Baitulmaqdis Henti guna dolar AS dalam urus niaga minyak – MIC



MIC hari ini mencadangkan agar dunia Islam berhenti daripada menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS) dalam urus niaga minyak sebagai tindak balas terhadap langkah AS mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Bendahari Agung parti, Datuk Seri S. Vell Paari berkata urus niaga itu boleh dilakukan dalam mata wang lain yang diterima negara pengeluar minyak dan gas.

“Kuasa dan pengaruh yang dimiliki Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu meyakinkan negara pengeluar minyak untuk tidak lagi menggunakan dolar AS dalam perdagangan minyak.

“Ini akan memberi pengajaran kepada AS kerana keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mempunyai kesan buruk.

“Memandangkan dunia Islam dikurniakan dengan minyak, ia merupakan satu-satunya ‘senjata’ praktikal yang perlu digunakan terhadap Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Vell Paari juga berkata tindakan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel akan menggagalkan usaha untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa sudah tiba masanya langkah konkrit diambil untuk melindungi rakyat Palestin dan memberi tekanan terhadap AS dalam memperjuangkana nasib rakyat Palestin.

Trump mengumumkan pada Rabu bahawa AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak lama lagi.

— BERNAMA



Source link

read more

Janna Nick tak guna elemen viral untuk lariskan produk



PELAKON Janna Nick tidak menggunakan elemen viral untuk melariskan produk lakonan dan nyanyiannya.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 22, mempunyai jawapan tersendiri ketika diajukan mengenai penggunaan kuasa media sosial untuk melariskan sesuatu produk.

“Secara umum, bagi saya, penggunaan elemen viral itu terpulang kepada apa yang ingin dipromosikan. Harus dilihat juga, viral dalam cara yang bagaimana serta apa mahu ditampilkan.

“Kalau dengan kuasa media sosial boleh mendatangkan sesuatu yang baik, apa salahnya. Elemen viral juga boleh menjadi medium promosi dan publisiti untuk memperkenalkan sesuatu produk,” kata Janna ketika ditemui di majlis pelancaran single Akan Bercinta di Neway Karaoke Subang Jaya, semalam.

Namun bagi Janna, dia memilih untuk tigak menggunakan medium viral bagi melariskan sesuatu produk.

Baginya, cukup sekadar yakin dengan prestasi dan kualiti produk, pasti ia akan membuahkan hasil.

Menerusi single terbaru Janna, dia menggunakan khidmat vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza sebagai komposer dan penulis lirik.

“Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Aepul. Muzik video lagu ini juga merupakan sesuatu yang istimewa kerana menjalani penggambaran di Rome, Itali pada penghujung November lalu.

“Istimewanya muzik video ini, saya bertindak selaku pengarah dan ia juga diangkat menjadi lagu tema bagi drama bersiri ‘My Coffee Prince’ lakonan saya bersama Fattah Amin,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan ‘My Coffee Prince’, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 



Source link

read more

Hati-hati guna laluan Gua Musang-Lojing – Nahas & Bencana


GUA MUSANG 2 Dis. – Laluan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Kundur di sini terpaksa dibuka satu lorong berikutan kejadian rekahan jalan dan runtuhan cerun, hari ini.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan laluan itu.

Katanya, jalan FT185 itu merupakan laluan utama untuk ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak.

“Kita berharap pengguna yang mahu menggunakan jalan berkenaan agar berhati-hati kerana hakisan mungkin menjadi semakin teruk sekiranya hujan berterusan.

“Kita juga telah meletakkan papan tanda amaran dan pengguna jalan perlu mematuhinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Elak guna peralatan elektrik jika premis dinaiki air



KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya meletakkan peralatan eletrik di tempat tinggi dan kering, selain menutup suis utama apabila premis mereka dilanda banjir bagi mengurangkan kemungkinan renjatan elektrik berlaku.

Pengguna yang premis mereka dinaiki air juga dinasihatkan untuk segera menghubungi TNB bagi membolehkan syarikat utiliti nasional tersebut menghentikan bekalan demi keselamatan.

“Sila hubungi pejabat TNB yang berdekatan, TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline sebaik paras air meningkat, supaya kami boleh memutuskan bekalan elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” kata Pengurus Besar (Perhubungan Awam & Dalaman) TNB, Datuk Omar Sidek.

Katanya, TNB sentiasa mengawasi keadaan dari semasa ke semasa dan akan menutup bekalan ke pencawang di kawasan terlibat sekiranya paras air mencecah tahap bahaya.

“Penutupan bekalan elektrik ke kawasan terlibat dibuat untuk sementara waktu demi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Bekalan elektrik akan disambung semula setelah air banjir surut dan keadaan kembali selamat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa mengawasi tindak tanduk anak-anak mereka agar menjauhi tiang elektrik yang tumbang atau wayar elektrik yang terputus kerana arus elektrik dikhuatiri masih mengalir dan berbahaya serta boleh mengakibatkan kemalangan.

“Maklumkan kepada kami supaya kami boleh segera membaiki kerosakan tersebut,” katanya sambil mengingatkan orang ramai untuk menjauhi kawasan di mana paras air naik dan mencecah talian TNB.



Source link

read more

DAPigs GUNA SAIFUDDIN UNTUK SERANG PKR!!! ~ SEMUT HITAM


Bekas aktivis DAPigs, Mohd Razali Abd Rahman merayu kepada rakyat Pulau Pinang, Selangor dan negeri yang ada calon DAPigs agar menolak parti itu pada PRU ke-14 yang akan datang.

Menurutnya, rakyat harus berfikiran terbuka untuk menilai semula apa yang Rejim dan wakil rakyat DAPigs lakukan kepada mereka sepanjang mentadbir Pulau Pinang serta kawasan dimenanginya.

“Saya harap pada PRU 14 ini rakyat membuat keputusan yang tepat. Jangan lagi memberi undi dan kemenangan kepada calon DAP, sebaliknya balaslah budi dan jasa kerajaan Pusat yang banyak menyalurkan bantuan walaupun di negeri yang diperintah oleh pembangkang.

“Saya memberi contoh, ketika Pulau Pinang dilanda banjir baru-baru ini, apa kerajaan DAP buat untuk selamatkan mangsa banjir, kalau tidak merayu minta bantuan kerajaan Pusat?

“Selepas itu, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng memberitahu rakyat negeri itu, kerajaan Pusat hanya menghulurkan sedikit sahaja bantuan, selebihnya adalah dari kerajaan negeri,” katanya pada Diskusi UMNO-Online: Anda Tanya Kami Jawab – Membongkar Wajah Sebenar DAP di Auditorium UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Menurut Mohd Razali, beliau bertindak meninggalkan DAP kerana menyedari pemimpin parti itu retorik dan tidak ikhlas dalam perjuangannya terutama kepada orang Melayu.

Ketika ditanya Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berhubung kedudukannya dalam parti, katanya, sejak keluar dari DAP, beliau belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti dan lebih selesa berada di pihak bebas.

Pada masa sama, katanya, pelantikan itu juga mempunyai petanda tidak baik kepada PKR sebenarnya apabila kedua-dua pemimpin parti itu lebih menumpukan strategi untuk memenangkan DAP daripada parti sendiri.

“DAP memang suka orang macam Saifudin dan Wan Ji. DAP juga berminat kepada Ahli Parlimen Sepang dari Parti Amanah Negara (PAN), Mohamed Hanipa Maidin sehingga DAP sanggup menolak kepercayaannya kepada pemimpin sendiri iaitu Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw,” katanya.

Dia juga turut mendakwa tujuan DAPigs melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution sebagai Penasihat Strategik Guan Eng dan pemimpin Pemuda PKR, Wan Ji sebagai Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri itu hanya bersifat umpan untuk pancing undi orang Melayu.




Source link

read more

Mangsa sindiket guna nama persatuan kerabat diraja diminta lapor polis – Jenayah


KUALA LUMPUR 22 Nov. – Presiden Persatuan Kerabat Perdana Malaysia, Tunku Maulay Idris Hussain Tunku Faisal meminta mereka yang pernah menjadi mangsa sindiket yang menggunakan nama persatuan tersebut supaya tampil membuat laporan polis.

Beliau yang hanya mengetahui kewujudan sindiket tersebut pada September lalu berkata, walaupun laporan polis dari pihaknya telah dibuat, namun mangsa yang ditipu perlu tampil bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan.

“Saya telah membuat laporan polis pada 6 September lalu di Seremban, dan sekarang mangsa juga perlu bertindak sama supaya tindakan dapat diambil terhadap sindiket tersebut.

“Kita tidak mahu mereka (sindiket) ini berterusan menipu orang ramai dengan menggunakan nama persatuan ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya pembantu kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dipercayai menggunakan nama NGO tersebut untuk mengeluarkan surat kuasa palsu bertujuan untuk mengaut keuntungan dengan menjual keahlian dan lambang palsu.

Menurut akhbar tersebut, lelaki itu mengedarkan kad nama yang menggambarkan dirinya sebagai pembantu Tian Chua dan juga bekas pembantu Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, Tian Chua menafikan dakwaan lelaki itu.

Tunku Maulay menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat kuasa kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi bagi mengutip ‘yuran pendaftaran’ seperti dilakukan sindiket tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

AHLI PKR DAKWA TUN M GUNA PENTAS HINA ANWAR!!! ~ SEMUT HITAM


Bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menggunakan sesi dialog ‘town hall’ bersama anak muda malam tadi untuk terus menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata ‘hubungan baik’ bekas perdana menteri itu dengan Anwar pada ketika ini di dalam Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dan ahli keluarga.

“Dr Mahathir menyebut antara yang memaklumkan dia mengenai salah laku seks Anwar ialah adik (Datuk Seri) Azmin Ali. Dr Mahathir turut menyebut dia bertemu sendiri dengan mangsa seks Anwar yang diliwat dan sebagainya.

“Turut ditemui ialah seorang lelaki yang Anwar lancapi, tegas Dr Mahathir lagi. Dr Mahathir dengan jelas dan nyata memaklumkan dia tidak akan menerima seorang ‘peliwat’ sebagai pemimpin negara.

“Adakah anda percaya Dr Mahathir hendak Anwar bebas dan keluar memimpin negara, atau sekadar perkuda anda semua untuk selamatkan legasi politik dan selamatkan harta dia, keluarga, proksi dan kroni?,” demikian menurut Chegubard di dalam satu kenyataan.

Dalam dialog ‘town hall’ bersama anak muda di Petaling Jaya semalam, Tun Mahathir diajukan pelbagai soalan daripada peserta berhubung dakwaannya terhadap Anwar sebagai Peliwat.

Tun Mahathir mendakwa dia tidak terlibat dengan tindakan polis yang menyiasat kegiatan salah laku seks Si Ketua Penipu itu pada tahun 1998 dan menegaskan bahawa tiada sesiapa pun mahu mempercayainya.

Bagaimanapun ketika sidang media yang diadakan selepas sesi dialog itu tamat, Tun Mahathir menjelaskan beberapa perlakuan seks luar tabie yang didakwa telah dilakukan Anwar.

Malah Tun Mahathir juga berkata bahawa dirinya tidak dapat menerima seorang peliwat menjadi pemimpin negara, selepas dia mengetahui Si Ketua Penipu itu bukan sahaja meliwat bahkan turut ‘melancapi’ mangsanya!!!




Source link

read more

Dr. Mahathir takutkan rakyat Sabah guna ISA, larang bincang MA63 – Nasional


KOTA KINABALU 18 Nov. – Perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri adalah sesuatu yang sangat sensitif dan dianggap sebagai anti-Persekutuan.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pada masa itu larangan dikeluarkan untuk memastikan tiada perbincangan MA63 dibuat secara terbuka, malah Dr. Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan sesiapa sahaja yang melanggar larangan itu.

Pairin berkata, berikutan itu, rakyat Sabah menjadi takut untuk membincangkan isu berkenaan disebabkan tindakan Dr. Mahathir yang menggunakan ISA.

“Pada masa tersebut tiada tempat dan peluang untuk membincangkan isu itu secara terbuka dengan Perdana Menteri waktu itu, sebarang perbincangan MA63 dan dokumen lain berkaitan penubuhan Malaysia dianggap terlarang.

“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana Dr. Mahathir tidak pernah mengambil sebarang tindakan mengenai MA63 sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika berucap dalam Kongres PBS Ke-32 di sini hari ini.

Kongres berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang turut hadir. Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Maximus serta barisan kepimpinan dan ahli PBS.

Menurut Pairin, langkah keras Dr. Mahathir itu tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ke atas Sabah, malah Najib amat terbuka untuk mendengar setiap keluhan rakyat jika terdapat sebarang peruntukan dalam MA63 yang disalahtafsir.

“PBS bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau bukan sahaja menghapuskan ISA, malah bersedia mendengar setiap kebimbangan rakyat Sabah.

“Beliau mengumpamakan Malaysia sebagai satu keluarga yang akan sentiasa ada perselisihan adik beradik, termasuk suami dan isteri yang menunjukkan kejujuran beliau untuk menangani isu ini secara aman melalui perundingan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Peniaga guna set parabola haram didenda RM10,000 – Jenayah


RASAH 17 Nov. – Seorang peniaga didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan menggunakan set parabola yang tidak diperakui seperti dikehendaki peraturan di sebuah rumah di Port Dickson dekat Telok Kemang dua tahun lalu.

Tertuduh, Chook Soon Hup, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui mengikut Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Dia didakwa mengunakan satu unit dekoder, satu unit piring parabola Antenna dan tiga unit penukar turun blok berhingar rendah (LNB) jenama Smartsat model ST-900B.

Soon Hup melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat PT 846, Taman Sentosa dekat Port Dickson kira-kira pukul 12.30 tengah hari pagi pada 3 September 2015.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibacakan bersama Peraturan 16(3) dan boleh dihukum mengikut Peraturan 37, Peraturan-Peraturan sama.

Sabit kesalahan, boleh denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pertuduhan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Norhani Mohd. Adzhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ternakan lembu tenusu guna kepakaran Korea Selatan – Angkasa – Nasional


KUALA LUMPUR 16 Nov. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bakal menggunakan kepakaran Persekutuan Koperasi Pertanian Kebangsaan (NACF) Korea Selatan bagi membangunkan program ternakan lembu tenusu koperasi di negara ini.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama tersebut diharapkan berjaya meningkatkan pengeluaran susu lembu keluaran koperasi kerana Korea Selatan adalah pengeluar susu lembu ketiga terbesar dunia pada 2016.

Katanya, kerjasama itu melibatkan pembelian sperma untuk membantu melahirkan baka lembu tenusu yang boleh mengeluarkan hasil susu yang lebih tinggi berbanding jumlah pengeluaran semasa.

“Koperasi harus merebut peluang seperti yang dihasratkan kerajaaan menjelang 2020 dengan sasaran pengeluaran meningkat daripada 67 juta liter kepada 118 juta liter setahun, berbanding pengeluaran semasa sebanyak 26 juta liter pada 2016 yang masih jauh daripada mencukupi.

“Kejayaan NACF menghasilkan lembu tenusu yang menghasilkan susu melebihi 20 liter sehari bagi seekor lembu di Uganda harus menjadi pemangkin kepada Angkasa dan koperasi bagi memastikan projek ini berjaya dan akhirnya memberi manfaat kepada negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Angkasa dan NACF, dekat sini hari ini.

Memorandum tersebut ditandatangani antara Abdul Fattah dan Pengerusi NACF, Kim Byeong Won.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata, sebanyak 220 lembu dijangka dibawa masuk dari Australia dan New Zealand pada Januari tahun depan yang akan disuntik sperma lembu yang diimpot dari Korea Selatan.

“Pada Disember ini, kita akan menerima sebanyak 1,500 straw yang dianggarkan mengandungi kira-kira 500,000 sperma.

“Kita menjangkakan menyuntik setiap seekor lembu betina dengan dua straw tersebut bagi membantu membiakkan baka baharu yang lebih produktif dalam penghasilan susu,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons