Pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis langkah silap – GMM



KUALA LUMPUR: Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu langkah silap kerana ia dilakukan tanpa mengambil kira sensitiviti rantau berkenaan, kata Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

“GMMF terus memperjuangkan serta menghormati konsensus antarabangsa tentang Baitulmaqdis, sebagaimana termaktub antara lain, dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSCR) 476 dan 478,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

UNSCR 476 mengisytiharkan bahawa semua langkah legislatif dan pentadbiran yang diambil oleh Israel untuk mengubah sifat dan status Kota Suci Baitulmaqdis tidak punya kesahihan undang-undang sementara UNSCR 478 mengutuk percubaan Israel untuk merampas Baitulmaqdis Timur dan mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel “yang lengkap dan bersatu”.

BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Jerusalem atau Baitulmuqaddis adalah kota yang dianggap suci oleh tiga agama dunia – Islam, Kristian dan Yahudi.

Bagi penganut Islam, kota itu adalah yang ketiga paling suci selepas Mekah dan Madinah.

Presiden AS Donald Trump pada Rabu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan menyatakan AS akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak lama lagi.

— BERNAMA



Source link

read more

GMM kutuk serangan di New York – Nasional


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di New York yang menyebabkan lapan orang terbunuh manakala 11 lagi cedera, semalam.



NASARUDDIN

NASARUDDIN

Pengerusi Eksekutif GMM, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa berkata, serangan pengganas yang dilakukan oleh individu yang ‘sakit dan gila’ itu telah merosakkan istilah suci yang digunakan oleh sebilangan pengikut Islam dalam doa masing-masing.

“Dunia masih terasa dengan serangan yang berlaku di Mogadishu, Somalia kerana mengakibatkan seramai 23 orang terbunuh. Ia menggariskan keperluan untuk masyarakat di peringkat global untuk kekal bersatu dan menentang perbuatan keganasan yang disifatkan sebagai pengecut ini.

“Masyarakat juga perlu mencari jalan penyelesaian bersama berikutan perbuatan keganasan ekstremis itu melampaui batas sempadan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Nasharudin menzahirkan ucapan takziah dan doa kepada semua mangsa serta keluarga termasuk komuniti di New York.

Laporan media menyebut seorang lelaki berusia 29 tahun memandu trak disewa dan merempuh laluan basikal dan pejalan kaki sebelum bertembung dengan sebuah bas sekolah.

Pihak berkuasa menganggap tindakan lelaki itu sebagai serangan pengganas.

Selepas serangan itu, suspek dikatakan keluar dari kenderaan sambil memegang dua senapang iaitu senapang ‘paintball’ dan senapang angin sebelum ditembak di perut oleh polis dan ditahan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons