MANIFESTO PAKATAN IBARAT SAMPAH SEMATA


Jika dibuat perbandingan, manifesto Pakatan Haprak ni memang tak boleh pakai. Janji nak hapuskan GST ternyata hanya sekadar janji populis yang akan memudaratkan ekonomi Negara.

Sekiranya Pakatan kekal komited mahu menghapuskan GST, maka negara bakal kehilangan pendapatan sebanyak RM20 bilion. Hapus tol, maka hutang negara akan meningkat RM416 bilion

Nak harapkan Pakatan jaga ekonomi negara sama macam mengharapkan Rejim PKR Selangor selesaikan krisis air. Konon bagi air percuma 20 meter, tetapi krisis air di Selangor tak pernah berkesudahan.

Berbanding manifesto yang dibuat oleh Barisan Nasional, Pakar ekonomi dari Oxford Economics sendiri membuat jangkaan bahawa ekonomi negara naik 0.25 peratus pada tahun ini.

Antara lain, manifesto Barisan Nasional komited menangani masalah kos sara hidup, naikkan gaji penjawat awam dan tetapkan gaji minimum RM1,500 dalam masa lima tahun akan datang.

Berbanding manifesto gabungan Pakatan Haprak yang hanya dirangka untuk mengaburi mata rakyat semata – mata, manifesto Barisan Nasional dibentuk secara inklusif untuk menjamin daya tahan ekonomi negara serta menyentuh semua aspek kesejahteraan hidup rakyat.




Source link

read more

PKR HANYA IBARAT “PELACUR POLITIK” DAPigs!!! ~ SEMUT HITAM


PAS mendakwa DAPigs berjaya memperalatkan PKR untuk mendapatkan undi orang Melayu menerusi penggunaan logo parti itu sebagai logo bersama Pakatan pada PRU ke – 14 ini.

Naib Presiden PAS Mohd Amar berkata, walaupun penggunaan logo itu dilihat memberi kelebihan kepada PKR kerana parti lain seolah-olah terpaksa tunduk kepadanya, perkara tersebut hanya menguntungkan DAPigs.

“(Kalau) kita lihat dari sudut lain, PKR dijadikan alat DAP untuk meraih undi Melayu. Maknanya PKR diperkudakan oleh DAP. Inilah buktinya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jasamu Dikenang dan Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar seterusnya menyeru orang Melayu agar tidak tertipu dengan strategi yang digunakan pembangkang yang hanya bertujuan mengelaburi mata mereka semata-mata.

“DAP sendiri mengaku dia nak guna lambang PKR untuk mengelabukan mata pengundi Melayu. Jadi kita harap semua pengundi Melayu tidak tertipu dengan strategi DAP ini,” katanya.

Selasa lepas, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata parti itu bersetuju untuk menggunakan logo PKR pada PRU14 ini untuk meraih lebih banyak undi masyarakat Melayu.




Source link

read more

TERBUKTI! PENDIDIKAN PERCUMA PAKATAN IBARAT SAMPAH!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, puak Pakatan Haprak tu terpaksa mengakui secara terbuka kebodohan dan kedangkalan pemikiran mereka menabur janji Pilihan Raya Umum yang dibuat sebelum ini.

Kalau sebelum ini, bukan main lagi puak Pakatan Haprak tu sibuk mendesak Kerajaan agar memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Malah, ianya termasuk dalam manifesto mereka.

Tapi kali ini, puak Pakatan Haprak tu berjaya dimalukan oleh bekas Perdana Menteri yang selama ini dituduh sebagai Diktator apabila dia menyatakan bahawa pendidikan percuma Pakatan itu tidak relevan.

Tun Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Haprak itu menjelaskan bahawa Pakatan Haprak tidak akan menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat seperti yang dilakukan sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu mendakwa, majoriti pelajar yang diberikan pendidikan percuma itu tidak akan rajin belajar kerana menganggap ianya tidak penting.

Bahkan, Tun Mahathir juga turut membuat dakwaan dan mengumpamakan janji pendidikan percuma yang ditawarkan dalam manifesto Pakatan Haprak dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini sama dengan ‘Sampah’!




Source link

read more

PPBM IBARAT SEPERTI BIAWAK HIDUP PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seolah-olah diragui rakan komponennya dalam pakatan pembangkang berikutan sikap enggan bertolak ansur berhubung pengagihan 56 kerusi DUN di negeri ini.

Penganalisa politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata selain perebutan kuasa sesama sendiri, PKR juga memang tidak yakin dengan kemampuan PPBM dan PAN mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

“Ini kerana mereka adalah parti baharu yang tiada rekod kejayaan, malah tiada jentera pilihan raya dan ahli akar umbi yang kuat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kamarul juga setuju ada perselisihan faham antara PPBM dan PAN untuk mendapatkan kerusi di negeri yang didominasi DAPigs, khususnya di Pulau Pinang, Selangor, Perak serta Negeri Sembilan.

Kamarul berkata, DAPigs pula malangnya nekad tidak mahu memberikan kerusi mereka kepada PKR, menyebabkan PKR juga keberatan menyerahkan kerusinya kepada PPBM dan PAN.

Beliau berkata, PPBM hanya alat untuk menarik undi Melayu saja melalui penonjolan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, PPBM sendiri tidak dirancang untuk benar-benar mengetuai Pakatan Harapan, sebab itu mereka tidak diberi kerusi yang banyak khususnya di peringkat DUN.

“Yang patut disalahkan ialah Dr Mahathir sebab membiarkan diri dipergunakan dan tidak berani berkeras bagi mempertahankan kepentingan dan hasrat ahli serta pemimpin bawahan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, berkata pembahagian kerusi masih dalam perbincangan dan akan selesai dalam masa kira-kira dua minggu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, kecewa dengan sikap tamak PKR dan DAP yang enggan berunding untuk melepaskan kerusi disandang mereka, namun pada masa sama mahu bertanding di 12 kerusi milik Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 nanti.




Source link

read more

Ibarat kais pagi makan pagi… Yazit Search



BEKAS pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad memberitahu hidupnya kini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Sejak saya sakit, saya tidak ada pendapatan tetap. Cuma sejak akhir-akhir inilah baru saya rasa kuat untuk bergerak sikit. Dengan kekuatan itulah saya mencari rezeki.

“Antaranya sekarang saya berniaga secara online. Ada jual barang-barangan kraftangan dan makanan.  Bolehlah untuk cari rezeki sikit-sikit,” ujarnya.

Tambah Yazit, dia sedar orang lain tidak boleh membantu beliau untuk selama-lamanya.

Oleh itu, prinsipnya kini adalah tidak meminta, namun jika ada yang mahu memberi secara ikhlas, beliau tidak menolak.

“Orang dah tak boleh selalu tolong kita. Kena buat sendiri, kerja sendiri,” katanya.

Yazit yang kini berumur 55 tahun turut memberitahu yang beliau masih lagi menjalani rawatan sakit buah pinggang selain menghidapi asma.

“Ya, saya masih teruskan rawatan dialisis dan tiga bulan sekali jumpa doktor. Dah jadi rutin harian hidup.

“Jadi, kos untuk rawatan dan ubat-ubatan saya perlukan lebih kurang RM3,000 sebulan. Saya juga ada dapat bantuan dari Baitulmal iaitu sebanyak RM250 sebulan,” jelasnya.

Selain berniaga secara online, Yazit juga berharap pada jualan album Rampage Rempuh yang kini sudah boleh dibeli menerusi Facebook miliknya.

Rampage dianggotai oleh Yazit (dram), Moq (penyanyi), Zham (bass), Jemboo (gitar) dan Rithan (gitar)

Bercerita mengenai perkembangan lainnya, Yazit turut memberitahu bahawa dia turut terlibat dalam perhimpunan Festival MyAqsa yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Januari ini.

Festival ini menghimpunkan lebih 100 ulama dari seluruh dunia bagi membincangkan isu berkaitan Baitulmaqdis dan Palestin.

“Saya seru semua artis untuk turut serta dalam program ini. Ini adalah perjuangan kita sebagai umat Islam.

“Saya terlibat dalam program ini pun tidak ada bayaran, ikhlas untuk agama. Masanya sudah sampai,” katanya lagi.



Source link

read more

Pagi bersih malam ibarat tong sampah – penduduk Flat San Peng


KUALA LUMPUR : Benarkah budaya tidak beradab hanya berlaku di blok Projek Perumahan Rakyat (PPR)?

Mungkinkah tragedi yang membawa kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya, susulan kerusi pejabat yang dipercayai dicampak dari tingkat atas PPR Sri Pantai, Pantai Dalam pada Selasa boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat tentang faktor keselamatan?

Persoalan ini subjektif. Etika hidup dalam kawasan padat seperti di PPR perlu menjadi tanggungjawab bersama setiap penduduk.

BACA: Remaja maut ditimpa kerusi di PPR

BACA: DBKL sita rumah PPR jika buang sampah dari tingkat atas

Tinjauan Astro AWANI di beberapa PPR di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng hari ini mendapati blok di kawasan perumahan itu bersih.

Pertemuan singkat dengan beberapa orang penduduk di situ mendedahkan senario berbeza.

Siang lain, malam pula berlainan ceritanya.

Pemantau Pemasaran, Abdul Razak Osman berkata, kerja pembersihan yang telah dilakukan beberapa tahun ini sudah memadai namun, sikap segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab telah menambah beban kerja pembersihan.

“Penduduk flat yang tiada sivik yang suka mencampak sampah dari atas itu adalah punca masalah. Walaupun kerja pembersihan yang baik, sikap penghuni ini yang suka menambah sampah,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Sri Selangor, Zaimi Shamsuri mengakui premis flat itu bersih hanya pada waktu tertentu.

“Kalau kita tengok waktu pagi, memang semuanya bersih. Kerana kerja pembersihan telah dilakukan. Namun, menjelang malam apabila pekerja telah tamat waktu bekerja, penduduk mula mencampak dan mengumpul sampah.”

Bukan hanya sampah yang dicampak dari tingkat atas menjadi isu utama penduduk di sini, malah penyalahgunaan harta benda awam seperti lif turut menjadi isu.

Seorang suri rumah, Jayawati Md Isa berkata ada yang kencing di dalam lif dan itu telah menyebabkan lif berbau busuk.

“Bukan budak kecil yang kencing, tetapi orang dewasa. Setiap kali nak masuk lif terpaksa kami tutup hidung kerana bau sangat busuk.

“Bukan itu sahaja, butang lif untuk tunjuk aras juga telah dicabut sehinggakan tiada tanda aras lagi untuk ditekan. Nak atau tidak, lif itu kami terpaksa guna kerana tiada kemudahan lain selain tangga untuk naik ke tingkat atas,” ujarnya ketika ditemu bual Astro AWANI.

Tambah Jayawati, 62 tahun, beliau kesal apabila kemudahan awam lain yang disediakan oleh pihak kerajaan turut disalahgunakan.

“Sekarang ini, basikal yang disediakan kerajaan untuk memudahkan urusan telah disalahgunakan oleh remaja di sini. Mereka buat basikal itu jadi hak milik sehingga bawa naik ke rumah.”

Walaupun kempen kesedaran telah dilakukan, namun penduduk Flat Sri Selangor masih lagi melakukan perkara yang sama.

Kempen tersebut tidak mendatangkan kesan sebaliknya pemantauan dari segi undang-undang perlu diperketatkan, kata Zaimi.

Justeru, beliau mengharapkan agar apa yang telah terjadi dapat membuka mata pelbagai pihak agar kejadian sebegitu tidak berlaku lagi.



Source link

read more

PSM DAKWA JANJI PAKATAN IBARAT SAMPAH!!! ~ SEMUT HITAM


Orang ramai dinasihatkan supaya tidak termakan dengan janji manis yang terkandung dalam manifesto Pakatan Haprak yang telah diumumkan pada konvensyen parti itu Ahad lalu.

Ini kerana, janji yang ditabur dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) oleh Rejim Pakatan Haprak pada ketika itu sehingga eke hari ini masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Aktivis politik propembangkang, Khalid Mohd Ismath ketika menyarankan nasihat itu berkata, apa yang dilakukan oleh PH menerusi manifesto terbaharunya tidak lebih sebagai usaha untuk meraikan sokongan rakyat.

Ketua Pemuda PSM menjelaskan, apa yang diingatinya, Rejim PR Selangor ketika itu berjanji akan menaikkan gaji minimum guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM1,500 sebulan, tetapi setelah lima tahun berlalu, ia tidak dilaksanakan.

“Saya memang dari dulu tak pernah percaya manifesto Pakatan. Yang PRU lepas (PRU 13) punya pun masih tak dapat dilaksanakan lagi.

“Gaji minima RM1,500 yang dijanji kepada guru KAFA di Selangor, mana?” soal beliau menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini.

Kerana janji itu juga, pada April 2015 sekumpulan guru KAFA diketuai Ekhsan Bukharee Badarul Hisham telah dihalang daripada memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam, untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak memecatnya, dengan alasan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru itu mendapat markah rendah, bukan berkaitan dengan isu provokasi yang dilakukan Ekhsan Bukharee.-




Source link

read more

SUARA ANAK KARPAL IBARAT “KATAK DALAM LONGKANG”!!! ~ SEMUT HITAM


Itu reaksi yang diberikan oleh DAPigs apabila anak perempuan kepada mendiang Karpal Singh tu menyuarakan bantahan terhadap pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Kata Guan Eng, bantahan yang dibuat oleh anak perempuan Karpal itu tidak memberikan sebarang kesan besar. Malah tindakan anak bekas pejuang DAPigs itu hanya bersifat kepura – puraan.

“Ahli DAP yang setia akan sokong, namun ada yang berpura-pura berada dalam parti tetapi tidak sokong keputusan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu membuktikan bahawa DAPigs mengamalkan dasar tertutup dan tidak memberi ruang kepada ahlinya untuk bersuara.

Bahkan tindakan melabelkan pendirian anak perempuan Karpal itu juga menunjukkan bahawa Guan Eng tidak menghormati mendiang Karpal yang berjuang menentang Mahathir selama ini.

Semalam, Sangeet Kaur Deo mempersoal keputusan Pakatan mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara yang disifatkan seolah-olah pembangkang ketandusan pemimpin muda.

Menurut anak perempuan Karpal, pemilihan itu juga menunjukkan Pakatan Harapan kekurangan strategi dan menegaskan tumpuan sepatutnya ditumpukan kepada soal dasar dan prinsip.

Jika sebelum ini, pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara Pakatan melahirkan rasa kecewa dikalangan pemimpin PKR yang masih menganggapnya sebagai seorang Diktator.

Isu berkaitan dengan pencalonan nama Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak tu kini menjadi Polemik berterusan apabila bantahan demi bantahan disuarakan pemimpin pelbagai peringkat.




Source link

read more

MAHFUZ BEAN IBARAT “TIN KOSONG”!!! ~ SEMUT HITAM


Apabila Si Mahfuz Bean tu bercakap tentang politik semasa, orang Pokok Sena dan pemimpin PAS hanya mengibaratkan pemimpin yang tiada pendirian itu sebagai ‘tin kosong’. 

Semalam Mahfuz mendakwa sokongan rakyat akan lebih kukuh ke atas Pakatan selepas mendengar ‘omongan’ Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017, yang berlangsung pada 5-9 Disember baru-baru ini.

Mahfuz mendakwa, rakyat sudah boleh menilai rentak Najib yang tempang apabila terpaksa menayangkan sikap yang jauh berbeza dengan MCA dan UMNO.

“Dalam Perhimpunan Agung MCA, Najib menagih undi dari bangsa Cina dengan meyakinkan DAP tak dapat memerintah negara walaupun DAP menang lebih besar dari PRU13 atau memenangi kesemua kerusi yang ditandingi. Najib minta masyarakat Tionghua bersama BN,” kata Mahfuz dalam kenyataan semalam.

Menjelang PRU ke 14, Mahfuz mungkin sedang terhegeh – hegeh mencari parti mana yang sudi menerima dirinya selepas nama dia tidak dicalonkan oleh PAS bagi mempertahankan Parlimen Pokok Sena.

Kalau dia nak masuk menyertai PPBM, parti itu masih gagal meyakinkan rakyat memandangkan parti itu tidak kukuh oleh kerana semakin ramai pemimpin dan ahli keluar parti.

Lagi pun PPBM belum mampu mengadakan AGM dan sedang menghadapi kemungkinan diharamkan atau tidak dapat sertai PRU14 kerana melanggar perlembagaan parti yang dirangkanya sendiri..

Untuk sertai PAN atau PKR agak sudah agak terlewat kerana kedua – dua parti itu sudah memiliki calon PRU ke 14 mereka sendiri. Lagi pun Mahfuz masih ada ikatan baiah dengan PAS.

Hanya DAPigs yang boleh menerima Mahfuz, kerana parti Chauvanist itu masih memerlukan pemimpin Melayu yang boleh digunakan bagi memecahkan undi orang Melayu.

Namun kebarangkalian DAPigs sudi menerima Mahfuz Bean untuk mewakili mereka adalah sangat tipis memandangkan dia tidak mempunyai ‘Wow Factor’ yang mampu menarik undi dari kalangan rakyat. Maka sebab itu Si Mahfuz Bean tu hanya layak dilabelkan sebagai “Tin Kosong”!!!




Source link

read more