Musim `sejuk’ Malaysia berakhir hari ini


Logo-Jabatan-Meteorologi-Malaysia.jpg.transformed_10MO, 15/1/2018, KUALA LUMPUR – Suhu dingin yang melanda negara berakhir hari ini apabila kebanyakan kawasan mencatatkan suhu di antara 30 hingga 32 darjah Celsius, yang dicatatkan jam 1 tengah hari hingga 2 petang tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari, berkata berdasarkan catatan suhu yang direkodkan pada jam 1 hingga 2 petang, suhu rendah yang dialami akan berlalu mulai hari ini.

“Mengikut rekod, suhu di Petaling Jaya adalah 31 darjah Celsius, manakala di Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; Butterworth, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak dicatatkan suhu 30 darjah Celsius. Prai, Pulau Pinang dan Kuala Kangsar Perak masing-masing 32 darjah Celsius dan Sitiawan mencatatkan suhu 31 darjah Celsius.

“Pantai Timur Semenanjung masih mendung dan suhu yang dicatatkan sekitar 25 hingga 26 darjah Celsius yang dicatatkan pada jam 1 hingga 2 petang tadi,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi mengesahkan beberapa kawasan terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah merekodkan paling rendah iaitu 21 darjah Celsius sejak tengah malam Khamis hingga awal pagi, Jumaat lalu.

Cuaca dingin yang melanda negara sejak Jumaat itu adalah disebabkan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku ketika monsun timur laut akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara ini.



Source link

read more

Hari bahagia Yuna makin hampir?


yuna1.jpg.transformedMO, 15/1/2018, KUALA LUMPUR: Netizen mula tertanya-tanya kemungkinan penyanyi mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna bakal disatukan dengan pengarah, Adam Sinclair, tidak lama lagi.

Ia berikutan perkongsian foto sekitar sambutan majlis dikenali sebagai ‘parti bujang’ Yuna bersama beberapa teman rapat dalam akaun Instagram, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel di pinggir ibu kota itu dihiasi indah dengan belon aneka warna manakala tetamu menggayakan pantsuit warna senada iaitu merah jambu.

Menerusi perkongsiannya itu, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 31, melahirkan rasa syukur kerana dapat meraikan acara penuh bermakna itu bersama rakan sebiliknya yang dikenali sejak 13 tahun lalu ketika menuntut di universiti.

Namun, penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Crush, hasil paduan suara bersama penyanyi Usher itu, tidak menyatakan tarikh majlis akad nikah dan resepsi perkahwinannya.

Difahamkan, majlis resepsi akan diadakan di sebuah pusat konvensyen antarabangsa pada 28 Januari depan berkonsepkan Melayu Lama.

BH Online cuba mendapatkan pengesahan berhubung pernikahan Yuna menerusi pengurusnya, Nor Zaina Wardah atau Wawa.

Wawa memberitahu sidang media khas akan diadakan tidak lama lagi.

“Segala maklumat mengenai majlis perkahwinan Yuna akan diumumkan dalam sidang media khas.

“Jemputan media akan menyusul kemudian,” katanya yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Yuna mengikat tali pertunangan dengan Adam yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair, pada 5 Ogos tahun lalu selepas dirisik pada 27 Mac.



Source link

read more

Farid Kamil direman empat hari


13faridff.transformedMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir terhadap pelakon berusia 37 tahun itu, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis kira-kira jam 10 pagi, sebelum diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.35 pagi untuk prosiding reman.

Kira-kira 15 minit kemudian, suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, 27, dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi.

Turut kelihatan berada di kompleks mahkamah, adiknya, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dikatakan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.



Source link

read more

Puteri Charlotte memulakan hari pertama prasekolah



ANAK kedua kepada Duke dan Duchess of Cambridge, Puteri Charlotte, memulakan hari pertama prasekolah.

Laman Instagram Kensington Royal memuat naik dua keping gambar puteri yang berusia dua tahun itu di Istana Kensington sebelum berlepas ke Willcocks Nursery School.

Foto itu diambil ibunya, Catherine (Kate) Middleton.
Netizen memberi pelbagai reaksi termasuk mereka yang mengucapkan tahniah dan ada yang berbincang mengenai rupa Puteri Charlotte yang mempunyai iras moyangnya, Ratu Elizabeth.
Charlotte akan belajar di prasekolah London itu yang mengenakan bayaran sebanyak 3,000 pound Sterling setiap semester.

Abangnya, Putera George pula belajar di Westacre Montessori di Norfolk, semasa Putera William dan Kate tinggal di Anner Hall.

Duchess of Cambridge bakal menimang anak ketiga pada April 2018.



Source link

read more

AirAsia sambut baik kehadiran saya- Neelofa mula tugas di AirAsia hari ini


PENGACARA popular, Neelofa berkongsi pengalaman hari pertamanya memulakan tugas sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia.

Memulakan harinya dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa kumpulan itu di Ibu Pejabat AirAsia, KLIA, Sepang, Neelofa juga sempat beramah mesra dengan ‘keluarga’ baharunya itu.

Ditanya mengenai perasaannya ketika pertama kali melibatkan diri dalam EGM AirAsia, Neelofa berkata ia merupakan pengalaman yang menakjubkan.

“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya yakin, mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang.

“AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat ‘passionate’ dan kreatif!

“Pastinya, pengalaman ini saya akan simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain. Tirai 2018 saya dibuka dengan jayanya,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

BACA: Pelantikan Neelofa atas dasar bakatnya – Tony Fernandes

BACA: Lantikan ini untuk semua wanita di dunia – Neelofa

Sempat membuat sedikit revisi mengenai AirAsia dan dunia penerbangan, beliau ternyata mudah menyesuaian diri dalam persekitaran dan tugas barunya itu.

Neelofa juga kelihatan tenang sepanjang hampir 5 jam mesyuarat dijalankan.

Dalam pada itu Neelofa sempat berkongsi perasaan terujanya di laman sosial Twitter miliknya.

Penglibatan Neelofa dalam kumpulan tersebut selaras dengan pengumuman Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes pada 8 Disember 2017 lalu.

Tony juga menganggap pelantikan Neelofa sebagai salah satu usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenama syarikat tambang murah terbaik dunia itu. 



Source link

read more

Penjawat awam dan pesara kerajaan nikmati bonus hari ini


KUALA LUMPUR – Seramai 1.6 juta kakitangan awam dan 775,000 pesara menerima bonus masing-masing pada hari ini.

“Insya-Allah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari. Moga dapat dimanfaatkan,” kata Perdana Menteri menerusi Twitter beliau.

Pengumuman bayaran khas itu telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2018 bulan Oktober tahun lalu.

Pembayaran itu melibatkan sejumlah RM1,500 kepada semua penjawat awam, yang mana RM1,000 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan baku sebanyak RM500 menjelang Aidilfitri nanti.

Pesara kerajaan pula menikmati bayaran khas RM750 dengan sejumlah RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 pada sambutan Aidilfitri. – theRakyat

 



Source link

read more

Penjawat awam terima durian runtuh hari ini


KUALA LUMPUR: Seramai 1.6 juta penjawat awam menerima bayaran khas berjumlah RM1,000 hari ini dan baki sebanyak RM500 lagi akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter miliknya.

Sebelum ini Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, pembayaran bonus akan dilakukan kerajaan selaras dengan pengumuman Najib dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2018 Oktober lalu memaklumkan bayaran itu akan diberikan sebanyak dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari depan, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Manakala katanya, bagi pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.



Source link

read more

Rasuah : Jurulatih bola sepak direman lima hari – Mahkamah


RASAH 6 Jan. – Seorang jurulatih bola sepak ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengatur satu perlawanan dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) pada November tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Khas Reman, Rahimah Rahim selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim di sini pagi ini. 


Lelaki berusia 40 tahun itu tiba mahkamah pada pukul 10 pagi dan diwakili peguam, Aina Nadirah Mohd. Yusof. 


Lelaki iti ditahan di pejabat SPRM negeri di Seremban selepas hadir memberi keterangan pada pukul 3 petang semalam. 


Akhbar hari ini melaporkan seorang jurulatih pasukan dari Tampin ditahan selepas disyaki memberi wang kepada 18 pemain dan tujuh kakitangan pasukan kendaliannya supaya tewas dalam perlawanan dengan pasukan Kuala Pilah TGI United dalam LBR pada 25 November lalu. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiga pasang kembar seiras curi tumpuan hari pertama sekolah



IPOH: Hari pertama sesi persekolahan terutamanya bagi murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) Silibin di sini menjadi tumpuan apabila tiga pasangan kembar seiras hadir bersama ibu bapa masing-masing hari ini.

Malah, kehadiran keenam-enam mereka yang merupakan antara 93 murid Tahun 1 berdaftar di sekolah tersebut turut menarik perhatian golongan ibu bapa serta warga pendidik yang teruja dengan pendaftaran kembar-kembar berkenaan.

Ketika ditemui Astro AWANI, bapa kepada pasangan Muhammad Syits Daniel dan Muhammad Syits Danish iaitu Shamsuri Saad, 37, menjelaskan, kedua-dua anaknya itu sangat gembira untuk memulakan hari pertama persekolahan apabila sering mencuba pakaian seragam yang dibeli.

Katanya, dia cukup yakin bahawa perasaan untuk melaksanakan persediaaan buat anak kembarnya pasti berbeza dengan ibu bapa lain kerana kali ini, ianya perlu dilaksanakan buat dua murid sekaligus.

Shamsuri juga sempat meluahkan perasaan terhibur dengan gelagat anak kembarnya yang tidak sabar untuk pergi ke sekolah dan berkenalan dengan rakan baru biarpun akan dikelilingi suasana serba baharu.

Tambahnya, dia sedikit risau apabila pasangan tersebut dipisahkan di dalam kelas berlainan kerana kedua-dua anaknya itu tidak pernah berpisah dan sering melakukan aktiviti bersama sebelum ini.

“Untuk persiapan mereka, semua yang dicari kena double, kalau bendanya berbeza, mereka akan protes, memang mereka hendak benda yang semuanya sama.

“Cikgu kata, kita tengok dulu minggu ni macam mana.. kalau si kembar ada masalah, mereka akan disatukan. Kalau tiada masalah, eloklah dipisahkan. Tapi memang berairlah mata mereka tadi sebab dah biasa bersama,” kata Shamsuri.

Bagi N. Sathiyawani, 36, ibu kepada pasangan kembar A. Yasheca dan A. Yashela, dia menjelaskan kedua-dua anaknya begitu teruja untuk memulakan persekolahan sejak dua minggu lalu apabila sering bertanya tarikh mula sekolah.

“Mereka memang bersemangat, dah siapkan beg dan kasut sekolah sejak dua minggu lepas. Mereka bosan di rumah dan hendak cari kawan-kawan baru,” katanya.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Silibin, Badrul Hisham Yusof berkata seramai 90 daripada 93 murid Tahun 1 telah mendaftar dan hadir ke sekolah bagi sesi 2018 yang bermula hari ini.

Katanya juga, ini merupakan kali pertama sekolah itu menerima kemasukan tiga pasangan kembar seiras serentak.

“Untuk pasangan-pasangan kembar, dasar kita adalah untuk memisahkan mereka tetapi kita ada proses transisi selama seminggu. Dalam seminggu ni, kita tengok keberkesanan, jika ia menggangu pembelajaran mereka atau tidak. Jika ya, mereka akan dicantumkan semula,” kata Badrul Hisham.

Dalam pada itu katanya, pihak sekolah pada tahun ini akan memberi tumpuan untuk mengatasi masalah penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira supaya murid Tahun 1 tidak berhadapan masalah apabila memasuki Tahun 2 nanti.



Source link

read more

330 murid di Sarawak tidak merasai hari pertama persekolahan 2018



KUCHING: Keterjuaan 330 murid dari tiga buah sekolah rendah di Sarawak untuk memulakan hari pertama sesi persekolahan hari ini terbantut gara-gara sekolah mereka dinaiki air.

Mereka bukan sahaja tidak dapat bertemu rakan yang hampir dua bulan tidak ditemui tetapi juga tidak merasai majlis suai kenal hari pertama sesi baharu persekolahan tahun ini.

Menurut Jabatan Pendidikan Sarawak tiga sekolah yang ditutup itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambap, di Belaga, SK Beliau Ahad dan SK Rumah Essau di Subis.

Tambah kenyataan itu lagi, seramai 240,676 murid berdaftar di 1,265 buah sekolah rendah di seluruh negeri.

“Daripada jumlah itu, seramai 39,231 murid yang berdaftar untuk kemasukan tahun satu bagi sesi persekolahan selama 214 hari,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, tinjauan krew Astro AWANI di beberapa sekolah di sekitar bandaraya Kuching mendapati sesi persekolahan di hari pertama berjalan lancar.

Tinjauan mendapati pelbagai gelagat dan reaksi murid tahun satu dirakam seperti gelak ketawa, tangisan dan ada yang kelihatan tenang.

Para murid tahun satu akan menjalani dua hingga tiga minggu Program Transasi dan suai kenal bagi merapatkan hubungan pergaulan dalam kalangan rakan sekelas yang baharu.

Walaupun terdapat segelintir yang menangis kerana terasa asing dan takut dengan suasana baharu di sekolah, namun terdapat mereka yang menunjukkan wajah ceria dan bersemangat berkenalan dengan rakan sekelas.

Bagi Aleesya Dania Rendi, murid tahun satu SK St Mary Kuching berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan baharu.

“Saya gembira hari ini kerana ramai murid tahun satu di sini dan saya turun ke sekolah tidak menangis”, katanya di sini.

Manakala bagi Kamariah Hulia, murid Tahun Satu di sekolah sama berkata dirinya sangat gembira dan ditemani cikgunya ke dalam bilik darjah.

“Sebab ada banyak kawan dan saya dibawa masuk ke dalam bilik darjah oleh cikgu. Ibu saya hantar saya ke sekolah dan diberi sarapan terlebih dahulu”, katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons