Xiaomi Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil Alih Syarikat GoPro – Amanz


GoPro adalah syarikat yang terkenal dengan kamera aksi berkualiti tinggi. Selain daripada GoPro, Xiaomi turut aktif dalam menghasilkan kamera aksi tetapi menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Xiaomi Mi Store NuSentral

Laporan terkini mengatakan, Xiaomi berminat untuk membeli GoPro. Sebelum ini GoPro sudah pun terbuka untuk menjual syarikat mereka. Ini adalah kerana saingan akan pengeluar kamera aksi lain.

Pada awal tahun 2018, GoPro telahpun keluar daripada perniagaan dron kurang setahun dari pelancaran dron pertama mereka Karma. Penjualan syarikat mereka mungkin adalah langkah terakhir untuk memastikan kelangsungan perniagaan.



Source link

read more

GoPro Hero Dijual Bermula 3 April Pada Harga RM 949 – Amanz


Kamera aksi GoPro Hero dilancarkan semalam dan merupakan yang pertama oleh mereka yang dijual pada harga mampu milik. Bagi pengguna yang ingin memilikinya di Malaysia, ia akan mula dijual pada harga RM949 bermula 3 April hadapan.

Ini diumumkan menerusi laman rasmi GoPro Malaysia. Kamera aksi ini juga akan dijual secara eksklusif di Lazada. Harga jualan di Malaysia adalah hampir RM 180 lebih mahal berbanding harga jualan di Amerika Syarikat iaitu $200 (RM 771).

GoPro Hero merakam video pada resolusi maksimum 1440P 60FPS. dan rakaman gambar pula ialah sehingga 10-Megapixel. Hero juga tidak menggunakan sensor GP1 serta tiada sokongan GPS. Tetapi ia masih kalis air sehingga 33 kaki. Kesemua aksesori GoPro yang dihasilkan boleh digunakan bersama kamera ini.



Source link

read more

GoPro Hero Dilancarkan Dengan Harga Mampu Milik – Amanz


GoPro bertanggungjawab mempopularkan penggunaan kamera aksi bersaiz kecil. Kepopularannya menyebabkan banyak kamera pesaing dihasilkan tetapi pada harga yang lebih mampu milik. Ini menyebakkan jualan GoPro merudum sejak akhir-akhir ini. Bagi mendominasi semula pasaran kamera aksi, GoPro Hero telah dilancarkan semalam.

Kamera aksi ini dijual pada harga lebih mampu milik ialah $199.99 (~RM 771) sebuah. Ini ialah harga yang amat murah jika dibandingkan dengan GoPro Hero6 Black yang dijual pada harga RM 2399 di Malaysia. Kerana ia kamera mampu milik kemampuannya juga lebih rendah berbanding kamera GoPro yang lain.

Rakaman video terhad kepada resolusi maksimum 1440P 60FPS. Kemampuan merakam gambar pula ialah sehingga 10-Megapixel. Hero juga tidak menggunakan sensor GP1 serta tiada sokongan GPS. Tetapi ia masih kalis air sehingga 33 kaki. Kesemua aksesori GoPro yang dihasilkan boleh digunakan bersama kamera ini.



Source link

read more

GoPro Fusion Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM3199 – Kamera 360-darjah Dari GoPro – Amanz


GoPro merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena kamera aksi. Selain daripada kamera aksi sahaja, mereka turut menawarkan sejumlah penawaran lain, termasuk sebuah kamera 360-darjah yang dinamakan sebagai GoPro Fusion.

GoPro Fusion

GoPro Fusion menggunakan kamera 18-megapixel dengan sudut rakaman luas, dimana dua kamera digunakan untuk rakaman 360-darjah dalam bentuk video ataupun gambar. Jikalau dalam bentuk video, ia menawarkan sokongan rakaman sehingga 5.2K30 melaluinya.

Dengan nama GoPro, kamera 360-darjah ini turut hadir dengan sokongan kalis air, dan GPS secara terbina. Ia turut menyertakan empat mikrofon untuk membolehkan rakaman audio 360-darjah yang baik bersama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan untuk GoPro Fusion ini bermula hari ini.



Source link

read more