segi agihan barang makanan dengan rakan sejawatan di Filipina,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata beliau telah menghubungi Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana untuk menzahirkan simpati kementerian serta rakyat Malaysia terhadap mangsa bencana di selatan negara itu.

Media antarabangsa melaporkan lebih 200 orang terbunuh manakala berdozen lagi hilang ketika taufan itu melintasi wilayah berkenaan.

Taufan itu dijangka membadai Vietnam hari ini memaksa pihak berkuasa tempatan memindahkan sejuta penduduk dari kawasan rendah di pantai bahagian  selatan negara tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

36 mayat insiden kebakaran Filipina dijumpai – Luar Negara


MANILA 25 Dis. – Anggota bomba Filipina menjumpai 36 mayat yang terkorban dalam kebakaran di kompleks membeli-belah NCCC di selatan negara itu kelmarin.

Penemuan itu menjadikan angka korban meningkat kepada 37 orang mangsa dalam insiden terbabit.

Ketua Biro Perlindungan Kebakaran wilayah Davao, Wilberto Rico Neil Kwan Tiu berkata, pihaknya terlebih dahulu mengira dan mengesahkan jumlah mayat yang ditemukan sebelum dimaklumkan kepada keluarga mangsa.

“Sebagai ketua operasi mencari mangsa yang hilang, saya meminta maaf kepada keluarga mangsa kerana tidak mampu menyelamatkan mereka,” kata Kwan Tiu. – AFP



Source link

read more

Taufan Tembin: Malaysia sedia bantu Filipina – Nasional


KUALA LUMPUR 25 Dis. – Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan ke kawasan yang terjejas akibat Taufan Tembin di selatan Filipina.



Hishammuddin Tun Hussein

Hishammuddin Tun Hussein

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementeriannya menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan yang mengalami banjir serta tanah runtuh, terutama di Tubod dan Piagapo.

“Saya telah mengarahkan panglima pasukan pertahanan agar ATM menyelaraskan penghantaran bantuan dari segi agihan barang makanan dengan rakan sejawatan di Filipina,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana untuk menzahirkan simpati kementerian serta rakyat Malaysia terhadap mangsa bencana di selatan negara itu.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan lebih 200 orang terbunuh manakala berdozen lagi hilang ketika taufan itu melintasi wilayah berkenaan.

Taufan itu dijangka membadai Vietnam hari ini, memaksa pihak berkuasa tempatan memindahkan sejuta penduduk dari kawasan rendah di pantai bahagian selatan negara tersebut. – BERNAMA



Source link

read more

37 dipercayai maut dalam kebakaran di pusat beli belah di Selatan Filipina



DAVAO CITY: Sekurang-kurangnya 37 orang dilaporkan terbunuh dalam kebakaran di sebuah pusat beli belah di Bandar Davao, Selatan Filipina pada Sabtu.

Menurut Naib Datuk Bandar Davao, Paolo Duterte, harapan untuk menyelamatkan kesemua mangsa adalah tipis.

Kebakaran pusat beli belah empat tingkat itu bermula pada Sabtu dan berlarutan sehingga pagi Ahad.

Ia dilaporkan bermula di tingkat empat pusat beli belah NACC yang menempatkan ruang niaga barangan fabrik, perabot kayu dan plastik, sebelum ia merebak dengan pantas ke tingkat lain.

Jurucakap polis daerah, Ralph Canoy berkata, siasatan awal polis mendapati kesemua mangsa yang terbunuh dipercayai terperangkap di pusat panggilan di pusat beli belah itu yang beroperasi 24 jam.

“Ketika kejadian, kesemua mangsa yang terbunuh dipercayai sedang bekerja. Harapan untuk mereka hidup adalah terlalu tipis kerana kebakaran itu berlarutan lebih 24 jam,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons