Rahsia Peria Goreng Mamak Cepat Sold Out! Senang Jer Bahannya Gerenti Sedap!


Karela Fry atau mudah dipanggil peria goreng adalah salah satu makanan sampingan yang popular di restoran mamak. Untunglah kalau time pergi tu peria baru digoreng panas-panas lagi.. kalau silap time dapatlah yang dah lemau sikit. Peria goreng ini sedap dimakan bersama dengan nasi panas bersama kuah kari campur. Ia cukup popular di seluruh India utara, di India selatan ia dikenali sebagai kakarakaya goreng.

Peria sangat bagus dalam membantu menjaga kulit kita agar kelihatan segar dan bersinar jika dimakan dengan kerap, ia juga menjadikan sistem imunisasi tubuh lebih kuat disamping membantu orang yang mengalami sembelit dan banyak lagi.

Peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Bahkan hanya mendengar namanya sahaja akan membuatkan kita terasa kepahitannya. Tahu tak sebenarnya, nikmatnya buah peria di rasa pahitnya itu lah. Tetapi ramai yang tidak suka disebabkan rasa pahit itu. Sayur peria biasanya akan dimasak melalui pelbagai jenis masakan yang kena dengan rasa pahit sayuran tersebut. Buat mereka yang ingin merasakan kenikmatan sayur peria tetapi tidak ingin merasakan pahitnya peria tersebut, ini kami kongsikan cara yang sudah digunakan sejak dulu lagi bagi menghilangkan rasa pahit pada peria.

Cara menghilangkan rasa pahit peria:

  • GARAM
    Garam merupakan bahan dapur yang boleh mengatasi rasa pahit pada sayuran termasuklah peria. Bagaimana caranya? Potong peria kepada dua bahagian dan buang bijinya serta bersihkan selaput yang terdapat di bahagian dalamnya. Kemudian, hiris nipis peria tersebut. Tabur dan sebatikan garam secukupnya pada potongan peria tadi. Biarkan selama 15 minit dan cuci sehingga bersih menggunakan air yang mengalir. Peria tadi sudah sedia di masak mengikut selera anda. Anda juga boleh merebus sehingga empuk sayur peria tersebut dengan air yang ditambah garam. Setelah tapiskan air rebusan berkenaan, anda boleh mula memasak mengikut citarasa anda.
  • GULA PASIR 
    Cara menggunakan gula pasir tidak jauh berbeza dengan menggunakan garam. Gaulkan peria dengan gula pasir. Cara ini akan menghilangkan rasa pahit peria itu. 
  • DAUN JAMBU BIJI 
    Merebus peria dengan daun jambu biji akan membantu menghilangkan rasa pahit pada peria. Gaulkan terlebih dahulu peria tersebut dengan daun jambu biki sebelum rebus sekurang-kurangnya lima minit atau sampai peria setengah matang.

 

Resepi Peria Goreng

Bahan:

  • 3 buah peria dikupas dan dipotong menjadi bentuk cincin
  • garam – secukup rasa
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu besar minyak
  • ¾ sdt Serbuk cili merah 
  • ¾ tsp daun ketumbar panggang
  • daun ketumbar dicincang untuk hiasan.

Cara-cara:

  • Potong peria dalam bentuk bulat (terpulang)
  • Tambahkan sedikit garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk dan gaulkan.
  • Masukkan minyak dalam kuali yang panas.
  • Masukkan peria dan tumis selama lima minit.
  • Kacau dan tumis sehingga warna coklat diperolehi.
  • Masukkan serbuk cili merah dan serbuk biji ketumbar panggang.
  • Tumis sehingga ia menjadi rangup.
  • Hiaskan dengan daun ketumbar cincang.
  • Peria goreng sudah siap !!!

 

Sumber: selerarasa.com & Google (gambar)

yummyindiankitchen.com

Komen anda



Source link

read more

Suka Makan Yang Pedas Dan Hangat! Cubalah Resipi Daging Goreng Masak Kicap Pedas Kebabom Ni.


Resipi ni nampak lazat, sesiapa pun mesti suka akan lauk masak kicap, tapi apa yang membezakan resipi ni dengan yang lain adalah penggunaan cili kering, lada hitam, cili padi dan rempah sup dalam masakannya memang sedap lain macam. Wajib buat untuk hidangan makan tengahari atau malam. Selamat mencuba.

Resepi Daging Goreng Masak Kicap Pedas Kebabom

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kilo Daging batang pinang (cuci bersih, hiris nipis, perap bersama garam & serbuk kunyit)
  • 1 biji bawang besar (potong wedges)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (dititik)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu Manis
  • Lada hitam (ditumbuk) anggaran dlm 1 sudu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk rempah sup
  • 2 sudu besar sos tiram (saya guna sos seafood Adabi)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Sedikit daun bawang
  • 1 biji tomato (sy buang biji)
  • 10 biji cili padi (jangan hiris biar sebiji2 )

CARA MEMASAK:


1) Goreng kilas daging dlm minyak yg betul2 panas sehingga keperangan
2) Setelah daging masak ketepikan


3) Tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau.


4) Masukkan bunga lawang, Buah pelaga & kulit kayu manis dan masukkan rempah sup (guna api perlahan ye)


6) Masukkan cili kisar & masak hingga naik minyak


7) Masukkan daging yg telah digoreng. Masukkan juga blackpaper gaul sebati hingga daging bersalut cili & bahan2 yg ditumis tadi
8) Masukkan sos tiram
9) Masukkan air, kicap & cili padi. Renihkan dlm 20 minit.


10) Sekiranya kuah kurang pekat boleh tambah sos [email protected] kicap lg..
11) Akhir sekali masukkan daun bawang & tomato

Sedia utk dihidang..Sy tak letak garam & gula dlm resepi ni.

 

Kongsi resipi: Nora Nur

 

 

Posted by Nora Nur on Tuesday, 17 April 2018

Komen anda



Source link

read more

Masak Cara Simple, Tapi Rasa Padu! Try Mi Sanggul Goreng Ni.


Mi sanggul atau ada yang panggil mi siput cukup terkenal di belah utara semenanjung. Ia adalah mi yang dikeringkan, berbentuk leper di gulung seakan-akan sanggul dan perlu direndam terlebih dahulu untuk melembutkannya.

MI SANGGUL GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Mi Sanggul
  • 1 biji besar bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sendul cili kisar
  • sos cili
  • sos tomato
  • pati ayam
  • kicap manis
  • kicap masin
  • kicap pedas
  • sos tiram
  • Daging (dihiris nipis)
  • Udang kering
  • Udang
  • Kucai
  • Sawi
  • Taugeh

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing.
  2. Masukkan satu senduk cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, pati ayam, kicap manis, kicap masin, kicap pedas, dan sos tiram. Kacau hinnga sebati.
  4. Masukkan daging yang sudah dihiri nipis dan udang kering.
  5. Kemudian masukkan batang sawi, udang dan kucai
  6. Akhir sekali masukkan mi sanggul, sawi dan taugeh. Siap untuk dihidangkan.

 

Kredit: Annisa Katering Kedah Penang

 

Komen anda



Source link

read more

Package Lengkap Dari Nasi, Acar Hingga Lauk Special Masak Kurma Bawang Goreng. Memang Kenduri betul!


Hujung minggu kalau tidak ada jemputan majlis kahwin atau kenduri kendara boleh la kamu cuba resipi ni. Sangat mudah lengkap semua ada dari nasi, jelatah hingga la lauk kurma bawang goreng istimewa! Tak guna santan hanya guna susu cair, sangat sedap dan menyelerakan untuk hidangan sekeluarga. Selamat mencuba!

RESIPI MASAK KURMA BAWANG GORENG


Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam / 1 kg daging(ptng ikut suka)
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 4 biji kentang(belah ikut suka)
  • 7/8 biji cili padi
  • [email protected] biji tomato ceri
  • 5 genggam bawang grng
  • 1 sudu mkn kerisik
  • 2 sudu mkn gula merah
  • 5 sudu susu cair(utk perap)
  • 1 cwn lg susu cair (utk bubuh kemudian)
  • Mesin 2biji bwng besar,4 ulas bwng putih n 1 inci halia (Perap ayam/ daging dgn rempah,bwng grng,kerisik,gula merah,bhn mesin n susu cair..dlm 15 min)

Bahan tumis:

  • Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
  • 1 biji bwng besar-hiris nipis
  • 3 ulas bwng putih-hiris

Cara Memasak:

  1. Panaskn minyak, masukkn bahan tumis. Setelah naik bau tuangkn ayam/daging yang di perap tadi..
  2. Masukkan air hingga ayam/ daging tenggelam kemudian masukkan kentang..
  3. Masukkn garam dan perasa. Jika ayam/ daging belum empuk boleh tambahkan air sedikit lagi…

Setelah agak pekat dan ayam/daging dan kentang dah empuk..tuangkan lagi 1 cawan susu cair
akhir sekali masukkan cili padi, tomato dan ceri.

 

RESIPI NASI MINYAK KUNING

Bahan-Bahan:

  • 3 pot beras basmathi(basuh n toskan)
  • 5 pot air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 rempah sup bunjut
  • 1 genggam kismis
  • *1 biji bwng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning
  • Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
  • Garam dan perasa

Cara Memasak:

  1. Mesin bhn bertanda *
  2. Panaskn rice cooker..masukkan minyak sapi n butter
  3. Tumis kulit kayu manis,b.lawang n buah pelaga
  4. Tumis bhn mesin n kismis
  5. Masukkan garam,serbuk kunyit n perasa
  6. Masukkn susu cair n rempah sup bunjut
  7. Masukkan air dan beras
  8. Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.

 

RESIPI ACAR TIMUN DAN NENAS

Bahan-Bahan:

  • 1 biji timun-(buang kulit,cakar dgn garfu..belah 2 dan hiris)
  • Suku biji nenas(hiris nipis)
  • 1 biji bwng besar-belah 4 n hiris nipis
  • Cili masak n cili hijau-hiris
  • 5 sudu mkn gula
  • Sedikit garam
  • 3 sudu mkn cuka

Cara Memasak:

Campurkan semua bhn ke dlm mangkuk n gaul rata..balancekn rasa masam manisnya..
.
Kongsi resipi: Mazli

Komen anda



Source link

read more

Dijamin enak Tas tangan Indomie Goreng tular di Indonesia



MANIPULASI dan eksperimentasi dunia fesyen semakin rancak!

Jika gaun Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James mirip nasi lemak daun pisang sedang tular di Malaysia, tas tangan corak pek bungkusan Indomie Goreng pula sedang tular di Indonesia.

Tas tangan itu pada mulanya telah digayakan oleh seorang penyanyi muda, Nindy ketika menghadiri Jakarta Fashion Week awal minggu ini.

Gambar yang dimuat naik oleh Nindy atau nama sebenarnya Anindia Yandirest Ayunda, 28, mendapat perhatian peminat yang menyifatkan tas tangan itu sangat comel dan unik.
 



Source link

read more