Kim Kardashian suami timang bayi ketiga menerusi kaedah ibu tumpang



BINTANG realiti TV, Kim Kardashian dan suami Kanye West umum timang bayi ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Bayi perempuan itu dilahirkan pada Selasa.

Pasangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama atau lokasi bayi itu dilahirkan.

Kim dan Kanye sebelum ini sudah mempunyai dua cahaya mata, North West dan Saint West.

“Kami gembira untuk mengumumkan kelahiran bayi ketiga kami, terima kasih kepada ibu tumpang yang membuatkan impian kami jadi nyata.

“Ini adalah hadiah terindah,” umum Kim menerusi aplikasi telefonnya.

Pasangan itu mengesahkan September lalu menanti kehadiran cahaya mata ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Kisah Kim mahu mendapatkan anak turut dipaparkan dalam siri TV “Keeping Up with The Kardashians”.

Bintang itu berdepan beberapa kesukaran, kerana didiagnos dengan komplikasi plasenta yang boleh mengancam nyawa.



Source link

read more

Tak tahu apa akan jadi kalau mak tak ada – Janna Nick hadiahkan ibu kereta



“Tak ada benda dalam dunia buat Angah happy selain tengok Mak happy. Sebab Angah tak tahu apa akan jadi kalau Mak tak ada,” itu antara ucapan pelakon muda Janna Nick sempena ulang tahun kelahiran ibunya baru-baru ini.

Ucapan yang didedikasikan dalam sepotong rakaman video itu bagaimanapun telah mengundang sebak kepada netizen.

Lebih mengharukan, pada majlis sama Janna menghadiahkan sebuah kereta sebagai kejutan hari jadi ibunya.

“Semoga Mak happy selalu, apa yang Angah buat dalam dunia ni hanya untuk Mak. Bukan untuk orang lain,” tambah Janna.
 



Source link

read more

Ibu Park Ji-sung maut kemalangan



IBU kepada bekas pemain bola sepak Manchester United, Park Ji-sung dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya hari ini.
 
Menurut laporan Allkpop, ibunya Jang Myung Ja menghembuskan nafas terakhir selepas dikejarkan ke hospital.
 
Kemalangan maut yang melibatkan ibu Ji-sung itu berlaku di United Kingdom.
 
Sehingga kini, Ji-sung masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kemalangan tersebut.
 
Bekas pemain bola sepak yang berusia 36 tahun itu merupakan anak tunggal dalam keluarga.



Source link

read more

Gara-gara suka muat naik gambar anak seorang ibu berdepan hukuman mahkamah



ROM: SUKA muat naik gambar anak di media sosial? Mungkin anda perlu berfikir dua kali sebelum berbuat demikian.

Ini kerana di Itali, seorang ibu berdepan hukuman denda £8,900 atau kira-kira RM42,000 kerana memuat naik gambar anaknya tanpa kebenaran di media sosial.

Gara-gara tidak mahu terpalit dengan prosiding perceraian di antara ibu bapanya, seorang remaja memberitahu mahkamah di sini, dia tidak mahu gambarnya dimuat naik di laman sosial ibunya itu.

Malah, remaja berusia 16 tahun itu juga menuntut agar mahkamah membenarkannya berpindah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran dan memulakan ‘kehidupan baharu’ di sana.

Mahkamah Rom turut memerintah wanita berkenaan agar memadamkan semua gambar lama, video, malah status berhubung anaknya itu di media sosial.

Ia kes pertama di Itali yang memerintahkan penyingkiran bahan foto dan video, malah mengenakan denda terhadap ibu bapa.

Itali juga menguatkuasakan undang-undang ketat berhubung pemilikan hak cipta, di mana individu dalam gambar atau video tersebut memiliki hak cipta terbabit dan dalam kes ini, remaja berkenaan.

Pada November lalu, seorang hakim dari Mantua, Itali memerintahkan ibu bapa tidak boleh menyiarkan gambar anak mereka yang di bawah umur sekiranya salah seorang – sama ada ibu atau bapa anak berkenaan –  tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Namun, ini bukan kali pertama sesebuah negara mengamalkan undang-undang ke atas perlindungan privasi kanak-kanak.

Di Perancis, pelanggaran privasi seorang kanak-kanak boleh dikenakan denda £45,000 atau  kira-kira RM215,000 malah berdepan hukuman penjara sehingga setahun.

Pada bulan Mei 2018, Kesatuan Eropah (EU) bakal menguatkuasakan Peraturan Perlindungan Data Am bagi menghadkan penggunaan maklumat peribadi seseorang.

Peraturan-peraturan baharu itu bertujuan mengawal cara data peribadi seseorang individu boleh dikumpulkan dan digunakan.



Source link

read more

Dua tanggang moden dipenjara selepas ugut bunuh ibu kasari ayah


ALOR SETAR: Dua lelaki yang didakwa atas tuduhan berasingan mengugut bunuh serta menggunakan kekerasan jenayah terhadap ibu dan bapa mereka dijatuhi hukuman masing-masing penjara 12 bulan dan tiga bulan dalam prosiding berasingan oleh Mahkamah Majistret, Alor Setar pada Khamis.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Saddam Ibrahim, 26 tahun, dari Kampung Pulau Bidin Mukim Telaga Emas dan Mohd Padzil Samsudin, 47 tahun, dari Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, dekat sini, selepas mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Pada prosiding pertama, Mohd Saddam didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana sengaja menakutkan ibunya, Che Zainab Md Isa, 50 tahun dengan mengatakan aku akan tikam awak sekejap lagi (satgi aku tikam hang).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 32B Kampung Pulau Bidin, Pokok Sena, pada 15 September lalu, jam 4.30 petang dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Fakta kes menunjukkan pada tarikh dan masa kejadian, Mohd Saddam meminta RM2 daripada ibunya (pengadu) untuk membeli nasi lemak.

Pengadu kemudian meletakkan duit itu di atas meja selepas beberapa kali diminta oleh anaknya selain tidak melayan permintaannya untuk wang tambahan.

Ini menyebabkan tertuduh dalam keadaan marah mengatakan akan membunuh ibunya serta adik beradik yang lain.

Ibunya yang ketakutan melihat tertuduh dalam keadaan marah dan mata merah, kemudian membawa anak-anak yang lain masuk ke dalam bilik, sebelum membuat laporan di Balai Polis Langgar pada jam 8.10 malam.

Selain itu, pada prosiding berasingan, Mohd Padzil dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap bapanya, Samsudin Ahad, 77 tahun, di nombor 599 Taman Kota Nelayan, pada 12 November 2017, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 352 akta sama, jika disabitkan boleh dipenjara maksimum tiga bulan atau dengan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Noor Farah Hazwani menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Mohd Saddam dan tiga bulan terhadap Mohd Padzil bermula dari tarikh ditangkap.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin berhujah supaya kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran atas kesalahan dilakukan masing-masing.

Katanya, dalam kes Mohd Saddam, dia mengambil kesempatan atas kelemahan ibu kandung dengan mengugut bunuh pengadu dan adik beradik lain manakala tertuduh, Mohd Padzil pula yang disahkan positif dadah morfin, berkali-kali mengugut bapanya.



Source link

read more

NUTP NGO syor 23 kod etika ibu bapa penjaga di institusi pendidikan


KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga perlu merujuk pengetua, guru besar atau pentadbiran institusi terlebih dahulu sekiranya ada sebarang masalah berkaitan dengan guru berkaitan anak mereka.

Itu antara 23 kod etika ibu bapa dan penjaga yang disyorkan kepada Kementerian Pendidikan supaya diselaraskan di semua institusi pendidikan di Malaysia, hasil perbincangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Kata Pengerusi NUTP, Kamarozaman Abd Razak, syor tersebut dibuat bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan ibu bapa, penjaga, guru dan warga sekolah seluruhnya.

“Selama ini mungkin tidak jelas walaupun diterangkan secara lisan, jadi kami cadang supaya ada hitam putih,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat NUTP di sini, hari ini.

Antara lain yang turut digariskan adalah larangan menyalahguna media sosial serta menghantar mesej berbaur ancaman di emel, mel suara, teks, telefon atau lain-lain komunikasi bertulis.

“Kita pun tidak mempertahankan guru atau pendidik yang tak ikut peraturan, contohnya memukul atau merotan murid secara melampau dan tidak mengajar.

“Kalau ada apa-apa, paling kurang hubungilah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebelum buat laporan polis, kerana ia akan memberi kesan kepada banyak pihak terutamanya kehidupan guru dan murid yang terlibat itu sendiri.”

Kod etika itu merangkumi 15 peratuan yang perlu dipatuhi serta lapan perkara yang perlu dihindari oleh ibu bapa, penjaga dan guru.

Cadangan kod etika yang dipersetujui bersama itu akan diajukan kepada Kementerian Pendidikan yang akan memanggil mereka untuk satu pertemuan dalam masa terdekat, dikatakan Januari ini.

Pada masa sama, NUTP juga mencadangkan supaya Kementerian mengkaji semula, menambah baik serta mencetak semula buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru serta buku panduan lain berkaitan.

Ini kerana pihaknya mendapati buku tersebut sudah lama tidak disemak dan ada peraturan yang digariskan sudah tidak relevan dengan keadaan hari ini.

“Salinan yang kami ada pun cetakan tahun 1988. Tidak tahu jika semua sekolah masih ada lagi sekurang-kurangnya satu salinan sebab kadang-kadang sekolah dilanda musibah seperti banjir dan sebagainya. Di pasaran juga sudah tiada stok.

“Kita harap ia dapat dicetak semula dan dijual secara meluas supaya bukan sahaja untuk di sekolah, tetapi ibu bapa juga boleh memilikinya sebagai panduan,” ujarnya.

NGO yang turut sama dalam perbincangan itu adalah Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF), UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC), Pertubuhan Laywers’ Friends for Life (LFF), Sarawak Teachers Union, Yayasan Guru Tun Hussein Onn dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, NUTP juga mengalu-alukan cadangan daripada Sekolah Pendidikan Khas untuk pelajar kurang upaya (OKU) dari segi fahaman ibu bapa bagi anak-anak istimewa ini yang mencederakan diri sendiri.



Source link

read more

Pornografi kanak-kanak Demi RM90 ibu gamak jual anak untuk berlakon video lucah



BANDUNG: Suspek yang didakwa terlibat dalam aktiviti rakaman tiga video lucah membabitkan kanak-kanak di Bandung dikatakan menerima bayaran wang di antara 300,000 rupiah dan 31 juta rupiah (kira-kira RM90 – RM9,300). 

Dalang pembikinan video yang juga pengarahnya dilapor mendapat bayaran paling lumayan mencecah RM9,300, manakala pelakon wanitanya pula didakwa diberi bayaran sebanyak 800,000 rupiah (kira-kira RM240).

Selain pengarah dan pelakon wanita tersebut, ibu kanak-kanak yang merelakan anak mereka berlakon video lucah berkenaan turut mendapat bayaran di antara 300,000 rupiah (RM90) dan 500,000 rupiah (RM140).

Mangsa kanak-kanak pula dilapor diberi upah sebanyak 800,000 rupiah (RM224). 

Media Indonesia dalam laporan pada Selasa menyebut bahawa suspek melakukan perbuatan keji itu kerana kesempitan wang. 

BACA: Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak

BACA: Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak – polis

BACA: Pornografi kanak-kanak: Dua ibu mangsa antara yang ditahan

Insiden ini menggemparkan Indonesia sejak beberapa hari apabila tersebarnya video pornografi melibatkan perempuan dewasa dengan beberapa kanak-kanak lelaki di media sosial.

Media tempatan melaporkan ada tiga video yang sudah tersebar: satu video panjang berdurasi 1 jam 11 minit dan dua video pendek masing-masing berdurasi 2 minit dan 2.5 minit.

Video panjang mempertontonkan adegan lucah di antara perempuan dewasa dengan dua kanak-kanak lelaki, manakala video pendek memaparkan adegan sama, namun dengan pelakon yang berbeza.

Pihak berkuasa Indonesia berjaya menemukan lokasi kejadian di dua hotel di Bandung dan sejumlah barang bukti dari bilik berkenaan telah disita.

Melalui analisis CCTV dan video yang tersebar, polis telah mengenal pasti tiga mangsa dan juga enam suspek terdiri daripada pengarah, pelakon serta dua ibu mangsa yang didakwa bersekongkol dalam insiden memalukan itu.

Polis dalam pada itu berkata masih memburu seorang lagi suspek.



Source link

read more

Pukul ibu: pemotong rumput dipenjara tujuh tahun, tiga sebatan – Mahkamah


KUANTAN 9 Jan. – “Saya nak jumpa emak sebelum menjalani hukuman, saya nak minta maaf,” itu rayuan seorang pemotong rumput selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mencederakan ibu kandungnya pada Khamis lalu.

Sebelum prosiding dimulakan, tertuduh Mohd Rafi Ab Aziz, 25, yang memakai jaket berwarna kelabu dengan keadaan tangan bergari sebelum itu kelihatan tercari-cari seorang ketika dibawa masuk oleh anggota polis pengiring ke dalam Mahkamah Sesyen 4.

Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengangguk faham dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederakan ibunya Mea’ah Abd Majid, 64, dengan cara menghentak kepala mangsa menggunakan batang besi mesin pemotong rumput di sebuah rumah di Bukit Sagu 1 pada kira-kira 5 petang, 4 Jan lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Sebelum hukuman dijatuhkan oleh Hakim Siti Aminah Ghazali, Mohd Rafi merayu bagi hukuman lebih ringan memandangkan dia menghidap penyakit angin pasang selain perlu menanggung ibunya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal memandangkan mangsa merupakan ibu kandung tertuduh sendiri dan terpaksa menerima tiga jahitan di bahagian kanan kepala dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Pada hari kejadian tertuduh meminta wang daripada ibunya, namun apabila tidak diberikan tertuduh telah mengamuk dan membaling barang ke arah ibunya, namun mangsa berjaya mengelak.

“Tidak puas hati dengan keadaan itu, tertuduh mengambil pula mesin pemotong rumput dan memukul ibunya dengan batang besi mesin berkenaan dan saya tidak rasa tertuduh yang menanggung ibunya kerana setiap bulan dia yang meminta duit dari mangsa. “Sehubungan itu, tertuduh wajar dijatuhi hukuman berat untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain,” katanya.

Tertuduh, selepas prosiding berkenaan beberapa kali menyuarakan rasa menyesal atas perbuatan yang dilakukan itu dan kelihatan sebak apabila dimaklumkan bahawa emaknya tidak dapat hadir kerana masih kurang sihat. – BERNAMA





Source link

read more

Pornografi kanak-kanak Dua ibu mangsa antara yang ditahan



BANDUNG: Polis Indonesia mengesahkan telah menahan pengarah serta pelakon video pornografi melibatkan kanak-kanak lelaki bawah umur di Bandung pada Isnin.

Turut ditahan dua ibu kanak-kanak terbabit yang didakwa bersekongkol dengan suspek dalam dua video lucah melibatkan anak kandung mereka.

BACA: Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak – polis

BACA: Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak

Media tempatan dalam laporan menyebut bahawa analisis polis terhadap dua video berkenaan mendapati ibu salah seorang anak kecil berkenaan berada di bilik sama ketika penggambaran dijalankan.

Malah, berdasarkan suara yang didengari pada video itu, polis percaya ibu tersebut turut memujuk anaknya selain memberi arahan agar anaknya melakukan perbuatan sumbang dengan pelakon wanita dewasa terlibat.

“Mangsa menangis kerana tidak mahu dirakam. Suspek kemudian meminta pelakon wanita menelefon ibu kanak-kanak itu untuk datang ke hotel.

“Dalam bilik hotel itu, si ibu mengarahkan (anaknya untuk melakonkan aksi lucah),” kata polis.

Sementara itu, seorang lagi ibu kanak-kanak terlibat didapati berada di lobi hotel melalui pemantauan CCTV hotel berkenaan.

Para penggiat anti kekerasan seksual terhadap kanak-kanak berkata penemuan video pornografi kanak-kanak itu mendedahkan wujud sindiket yang dipercayai cuba “mempromosi hubungan seksual antara anak-anak dengan orang dewasa”.

Penyiasat Indonesia berkata daripada keputusan analisis terhadap video berkenaan, mangsa kanak-kanak dipercayai anak-anak jalanan berusia di antara 7 hingga 13 tahun yang bergelandangan di ibu kota itu.

Pihak berkuasa turut menyerbu dua buah hotel di Bandung yang dipercayai menjadi lokasi penggambaran video berkenaan.



Source link

read more

Ibu tunggal penghidap HIV tabah besarkan empat anak


PENGKALAN CHEPA: Biarpun mengetahui dirinya penghidap HIV (human immunodeficiency virus) ekoran sikap arwah suaminya yang suka melanggan pelacur, wanita itu tidak pernah patah semangat.

Sebaliknya, kekuatan untuk meniti kehidupan diteruskan demi empat anaknya yang masih memerlukan kasih sayang dari seorang ibu.

Malah, reda dengan penyakit yang berakhir dengan kematian itu, Zainab (bukan nama sebenar), 48 tahun dari Kampung Baung, Pengkalan Chepa, di sini dikesan menghidap penyakit itu lapan tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia.

Ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki dan dua perempuan berusia dari 21 hingga lapan tahun termasuk seorang anak orang kelainan upaya (OKU) itu tidak menyerahkan kalah bahkan boleh berdikari mencari pendapatan sebagai tukang jahit untuk membesarkan anak.

“Walaupun kadangkala dicemuh masyarakat kerana penghidap HIV tetapi rezeki saya tidak pernah putus dan mampu meneruskan kehidupan sebagai tukang jahit untuk menyara empat anak.

“Cuma saya risau apa akan jadi kepada anak-anak saya jika saya pergi nanti. Bagaimana masa depan mereka,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Ahad.

Menceritakan lanjut, Zainab berkata, kisah itu bukan mahu menagih simpati ramai sebaliknya bertujuan untuk berkongsi ketabahannya dalam meneruskan kehidupan.

Sementara itu, nasib Zainab dan keluarga mendapat perhatian Ketua Penerangan Wanita UMNO Kelantan, Zarina Md Eusope yang berkunjung ke rumah ibu tunggal itu bersama Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Mohd Zailani Abd Rahman.

Beliau berasa terharu dengan ketabahan Zainab meneruskan kehidupan membesarkan empat anak walaupun mengetahui mengenai penyakitnya itu.

“Saya akan lihat apa yang boleh dibantu. Mungkin dari segi tempahan jahitan kepada Zainab.

“Saya kagum dengan ketabahannya tidak memikirkan penyakit yang dialami,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons