TLDM Hantar KD Lekiu Sertai Eksesais RIMPAC 2018 – MYNEWSHUB


KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan buat julung kali menghantar sebuah kapal jenis Frigate Kapal Diraja (KD) Lekiu TLDM bagi menyertai eksesais ketenteraan Rim of The Pacific 2018 (RIMPAC) di Honolulu, Hawaii.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kapal berkenaan akan belayar pada hujung bulan Mei ini.

Beliau berkata apa yang lebih menarik, atas inisiatif TLDM pelayaran ke Hawaii ini akan disertai beberapa kapal perang negara lain termasuk dari Indonesia, Filipina, Jepun dan India yang juga berpeluang menyertai latihan di laut PASSEX (passage exercise).

Beliau yang tidak mendedahkan jumlah pegawai dan anggota TLDM yang terlibat di dalam eksesais RIMPAC itu berkata KD Lekiu akan menyertai RIMPAC selama tiga bulan termasuk tempoh pelayaran. RIMPAC turut melibatkan jumlah penyertaan sebanyak 27 buah negara lain.

“Eksesais ini menyaksikan penyertaan sebanyak 51 buah kapal dan lima buah kapal selam dari 16 buah negara yang telah mengesahkan penyertaan dalam eksesais berkenaan,” katanya kepada Bernama sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Ahmad Kamarulzaman berkata TLDM sebelum ini pernah terlibat dalam eksesais RIMPAC tetapi sebagai pemerhati dan pada tahun ini, buat pertama kalinya TLDM bakal menghantar kapal Frigate bagi menyertai eksesais dwi tahunan itu.

“Secara langsung ini menunjukkan komitmen TLDM kearah memperkasakan diplomasi pertahanan dan meningkatkan kebolehoperasian aset negara ke tahap profesionalisme yang tinggi,” katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata penyertaan TLDM juga ke arah memperkasakan kerjasama pertahanan yang secara langsung akan menyumbang ke arah keselamatan maritim serantau dan di peringkat global.

Acara di MITEC itu menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 perwakilan dari 45 negara, antaranya Korea Selatan, China, Jepun, Australia, Pakistan, Rusia dan Indonesia.

Pameran empat hari bermula Isnin lepas itu dijangka menarik kunjungan 40,000 pelawat dan menjadi platform bagi pengurusan pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea, sambil memberi peluang kepada peserta industri memasarkan produk mereka. – BERNAMA



Source link

read more

PAS HANTAR PEMAIN BOLA JE BERDEPAN MAHFUZ BEAN!!! ~ SEMUT HITAM


Memalukan! Bekas pemain bola sepak kebangsaan je yang diumumkan sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Pencalonan Radhi, 53, diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus di sini malam tadi.

Radhi bakal bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang bertanding kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket PAN mewakili Pakatan serta calon dari Barisan Nasional.

Dalam pada itu, seorang lagi muka baru, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan menjadi calon Parlimen Kuala Kedah yang disandang Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail.

Abdul Hadi juga turut mengumumkan calon bagi DUN Pengkalan Kundur yang akan ditandingi oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi.

PAS dijangka mengumumkan semua calonnya yang akan bertanding kerusi DUN dan Parlimen di Kedah pada 19 April ini. Sementara parti serpihannya, Amanah dijadualkan berbuat demikian, 17 April ini.




Source link

read more

Merah-merah di badan Keena Mentor dakwa rakan penyanyi hantar santau angin


Penyanyi Keena Mentor mendakwa ada beberapa rakan penyanyi yang menghantar santau angin kepada dirinya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Keena di laman Facebook miliknya, penyanyi itu turut menunjukkan kesan merah yang timbul di sekitar badan selepas santau angin itu berjaya dibuang.

Facebook Keena Mentor II

Facebook Keena Mentor II
Terkejut dengan berita tersebut, peminat Keena mendoakan agar penyanyi ini segera pulih.

“Terus berjuang dik. Hanya Allah yang maha berkuasa,” pesan seorang peminat bernama Azhar Abdul Aziz.

“Banyak bersabar my sis Keena Mentor. Saya mendoakan Keena sentiasa dilindungi oleh Allah daripada perbuatan khianat dari manusia yang iri hati. Cepat sembuh dan sihat seperti sediakala,” tulis Arom Shaharom.

“Kenapa ada lagi manusia macam tu di zaman sekarang ni. Mereka tu tak takut Allah adik Keena Mentor. Adik banyak-banyak bersabar. Doa banyak-banyak. Doa orang yang teraniaya tiada hijabnya adik. Akak doakan adik cepat sembuh,” tulis Zarina Abdul Rahim.

Facebook Keena Mentor II

Keena atau nama sebenarnya, Suriana Abdul Wahab merupakan peserta program Mentor musim ketiga. Dalam program tersebut, Keena mendapat didikan penyanyi terkenal Datuk Awie.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: FB Keena



Source link

read more

Negeri Sembilan hantar bekalan air terawat ke Selangor


imageMO, 9/3/2018, REMBAU  – Krisis bekalan air di beberapa lokasi di Selangor mendapat perhatian Kerajaan Negeri Sembilan apabila empat lori tangki membawa air terawat dihantar ke negeri itu sejak tiga hari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan nege­ri melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menghantar bekalan itu dengan lori tangki air berkapasiti 5,678 liter yang berulang-alik mengangkutnya ke lokasi terjejas.

“Kita membantu apa yang terdaya. Sekarang kita menghantar empat lori tangki air yang berulang-alik sehingga tiga kali sehari untuk membantu beberapa kawasan di Selangor yang terputus bekalan air.

“Kita juga tumpang dukacita dengan masalah yang dialami rakyat Selangor di kawasan terjejas. Apa yang boleh bantu, kita akan bantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja Fasa 2 di sini semalam.

Yang turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Awaludin Said; Pengerusi Jawatan­kuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris dan Pengerusi Pe­ngurusan Aset Air Berhad (PAAB), Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air sejak beberapa hari lalu dan dijangka berpanjangan selepas Sistem Mampatan Udara di LRA SSP3, Selangor pecah, Selasa lalu. Antara kawasan terjejas ialah Kuala Lumpur, Peta­ling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Mengulas mengenai LRA Sawah Raja Fasa 2, Mohamad berkata, loji berkapasiti 37.85 juta liter air itu dikhususkan kepada pengguna di daerah Rembau yang sebelum ini bergantung kepada bekalan dari LRA Gemencheh di Tampin.

Jelas beliau, kerajaan negeri dengan kerjasama PAAB pada 2015 memperuntukkan hampir RM63 juta bagi melaksanakan LRA tersebut dengan kos RM34 juta manakala pembinaan Kolam Imbangan di Bukit Sembilan di sini menelan belanja sebanyak RM29 juta.

“Alhamdulillah masalah ke­ku­rangan air di Rembau satu ketika dahulu kini dapat diselesaikan. Kita memerlukan keperluan air harian sebanyak 15 juta liter di daerah ini. Baki 22 juta liter lagi adalah simpanan untuk keperluan jangka panjang,” katanya.



Source link

read more

Malaysia hantar 52 wakil Olimpik Istimewa Dunia 2019


27.jpg.transformed_4MO, 9/3/2018, KUALA LUMPUR: Malaysia akan diwakili 52 atlet dan pegawai dalam tujuh acara sukan pada Kejohanan Dunia Musim Panas Olimpik Istimewa Abu Dhabi tahun depan.

Acara sukan rasmi bagi temasya berkenaan adalah akuatik, olahraga, bocce, boling, bola sepak, ekuestrian dan golf.

Pengerusi Olimpik Istimewa Malaysia (SOM), Nur Azida Daud berkata atlet berkenaan akan dipilih melalui Sukan Olimpik Istimewa Kebangsaan dari 4 hingga 6 Mei ini.

“SOM bercadang menghantar delegasi dianggotai 52 atlet dan jurulatih ke Abu Dhabi.

“Bagaimanapun, SOM perlu mengumpul dana sekurang-kurangnya RM500,000 untuk membawa sebuah kontinjen penuh. Kami memerlukan pembiayaan terus sekurang-kurangnya RM20,000 bagi setiap atlet, termasuk kos jurulatih dan kakitangan sokongan,” katanya.

Nur Azida berkata bagi mencapai sasaran pembiayaan itu, SOM bersama Olimpik Istimewa Kuala Lumpur akan mengadakan konsert bertemakan ‘Music is the Universal Language of Love’ yang akan mengetengahkan persembahan oleh Zamil Idris dan Juwita Suwito di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, pada 21 April.

“Konsert untuk mengumpul derma ini akan membolehkan perbadanan dan individu memberi sumbangan dengan cara yang bermakna. CSR (tanggungjawab sosial korporat) adalah kunci kepada tugas kami yang berterusan membabitkan beribu-ribu kanak-kanak yang mengalami kecacatan intelektual di negara ini.

“Usaha seperti ini memerlukan komitmen, sumber dan pembiayaan terus. Bagaimanapun, saya harap konsert ini akan dapat mengumpul dana yang cukup bagi kami membawa kontinjen Malaysia ke Abu Dhabi, tahun depan,” katanya.

Sebagai rekod, pada tahun 2016, terdapat 4,103 atlet olimpik istimewa yang berdaftar bersama 550 jurulatih manakala pada 2017, jumlah atlet meningkat sebanyak 14 peratus (4,696) dan jurulatih sebanyak 12 peratus iaitu 616 orang.

 

– BERNAMA



Source link

read more

SAINS hantar air ke Selangor


airseramban_cropped.transformed

MO, 7/3/2018, SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menghantar dua lori tangki air dengan kapasiti masing-masing 3,637 liter dan 9,092 liter dalam Misi Bantuan Bekalan Air ke Gombak, Selangor, hari ini.

Pengarah SAINS, Wan Rasdi Wan Ismail, berkata selain itu seramai empat kakitangannya turut membantu misi itu yang ditugaskan secara bergilir-gilir di kawasan terjejas sehingga bekalan air di kawasan berkenaan kembali pulih.

“Misi bantuan ini sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SAINS dalam membantu rakan operator air di negeri terjejas.

“Bantuan ini juga operasi biasa yang dilakukan semua syarikat operator air bagi membantu negeri yang mengalami gangguan bekalan air,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

NSTP hari ini melaporkan beberapa kawasan sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air disebabkan Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air SSP3, Selangor pecah petang semalam.

Antara kawasan terjejas adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.



Source link

read more

Guru ditahan hantar gambar bogel adakan hubungan seks dengan pelajar 14 tahun



SEORANG guru sains wanita di Amerika Syarikat telah ditahan selepas menjalinkan hubungan seksual dengan pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Stephanie Peterson, 26 tahun, ditahan pada pagi Rabu di New Smyrna, Florida setelah pelajar berkenaan mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Memetik laporan Daily Mail, pelajar itu berkata guru tersebut yang telah pun berkahwin kerap menjemputnya di rumah pada 11 malam.

Mereka kemudiannya menghabiskan masa selama berjam untuk berdua-duaan.

Guru itu juga dilaporkan sering menghantar gambar-gambar bogelnya kepada pelajar tersebut, serta membelikan ganja untuknya.

Atas kesalahan yang dilakukannya itu, Peterson kini ditempatkan di sebuah penjara di daerah Volusia.

Siasatan mendapati, hubungan antara Peterson dan remaja itu bermula pada November tahun lepas, namun ia tidak jelas sama ada remaja itu salah seorang dari pelajarnya.

Peterson bagaimanapun meletak jawatan pada Isnin, sehari sebelum dia ditangkap.

Dia dan suaminya, Brandon, seorang anggota bomba telah berkahwin sejak 2015 namun tidak mempunyai anak.



Source link

read more

Jangan hantar tentera ke Afrin amaran Turki kepada Syria



ANKARA: Turki pada Isnin memberi amaran kepada Syria agar tidak menghantar tentera ke daerah Afrin untuk membantu militia Kurdish, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan Turki.

“Keputusan kerajaan Syria untuk menghantar pasukan tentera ke Afrin akan memberi lampu hijau kepada tindakan memecah-belahkan Syria, dan bakal mengundang kesan buruk kepada rantau ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag, kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusolgu, telah memberi amaran bahawa jika tentera Syria memutuskan untuk mempertahan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG), maka “tiada apa dan siapa yang boleh menghalang tentera Turki.”

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah menghubungi rakan sejawat beliau di Rusia dan Iran, Vladimir Putin dan Hassan Rouhani, untuk memberi amaran berhubung langkah sedemikian.

Ankara menganggap YPG sebagai sekutu Syria dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah diharamkan dan merupakan sebuah organisasi pengganas dalam senarai Turki.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat menyokong YPG sebagai sekutunya dalam memerangi militan Daish di Syria.

Turki telah melancarkan satu operasi ketenteraan pada 20 Jan di daerah Afrin untuk mengusir militia YPG dan berjanji akan memperluas operasinya ke Manbij di mana tentera Amerika Syarikat ditempatkan bersama-sama YPG untuk menentang Daish.

— BERNAMA



Source link

read more

Majikan hantar pergi umrah | Merdeka Online


BAHAU 18 FEBRUARI 2018. Sama bersama ahli keluarga Datuk L Manickam yang sudah dianggap sebagai ahli keluarganya dikediamanya di Bahau. STR/ABNOR HAMIZAM

MO, 19/2/2018, BAHAU: “Sepanjang 15 tahun menjadi pembantu rumah bagi keluarga Datuk L Manickam, saya dilayan keluarga sendiri,” kata wanita warga Indonesia, Sama Sokah, 49.

Beliau bersyukur kerana kerana tugas dan peranannya sentiasa dihargai keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jeram Padang itu.

Sama berkata, kes penderaan yang menimpa pembantu rumah warga asing terutama dari negara asalnya, tidak menggambarkan keseluruhan sikap majikan di negara ini.

“Saya gembira bekerja di sini… majikan saya dan keluarga sangat baik. Beliau pernah membiayai umrah saya pada Disember 2016 walaupun sepatutnya saya ke Tanah Suci pada 2014 tetapi ditipu ejen,” katanya.

Sama yang berasal dari Kampung Subang, Bandung, Indonesia berkata, Manickam terpaksa mengeluarkan duit tambahan bagi memastikan hasratnya menunaikan umrah tercapai, malah majikannya itu sanggup turun ke Jakarta menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Alhamdulilah, akhirnya selepas tertangguh, saya dapat menunaikan umrah pada Disember 2016. Saya terharu apabila beliau sanggup mengeluarkan belanja tambahan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun berlainan agama, keluarga Manickam menghormatinya sebagai umat Islam dan tidak pernah melarangnya untuk menunaikan semua kewajipan, termasuk solat dan puasa.

Ibu tunggal itu turut mengimbau kenangan empat tahun lalu, apabila majikannya membantunya pulang ke kampung dengan segera sebaik menerima berita kematian ibunya di kampung.

“Saya sempat melihat wajah arwah ibu buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Semua itu atas bantuan majikan sekeluarga yang membantu menguruskan perjalanan pulang saya,” katanya.

Sementara itu, M Indhu, 19, anak ketiga Manickam berkata, Sama sudah dianggap sebagai ahli keluarganya, apatah lagi wanita itu menjaganya sejak kecil termasuk menghantar ke tadika berhampiran rumah.

“Jika dia pulang bercuti ke kampung, saya akan merinduinya, malah ada ketika mahu tidur saya akan menangis kerana merinduinya.

“Saya memang rapat dengannya, malah suka dengan masakannya. Dia suka bergurau dan menasihati saya dalam banyak perkara,” katanya.

Sementara itu, Manickam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Kampung Baru negeri berkata, pembantu rumahnya itu adalah yang ketiga dan paling lama bekerja dengannya.

“Kami sekeluarga sangat senang dengannya . Dia menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah,” katanya.



Source link

read more

Peminat lelaki pernah hantar gambar alat sulit kepada Dr. Say Shazril



PEGAWAI perubatan yang mula viral tahun lalu, Dr. Say Shazril mengakui pernah menerima kiriman foto alat sulit lelaki menerusi akaun media sosialnya.

Terkejut dengan tindakan melampau segelintir pengguna media sosial berkenaan, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin mengambil langkah untuk mengendahkan sahaja gangguan seksual virtual  itu.

“Menjadi viral ada baik dan buruknya. Apabila bercakap mengenai gangguan seksual alam maya ataupun buli siber saya dapati situasi itu lebih cenderung datang daripada pengguna lelaki.

“Misalnya sebelum ini kalau peminat wanita saya biasanya hanya menulis komen di Instagram dengan kata-kata pujian. Paling tidak pun ada yang kecewa kerana mereka mendapat tahu saya sudah berkahwin.

“Namun, yang saya pelik ada segelintir pengguna media sosial dalam kalangan lelaki yang berani menghantar gambar kemaluan mereka kepada saya.

“Apa yang boleh saya buat cuma abaikan sahaja mesej-mesej berbaur seksual seperti itu. Adatlah media sosial,” katanya eksklusif kepada Astro Gempak.

Dr. Say bagaimanapun tidak pernah berdepan situasi janggal atau serangan seksual apabila di khalayak ramai.

“Sehingga kini ramai yang mendekati saya dengan cara yang baik. Kalau di luar mereka datang kepada saya dan sekadar meminta izin untuk bergambar sahaja.

“Tidak pernah pula ada yang tiba-tiba datang melulu dan meraba bahagian-bahagian tertentu badan saya. Semuanya masih normal,” tambahnya.

Dr. Say merupakan antara pegawai perubatan yang bakal menjadi panel untuk rancangan terbaharu My Doctors di samping beberapa pakar perubatan terkenal lain antaranya Dr. Zainal Adwin, Dr. Rizal Rahman dan Dr. Beni Rusani.

Mewakili kepakarannya dalam bidang kecergasan dan pemakanan seimbang, Dr. Say bakal mengendalikan 13 episod My Doctors mengupas topik berkaitan masalah kesihatan dengan cara informatif dan menghiburkan.
 

My Doctors bakal bersiaran pada 19 Februari 2018 setiap hari Isnin pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.



Source link

read more