2 MP PAS BUAT SAM KETOT KEMALUAN!!! ~ SEMUT HITAM


Sedar atau tidak, tapi itu hakikatnya. Dua orang Ahli Parlimen PAS yang tidak mengundi semalam membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu hanya ibarat sampah tanpa sokongan mereka.

Dek kerana kesipuan dimalukan oleh dua orang Ahli Parlimen PAS itu membuatkan puak Pakatan Haprak tu tak habis – habis meroyan tak tentu arah dan membuat dakwaan terhadap mereka.

Antara lain, ada yang mendakwa kononnya dua orang Ahli Parlimen dari ‘parti suci’ itu telah mengkhinati amanah yang diberikan oleh rakyat dikawasan mereka dengan bertindak sedemikian.

Dan katanya, pemimpin yang paling kecewa sekali ialah Si Sam Ketot tu kerana dia telah hilang kemaluan secara terbuka oleh dua orang Ahli Parlimen PAS itu secara terang – terangan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin Pakatan Haprak tu semalam, Si Sam Ketot tu didakwa telah bertemu dengan Ahli Parlimen PAS untuk menolak Bajet 2018.

Adalah dilaporkan bahawa pertemuan tersebut diadakan bagi mendapatkan jaminan mereka mengundi bersama anggota Parlimen Pakatan Haprak tu untuk menolak bajet tersebut.

“Anggota Parlimen Bukit Katil (PKR) sebenarnya yang paling kecewa semalam. Beliau beritahu kami (AMANAH) yang beliau telah berjumpa MP parti suci (PAS) sebelum undi dan dapatkan jaminan mereka untuk mengundi bersama HARAPAN.

“Tiba-tiba undi MP ‘parti suci’ tak solid (kukuh). Masih ada dua MP yang berkecuali,” kongsi Hanipa di Facebooknya hari ini.

Secara tidak lansung, tindakan dua Ahli Parlimen PAS yang berkecuali sewaktu undian itu dibuat membuktikan bahawa mereka tidak ‘dibeli’ oleh puak yang hanya mementingkan diri sendiri. Bila susah, pandai pulak diorang pujuk. Bila senang, habis semua disepak terajang!!!




Source link

read more

PPBM BERTANDING KERUSI PARLIMEN KUANTAN??? ~ SEMUT HITAM


Peluang untuk menghadiri sidang DUN kali ini, dapat juga dengar khabar angin dan desas desus terbaru mengenai Politik di Negeri Pahang dari beberapa pihak yang boleh dipercayai sumbernya.


Ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Si Azmin Ali tu baru – baru ini, dengar katanya akan ada rombakan besar dikalangan puak Pakatan Haprak tu menjelang PRU yang akan datang.

Biarpun sebelum ini, ramai yang menganggap pengumuman Si Azmin Ali itu hanya sekadar syok sendiri dan tidak mengikut konsensus Pakatan, tapi khabar angin mengatakan bahawa ianya akan berlaku.

Dengar katanya, gerakan untuk mengambil alih kerusi Parlimen Kuantan daripada PKR kini sedang giat dijalankan dan PPBM semakin rancak menambah jumlah keahlian mereka di Kuantan.

Dari apa yang disampaikan, kebarangkalian pertukaran itu akan berlaku disebabkan faktor kesihatan Ahli Parlimen Kuantan pada ketika ini sering menjadi persoalan dikalangan rakyat.

Katanya, Ahli Parlimen Kuantan tu sekarang ni tak berapa sihat dan sedang mengalami penyakit yang agak kronik. Keadaan itu kata mereka memungkin pertukaran yang menjadi sebutan.

Antara lain, kerusi yang sedang diintai oleh PPBM adalah kerusi Parlimen Kuantan, Paya Besar, Bera, Maran dan Jerantut dengan alasan kononnya wujud kepincangan dikalangan ahli UMNO.

Manakala di Selangor pula, desas desus mengatakan bahawa Si Azmin Ali tu mahu calon PPBM bertanding di kerusi Parlimen Pandan bagi menggantikan Rafizi yang bakal berhijrah ke penjara.

Begitu juga dengan kerusi bagi Parlimen Ampang yang dikatakan bakal dikosongkan oleh Si Mak Lampir Zuraidah tu kerana dia kini sudah tidak lagi disenangi oleh ahli – ahli PKR sendiri.

Bagi sesetengah pihak, pertukaran kerusi ini seolah – olah menunjukkan bahawa PKR sedang sibuk ‘Berjual Beli’ dengan PPBM. Macam kerusi Parlimen tu milik Mak Bapak diorang pulak.

Pokok pangkalnya, siapa pun yang akan bertanding bagi pihak puak Pakatan Haprak tu nanti, tak kira la PPBM ke, PKR ke, PAN ke, waima PAS sekali pun, belum tentu diorang boleh menang. Sedangkan nak selesaikan kemelut kepimpinan parti pun tak mampu, inikan pulak diorang nak menjadi wakil rakyat!!!




Source link

read more

ADUN DAPigs DAKWA ORANG SALAH TAK PERLU DIHUKUM!!! ~ SEMUT HITAM


Ini yang didakwa oleh ADUN DAPigs Tanah Rata. Katanya, mengikut amalan Taoism, orang yang buat baik akan terus masuk ke syurga dan orang yang buat jahat akan masuk ke neraka.

Jelasnya, dalam amalan Taoism, tiada sebarang istilah hukuman ketika seseorang itu masih hidup. Mereka tidak mempercayai kewujudan hukum karma atau pun dalam Islam, Khifarah.

Atas dasar itu, ADUN DAPigs Tanah Rata itu menolak sebarang dakwaan kononnya banjir yang melanda Pulau Pinang sebelum ini merupakan hukuman dari tuhan terhadap Rejim DAPigs.

Itu pandangan dia sebagai seorang yang menganuti amalan Taoism. Kenyataan itu dibuat bagi membidas penjelasan YAB Menteri Besar Pahang yang menerangkan mengenai hukum Khifarah.

Kata MB Pahang, menurut pandangan Islam, setiap perbuatan manusia itu pasti akan mendapat balasan dan tidak semestinya balasan itu diterima hanya selepas seseorang itu meninggal dunia.

Namun jika difikirkan dari sudut logik, kenyataan Si ADUN DAPigs Tanah Rata itu memang tak masuk akal. Adakah dia cuba nak mendakwa bahawa orang yang buat salah tu tak perlu dihukum?

Kalau ikut pandangan yang diberikan, orang yang buat jenayah seperti mencuri, merogol, membunuh, waima meliwat sekali pun tak perlu menerima sebarang hukuman sewakti dia masih hidup.

Sebaliknya, dari penjelasan yang cuba diberikan, Si ADUN DAPigs itu mendakwa mereka yang melakukan dosa itu hanya akan menerima hukuman selepas dia mati dan bukan diatas muka bumi ini.

Maka, jika itu pandangan yang diberikan, tak hairan la kenapa puak DAPigs tu sibuk nak mendesak Kerajaan agar membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara. Tapi yang herannya, sebelum ini, diorang jugak yang sibuk mendakwa Si Ketua Penipu tu seorang Peliwat!!!




Source link

read more

MB PAHANG BENTANG BAJET SURPLUS KALI KE 15!!! ~ SEMUT HITAM


Mengurus Negeri Mengikut Kemampuan Tanpa Mengabaikan Kepentingan dan Kebajikan Rakyat”. Demikian tema bagi pembentangan Bajet Negeri Pahang 2018 kali ini.

Pembentangan bajet itu dibuat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Yaakob sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

YAB Menteri Besar Pahang memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri menganggarkan Kutipan Hasil berjumlah RM 700.64 juta manakala Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM 700.04 juta.

Malah MB Pahang juga turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri masih lagi merupakan diantara penyumbangan terbesar kepada Kadar Dalam Negara Kasar iaitu sebanyak 4.4 peratus.

Tegas beliau, Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya akan tetap meneruskan program mensejahterakan rakyat disamping mengambil berat terhadap keperluan golongan yang memerlukan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga tetap akan meneruskan projek perumahan mampu milik (PR1MA Pahang) disamping memberikan subsidi bekalan air seperti mana yang sedia ada pada ketika ini.

Sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan turut mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana telah berjaya membentangkan Bajet Negara 2018 yang dianggap terbaik setakat ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kelulusan pembinaan wad Wanita dan Kanak – Kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan serta peruntukan sebanyak RM 230 juta bagi meneruskan projek Central Spine Road bagi jajaran Raub ke Bentong.

Dalam masa yang sama, YAB Menteri Besar Pahang juga turut mengumumkan Pemberian Bantuan Khas sebanyak RM 1,500 seorang kepada 8,000 orang penjawat awam diseluruh negeri.

Secara kesimpulannya, Negeri Pahang yang mengalami pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2 peratus sebelum ini membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa mengamalkan perbelanjaan pengurusan berhemah dan tidak seperti mana yang didakwa oleh pihak pembangkang!!!




Source link

read more

TAK PUAS BEREBUT KUASA, PAN KINI BEREBUT HARTA!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Gila Kuasa, Gila Harta. Semuanya ada dalam parti Ternakan DAPigs ni. Nampak gayanya, mereka lebih mendahagakan ghanimah dari nak memperjuangkan kebajikan rakyat.

Jika sebelum ini, isu mengenai Wisma Tok Guru menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat yang menyaksikan perebutan sengit diantara puak PAN dan PAS ke atas hartanah tersebut.

Tapi rupanya, ada lagi harta pusaka PAS yang menjadi bahan rebutan yang didambakan oleh puak PAN ni. Cuma kali ini, perebutan harta peninggalan itu berlaku di Kuala Lumpur.

Bangunan yang dipersoalkan itu pernah digunakan oleh PAS Kawasan Batu, tetapi tindakan itu kini dipersoalkan selepas beberapa pemimpinnya bertindak keluar parti dan menyertai PAN.

Empat orang anggota PAN dikatakan telah berjaya menolak permohonan yang dibuat oleh PAS dan Yang DiPertua Kawasan, Azhar Yahya, sebagai plaintif dalam pertikaian undang-undang.

Menurut keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah memutuskan bahawa Md Mansor Ali, sebagai plaintif, adalah pemegang amanah dan pemilik kepada harta tersebut.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan bahawa Azhar dan PAS tidak mempunyai lokus standi dalam saman itu dan diperintahkan membayar kos RM3,000 kepada keempat – empat defendan.

Dari satu sudut, jelas dapat dilihat bahawa kini perebutan harta diantara PAS dan PAN itu sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan. Mungkin lepas ini, banyak lagi isu yang sama bakal timbul.

Namun apa yang pasti, PAN yang selama hari ini berbangga dengan penubuhan partinya seolah – olah dilihat tidak bermaruah apabila sanggup merampas harta yang sebelum ini milik PAS.

IRONIKnya, diatas pentas ceramah Politik, bukan main lagi sibuk puak PAN ni mendabik dada mendakwa bahawa mereka mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri walaupun sudah meninggalkan PAS. Tapi tiba bab harta, sibuk pulak diorang nak berebut dengan PAS!!!




Source link

read more

BAJET HAMPIR GAGAL, MP PERLU BERTANGGUNGJAWAB!!! ~ SEMUT HITAM


Dewan Rakyat semalam meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.

Bajet yang dibentangkan diperingkat jawatankuasa semalam hanya diluluskan dengan 52 Ahli Parlimen (MP) mengundi untuk menyokong manakala 51 MP dari pembangkang membantah.

Mujur ada 2 orang Ahli Parlimen yang bertindak berkecuali daripada mengundi. Mereka adalah Idris Ahmad (PAS -Bukit Gantang) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS – Rantau Panjang).

Sekali lagi Pakatan Haprak tu bising bila kalah tipis dalam undi di Parlimen. Yang dipersalahkan adalah 2 MP PAS yang berkecuali  sedangkan 6 MP PAS yang lain sudah bersama mereka.

IRONIKnya, yang sepatutnya yang mereka marah dan dipersalahkan adalah 26 orang Ahli Parlimen Pakatan Haprak yang tidak datang tu semalam. Mana perginya 26 orang tu? Makan gaji buta ke?

Walau bagaimanapun, tindakan disiplin yang sama perlu dikenakan ke atas Ahli Parlimen Kerajaan yang ponteng. Setidak – tidaknya, mereka perlu dipertimbangkan agar tidak dicalonkan semula.

Biar tindakan itu menjadi peringatan kepada mereka dimasa akan datang kerana tindakan mereka itu hampir membuatkan Kerajaan Barisan Nasional tergugat dan gagal menjalankan tanggungjawab asas iaitu hadir ketika sesi persidangan Parlimen dijalankan!!!




Source link

read more

AHLI PARLIMEN BANTU RAKYAT, ADUN DAPigs BUAT APA??? ~ SEMUT HITAM


Mak ai!!! Sampai tahap itu kerja puak – puak DAPigs ni rupanya ya. Kalau nak dikirakan, mudah sangat la kerja diorang. Setakat menghasut rakyat je la kerjanya. Takde la kerja lain yang dibuat.

Tapi IRONIKnya, bila diatas pentas ceramah, bukan main hebat la puak DAPigs ni menjaja cerita sambil mendakwa kononnya diorang berjuang untuk membantu menjaga kebajikan rakyat.

Sedangkan apa yang diorang buat selama ini hanya sekadar bercakap dan mempersoalkan mengenai bantuan yang diberikan walaupun mereka merupakan wakil rakyat dikawasan tersebut.

Kisahnya, didalam sidang DUN Pahang hari ini, ADUN DAPigs Bilut mengajukan soalan lisan mengenai jumlah peruntukan pembangunan yang telah diberikan kepada Felda Lurah Bilut.

Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Abu Bakar Harun, memaklumkan bahawa sebanyak RM 400 ribu peruntukan untuk membaiki infrasturuktur di Felda Lurah Bilut kebanyakkannya ditanggung oleh Ahli Parlimen Bentong.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Felda Negeri Pahang itu juga turut memaklumkan mengenai program pembangunan Lembah Digital Lurah Bilut 2.0 yang dilancarkan baru – baru ini menggunakan peruntukan Felda.

Bayangkan! Kebanyakkan peruntukan itu ditanggung oleh Ahli Parlimen Bentong. Itu membuktikan wakil rakyat dari Barisan Nasional ni semuanya bertanggungjawab menjaga kawasan masing – masing.

Tidak seperti wakil rakyat DAPigs yang hanya tahu mempersoalkan semua peruntukan dan tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional serta membuat dakwaan yang bukan – bukan.

Soalnya, apa yang Si ADUN DAPigs Bilut tu dah berikan untuk rakyat didalam kawasan DUN dia sendiri? Berapa banyak pulak jumlah bantuan yang telah diberikan sehingga ke hari ini?

Apa yang jelas, sewaktu ditanya sama ada Si ADUN DAPigs tu ada turun ke kawasan Felda Lurah Bilut baru – baru ini atau pun tidak, dia hanya tergamam untuk menjawab soalan tersebut.

Kerana apa yang dimaklumkan oleh penduduk dikawasan felda tersebut, mereka sendiri pun dah lama tak nampak batang hidung Si ADUN DAPigs tu sejak dia terpilih menjadi wakil rakyat selama hari ini!!! Pun dia ada hati nak persoalkan mengenai sumbangan orang lain ke!!!




Source link

read more

TUN M AKUI, DAPigs DAN PPBM BEBAN BUAT PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Ini yang orang kata, “Tiada Beban, Batu Di Galas”. Apa yang jelas, puak Pakatan Haprak tu kini diakui sedang memikul “Biawak Hidup” dalam bentuk DAPigs dan PPBM yang jelas memberi beban kepada mereka.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Haprak tu dalam satu kenyataan yang dibuat selepas bertemu RoS hari ini.

Antara lain, Tun Mahathir menjelaskan bahawa RoSbelum meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan sebagai sebuah gabungan parti politik disebabkan masalah dalaman DAP dan PPBM.

Tun Mahathir berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dalam pertemuan yang berlangsung dengan pemimpin utama gabungan Pakatan Haprak tu.

DAPigs sebelum ini dibelit masalah pemilihan semula Jawatankuasa CEC sementara PPBM berdepan risiko dibubarkan berikutan gagal mengadakan AGM walaupun selepas setahun ditubuhkan.

“Mereka dengar rintihan kami. Kami mahu supaya parti campuran ini didaftar secepat mungkin kerana kita memerlukan masa untuk buat persediaan untuk pilihan raya umum (PRU).

“Kalau diberi keputusan seminggu sebelum atau dua minggu sebelum, tidak mencukupi.

“Jadi nampak pegawai faham dan mereka menyatakan bahawa sebab yang mereka lambat beritahu kami ialah kerana ada masalah dengan PPBM dan DAP,” katanya kepada pemberita di perkarangan kompleks KDN sebentar tadi.

Terdahulu bekas Perdana Menteri itu mengetuai rombongan pemimpin Pakatan dengan KDN untuk mengetahui status pendaftaran gabungan itu yang masih belum diluluskan oleh pihak RoS.

Pokok pangkalnya, kelewatan pendaftaran gabungan Pakatan Haprak tu bukan disebabkan kerana RoS cuba menjadikannya sebagai bahan Politik atau mengikut telunjuk mana – mana pihak.

Tapi sebaliknya, ia berpunca dari kelemahan dan kegagalan DAPigs serta PPBM untuk menyelesaikan konflik dalaman parti mereka masing – masing. Bayangkan! Sedangkan nak selesaikan isu dalaman parti pun diorang tak mampu, inikan pulak diorang nak mentadbir Negara kelak!!!




Source link

read more

ADUN DAPigs MEROYAN, TOLAK PANDANGAN ISLAM!!! ~ SEMUT HITAM


Kalau selama hari ini kita kata yang puak DAPigs ni menolak hukum Islam, ramai yang mendakwa itu hanya sekadar propaganda Politik semata – mata sedangkan itulah hakikatnya.

Jika menurut pandangan Islam, sesuatu bencana yang menimpa sesebuah kaum akan dianggap sebagai Khifarah atau balasan Tuhan diatas keengkaran yang mereka dilakukan secara nyata.

Dalam khifarah itu ada pengajaran yang perlu dijadikan panduan kepada manusia dan bukan hanya sekadar hukuman dari tuhan semata – mata. Pandangan itu bukan sahaja menurut agama Islam.

Sebaliknya, dalam mana – mana agama sekali pun benda yang sama juga turut ditekankan. Kalau kita buat benda baik, pasti kelak akan dibalas baik juga, dan yang buruk akan dibalas buruk.

Makanya apabila bencana banjir berlaku di Pulau Pinang dikaitkan dengan kesombongan dan keengganan pemimpin Rejim DAPigs dianggap sebagai satu khifarah, kenapa ada yang meroyan?

Malah sampai tahap apabila perkara itu dibangkitkan, ada pula dikalangan puak DAPigs ini yang cuba menafikannya dengan mendakwa kononnya bencana banjir itu tidak ada kaitan dengan khifarah tuhan.

Perkara itulah yang cuba diketengahkan oleh seorang ADUN DAPigs yang enggan menerima hakikat bahawa bencana banjir yang menimpa Pulau Pinang baru – baru ini ada kaitan dengan pesta arak.

Dari satu sudut, tindakan ADUN DAPigs itu memperlihatkan bahawa pemimpin parti itu menolak pandangan Islam secara terang – terangan sehingga sanggup membuat penafian terbuka.

Pokok pangkalnya, memang tak salah jika puak DAPigs ini mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain. Mungkin bagi mereka, menganjurkan pesta arak itu baik untuk mereka.

Tapi soalnya, kenapa puak DAPigs ni tidak boleh terima pandangan Islam bahawa penganjuran pesta seperti itu lebih banyak memberi keburukkan dan mengundang kemurkaan dari tuhan? Kan nampak sangat yang diorang tak menghormati pandangan Islam secara terbuka!!!




Source link

read more

BARU SEKARANG JAWI NAK SIASAT SITI KASSIM??? ~ SEMUT HITAM


Selepas sekian lama orang sibuk memperkatakan mengenai ajaran yang dibawa oleh Mak Lampir Liberal ni, baru sekarang Jabatan Agama Islam Wilayah nak ambik tindakan terhadapnya?

Soalnya kenapa selama hari ini Si Mak Lampir Liberal itu boleh dibiarkan begitu sahaja mengajar dakyah songsang dia mengenai hal agama sesuka hati tanpa sebarang tindakan diambil?

Sebagai rekod, Si Mak Lampir Liberal kesayangan DAPigs itu sebelum ini banyak kali tampil memperlekehkan Islam termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk semua agama.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa tindakan terhadap individu seperti Si Mak Lampir Liberal itu tidak terhad kepada perundangan sahaja.

Sebaliknya, ada tindakan lain diambil institusi agama Islam seperti mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas “Raja Bomoh” Ibrahim Mat Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Dalam konteks Siti Kasim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telahpun ambil tindakan. Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya sewaktu menjadi ahli panel bagi kluster agama di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 hari ini.

Kenyataan itu dibuat menjawab soalan peserta berhubung tindakan diambil kerajaan terhadap Si Mak Lampirt Liberal itu yang dilaporkan sering mengeluarkan kenyataan menghina Islam.

Namun jika difikir dari sudut logiknya, adakah orang seperti Si Mak Lampir Liberal itu mudah untuk diperbetulkan akidahnya dengan hanya mengikuti kelas agama semata – mata?

Adakah tindakan itu dapat mengubah pendiriannya terhadap Islam dan membuatkan dia tidak lagi menganuti ajaran songsang Islam Liberal seperti mana yang dianutinya pada ketika ini?

Pokok pangkal persoalannya ialah, dari mana orang seperti Si Mak Lampir Liberal itu dapat kekuatan untuk memperlekehkan Islam secara terbuka? Takkan mungkin dia berani melakukannya secara bersendirian jika tidak disokong oleh puak – puak yang nak menjahanamkan Islam!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons