Gambar Peranti Protototaip Huawei P20 Tertiris Ke Arena Web – Amanz


Huawei dijangka memperkenalkan Huawei P20 secara rasminya pada bulan Mac kelak, dimana tiga variasi peranti dijangka diperkenalkan, dan salah satunya dijangka menawarkan tiga kamera pada bahagian belakang. Kini, pihak Android Authority dilihat menerima akses kepada beberapa gambar peranti prototaip untuk apa yang dikatakan sebagai Huawei P20 – sekaligus memperlihatkan bentuk elemen rekaan baru yang dibawakan oleh peranti berkenaan.

Huawei P20 Prototaip

Huawei dilihat menggunakan rekaan yang lebih elegan pada Huawei P20, disamping menyertakan penggunaan skrin dengan rekaan nirbingkai pada bahagian atas dan bawah.

Huawei turut dilihat tidak menyertakan bicu audio pada peranti prototaip ini, lebih kurang seperti Mate 10 Pro sebelum ini. Peranti prototaip ini juga menyertakan hanya dwi-kamera pada bahagian belakang, dan bukannya tiga.

Huawei P20 Prototaip

Huawei P20 Prototaip

Ia tidak diketahui sama ada ini adalah rekaan akhir peranti berkenaan atau sebaliknya. Namun, boleh dikatakan rekaan baru ini adalah agak menarik jikalau dibandingkan dengan peranti lain dipasaran hari ini.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan rekaan peranti prototaip ini?



Source link

read more

Google Membuang Butang “View Image” Pada Hasil Carian Gambar Untuk Elak Gambar Dicuri – Amanz


Menjadi kebiasaan untuk ramai pengguna yang membuat carian gambar daripada Google Image, dan kemudiannya menggunakan ia tanpa memberikan kredit kepada pihak yang tepat. Kini, dalam usaha mengatasi pencurian gambar, selain mengalakkan pengguna melawat laman pemilik gambar berkenaan, Google kini membuat sedikit perubahan pada paparan hasil carian gambar mereka.

Bermula hari ini, pengguna tidak lagi akan dipaparkan dengan pilihan butang “View Image” ketika melihat hasil carian gambar.

Google Image Search

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengalakkan seseorang untuk melawati laman asal – dan memberikan trafik serta pendapatan melalui iklan untuk pemilik laman berkenaan.

Selain butang “View Image”, Google Image Search juga turut telah membuang pilihan “Search By Image” pada hasil carian. Namun, pengguna masih boleh membuat carian dengan kaedah seperti klik-kanan pada gambar atau menggunakan bar carian Google.



Source link

read more

Gambar Peranti Nokia Dengan Spesifikasi Asas Tertiris Ke Arena Web – Nokia 1 – Amanz


HMD Global sebelum ini telah memperkenalkan beberapa peranti dibawah jenama yang menerima permintaan agak baik di seluruh dunia. Kini, untuk tahun 2018, mereka turut merancang untuk memperkenalkan beberapa telefon pintar, dan salah satunya adalah Nokia 1.

Nokia 1 dilihat sebagai telefon pintar berspesifikasi asas daripada HMD Global, dan berkemungkinan akan menjadi telefon pintar yang dilengkapi dengan sistem Android Go.

Nokia 1

Spesifikasi penuh untuknya tidak diketahui lagi buat masa ini, tetapi ia dijangka akan hadir dengan saiz sekitar 4 ke 5-inci. Dengan spesifikasi asas, ia mungkin lebih disasarkan ke negara-negara membangun – atau dipasarkan sebagai peranti kedua untuk seseorang.

Buat masa ini, HMD Global tidak berkongsi sebarang perkara mengenainya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini menjelang MWC 2018 kelak.



Source link

read more

Microsoft Memudahkan Proses Pemindahan Gambar Dari Telefon Ke Komputer – Amanz


Microsoft hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Photos Companion untuk Android dan iOS. Melaluinya, Microsoft ingin memudahkan proses pemindahan gambar yang dirakamkan daripada telefon ke PC dengan mudah dan pantas.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna akan diperlukan untuk menghubungkan ke rangkaian WiFi yang sama seperti komputer mereka, dan seterusnya mengimbas kod QR khusus yang dipaparkan pada aplikasi Windows 10 Photos.

Photos Companion

Ia seterusnya akan memulakan proses pemindahan gambar, dan akan dipaparkan serta-merta pada aplikasi Photos di komputer Windows 10.

Aplikasi ini mungkin amat berguna bagi anda yang tidak ingin melakukan proses muat-naik dan turun melalui storan awan seperti OneDrive dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi Photos Companion ini hari ini.

Muat-Turun Photos Companion untuk Android

Muat-Turun Photos Companion untuk iOS



Source link

read more

Hasselblad Dan IKEA Bekerjasama Menghasilkan Koleksi Gambar Hiasan Rumah Berkualiti Tinggi Mampu Milik – Amanz


Bagi penduduk bandar, IKEA ialah gedung perabot yang menjadi pilihan. Pelbagai perabot yang bergaya dapat dimiliki pada harga yang mampu milik. Tetapi mampu milik tidak bermakna ia tidak berkualiti. Oleh itu IKEA bekerjasama dengan Hasselblad bagi menghasilkan koleksi gambar hiasan rumah yang diambil oleh jurugambar profesional.

Koleksi Norrhassel terdiri daripada tujuh gambar yang diambil oleh Dimitry Ageev, Lars van de Goor, Hans Strand, Bára Prášilová, Ali Rajabi, Tom D. Jones dan Joachim Schmeisser. Kesemua gambar di dalam koleksi ini dipilih kerana dipercayai dapat meningkatkan kreativiti pemilik dan menimbulkan emosi.

IKEA menyedari gambar berkualiti untuk hiasan rumah yang berkualiti tinggi biasanya di luar kemampuan kebanyakan pengguna. Kerjasama dengan Hassleblad yang merupakan nama besar dunia fotografi ini diharap dapat mendemokrasikan seni fotografi kepada lebih banyak pengguna. Kesemua gambar di dalam koleksi Norrhassel akan mula dijual pada Ogos hadapan.



Source link

read more

Honor Malaysia Hadir Dengan Gambar Acah Untuk Peranti Baru. Adakah Honor 9 Lite? – Amanz


Honor Malaysia hari ini telah pun hadir dengan sebuah gambar acah untuk peranti baru, memperlihatkan ia akan menyertakan empat kamera – berkemungkinan dwi-kamera hadapan dan dwi-kamera belakang.

Honor tidak menyatakan apakah model yang akan dilancarkan – tetapi berdasarkan kepada pengesahan Sirim baru-baru ini, ia berkemungkinan adalah Honor 9 Lite.

Honor 9 Lite

Honor 9 Lite hadir dengan skrin 5.65-inci IPS LCD FHD+, menggunakan cip Kirin 659, memori 3GB RAM, dan storan 64GB. Melengkapkannya adalah dwi-kamera hadapan gabungan sensor 13MP + 2MP. Honor 9 Lite turut menggunakan sensor sama dibelakang, dan menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh.

Seperti biasa, kita akan mengetahui sama ada ia adalah benar peranti Honor 9 Lite atau model lain dalam masa terdekat ini.



Source link

read more

Gambar Dan Spesifikasi ZTE Axon 9 Tertiris – Amanz


Peranti utama yang terakhir dikeluarkan oleh ZTE ialah Axon 7 yang dilancarkan dua tahun yang lalu. Kini beberapa maklumat tertiris mengatakan ZTE Axon 9 adalah pewaris kepada ZTE Axon 7.  Maklumat ini disahkan sendiri oleh CEO ZTE Cheng Lixin melalui beberapa sumber. Rekaan dan spesifikasi peranti ini akhirnya tertiris hari ini.

Jika dilihat daripada gambar di atas, ZTE Axon 9 kelihatan seperti mempunyai bahagian belakang yang diperbuat daripada logam. Lokasi kamera belakang adalah menegak dan mempunyai flash dua tona dan tiada pengimbas cap jari kelihatan. Di bahagian hadapan terdapat dua lensa kamera swafoto dan skrin kelihatan menggunakan nisbah 18:9 dengan bingkai yang nipis. Butang kapasitif juga kelihatan pada bahagian bawah skrin dan lokasi sebenar pengimbas cap jari masih lagi belum diketahui.

 

Spesifikasi yang tertiris setakat ini ialah ZTE Axon 9 akan dilengkapi skrin 6 inci AMOLED beresolusi QHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 4/6 GB RAM dan storan dalaman 128/256 GB. Salah satu kamera di belakang adalah 20MP dan salah satu kamera di hadapan adalah 13MP.

Tarikh pelancaran masih lagi misteri bagi ZTE dan tiada maklumat rasmi mereka akan memperkenalkan ZTE Axon 9  di acara MWC 2018.


Feb 13, 2018

Gambar Dan Spesifikasi ZTE Axon 9 Tertiris

Peranti utama yang terakhir dikeluarkan oleh ZTE ialah Axon 7 yang dilancarkan dua tahun yang lalu. Kini beberapa maklumat tertiris mengatakan ZTE Axon 9 adalah pewaris kepada ZTE Axon 7.  Maklumat ini disahkan sendiri oleh CEO ZTE Cheng Lixin melalui beberapa sumber. Rekaan dan spesifikasi peranti ini akhirnya tertiris hari ini. Jika dilihat daripada gambar […]


Jan 23, 2018

ZTE Melangkaui Penggunaan Nama Axon 8 Untuk Peranti Utama Dan Memperkenalkan Terus Axon 9

Peranti utama ZTE Axon 7 dilancarkan pada tahun 2016. Peranti ini mempunyai rekaan kekisi pembesar suara stereo yang menarik dengan sokongan Dolby Atmos. Dalam ulasan yang kami berikan, peranti ini mempunyai kemampuan yang baik tetapi dijual pada harga yang mampu milik. Tiada Axon 8 dilancarkan tahun lalu walaupun amat dinantikan peminat ZTE. Di dalam sebuah […]




Source link

read more

Peminat lelaki pernah hantar gambar alat sulit kepada Dr. Say Shazril



PEGAWAI perubatan yang mula viral tahun lalu, Dr. Say Shazril mengakui pernah menerima kiriman foto alat sulit lelaki menerusi akaun media sosialnya.

Terkejut dengan tindakan melampau segelintir pengguna media sosial berkenaan, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin mengambil langkah untuk mengendahkan sahaja gangguan seksual virtual  itu.

“Menjadi viral ada baik dan buruknya. Apabila bercakap mengenai gangguan seksual alam maya ataupun buli siber saya dapati situasi itu lebih cenderung datang daripada pengguna lelaki.

“Misalnya sebelum ini kalau peminat wanita saya biasanya hanya menulis komen di Instagram dengan kata-kata pujian. Paling tidak pun ada yang kecewa kerana mereka mendapat tahu saya sudah berkahwin.

“Namun, yang saya pelik ada segelintir pengguna media sosial dalam kalangan lelaki yang berani menghantar gambar kemaluan mereka kepada saya.

“Apa yang boleh saya buat cuma abaikan sahaja mesej-mesej berbaur seksual seperti itu. Adatlah media sosial,” katanya eksklusif kepada Astro Gempak.

Dr. Say bagaimanapun tidak pernah berdepan situasi janggal atau serangan seksual apabila di khalayak ramai.

“Sehingga kini ramai yang mendekati saya dengan cara yang baik. Kalau di luar mereka datang kepada saya dan sekadar meminta izin untuk bergambar sahaja.

“Tidak pernah pula ada yang tiba-tiba datang melulu dan meraba bahagian-bahagian tertentu badan saya. Semuanya masih normal,” tambahnya.

Dr. Say merupakan antara pegawai perubatan yang bakal menjadi panel untuk rancangan terbaharu My Doctors di samping beberapa pakar perubatan terkenal lain antaranya Dr. Zainal Adwin, Dr. Rizal Rahman dan Dr. Beni Rusani.

Mewakili kepakarannya dalam bidang kecergasan dan pemakanan seimbang, Dr. Say bakal mengendalikan 13 episod My Doctors mengupas topik berkaitan masalah kesihatan dengan cara informatif dan menghiburkan.
 

My Doctors bakal bersiaran pada 19 Februari 2018 setiap hari Isnin pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.



Source link

read more

Bila gambar perut bertemu perut dirakam…



BAIK Linda Onn mahupun Nora Danish, kedua-dua selebriti ini sedang menantikan detik kelahiran bayi masing-masing.

Linda dijangka bersalin kurang lebih empat minggu dari sekarang manakala Nora pula bakal bersalin pada 9 Mac depan.

Debaran menantikan cahaya mata masing-masing diserikan dengan keletah bersahaja kedua-dua mereka ketika bertemu di majlis resepsi Betty Rahmad baru-baru ini.

Linda juga sempat memuat naik beberapa keping foto bersama Nora sambil menayangkan baby bump masing-masing.

“Bila perut bertemu perut. Semoga urusan kelahiran cahaya mata anda berjalan lancar @noradanish. Amin,” tulis Linda.
 



Source link

read more

Gambar Tertiris Memperlihatkan Asus Zenfone 5 Dengan Skrin 18:9 Dan Dwi-Kamera Belakang – Amanz


Asus sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar Asus Zenfone 5 pada acara MWC 2018 penghujung bulan ini. Kini, selari dengannya, beberapa gambar rekaan peranti Asus tertiris ke arena web, memperlihatkan kemungkinan rekaan Asus Zenfone 5 kelak.

Daripada rekaan yang tertiris melalui WinFuture, ia memperlihatkan penggunaan rekaan peranti dengan skrin 18:9, selain pada bahagian belakang telefon pintar ia menggunakan dwi-kamera dan juga pengimbas cap jari.

ASUS Zenfone 5

Mengikut info yang tertiris, ia mengatakan model khusus Asus X00PD dibawah keluarga Zenfone 5 yang tertiris ini akan hadir dengan cip Snapdragon 430 dan memori 3GB RAM. Apa yang sedikit mengejutkan adalah ia turut memperlihatkan penggunaan port mikro-USB untuk pengecasan.

Sekiranya hal ini benar, maka model Zenfone 5 ini dilihat lebih menyasarkan kepada pasaran negara membangun, dan mungkin menawarkan harga yang sangat kompetitif untuk peranti dengan skrin 18:9.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran Asus Zenfone 5, dan pelbagai peranti lain dibawah siri berkenaan dalam minggu-minggu akan datang.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons