Ratusan penyokong Fujimori berarak ucap terima kasih



LIMA: Beratus-ratus orang berkumpul di jalanan di Lima pada Jumaat bagi menunjukkan sokongan mereka kepada bekas presiden Peru, Alberto Fujimori.

Perarakan berkenaan turut bertujuan bagi menyatakan rasa terima kasih kepada Presiden Pedro Pablo Kuczynski atas pengampunan Fujimori pada malam Krismas.

Dalam keputusan yang bermakna itu, Fujimori hanya perlu menjalani tempoh separuh daripada hukuman yang dikenakan iaitu 25 tahun atas kesalahan melanggar hak asasi manusia.

Keputusan itu telah mencetuskan bantahan besar di seluruh negara dan mendorong pegawai kanan meletak jawatan di tengah-tengah krisis politik.

Secara rasmi, pengampunan diberikan atas dasar kemanusiaan yang ekoran kesihatan Fujimori.



Source link

read more

Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori mohon maaf kepada rakyat



LIMA: Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori yang dipenjara 25 tahun kerana sabitan kesalahan membunuh 25 orang, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada warga Peru, dua hari selepas dia diberi pengampunan khas.

“Saya memahami polisi ketika pemerintahan saya diterima baik oleh sesetengah pihak, tetapi saya mengakui pada satu sisi lain, saya juga telah mengecewakan ramai pihak, dan kepada mereka saya memohon maaf,” kata Fujimori dalam keadaan¬† terlantar di katilnya.

Fujimori dikejarkan ke hospital pada Isnin kerana masalah jantung.

Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski kemudian mengumumkan memberi pengampunan khas kepada Fujimori, atas faktor kesihatan dan jasa Fujimori selama ini kepada negara.

Fujimori, kini berusia 79 tahun disabit kesalahan pertama pada 2009 dan dihukum penjara 25 tahun atas peranannya dalam pembunuhan 25 orang, termasuk kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, ketika kempen menentang kumpulan pengganas berhaluan kiri, Shining Path.

Beliau kemudian disabit dengan empat lagi kesalahan, termasuk tuduhan membiaya skuad khas untuk membunuh orang awam yang didakwa menjadi anggota Shining Path. 

Fujimori sudah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Presiden Kuczynski dalam ucapan ketika mengumumkan pengampunan ke atas Fujimori menegaskan sudah tiba masanya rakyat Peru membuka lembaran baru.

Beliau menyifatkan mereka yang percaya kepada demokrasi tidak boleh membenarkan Fujimori mati di dalam penjara.

Pengumuman pengampunan ke atas Fujimori mengundang protes besar-besaran, dan disifatkan usaha menyelamatkan masa depan politik Presiden Kuczynski.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons