MAHFUZ JANGAN RISAU, GELARAN “BEAN” TU TETAP KEKAL!!! ~ SEMUT HITAM


Ala! Jangan la risau sangat Mahfuz oi. Takde orang lagi yang berani nak tarik balik gelaran yang dia miliki pada ketika ini walaupun semakin ramai Badut Politik dikalangan puak Pakatan tu.

Di Malaysia ni hanya ada sorang je yang layak menyandang gelaran Mahfuz Bean tu. Jadi, tak payah la dia risau sangat. Kalau setakat gelaran Datuk tu, takde benda sangat la bagi Pakatan.

Lagi pun, Si Mujahid tu sendiri sebelum ini dah keluarkan kenyataan dengan menegaskan bahawa pangkat dan gelaran tu tidak menjadi satu keutamaan buat puak Pakatan Haprak tu.

Jadi, buat apa Si Mahfuz Bean tu sibuk sangat nak meroyan tak tentu arah? Bukan ke sebaiknya dia berlapang dada dan menerima tindakan yang telah diambil oleh pihak Istana Kelantan tu?

Tapi bak kata pemimpin PAS, Si Mahfuz Bean tu kelihatan seolah – olah berada dalam keadaan tertekan apabila mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan yang telah diambil.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, ini juga mungkin balasan dan akibat yang diterima mereka selepas melanggar sumpah bai’ah yang telah dilafazkan ketika berada di dalam PAS.

“Kenyataan itu memberi gambaran bahawa mereka (yang keluar PAS) sudah berada di zon yang sangat tertekan apabila parti mereka tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat dan mereka keluar daripada PAS beramai-ramai dan Alhamdulillah tidak ada yang mengikut mereka kecuali jumlah yang sangat sedikit. 

“Jadi mungkin mereka dalam situasi yang sangat tertekan sehingga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menggambarkan seorang pemimpin yang berjiwa besar.

“Kenyataan-kenyataan sedemikian menggambarkan macam orang yang merajuk, orang yang bercakap tanpa matlamat perjuangan yang jelas, apa benda sahaja pun dia komen, dan bagi saya mereka yang melanggar baiah yang dibuat di dalam PAS tidak akan selamat di dunia dan akhirat,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Semalam, Si Mahfuz Bean tu berkata penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan menjadikan anugerah tersebut tidak lagi bernilai di mata rakyat.

Bagi sesetengah pihak, Si Mahfuz tu patut sedar, sebagai seorang pemimpin dia tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang seolah-olah mempertikaikan keputusan tersebut.

Sedangkan Si Mahfuz bean tu sendiri sedar bahawa penganugerahan dan penarikan semula darjah kebesaran itu adalah hak Tuanku Sultan. Malah dia sendiri pun terima darjah kebesaran seumpama itu.

Jadi, tak payah la Si Mahfuz Bean tu nak meroyan sakan mendakwa kononnya penarikan balik darjah kebesaran itu menjadikan sebagai suatu yang tidak bernilai. Sudah – sudah la Si Mahfuz Bean tu nak memalukan diri dia sendiri depan orang ramai!!!




Source link

read more

PAN MEROYAN HUSAM HILANG GELARAN “DATUK”!!! ~ SEMUT HITAM


Kenyataan Naib Presiden PAN, ujahid Yusof Rawa berhubung penarikan balik gelaran ‘Datuk’ terhadap dua pemimpin PAN hanya diibaratkan seperti lebih sudu dari kuah.

Katanya, kenyataan Mujahid itu turut menyifatkan Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd Rahim sebagai ‘mangsa’ ekoran tegas menegakkan prinsip perjuangan Politik mereka.

“Lebih teruk ialah komen Naib Presiden PAN (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang bukan pun anak Kelantan tetapi adalah anak Pulau Pinang yang mencari makan di Perak, yang berlagak lebih sudu dari kuah dengan mendakwa kononnya penarikan balik darjah kebesaran ini dibuat kerana ketegasan Haji Husam dan Haji Wan Abdul Rahim dalam menegaskan prinsip mereka seolah-olah mereka menjadi mangsa kepada perjuangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan Harakahdaily. 

Mujahid dalam satu kenyataan melalui status yang dimuat-naik ke laman sosial Facebooknya semalam antara lain mendakwa gelaran itu bukan ukuran kepada perjuangan PAN.  

“Mulianya seseorang bukan kerana pangkatnya tetapi kerana ketegasannya dan kerana itu dia hilang pangkatnya. Kami bangga dengan ketegasan dan kesopanan anda berdua dalam menegaskan prinsip..SALUTE!”

Posting itu bagaimanapun turut mendapat reaksi sinis daripada pelayar yang bersetuju dengan tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran terhadap dua pemimpin parti serpihan PAS itu.

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Mujahid itu seolah – olah mempertikai keputusan pihak istana yang menarik balik gelaran ‘Datuk’ seperti mana yang dilaporkan semalam.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Mujahid itu secara tidak lansung merupakan satu penghinaan terhadap pihak Istana yang didakwa cuba mencampuri urusan Politik negeri.




Source link

read more

Gelaran pengganas adalah pingat kehormatan- Haniyeh



GAZA: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bangga apabila namanya telah dimasukkan ke senarai Amerika Syarikat sebagai pengganas antarabangsa dan menyifatkannya sebagai “pingat kehormatan.”

Haniyeh bercakap buat kali pertama sejak AS mengumumkan keputusan itu pada Rabu.

Beliau memberi reaksi itu semasa mengadakan perhimpunan di Gaza City yang mengumpulkan beratus-ratus penyokong Hamas.

Gelaran tersebut bagaimanapun menjadikan Haniyeh antara individu yang dikenakan tindakan pembekuan aset oleh AS bagi menghalang mana-mana warganya melakukan sebarang transaksi dengan Haniyeh.

AS secara rasminya melabelkan Hamas sebagai “organisasi pengganas”, terhadap gerakan yang telah melancarkan tiga siri peperangan dengan Israel serta menguasai Jalur Gaza sejak 2007.

Menurut Haniyeh, apa sahaja yang dilakukan AS itu tidak akan melemahkan perjuangan Hamas untuk terus menentang Israel.

Selain Haniyeh, beberapa lagi pegawai Hamas lain yang berada dalam senarai AS itu turut berkumpul bagi menyatakan protes terhadap AS dan rejim Israel.

Haniyeh telah menganggotai kepimpinan politik Hamas sejak 1990an dan menggantikan Khaled Mashaal pada Mei 2017 untuk menjadi pemimpin tertinggi gerakan itu.



Source link

read more

Syafinaz Selamat dikurnia gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong



KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Johor, Syafinaz Selamat dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Pingat berkenaan dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Pingat berkenaan dibuat berdasarkan sumbangan Syafinaz kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

Syafinaz, 45, yang juga seorang konduktor dan guru vokal dan ketika ini terlibat sebagai konduktor dan ‘vocal master’ untuk Koir Permata Seni.

Popular menerusi lagu Ingin Bersamamu, Syafinaz juga adalah pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal ‘master’ untuk Koir Kebangsaan Malaysia.

Syafinaz juga pernah bertindak sebagai juri program nyanyian seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.

Turut menerima anugerah sama ialah 69 individu lain, termasuk Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Mustafa Fuzer Nawi.

Sementara itu, seramai 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 71 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 94 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.



Source link

read more

Gelaran Datuk hanya bonus- Hisyam Hamid



PELAKON Hisyam Hamid melahirkan rasa bangga terhadap rakan-rakan dari negeri kelahirannya Singapura iaitu Datuk Aaron Aziz dan Datuk Adi Putra yang telah menerima darjah kebesaran, baru-baru ini.

Hisyam Hamid berpendapat gelaran Datuk itu memang layak diberikan kepada mereka atas hasil usaha pelakon tersebut dalam kegiatan seni dan kerja amal yang dilakukan.

“Kalau tanya saya, mereka memang layak menerimanya. 

“Bukan sahaja atas pencapaian mereka dalam bidang seni tetapi juga kegiatan amal yang mereka lakukan.

“Orang luar mungkin tidak nampak atau tahu mengenai kerja amal itu, jadi tak perlu hendak mempertikaikannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Hisyam percaya pembabitan mereka dalam industri seni bukan untuk mendapatkan penghargaan itu semata-mata.

“Saya pula belum terlintas untuk terfikir mendapat gelaran tersebut. Perjalanan saya masih jauh.

“Bagi saya gelaran Datuk itu hanya bonus.

“Itu rezeki mereka dan saya sebagai kawan turut berbangga dan akan terus menyokong perjuangan teman industri,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Hisyam bakal muncul dalam supertelemovie Do[s]a  yang turut membariskan  pelakon-pelakon seperti Datuk M.Nasir, Asharaf Sinclair, Remy Ishak dan Shenty Feliziana.

Do[s]a ditayangkan di platform digital ‘on demand’ dan Astro GO serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First (saluran 480) serta platform NJOI mulai 14 Februari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Shamala terima gelaran Datuk – Hoki


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Dr. S. Shamala antara senarai 693 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-70 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini.

S.Shamala yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, mendahului senarai nama penerima yang menerima pingat Darjah Kerabat Negeri Sembilan, darjah kebesaran tertinggi dianugerahkan kepada Raja atau Raja Permaisuri yang memerintah, pada istiadat pengurniaan di Istana Besar, Seri Menanti.

S.Shamala begitu berbesar hati dengan penganugerahan itu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tengku Mukhriz di atas penghormatan tersebut.

“Saya sangat terhutang budi kepada Tengku Mukhriz atas penghormatan ini dan rasa teramat bersyukur kepada semua orang yang telah memberi sokongan kepada saya selama ini terutamanya MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) dan UPM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Chong Wei terlepas gelaran juara Siri Super Akhir Dunia



Harapan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk menundukkan Viktor Axelsen terkubur apabila tewas pada final Siri Super Akhir Dunia sekali gus gagal memburu gelaran kelimanya di kejohanan berprestij itu.

Pada aksi selama 84 minit di Kompleks Sukan Hamdan Dubai, Emiriah Arab Bersatu itu, Chong Wei yang kini berada di kedudukan kedua dunia ditundukkan pemain muda dari Denmark itu 19-21, 21-19 dan 21-15.



Source link

read more

Gelaran Datuk satu penghargaan – Aaron Aziz



AKTOR Datuk Aaron Aziz menganggap darjah kebesaran Mahkota Pahang diterimanya semalam, sebagai penghargaan.

Aaron berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya.

Beliau turut memuat naik fotonya segak berbaju Melayu hitam dan bertanjak selepas menerima anugerah tersebut di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang pada Sabtu.

Rata-rata peminat dan pengikut IG mengucapkan tahniah kepadanya.

Selain Aaron, pelakon Farid Kamil Zahari turut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Dalam istiadat kali ini, seramai 167 penerima menerima pingat dan darjah kebesaran dengan 21 penerima dianugerahkan Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri; lima penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan gelaran Datuk Indera.

Manakala, seramai 12 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 78 penerima DIMP dengan kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai enam orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (lapan orang) dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) (20 orang), sembilan enam orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan 13 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
 



Source link

read more

Farid Kamil Aaron Aziz terima gelaran Datuk



PELAKON dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Manakala lima penerima dianugerahkan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan gelaran Datuk Indera.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) lapan individu, Ahli Mahkota Pahang (AMP) 20 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) enam penerima dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons