Rahsia Ayam Gunting Tersedap! Hanya Guna Serbuk Jajan Popular Ni..


Setiap jenis ayam gunting ada rahsia kesedapan yang tersendiri. Ini rahsia yang super easy bagi amatur untuk menggoreng isi ayam sedap seperti jual di kedai. Selalunya isi ayam memang kurang digemari ini cara untuk galakkan makan isi ayam.

AYAM GUNTING

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam-potong nipis-nipis
  • 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
  • 1 1/2 cawan serbuk roti
  • Telur

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan tepung dengan serbuk roti.
  2. Masukkan ayam dan gaul sekata.
  3. Celup ayam dalam telur.
  4. Masukan kembali dalam tepung tadi dan goreng deep fried. (buat sekeping-sekepinh jangan masukan semua ayam tu dalam tepung)
  5. Angkat toskan dan taburkan serbuk istimewa.

INFO: Ketuk isi ayam terlebih dahulu untuk dapat isi ayam lembut.
SERBUK AYAM GUNTING

  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah)
  • Twisties BBQ curry separuh sahaja guna dari 1 paket besar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar kering semua bahan diatas dan siap.
  2. Gaul dengan ayam yang baru digoreng dan gunting ikut ketebalan yang anda suka.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Are Peace

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Syok Aktiviti Bakar Ayam Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 3 Resipi Terbaik Yang Patut Anda Cuba

Ada Manis, Masin, Masam & Pedas. 5 Jenis Masakan Peha Ayam & Drummet Simple Yang Wajib Anda Cuba

Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali Cantik Berkilat

Ratah Kepak Ayam Sweet & Spicy Istimewa Sampai Tinggal Tulang

Komen anda



Source link

read more

12 transgender Aceh dipaksa gunting rambut polis jalankan siasatan



BANDA ACEH: Ketua Polis Nasional Indonesia mengarahkan siasatan dijalankan berhubung penahanan 12 transgender yang ditahan di Aceh.

Ini kerana kesemua mereka dilaporkan telah dipukul dan dipaksa menggunting rambut mereka sebelum dibebaskan tanpa sebarang hukuman.

Indonesia merupakan salah satu negara yang mempunyai populasi masyarakat Islam terbesar namun Aceh merupakan satu-satunya daerah yang menguatkuasakan undang-undang Islam dan menentang homoseksual.

Polis dan pegawai agama di Aceh sering melakukan serbuan di rumah dan tempat kerja bagi mencari mereka yang terlibat dengan aktiviti seks sejenis.

Hujung minggu lalu, satu serbuan dilakukan di sebuah salon kecantikan dan 12 transgender telah ditahan dalam serbuan tersebut.

Pejuang hak asasi dan media tempatan melaporkan kesemua 12 transgender yang ditahan telah dipukul dan dipaksa untuk menggunting pendek rambut mereka.

Jurucakap polis Aceh, Mishabul Munauwar berkata, terdapat beberapa keping gambar suspek tular dan pihaknya sedang menyiasat jika benar berlaku serangan fizikal.

Katanya susulan itu, ketua polis nasional mengarahkan agar satu siasatan dijalankan bagi menyiasat kejadian sebenar di sebalik gambar tersebut.

Siasatan itu adalah sesuatu yang dialu-alukan kumpulan hak asasi manusia di sana.

Selain itu, polis di Aceh dalam beberapa bulan ini telah meningkatkan operasi bagi membanteras operasi spa gay dan parti gay yang beroperasi di sana.

Beberapa orang turut ditahan dalam operasi tersebut.

Menurut Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf, mereka tidak membenci golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender namun apa yang dipandang serius ialah kelakuan dan tindakan mereka.

Tahun lalu, kerajaan wilayah Aceh menerima kecaman dan kritikan antarabangsa apabila menjatuhkan hukuman secara terbuka di depan orang ramai dengan merotan dua lelaki gay yang didakwa melakukan hubungan seks sejenis.



Source link

read more

Tak mahu gunting dalam lipatan Mnangagwa buang habis orang Mugabe



PRESIDEN baharu Zimbabwe Emmerson Mnangagwa nampaknya tidak mahu pentadbirannya diganggu bayang-bayang bekas ketuanya Robert Mugabe.

Mnangagwa yang kini menerajui parti pemerintah ZANU-PF bertindak memecat 11 anggota parlimen negara itu yang punya hubungan rapat bekas diktator berusia 93 tahun itu.

Kesemua yang dipecat sebelum ini secara terbuka menyokong Mugabe dan isterinya Grace.

Timbalan speaker parlimen, Mabel Chinomonsa memaklumkan ZANU-PF telah memaklumkan kepada parlimen mengenai status 11 orang ahli parlimen berkenaan yang tidak lagi mewakili kepentingan parti itu.

Sebahagian daripadanya merupakan menteri kabinet pada era pentadbiran Mugabe.

Menurut media tempatan, ZANU-PF kini dalam proses penstrukturan semula dengan menyasarkan mereka yang secara terbuka menyokong Mugabe.

Mnangagwa mengambil alih kerusi presiden daripada Mugabe pada November tahun lalu menerusi rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Ini bukan kali pertama Mnangagwa bertindak menyingkirkan orang kuat Mugabe daripada pentadbiran negara itu.

November lalu, lima dipecat termasuk Jonathan Moyo, individu paling lantang yang mahu Grace mengambil alih teraju kepimpinan daripada suaminya.

Beberapa lagi sekutu politik Mugabe ditahan pihak tentera dalam serbuan 15 November tahun lepas, sementara ada yang melarikan diri ke negara lain.

Tindakan drastik Mnangagwaini bagaimanapun dibimbangi bakal mencetuskan gelombang penentangan terhadapnya.

Sekaligus menjejaskan peluangnya untuk mengekalkan jawatannya dalam pilihan raya presiden yang dijangka diadakan dalam tempoh empat atau lima bulan lagi.



Source link

read more

Program gunting rambut percuma untuk 300 murid – Pulau Pinang


NIBONG TEBAL 30 Dis. – Sebanyak 300 kanak-kanak menyertai program gunting rambut percuma anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan Gerakan Belia 4B kawasan itu di sini hari ini.

Program itu diadakan serentak di empat lokasi iaitu Taman Tasek Maju dan Taman Kesumba, Sungai Bakap; Masjid Changkat, Jawi dan Dewan Perda Sungai Acheh bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu Mohd. Norhiesam Ismail berkata, program itu adalah acara tahunan yang dianjurkan pihaknya bagi meringankan beban ibu bapa menjelang musim persekolahan sesi 2018.

“Dengan adanya program ini, ibu bapa boleh jimatkan sedikit duit dan masa daripada hantar anak-anak mereka menggunting rambut di kedai kerana kita bawakan tukang gunting ke sini.

“Selain itu juga pada pertengahan Januari ini, kami juga akan mengadakan program bantuan persekolahan kepada murid-murid yang tercicir daripada menerima bantuan daripada mana-mana pihak,”katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Gunting rambut serentak di 12 KRT – Terengganu


HULU TERENGGANU 25 Dis. – Hampir 700 orang terutamanya murid sekolah sekolah mendapat manfaat daripada Program Gunting Rambut Percuma yang diadakan serentak di 12 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh daerah ini, hari ini.

Pegawai Perpaduan Daerah, Asronizam Mamat berkata, program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan, dan pihaknya berhasrat menjadikannya sebagai kegiatan tahunan dengan penyertaan KRT lebih meluas.

“Alhamdulillah, penglibatan kali ini adalah di luar jangkaan dengan penglibatan pihak komuniti setempat dalam memastikan anak-anak mereka sertai program secara percuma ini.

“Daerah ini mempunyai 46 KRT, dan pada hari ini 12 KRT iaitu Kampung Tok Dor, Kampung Buluh Batu Bersurat, Felda Jerangau Barat, Bukit Diman, Tanjung Aur, Nibong, Kemat, Teris, Kuala Telemong, Pengkalan Ajal, Kua dan KRT Sungai Bajar,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Program Gunting Rambut Percuma di Kampung Buluh Batu Bersurat, di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu, Burhanuddin Daud yang turut turun padang ke beberapa lokasi penganjuran program termasuk KRT Kampung Buluh Batu Bersurat.

Katanya lagi, selain dapat meringankan beban ibu bapa, program begini juga sebagai medan mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti kerana mereka turut hadir ke lokasi penganjuran sebagai sokongan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more