CCTV hanya akan dipasang di sekolah bermasalah disiplin


PADANG TERAP: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) hanya akan dipasang di sekolah yang dikenal pasti mempunyai rekod masalah disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kementeriannya menyambut baik usaha pemasangan CCTV di sekolah kerana ia kini dilihat sebagai satu keperluan dalam usaha menghadapi pelbagai kemungkinan namun ia tidak akan melibatkan kesemua sekolah di negara ini.

“(Namun) CCTV ini tidak akan dipasang di keseluruhan kawasan sekolah sebaliknya hanya di tempat tertentu sahaja manakala pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah boleh berperanan dalam menentukan sekolah mana yang terlibat terutamanya yang dikenal pasti berisiko serta terdedah dengan pelbagai masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan pada Program Hari Keluarga di Kampung Baru Lembah Permai di Kuala Nerang di sini hari ini.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini menyambut baik usaha memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah namun berharap tindakan itu tidak mengganggu privasi pelajar dan guru.

Mahdzir turut mengesyorkan supaya elemen CCTV itu terkandung dalam skop kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang terdapat di bawah kementeriannya ketika ini.

“Sebenarnya pemasangan CCTV ini boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan peruntukan yang banyak kerana setiap sekolah sudah mempunyai peruntukan untuk kawalan keselamatan di sekolah.

Jadi saya berharap pemasangan CCTV ini boleh dimasukkan dalam bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan supaya ianya boleh dilaksanakan tanpa perlu mengeluarkan bajet yang baharu,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Mereka hanya mahu Ip Man dalam Star Wars – Donnie Yen


BAGI peminat pelakon aksi Hong Kong Donnie Yen, anda mungkin terhibur dengan lakonan bersahajanya  sebagai Chirrut Îmwe dalam ‘Rogue One: A Star Wars Story’.

Namun, sebaliknya bagi pelakon yang dikenali menerusi trilogi Ip Man ini.

Menurut Donnie, Îmwe  tidak ada bezanya dengan watak lain yang diberikan Hollywood kepadanya — dengan kata lain, stereotaip.

“Apabila saya menerima watak dalam Rogue One, saya rasa penting untuk saya mengembangkan watak berkenaan supaya kurang klise.

“Saya tahu mereka mahukan Donnie Yen kerana dia adalah Ip Man. Mereka mahu Ip Man dalam Rogue One.

Chirrut Îmwe dalam Rogue One: A Star Wars Story

“Saya faham, tapi saya tidak mahu melakonkan watak tipikal, jaguh seni bela diri Cina,” dedah  Donnie kepada majalah Prestige.

Jelas pelakon berusia 54 tahun ini, dia membuat keputusan untuk berbincang dengan penerbit bagi menambah lebih jiwa dalam watak Îmwe dan hasilnya dapat dilihat dalam naskhah akhir filem itu.

“Jika anda fikir watak Îmwe itu klise, anda perlu lihat skrip asal yang diberikan kepada saya. Itu sebab mengapa saya agak keberatan untuk menerima peranan itu,” tambah Donnie.

Bagi Donnie, dia sudah muak dengan layanan Hollywood terhadap pelakon Asia.

Mereka sering diberi watak kecil yang kadang kala tidak beri kesan langsung kepada jalan cerita semata-mata bagi memancing penonton Asia.

“Anda tidak boleh hanya meletakkan pelakon Asia dengan harapan kemunculan singkat mereka dapat memenuhi pasaran Asia. Ini satu gurauan,” ujarnya lagi.

Selain Donnie, Rogue One turut menampilkan tiga pelakon aksi Indonesia Iko Uwais, Yayan Ruhiyan dan Cecep Arif Rahman namun sekadar watak kecil dengan dialog ringkas.

Donnie sebelum ini pernah membintangi beberapa lagi filem Hollywood termasuk  ‘xXx: Return of Xander Cage’, ‘Blade II’ dan ‘Shanghai Knights’.



Source link

read more

Pakatan Harapan hanya pandai bersandiwara – Politik


KUALA LUMPUR 10 Jan.– Pakatan Harapan yang diketuai DAP patut menukar namanya menjadi Pakatan Wayang disebabkan sikap mereka yang hanya pandai berlakon dan bersandiwara sesama mereka sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, pemimpin Pakatan Harapan bukan sahaja boleh diibaratkan sebagai ‘ja­guh pusingan U’ malah boleh mencatat rekod dunia apabila sanggup menghalalkan sesuatu matlamat demi tujuan politik.

“Dahulu mereka kata Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak kudis tapi sekarang mereka pula yang menjilat kudis-kudis Mahathir.

“Sebelum ini puak reformasi pusing satu dunia untuk menolak Mahathir tetapi sekarang mereka ini berlumba-lumba untuk angkat Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, beliau yakin keluarga Pengerusi Pakatan Harapan itu akan ketawa besar apabila melihat gelagat pemimpin gabungan pembangkang yang berjaya dipukau untuk mengikut telunjuk Mahathir. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

HISHAM GAY AKUI, MAHATHIR HANYA BONEKA PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Jika sebelum ini, Si Hisham Gay ni telah menjadi ‘Musuh Umum’ apabila dia mula berkempen supaya puak Pakatan Haprak tu menerima kehadiran Tun Mahathir dikalangan mereka.

Label ‘Public Enemy’ itu diberikan kepada Hisham kerana dia dilihat telah berubah menjadi seorang MUNAFIK yang mahu puak Pakatan Haprak tu menerima seorang pemimpin Diktator.

Malah tindakan puak Pakatan Haprak tu menerima Tun Mahathir membuktikan bahawa mereka berada dalam keadaan yang sangat terdesak untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi.

Bagi sesetengah pihak, apa yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak itu pada ketika ini juga menunjukkan bahawa pemimpin dikalangan mereka tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya.

Namun, menurut kenyataan yang dibuat oleh Si Hisham Gay tu sebelum ini, Tun Mahathir hanya sekadar Boneka yang dipergunakan Pakatan bagi meraih undi dikalangan orang Melayu.

“Dalam politik Malaysia kunci perubahan ialah Melayu. Tanpa Melayu sampai kiamat pun Malaysia tidak akan berubah. Justeru Pakatan Harapan wajib mendapatkan sokongan undi baharu dari Melayu.

“Justeru saya mengajukan pandangan dari awal lagi agar Mahathir dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri. Ini dalam usaha untuk mendapatkan sokongan penambahan peratusan undi Melayu,” kata Hishamuddin dalam artikel yang disiarkan oleh portal berita propembangkang.

Jelas, dari apa yang cuba disampaikan Si Hisham Gay itu membuktikan bahawa Tun Mahathir hanya sebuah Boneka yang mahu dipergunakan untuk memperdayakan orang Melayu.

Dalam erti kata mudahnya, puak Pakatan Haprak tu tidak menghargai penyertaan Tun Mahathir. Sebaliknya, mereka mahu mempergunakan Tun Mahathir bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Lepas dah menang nanti, boleh la diorang tendang Tun Mahathir tu pulak!!!




Source link

read more

PKR DAKWA, MAHATHIR HANYA LAYAK JADI MENTERI CABUK!!! ~ SEMUT HITAM


Ketua Wanita PKR, Zuraida Mak Lampir mendakwa Pengerusi PPBM, Tun Mahathir hanya layak menjadi Menteri Cabuk berbanding jawatan Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU ke 14.

Zuraida yang merupakan penyokong kuat Kartel pimpinan Azmin Ali itu juga mendakwa, Mahathir sudah terlalu tua, justeru itu dia tidak sewajarnya memegang jawatan itu sekali lagi.

“Beliau ada ‘track record’ sebagai negarawan, beliau layak jadi menteri kanan bukan perdana menteri. Saya rasa secara prinsipnya beliau layak jadi menteri kanan. Bukan sebab reformasi. Reformasi 20 tahun dulu kita lawan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Wanita PH di Kajang, hari ini.

Dalam permukiman yang diadakan Pakatan akhir tahun lalu, Tun Mahathir dicalonkan Perdana Menteri dan Wan Azizah dinamakan Timbalan sebagai salah satu strategi menghadapi PRU 14.

Bagaimanapun, pencalonan Tun Mahathir itu didakwa tidak dipersetujui oleh Ketua Umum PKR yang mahu Pakatan kembali kepada semangat permuafakatan dan menolak kepentingan peribadi.

Sumber Palatan memberitahu, Si Ketua Penipu itu mahu Pakatan menangguhkan keputusan calon PM sebelum mendapatkan maklum balas daripada kumpulan masyarakat dan aktivis sivil.

Kesemua syarat ini dinyatakan oleh Si Ketua Penipu itu menerusi sepucuk surat yang disampaikan Azmin Ali ketika Majlis Pimpinan Pakatan memulakan mesyuaratnya semalam.

Dalam masa sama, portal Pro PAN melaporkan media rasmi kerajaan negeri Selangor kini sudah berkempen mencalonkan nama Si Azmin Ali itu sebagai PM yang lebih layak berbanding Mahathir.

Dalam laman Selangorkini.my hari ini, laman rasmi Rejim Pakatan Selangor itu juga turut melaporkan berita bertajuk “Mohamed Azmin layak dicalonkan PM Pakatan, berjaya tadbir Selangor”.

Berita itu melaporkan pandangan yang diutarakan oleh peguam, Harris Idaham dalam Forum Anak Muda: Siapa Perdana Menteri Pilihan Millennial? yang menjelaskan Mohamed Azmin berjaya dengan cemerlang menerajui Selangor.

Sebagai rekod, Azmin berjaya menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor melalui rampasan kuasa yang direncanakan dengan mempergunakan PAS untuk mencantas Wan Azizah sebelum ini. Maka tidak hairan sekiranya dia sanggup melakukan perkara yang sama sekali lagi!!!




Source link

read more

Saya hanya jadi diri sendiri – Fara Mendoza – Nasional


KUALA LUMPUR 1 Jan. – Pelakon Fara Mendoza yang dikecam netizen kerana berpakaian seksi pada sambutan malam tahun baru malam tadi memberitahu dia akan terus menjadi dirinya yang sebenar.

Kata Fara sudah sampai masanya mereka di luar sana tahu yang dia sedikitpun tidak terusik dengan kata-kata kesat yang dilemparkan pengikutnya di laman sosial dan meminta mereka juga berhenti menghakimi dirinya.

“Ini adalah diri saya, memang saya berpakaian seksi tetapi saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Saya terima mereka yang cuba memberi nasihat dengan cara yang betul tetapi yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman saya harap mereka berhenti sahaja.

“Soal pakaian ini antara saya dengan tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, sebentar tadi.

Kata Fara atau nama penuhnya Norfaralinah Md Yunus,27, setakat ini juga dia turut menerima pesanan mesej oleh pengguna laman sosial yang mengecam cara pemakaianya.

“Saya tidak akan memadamkan kata-kata kecaman mereka atau block. Saya biarkan sahaja, jika mereka tidak suka, pilihan di tangan sendiri untuk tidak mengikuti saya.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan berubah kerana mereka,” katanya yang ketika ini masih berada di Langkawi, Kedah.

Sementara itu ditanya mengenai hubungan baiknya dengan Janna Nick yang sedikit renggang kini. Kata Fara dia dan Janna masih berkawan baik dan tidak pernah bergaduh.

“Netizen yang mengatakan kami bergaduh tetapi sebenarnya kami masih baik seperti biasa malah sering bertemu,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Saya hanya duduk tak boleh tidur rasa macam anxiety – Elizad



Pelakon Syurga Yang Kedua, Elizad akui berasa gelisah dan sukar untuk tidur sekiranya tidak membuat rujukan terhadap watak yang diterima untuk sesebuah naskah yang ditawarkan.
 
Menurut Elizad, perkara itu terjadi kerana dia mahu watak yang dibawanya itu berkesan dan dihargai penonton.
 
“Saya memang jenis orang yang boleh duduk berjam-jam dan buat rujukan bila dapat sesuatu naskah.
 
“Kalau tak buat saya akan rasa resah, tidak selesa dan tidak boleh tidur rasa macam gangguan kecemasan (anxiety).
 
“Itu adalah saya, tak boleh nak elak. Jiwa memang pada lakonan sebab itu tidak mahu ambil remeh.
 
“Saya sangat sukakan kerja saya, setiap karakter yang dibawa berlainan dan saya mahu orang hargai lakonan saya,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Selain Elizad, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.
 
Menerusi drama tersebut, Elizad melakonkan watak Sabrina, wanita terpaksa melalui kehidupan poligami apabila suaminya dipaksa berkahwin lain oleh ibu mentuanya atas alasan inginkan waris dalam keluarga.
 
Syurga Yang Kedua disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.
 

Foto: Instagram @elizadsharifuddin / @elizad_team
 
Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

read more

Isu tanah Jalan Semarak Jangan hanya panggil Isa – Anuar



KUALA LUMPUR: Siasatan kes penipuan dalam isu tanah milik Felda di Jalan Semarak perlu diperluaskan kepada pelbagai pihak selain menumpukan hanya bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad semata-mata.

Bekas Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abd Manap berkata, ia termasuk barisan pengarah Felda, eksekutif tertinggi syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd serta pegawai Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

“Polis perlu siasat semua pihak. Bukan hanya Isa tetapi pihak lain yang berkenaan.

“Felda wajib diberikan hak memiliki semula tanah di Jalan Semarak tersebut oleh kerana ada kecuaian melampau dalam isu membabitkan transaksi pemindahan nama tersebut

“Tindakan tegas perlu diambil oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengenal pasti dalang di sebalik pertukaran nama tanah ini,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad

BACA: Isu tanah Jalan Semarak: ‘Ada gerakan mahu menyeleweng Felda’

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas berhubung kes penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tegasnya, pasukan itu sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu tegas Anuar, maruah Felda dan persepsi berkaitan isu itu perlu dipertahan dan diperbetulkan.

“Kita menyokong usaha Transformasi 2.0 Felda termasuk memperkemas urus tadbir dalam pengurusannya,” tegasnya.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebelum ini menyatakan keyakinan Felda dapat memperoleh semula hak milik empat bidang tanahnya di Jalan Semarak menerusi usaha yang telah dilakukan setakat ini termasuk membuat laporan polis serta mendaftarkan kaveat ke atas tanah terbabit.

Jelasnya, Felda tidak bertindak sendirian kerana segala langkah yang diambil dimaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman juga menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan hak tanah Felda di Jalan Semarak.

Katanya, ini bagi memastikan semua yang terbabit dalam kes itu dibawa ke muka pengadilan.



Source link

read more

Hanya kerana tolak lamaran wanita ini dibakar hidup-hidup



SEORANG wanita berusia 24 tahun didakwa disimbah minyak tanah dan dibakar hingga mati selepas menolak lamaran seorang lelaki.

Menurut laporan Mirror.co.uk, wanita berkenaan Sandhya Rani sedang dalam perjalanan pulang dari kerja ketika didatangi oleh seorang lelaki bernama Karthik Vanga, 25 tahun.

Kartik, bekas rakan sekerja Sandhiya yang dikatakan sangat obses kepada mangsa telah mengekorinya menggunakan motosikal.

Mengikut laporan polis, Kartik mendesak mangsa memberitahu mengapa lamarannya ditolak sebelum menyimbah petrol kepada mangsa.

Walaupun mangsa sempat melarikan diri, tetapi menurut saksi kejadian, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mangsa tidak menyedari yang dirinya terkena nyalaan api dari suspek.

Orang ramai yang ada di situ cuba menyelamatkan mangsa, tetapi mangsa mengalami kesan melecur lebih 60 peratus di badannya dan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Ghandi.

Kartik, pernah bekerja di firma yang sama dengan mangsa dua tahun yang lalu tetapi telah dibuang kerja.

Dia didakwa sering mengejar dan mengganggu mangsa selama berbulan-bulan. 

Suspek kini dipercayai berada dalam tahanan.



Source link

read more

Pindah milik tanah Felda Tiada unsur rasuah hanya kelemahan tadbir urus – SPRM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di sini bernilai RM270 juta.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perkara itu lebih menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan tertakluk di bawah siasatan polis.

Menurutnya, pihaknya telah meneliti dokumen dan maklumat tersebut selepas menerima laporan kira-kira empat bulan lalu.

“Tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa tetapi lebih kepada kelemahan tadbir urus. SPRM juga dimaklumkan bahawa kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis. Biar polis jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, tambah Azam pihaknya terbuka sekiranya siasatan polis mendapati wujud elemen jenayah rasuah dan salah guna kuasa berhubung kes tersebut.

BACA: Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit

BACA: ‘Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda’ – Shahrir



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons