Babi hutan gergasi berkeliaran di Hong Kong



SATU video tular di laman sosial merakamkan kawanan babi hutan gergasi sedang mencari makanan di tong sampah yang diletakkan di tepi jalan.

Cukup menakutkan apabila rakaman video itu memaparkan bagaimana babi hutan dewasa itu berdiri mencapai tong sampah mencari makanan.

Video ini dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook Tu Dong yang sempat merakamkan kejadian tersebut sewaktu dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah di Hong Kong.

Lebih menakutkan jika kita terserempak dengan kawanan tersebut di mana tiga ekor daripada babi hutan itu sebesar anjing dewasa dan seekor daripadanya dapat diibaratkan sebesar seekor anak kuda.

Video tersebut telah dikongsi sebanyak 7,000 kali dan ditonton lebih 600,000 ribu pengguna media sosial.

Netizen juga turut memberi reaksi terkejut dengan saiz babi hutan yang boleh mencapai saiz sebegitu besar dan menakutkan jika bertembung.



Source link

read more

Pelancong Britain sesat dalam Hutan Teluk Nipah


pangko121.transformedMO, 12/2/2018, PANGKOR: Seorang pelancong Britain diselamatkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor selepas sesat ketika mendaki bukit di Hutan Teluk Nipah, malam tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 35 itu sudah tiga hari melancong di pulau peranginan berkenaan dan masuk ke dalam hutan seorang diri pada jam 10 pagi semalam.

Selepas beriadah lelaki itu dikatakan mahu turun tujuh jam kemudian, namun gagal menemui jalan keluar.

Pelancong itu kemudian menghubungi pemilik sebuah chalet yang dicari di internet untuk memaklumkan kejadian itu selepas hari semakin gelap bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi BBP Pulau Pangkor, Mohd Rosdi Che Dan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.22 malam sebelum sepasukan anggota ke lokasi berkenaan.

Katanya, berdasarkan maklumat, mangsa mendakwa keliru ketika mahu mencari jalan keluar dan selepas gagal menemui jalan pelancong terbabit mengambil keputusan menunggu di situ sementara bantuan tiba.

“Bertindak dari itu bomba memulakan pendakian pada jam 8 malam dan kira-kira dua jam selepas itu berjaya menemui mangsa di puncak bukit.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan, namun agak letih,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, bomba kemudian memberikan lelaki itu air dan roti sebelum membawanya turun ke bawah dan operasi tamat pada 11.05 malam.



Source link

read more

MIC perlu rampas semula DUN Hutan Melintang


HUTAN MELINTANG – MIC perlu bekerja keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kemenangan BN di DUN Hutan Melintang dan DUN Rungkup amat penting bagi memastikan Parlimen Bagan Datuk menang dengan lebih majoriti pada PRU14.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata pada PRU13 Datuk Shahrul Zaman Yahya memenangi DUN Rungkup dengan majoriti 613 undi manakala dirinya menang dengan majoriti 2,108 undi.

“Kalau dulu (PRU13) di Hutan Melintang kita (BN) kalah, kalau dulu di Parlimen Bagan Datuk saya menang tapi cuma majoriti 2,108 undi sahaja, tak mengapa itu cerita lama.”

“Kali ini kita rampas semula Hutan Melintang dan DUN Rungkup, kita kena tingkatkan majoriti kepada 6,000 undi supaya BN menang dan dapat perkuatkan (pentadbiran BN di) negeri Perak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Ponggal 2018 di Dewan Sanmarka di sini, hari ini.

Pada PRU13, calon BN di DUN Hutan Melintang diwakili R. Subramaniam daripada MIC.- BERNAMA



Source link

read more

Zirafah hutan okapi dapat penghormatan dinamakan Meghan


LONDON: Tunang kepada Putera Harry, Meghan Markle telah memberi inspirasi kepada Zoo London dalam memberi nama kepada penghuni terbaharunya dan juga bagi meraikan perkahwinan pasangan diraja itu pada 17 Mei nanti.

“Kelahiran merupakan sesuatu yang harus diraikan dan ketibaan Meghan memberi peluang terbaik bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang spesis okapi ini yang hampir pupus,” kata pihak zoo tersebut dalam satu kenyataan.

Haiwan berbelang ini dilahirkan pada 9 Disember dan sejak itu ia sangat popular dikalangan pengunjung.

 

Ibunya Oni jarang meninggalkan sisi

Ibunya Oni jarang meninggalkan sisinya. – Foto Zoological Society of London via AP

“Meghan masih terlalu kecil dan sentiasa dikepit oleh ibunya Oni,” kata jurucakap zoo Tina Campanella kepada Daily News.

“Kami sangat teruja dengan kehadirannya. Ibu dan anak juga berada dalam keadaan sihat,” tambahnya.

Haiwan okapi ini berasal dari Democratic Republic of Congo dan ia juga dikenali sebagai zirafah hutan.

Ia pertama kali diperkenalkan kepada dunia oleh Sir Harry Johnstone pada 1901.

“Tidak banyak diketahui tentang spesis haiwan ini namun seperti zirafah, ia banyak menghabiskan masa dengan memakan daun dan menjelajahi persekitarannya.

BACA: Putera Harry, Meghan Markle bakal langsungkan perkahwinan pada 2018

BACA: Istana Kensington siar gambar rasmi pertunangan Putera Harry, Meghan Markle



Source link

read more

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Bukit Wang mangsa vandalisme


JITRA: Sejak terputus bekalan air beberapa bulan lalu, tandas di sebuah pusat rekreasi di sini berbau busuk dengan najis yang ditinggalkan merata-rata.

Yang menjadi mangsa adalah pengunjung.

Tinjauan mendapati, Pusat Rekreasi Hutan Lipur Bukit Wang di sini, bukan sahaja rosak akibat vandalisme,  tetapi tandasnya juga menjijikkan dan tiada bekalan elektrik.

Kebanyakan pengunjung beranggapan ada pihak yang ‘lepas tangan’.

Salah seorang pengunjung, Shazwin Haizi Abdullah, berkata sepanjang pemerhatiannya selepas beberapa kali datang ke pusat rekreasi itu, tidak banyak perubahan yang berlaku.

“Ini satu masalah. Tadi saya ke bilik air untuk menyalin pakaian. Saya dapati, tempatnya sangat teruk. Tak tahu di mana hendak menyalin baju,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nor Atikah Hasrin, menyuarakan pandangan sama.

“Bagi lelaki, tiada masalah, mereka boleh tukar pakaian di luar. Orang perempuan nak tukar di mana?

“Sudahlah bilik air tiada bekalan air, keadaannya menyeramkan pula,” katanya.

Astro AWANI membawa aduan pengunjung kepada penjaga hutan lipur itu, Mohd Tarmizi Keria.

Dia mendakwa, masalah ketiadaan air di tandas awam pusat rekreasi itu, yang dialami sejak beberapa bulan lalu, adalah diakibatkan saluran paip utama yang pecah.

Kerosakan dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri besi tembaga penyambung paip berkenaan.

Bukan itu sahaja, stor yang menempatkan pelbagai peralatan turut hilang.

“Kecurian berlaku di waktu malam. Siang hari ia tidak berlaku kerana orang ramai. Kami pun berjaga di sini dari pagi sampai petang. Pukul 5 atau 6, kami balik. Mungkin ketika itu mereka datang,” katanya.

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Bukit Wang beroperasi semula sejak awal tahun lalu selepas diarahkan tutup oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim susulan kejadian kepala air.



Source link

read more

Selebriti kecam HM gara-gara iklan monyet paling cool dalam hutan



KUMPULAN selebriti terkenal mengutuk keras kempen iklan terbaharu rumah fesyen H&M UK yang disifatkan berunsur perkauman dan tidak sensitif meskipun syarikat peruncitan fesyen itu telah memohon maaf.

Antara yang lantang mengkritik iklan “Coolest monkey in the jungle’’ atau “Monyet paling ‘cool’ dalam hutan”, penyerang Manchester United Romelu Lukaku yang memuat naik pos yang unik di laman instagramnya.

Lukaku memuat naik gambar iklan yang diedit dengan perkataan ‘Black is Beautiful’ (Hitam adalah Cantik) yang segera mendapat pujian daripada pengikutnya.

Bersama gambar itu, kapsyen Lukaku turut menarik perhatian netizen: “Kamu adalah putera yang bakal menjadi Raja. Jangan beri peluang kepada orang lain untuk memberitahu kamu sebaliknya dengan hashtag #blackexcellence.
Seorang lagi selebriti sukan yang tidak berpuas hati dengan iklan tersebut  adalah bintang bola keranjang, LeBron James.

LeBron memuat naik gambar iklan tersebut yang diedit dengan kapsyen “@hm anda salah tanggapan terhadap kami.”

Tambahnya, “apa yang saya lihat ialah seorang raja yang muda!! Pemimpin negara, kuasa yang tidak boleh disentuh yang tidak boleh dinafikan.

“Kami keturunan Afrika Amerika akan sentiasa memecahkan halangan, membuktikan mereka salah dan bekerja keras untuk membuktikan kami tergolong tetapi itulah yang kami sukakan kerana penyudahnya sangat indah!!”

Baju panas tersebut dikatakan masih dijual bagi kanak-kanak lelaki berusia 1 hingga 10 tahun pada harga 7.99 pound, namun iklan telah digantikan dengan kanak-kanak berkulit putih.



Source link

read more

Kebakaran hutan di Melbourne penduduk mula pindah


CORRUM DOWNS: Penduduk Carrum Downs di pinggir selatan Melbourne telah dipindahkan pada Sabtu apabila kebakaran hutan di kawasan berkenaan mula memasuki kawasan kediaman mereka.

Pihak bomba negara itu terpaksa melakukan kerja-kerja pemadaman dalam keadaan cuaca panas yang melampau berserta angin kencang.

Setakat ini beberapa bangunan dan kediaman penduduk musnah akibat kejadian itu.

Dua helikopter turut digunakan untuk melakukan kerja-kerja pemadaman.

Penduduk yang dipindahkan kini terpaksa menjadikan pasar raya berhampiran sebagai tempat berkumpul.

Kira-kira 50 kebakaran dilaporkan setakat ini.



Source link

read more

Lesen terokai hutan simpan dibuat menteri besar terdahulu – Ahmad Bashah – Jenayah


ALOR SETAR 13 Dis. – Kerajaan negeri menafikan Perbadanan Menteri Besar (MBI) melanggar syarat perlesenan yang digariskan Jabatan Perhutanan negeri terhadap kerja-kerja pembangunan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya tidak harus dipersalahkan atas kelalaian melakukan kerja-kerja pembangunan di kawasan hutan tersebut yang dilakukan pengusaha ladang yang mendapat kebenaran daripada MBI.

“Bukan MBI yang langgar syarat (Jabatan Perhutanan) sebaliknya kontraktor atau pengusaha yang membuka ladang tersebut. Memang MBI yang mendapat kelulusan tetapi diberikan kepada pengusaha untuk melakukannya.

“Keputusan ini dibuat oleh Menteri Besar terdahulu iaitu Ustaz Azizan (Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) dan Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir).

“Saya sudah bagi tahu dalam dewan (sidang Dewan Undang Negeri) bahawa saya belum pernah beri kelulusan (meneroka hutan simpan) satu ekar pun untuk membuat ladang,” katanya selepas program Kembali Ke Sekolah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu banjir lumpur di Kampung Balong Ayam, Kampung Chong dan Kampung Durian Burung yang didakwa berpunca daripada kerja-kerja pembalakan Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.

Kira-kira 100 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di daerah ini menerima beg sekolah serta baucer bernilai RM100 daripada Rangkaian Hotel Seri Malaysia bagi membuat persiapan kembali ke sekolah pada 1 Januari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

46 kuda lumba terkorban dalam tragedi kebakaran hutan California



CALIFORNIA: Sekurang-kurangnya 46 ekor kuda lumba di sebuah pusat latihan di Kaunti San Diego menjadi mangsa korban kebakaran hutan di California.

Kebakaran turut mencederakan seorang jurulatih yang parah ketika cuba menyelamatkan enam daripada kuda tersebut, lapor HuffPost.

Ketika kejadian, hampir 500 ekor kuda ditempatkan di dalam kandang di Pusat Latihan San Luis Rey Downs di Bonsall.

Api yang tiba-tiba marak menyebabkan suasana kelam kabut apabila kebanyakan kuda yang panik sama ada berpatah balik atau enggan meninggalkan kandang.

Sementara itu, jurulatih kuda Martine Bellocq yang cuba menyelamatkan enam ekor kuda pula mengalami lecur teruk pada badannya. Dia diterbangkan ke Pusat Perubatan UC-San Diego untuk rawatan.

Seorang saksi Kim Marrs berkata api merebak terlalu pantas, dan mereka terpaksa melepaskan kuda apabila tidak lagi mampu memadamkan api yang marak.

Dipercayai beberapa ekor kuda lain berjaya menyelamatkan diri ke kawasan bukit berdekatan, namun nasib kuda-kuda terbabit tidak diketahui.



Source link

read more

Kebakaran hutan California jejas muzium kilang wain lebuh raya



LOS ANGELES: Kebakaran hutan yang besar berlaku di Los Angeles pada awal pagi Rabu waktu tempatan, tidak jauh dari muzium The Getty Centre yang menempatkan koleksi karya seni kelas dunia.

Ia merebak hingga ke lereng Gunung Santa Monica dan turut menjejaskan kawasan kejiranan Bel Air yang mewah, memusnahkan beberapa buah rumah, kilang wain serta penempatan haiwan liar.

Lebih memburukkan, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan angin bertiup kencang pada 22 dan 33 batu sejam.

Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti berata, sekurang-kurangnya enam buah rumah telah musnah akibat kebakaran di Bel Air.

Api meletus awal pagi Rabu bermula di Sepulveda Pass, laluan komuter utama di antara bahagian barat Los Angeles dan lembah San Fernando di utara.

Kebakaran merebak di lereng bukit di sebelah timur sehingga ke kawasan kejiranan mewah menyebabkan lebih 1,000 orang diarahkan berpindah.

Kebakaran dilaporkan seluas 150 ekar dengan pembendungan sifar.

Ketika ini, kira-kira 500 anggota bomba dikerah bersama helikopter membawa air dan kapal terbang dalam usaha memadamkan kebakaran itu.

Beberapa saksi juga dilihat memuatnaik kejadian berkenaan di media sosial. 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons