Penyanyi Nita Hamzah nikah 29 April



PENYANYI Nita Hamzah telah menghubungi meja Hiburan Sinar Harian bagi mengundang ke majlis pernikahannya bersama pasangannya Mohd Fareez Shamsul Bahari pada 29 April depan. Nita atau nama lengkapnya Norhanita Hamzah kini sedang sibuk melakukan persiapan untuk majlis bersejarahnya yang bakal diadakan di Selayang Height, Batu Caves.

“Majlis nikah ini jemputan tak ramai hanya dalam 500 orang sahaja.  Ada mini pelamin sahaja untuk sesi bergambar.  Kami bernikah pagi dalam jam 11 dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.

“Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada bulan Ogos manakala di pihak saya, akan difikirkan tarikh selepas itu,” kata Nita yang telah empat tahun berkenalan dengan tunangnya itu.

Nita dan Fareez telah mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos tahun lalu.

“Keluarga kedua-dua belah pihak juga gembira dengan keputusan itu memandangkan mereka memang nak kami cepat-cepat bernikah,” katanya kepada Sinar Harian.

“Alhamdulillah dah alang-alang ada rezeki untuk kami bernikah, kami akan langsungkan saja. Bersanding tu nanti boleh buat kemudian,”katanya.

Nita merupakan pemenang tempat kedua program realiti Malaysian Idol musim kedua dan kini aktif membuat persembahan di majlis-majlis tertutup.



Source link

read more

Kenapa Nita Hamzah terkilan | Astro Awani



BINTANG Malaysian Idol 2, Nita Hamzah mengakui terkilan apabila ada segelintir netizen memintanya berhenti menyanyi.

Namun, Nita yang baru merakamkan single terbaharu Hadirlah Cinta itu berkata kecaman sedemikian tidak melemahkan semangatnya.

“Memang ada komen-komen negatif daripada netizen yang mahu saya berhenti menyanyi. Mereka anggap saya sudah tidak diperlukan dalam industri kerana saya tidak sepopular penyanyi lain.

“Tetapi komen-komen sebegitu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan saya percaya masih ada pihak yang yakin dengan kebolehan yang saya ada,” katanya kepada Astro Gempak.

Nita yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran Datin Alyah di Mutiara Damansara baru-baru ini memberitahu dia kini bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Alyah, Like Music.

Malah, pihaknya sedang bekerjasama untuk mempromosikan single terbaharu ciptaan Sharon Paul itu.

“Selepas 10 tahun akhirnya saya kembali dengan single Hadirlah Cinta dan saya harap kemunculan lagu ini memberikan nafas baharu untuk karier saya,” katanya.



Source link

read more