5 Idea Masakan Daging Yang Mudah & Sangat Sedap Dimakan Bersama Nasi Putih.


Koleksi resipi daging yang ringkas dan mudah disediakan. Bagi ibu-ibu yang buntu memikirkan menu yang sesuai dimasak untuk keluarga, RASA kongsikan beberapa cadangan masakan yang boleh anda hasilkan menggunakan daging segar. Memang sangat sedap. Selamat mencuba!

 

1. DAGING DENDENG HITAM BASAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | cuci bersih dan rebus
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1 helai daun salam
  • Rempah menumis  | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

BAHAN MAYANG HALUS:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 batang serai

BAHAN KISAR :

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3 batang serai

BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:

  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih  

CARA MEMASAK:

  1. Hiris nipis daging yang telah direbus, kemudian titik hingga nipis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak,  tumiskan rempah menumis dan bahan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan pula bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan goreng sangai dan kisar. Terus kacau hingga bahan tumisan  betul-betul garing.
  4. Masukkan air asam, daging dan sedikit air. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa,
  6. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Tutup api.
  7. Daging dendeng basah sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika mahu dendeng kering, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga garing. Dan semasa menumis tidak perlu masukkan air.

 

 

2. DAGING GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang| hiris nipis
  • 1 biji bawang Holland |  hiris bulat
  • 1 batang seleri | hiris serong
  • 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan yogurt
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

BAHAN  REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunya lawang
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari,  diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
  3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
  4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
  5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas .

 

 

3. DAGING GORENG BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang| hiris nipis cuci dan tos
  • 10 batang serai |hiris halus
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang besar | hiris halus
  • 20 biji cili padi | hiris
  • 4 helai daun limau purut | hiris
  • Garam, gula, perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 8  ulas bawang merah
  • 6 ulasa bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai dan daun limau purut hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar dan cili padi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula hirisan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Apabila daging telah masak, angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

 

 

4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
  • 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
  • 1 biji bawang besar  | hiris
  • 4 ulas bawang putih |cincang
  • 3cm halia | hiris halus memanjang
  • 2 batang serai | titik
  • 2 biji cili merah | hiris serong
  • 2 biji cili hijau | hiris serong
  • 1 batang seleri |hiris serong
  • 1 sudu  serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
  3. Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
  5. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  6. Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
  7. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Kacau lagi seketika dan tutup api.
  9. Daging  Goreng Kunyit sedia dihidangkan.

 

5. GULAI DAGING UTARA

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm daging batang pinang | dihiris
  • 400gm daging tetel | dipotong halus
  • 125ml santan segar
  • 1 liter air bersih
  • 2 sudu makan rempak kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 batang lobak merah | potong  dadu
  • 2 bji kentang | belah empat
  • Minyak untuk menumis

 BAHAN TUMIS:

  • 2 batang serai | dititik
  • 4 ulas bawang putih | dipotong nipis
  • 5 ulas bawang merah | dipotong nipis
  • 2sm halia | dipotong nipis

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 5gm bunga lawang
  • 3gm bunga cengkih
  • 2sm kulit kayu manis
  • 3gm buah pelaga

 BAHAN KISAR:

  • 4 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 6sm halia | dikisar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama daun pandan, kemudian biarkan sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga garing.
  4. Apabila rempah garing, masukkan daging dan biarkan selama 20 minit atau sehingga lembut.
  5. Akhir sekali, masukkan santan , kentang dan lobak merah
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api dan biarkan gulai mereneh seketika dan hingga ia timbul minyak.
  8. Tutup api dan Gulai Daging sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komen anda



Source link

read more

10 Idea Menu Bekal Yang Mudah Dan Sihat Untuk Anak-Anak


Kurang idea dan masa untuk sediakan bekal anak ke sekolah? Usah bimbang kerana anda boleh sajikan menu ringkas tetapi berkhasiat. Nak masak pun senang sangat. Jom lihat selesi menu yang boleh dihasilkan.

 

1. AYAM GORENG SAYUR CAMPUR


BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul drumet ayam | bersihkan dan tos
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 1 sudu serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya | untuk menggoreng

BAHAN SAYUR CAMPUR:

  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan bunga kubis
  • Sedikit hirisan brokoli
  • 2 sudu makan biji jagung muda
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam

BAHAN SAMPINGAN:

  • 1 mangkuk kecil nasi
  • 1 biji muffin bunga kubis
  • Sos cili | jika perlu

 

CARA MEMASAK:
1. Untuk ayam goreng, gaulkan ayam dengan semua bahan sos dan serbuk perasa ayam.
2. Kemudian taburkan tepung gandum dan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing, angkat dan ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan air, setelah mendidih tambahkan serbuk perasa ayam dan sedikit garam jika perlu.
5. Celur semua sayur lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan toskan.
6. Masukkan setelah sejuk masukan sayur dalam bekas bekal bersama ayam goreng dan nasi.
7. Sebagai tambahan boleh masukkan sos pencicah sekali sebelum siap dibawa sebagai bekal oleh anak-anak.

INFO CHEF: Anda boleh perap ayam sebelah malam, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk, ia menjimatkan masa.

 

2. BEBOLA NASI & AYAM TARIYAKI

BAHAN BEBOLA NASI:

  • 1 cawan nasi putih | masak bersama 1/4 beras pulut
  • 1/4 cawan beras pulut
  • Sedikit hirisan seaweed
  • 1 batang sosej | rebus dan cincang halus
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh minyak bijan

BAHAN AYAM TARIYAKI:

  • 6 ketul drumet ayam
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh halia muda
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 ula bawang merah | cincang halus
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu teh cuka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN TAMBAHAN:

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bebola nasi, sosej dan semua bahan hirisan.
2. Perasakan dengan minyak bijan.
3. Gaul rata dan kepalkan seperti bebola (lebih kurang sebesar bola pingpong). Ketepikan.
4. Seterusnya sediakan ayam Teriyaki, Gaulkan ayam kicap cair dan halia, Perap sekejap.
5. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan.
6. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
7. Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
8. Setelah wangi masukkan sos cili, serbuk cili, cuka, gula perang dan sedikit air.
9. Biarkan sos mereneh atas api sederhana lebih kurang dua minit.
10. Masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan minyak bijan dan sedikit garam.
11. Setelah siap bolehlah sediakan bekal.
12. Masukkan nasi, ayam, sedikit salad dan jagung jika suka.

INFO CHEF: Bebola nasi boleh sediakan awal, kemudian warap kemas dan simpan dalam peti sejuk. Bila bangun pagi anda hanya perlu kukus seketika. Ayam juga boleh perap malam.

 

3. TORTILLA GULUNG BERTELUR & BEBOLA DAGING LADA HITAM

BAHAN TORTILA GULUNG:

  • 2 keping tortilla
  • 2-3 biji telur
  • 2 sudu makan mayones
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam

BEBOLA DAGING LADA HITAM:

  • 6-8 biji bebola daging
  • 2 sudu makan sos lada hitam kasar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
  • 1/2 cawan air
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 ulas bawang merah | cincang halus
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan tortilla gulung, panaskan kuali non-stick.
2. Panaskan tortilla seketika dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, pecahkan telur di dalamnya.
4. Kacau dan jadikan telur hancur. Angkata dan masukkan dalam mangkuk.
5. Campurkan mayones bersama serbuk lada hitam dan sedikit garam.
6. Gaul rata dan ketepikan.
7. Untuk menyediakan bebola daging. Panaskan mentega dalam kuali, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
8. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih dan merah hingga wangi, kemudian masukkan semua bahan sos dan air.
9. Kacau rata hingga kuah pekat, perasa dengan sedikit garam.
10. Akhir sekali, masukkan bebola daging dan serbuk lada hitam.
11. Gaul rata kemudian tutup api.
12. Susun tortilla gulung dalam bekas bekal diikuti dengan bebola daging serta bahan sampingan seperti jagung rebus, salad dan tomato.
13. Siap untuk bekal.

INFO CHEF: Anda boleh tukar inti telur dengan tuna mayones jika suka.

 

4. NASI GORENG TELUR & SOSEJ


BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji tomato | buang biji dan potong dadu
  • Sedikit jagung
  • 1 sudu makan perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makana minyak masak

BAHAN SAMPINGAN:

  • 3 batang sosej goreng | potong dua
  • Buah anggur
  • Tomato Ceri

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, dalam kuali, pecahkan telur di dalamnya, kemudian kacau hingga menjadi hancur.
2. Masukkan nasi, sos tiram, kacau rata.
3. Tambahkan di dalamnya jagung dan tomato, gaul lagi.
4. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Setelah masak, tutup api dan masukkan nasi dalam bekas bekal.
6. Kemudian masukkan salad, sosej dan tuangkan sedikit sos di dalam sosej.
7. Tambah dengan buang anggur dan buah ceri.
8. Bekal siap.

INFO CHEF: Anda boleh juga hidangkan nasi goreng ini dengan nugget atau filet ikan.

 

5. MAKARONI BAKAR BERKEJU


BAHAN-BAHAN:

  • 250gm makaroni | rebus dan tos
  • 100gm daging kisar
  • 1 biji tomato | buang biji dan dadu kecil
  • 150gm parutan keju mozarella
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • 4 sudu makan sos balognes
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
  • 3 sudu mentega
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN:

  • Buah Epal
  • Tomato ceri
  • Salad

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
3. Seterusnya masukkan pula sos balognes dan sos cili,
4. Kacau rata, kemudian masukkan makaroni dan tomato yang didadu halus.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
8. Sementara itu masukkan makaraoni dalam cawan aluminium foil.
9. Taburkan di atasnya parutan keju dan serbuk oregano.
10. Bakar lebih kurang 15 minit.
11. Setelah siap, hidangkan bersama Epal, salad dan tomato ceri.
12. Bekal siap.

INFO CHEF: Jika ada makaroni lebih untuk makan malam, jangan buang kerana anda boleh gunakannya untuk sediakan menu ini. Ia tidak membazir.

 

6. MINI PAU INTI DAGING

BAHAN DOH PAU:

  • 250gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh yis serbuk
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu makan minyak
  • 1 sudu makan susu tepung | bancuh dengan 1/2 cawan air.
  • Air ikut keperluan

UNTUK INTI:

  • 250gm daging kisar
  • 1 biji bawang Holland | cincang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan doh. Bancuh serbuk yis dengan air susu, kacau rata dan biarkan ia kembang lebih kurang 10 minit
2. Sementara itu, gaulkan tepung bersama garam halus dan minyak dalam mangkuk adunan.
3. Tuangkan bancuhan yis dalam mangkuk adunan, gaul rata.
4. Tambahkan air sedikit demi sedikit, sambil adun hingga kelembutan doh yang anda inginkan.
5. Bulat-bulatkan doh kemudian susun dalam dulang dan rehatkan seketika.
6. Sambil menunggu doh kembang, sediakan inti.
7. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
8. Masukkan sos cili, kacau rata hingga pecah minyak.
9. Kemudian masukkan daging kisar, kacau rata dan tambahkan air asam Jawa.
10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
11. Kecilkan api, terus kacau hingga kering dan pecah minyak.
12. Tutup api dan tapis minyak tumisan daging kisar.
13. Setelah sejuk, leperkan doh kemudian masukkan inti dan bulatkan semula.Lakukan hingga selesai.
14. Panaskan pengukus, kukus pau lebih kurang 15 minit.
15. Pau boleh dipadankan dengan buah pisang, anggur dan tomato ceri sebagai bekal.

INFO CHEF: Pau boleh dibuat awal, misalnya sebelah malam atau hujung minggu. Kemudian frozenkan, kukus semula bila perlu dibawa sebagai bekal.

 

7. CUCUR NASI BERKENTANG


BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan nasi putih | kisar dengan sedikit air 
  • 2 biji kentang | rebus dan lenyek
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SAMPINGAN:

  • Ayam goreng
  • Sos Cili Thai
  • Salad
  • Tomato Ceri

CARA MEMASAK:
1. Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang lenyek dalam mangkuk adunan.
2. Gaul rata, tambahkan hirisan daun bawang dan cili Benggala, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
3. Gaul lagi dan tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur yang sesuai.
4. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
5. Boleh dihidangkan cucur ini dengan Sos Cili Thai dan ayam goreng sebagai bekal.

INFO CHEF: Anda boleh gunakan lebihan nasi untuk sediaka cucur dan boleh dibancuh awal, kemudian masuk dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk. Goreng keesokan hari.

 

8. MUFFIN PASTA TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk pasta | rebus dan tos
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 biji cili Benggala merah | dadu halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata.
2. Tambahkan susu cair, garam, serbuk perasa ayam dan lada sulah, terus kacau lagi.
3. Kemudian masukkan pula hirisan cili Benggala dan daun bawang. Kacau seketika dan ketepikan.
4. Oleskan mangkuk aluminium foil dengan sedikit minyak, kemudian masukkan pasta di dalamnya (isi separuh sahaja).
5. Kemudian tuangkan bancuhan telur di dalam sehingga meliputi pasta.
6. Panaskan pengukus, kukus mufin lebih kurang 15-20 minit.
7. Setelah siap boleh dimasukkan dalam bekas bekal bersama kentang goreng dan buah Epal sebagai bekal ke sekolah.

INFO CHEF: Mufin ini boleh disediakan sebelah malam, pagi, anda hanya perlu goreng kentang sahaja.

 

9. ROTI PRATA & AYAM TANDURI SOS PUDINA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping roti prata segera
  • Sebelah paha ayam atas bawah | bersih dan tos
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu the serbuk jintan putih
  • 1/2 seudu teh serbuk ketumbar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 1/2 biji lemon
  • 1sudu teh sos tiram
  • 1 sudu makn mentega
  • Sedikit yogurt
  • Sedikit pewarna merah
  • Garam secukup rasa

BAHAN SOS PUDINA:

  • 1/2 ikat daun pudina
  • 1/2 biji lemon
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu makan mayones
  • 2 sudu makan susu cair

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan rempah ratus di dalam mangkuk.
2.Kemudian perahkan jus lemon di dalamnya, diikuti dengan yogurt, sos tiram, garam dan pewarna merah. Kacau rata.
3.Gaulkam bahan perapan ini pada paha ayam, perapkan 15 minit.
4.Sediakan pemanggang, panggang ayam hingga masak.
5.Setelah masak bolehlah potong kecil untuk dimasukkan dalam bekas bekal.
6.Seterusnya panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak dan panaskan roti prata. Angkat dan ketepikan.
7.Kemudian sediakan pula sos campurkan semua bahan dalam pengisar, kemudian kisar.
8.Akhir sekali, masukkan roti prata dalam bekas bekal bersama Ayam Tanduri dan sos pudina. Boleh juga tambah buah pisang dan anggur.
9.Bekas siap untuk di bawa ke sekolah.

INFO CHEF: Sebenarnya Ayam Tandori perlu diperap sekurang-kurangnya lima jam sebelum dibakar. Oleh itu anda disarankan perap ayam sebelah malam, kemudian simpan dalam peti sejuk, bangun pagi terus bakar.

 

10. KOKTEL SOSEJ LADA HITAM & TELUR HANCUR

BAHAN KOKTEL LADA HITAM:

  • 10 biji koktel sosej
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN TELUR HANCUR:

  • 2 biji telur
  • 1/2 biji tomato | buang biji dan potong dadu halus
  • 2 sudu makan susu segar
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Secubit garam
  • 1 sudu mentega

BAHAN SAMPINGAN:

  • Jagung rebus
  • Buah pear
  • Nasi goreng

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, goreng sosej seketik, angkat dan toskan minyak.
2. Keluarkan minyak tinggal sedikit, tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan sos tiram dan sos lada hitam, kacau rata.
4. Tambahkan sedikit air, kacau dan masukkan koktel.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan taburkan serbuk lada hitam.
6. Gaul rata, tutup api.
7. Untuk menyediakan telur hancur, pecahkan telur dalam mangkuk.
8. Tambahkan susu, tomato, garam dan lada sulah. Kacau sebati.
9. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, kemudian tuang bancuhan telur.
10. Kacau rata hingga telur berketul-ketul.
11. Masukkan dalam bekal bersama koktel sosej.
12. Kalau ada boleh tambahkan jagung rebus, nasi goreng dan buah.
13. Bekal siap.

INFO CHEF: Koktail sosej lada hitam boleh juga dipadankan dengan lain seperti roti bakar ataupun bihun goreng.

 

Komen anda



Source link

read more

Pembangkang ketandusan idea bila diterajui Tun Mahathir


Hakikat yang perlu kita tahu sekarang, baru beberapa hari sahaja pembangkang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad, mereka sudahpun ketandusan idea. Tidak dapat saya bayangkan apa akan jadi kalau mereka diberi peluang nanti. Pasti carca marba jadinya!

Perkara ini jelas dapat dilihat dalam manifesto pembangkang Johor yang telah dibentangkan tempoh hari. Tiada satu pun janji-janji dalam manifesto pembangkang yang istimewa jauh sekali untuk menarik perhatian saya.

Tetapi apa yang membuatkan saya teruja dan kagum, terdapat beberapa janji dalam manifesto pembangkang merupakan janji-janji kitar semula dari Kerajaan Negeri Johor. Sehingga ke tahap ini, pembangkang mencedok idea-idea Kerajaan Negeri Johor. Ini amatlah memalukan!

Mereka seolah-olah tiada pendirian sendiri untuk menyakinkan penyokong-penyokong mereka. Dan apa yang dapat dilihat manifesto pembangkang yang dibentangkan hanya sekadar madah helah politik pembangkang.

Lagipun, janji-janji yang terdapat dalam manifesto pembangkang sebenarnya sudahpun dilaksanakan oleh Dato Mohamed Khaled Bin Nordin. Contohnya berhubung dengan agenda perumahan Johor. Ia terang-terangan membuktikan pembangkang menciplak Bajet Johor 2018 yang turut mensasarkan 100,000 unit pembinaan.

Bezanya pembangkang menawarkan dengan harga yang sama. Tetapi istimewanya Bajet 2018, menawarkan dengan nilai harga yang berbeza di samping turut menawarkan harga yang termurah di Malaysia.

Kalau semua janji-janji dalam manifesto pembangkang telah dilaksanakan dengan jayanya, apa guna wakil rakyat yang dilantik nanti? Mudahlah kerja pembangkang nanti, sudah tentu mereka akan tersenyum senang dan duduk hanya goyang kaki sahaja tanpa memikirkan apa-apa. Almaklumlah, semua janji-janji tersebut sudah dilaksanakan lebih awal lagi.

Apa yang lebih penting lagi, bukan hanya manifesto sahaja yang diciplak oleh pembangkang malah ‘tagline’ yang dilancarkan oleh Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin juga turut dikebas oleh mereka.

Dengan tidak malunya pembangkang menggunakan ‘tagline’ Kita Pilih Biru dengan menukarnya menjadi ‘Kita Pilih Biru Yang Lebih Muda’. Belum apa-apa lagi sudah menampakkan mereka ini mula kekeringan idea. Beginilah jadinya apabila pembangkang diterajui oleh Tun Mahathir.

Apa yang boleh saya sifatkan pembangkang di Johor ini tidak mempunyai visi dan misi yang jelas. Malah perjuangan mereka juga masih kabur-kabur lagi. Sebab itulah mereka tidak dapat membentangkan sebuah manifesto yang lebih baik dari apa yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Johor

Kesimpulannya, saya percaya rakyat Johor dapat membuat pilihan yang tepat siapa yang layak untuk menerajui Negeri Johor ini. Dan pastinya rakyat mampu menangkis segala janji-janji manis yang ditaburkan oleh pembangkang.

 

Dhia Hani, Pemikir Muda Johor



Source link

read more

ISU AIR SELANGOR, PEMBANGKANG "KERING" IDEA!!!


Nampak gayanya, puak Pakatan Haprak tu bukan sahaja ketandusan idea untuk mengatasi isu gangguan bekalan air di Selangor pada ketika ini. Malah mereka juga ‘Kekeringan’ modal.

Maka terpaksa la mereka mengitar semula berita – berita lama untuk dijadikan sebagai bahan modal propaganda murahan bagi menutup kemaluan pemimpin – pemimpin Rejim Pakatan Selangor tu.

Diantara isu yang dibangkitkan ialah mengenai gangguan bekalan air di Pahang seperti mana yang dilaporkan dibawah. Katanya, 80 ribu pengguna terjejas akibat gangguan bekalan tersebut.

Herankan? Kenapa berita tiga bulan lepas pulak yang nak dibangkitkan? Berita yang disiarkan melalui laman portal berita Sinar Harian tu bertarikh 24 Januari 2018. Kenapa baru 2 hari lepas ianya nak dibangkitkan?

Dan tambah menghairankan, kenapa pengguna laman Facebook itu tidak pula menyebarkan berita mengenai kejayaan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang menangani masalah bekalan air tersebut?

Kerosakkan tebing Sungai Kobat yang dijangka memerlukan pembaikkan semula selama dua minggu dapat diselesaikan dalam masa 5 hari sahaja. Dan dalam masa itu, bekalan air kepada pengguna tetap ada.

Ternyata, taktik yang cuba digunakan oleh pengikut puak Pakatan Haprak tu hanya memalukan diri mereka sendiri. Takkan setara itu je kerja Geng Cybertrooper yang terima upah lumayan dari Pakatan nak cari isu? Suruh budak sekolah tadika pun pandai!!!



Source link

read more

PAS ANGGAP PAKATAN “BANKRAP IDEA”!!! ~ SEMUT HITAM


Pakatan Haprak yang diketuai DAPigs dianggap ketandusan idea untuk mentadbir negara apabila mengemukakan janji-janji yang tidak jelas kepada rakyat di sebalik manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu ditegaskan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor apabila menyifatkan manifesto bersama PKR, DAPigs, PAN dan PPBM itu hanya untuk menarik undi tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada negara serta rakyat. 

Mengambil contoh janji memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), PAS menganggap perkara itu sukar untuk dilaksanakan kerana hasil yang diperoleh Kerajaan Persekutuan menerusi pelaksanaan sistem percukaian itu adalah tinggi. 

“Justeru, adalah mustahil Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai tersebut kerana ia merupakan antara penyumbang hasil terbesar kepada Kerajaan Persekutuan.

“Apabila kita bercakap satu perkara yang besar, langkah untuk memansuhkan GST itu sudah tentunya akan memberi kesan rantaian kepada rakyat, sektor ekonomi yang akhirnya akan kedudukan negara pada masa depan,” katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini. 

Pada masa sama, PAS turut membidas Pakatan yang dianggap begitu lemah dalam merangka dasar negara apabila gagal mengemukakan mekanisme atau alternatif khusus bagi menggantikan GST.

Walaupun Pakatan mahu memperkenalkan semula Cukai SST, tindakan itu dianggap bukan satu langkah yang praktikal kerana sistem percukaian yang dilaksanakan pada tahun 1972 termasuk semasa era Tun Mahathir didapati terdedah dengan pelbagai masalah ketirisan. 

Dalam masa sama, PAS juga turut menegaskan bahawa manifesto Pakatan Haprak yang diumumkan pada Khamis lalu itu hanyalah ‘Gula – Gula’ yang akan memudaratkan rakyat.




Source link

read more

Pembangkang tidak ada idea langsung untuk bangunkan negara – Hanafi


KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan yang diumumkan semalam tidak lebih sebagai indah khabar dari rupa.

Ini kerana, PH tidak mungkin akan menang dan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan berikutan perbalahan dan krisis dalaman yang berlaku sesama mereka menyebabkan masing-masing berdepan laluan sukar untuk menang dua pertiga.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Senator Datuk Hanapi Mamat berkata, beliau tidak sempat membaca sampai habis semua muka surat Manifesto PH, tetapi melihat kepada 60 janji yang dikemukakan, jelas pakatan cuba menipu rakyat melalui janji.

“Kita tidak perlu melihat janji ini dapat ditunaikan atau tidak pada hari pentadbiran selepas PRU 14, kita tengok tiga negeri bawah mereka di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan pun sudah tahu mereka sebenarnya gagal menjadi kerajaan yang menepati janji.

“Apa berlaku kepada rakyat di Pulau Pinang. Apa berlaku kepada rakyat di Selangor dan Kelantan? Ketiga-tiga kerajaan ini menjanjikan bulan dan bintang, tetapi selepas dua penggal memerintah (Kelantan hampir 28 tahun) apa yang rakyat dapat?

“Nasihat saya kepada PH, tidak perlu memasang angan-angan terlalu tinggi, takut jatuh nanti, tidak sempat melihat dunia,” katanya ketika dihubung theRakyat di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai Manifesto Pakatan Harapan bagi PRU 14 yang akan diumumkan di Shah Alam, Selangor malam ini.

Dalam manifesto itu, PH menawarkan 60 janji termasuk 10 janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya sebaik mendapat dua pertiga kerusi Parlimen.

Sepuluh janji yang akan disegerakan dalam tempoh 100 hari pertama pemerintahan PH ialah menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat; menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

Menghapuskan hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda; memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah; menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.

Janji keenam ialah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam; menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji.

Tiga lagi janji kerajaan PH ialah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963; memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaian untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40; dan melancarkan kajian terperinci mengenai projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Hanapi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas berkata, BN telah menunaikan 98 peratus janji yang terkandung dalam manifesto PRU 13 dan berjaya mengubah taraf sosio ekonomi rakyat.

Beliau turut menempelak PH kerana mengemukakan manifesto yang diciplak daripada kejayaan BN seperti perumahan awam mampu milik, menghapuskan beberapa plaza tol di Selangor, Kedah dan Johor, pengangkutan awam serta memperkasakan perkhidmatan awam.

“Mereka tidak ada idea untuk menjanjikan perkara baharu yang tidak tidak dilakukan oleh BN, kerana semua 60 janji yang terkandung dalam manifesto mereka itu adalah yang BN telah, sedang dan akan lakukan,” katanya. – theRakyat



Source link

read more

AZMIN KERING IDEA JADIKAN “STADIUM PADANG PASIR” MODAL POLITIK!!! ~ SEMUT HITAM


Sekarang ni Si Azmin Ali tu mudah sangat ‘Tersentuh’ bila sebut pasal ‘Pasir’. Memang agak tak lekang perkataan ‘Pasir’ tu menjadi sebutan dihujung bibir dia. Mungkin memang ada kaitan kot.

Maklum la. Sebelum ni, anak sedara dia kantoi kes SPRM pun melibatkan kartel Pasir di negeri Selangor. Jadi, tak heran la kalau tiba – tiba je Si Azmin Ali tu sebut pasal ‘Stadium Padang Pasir’.

Mungkin dalam perancangan jangka masa panjang, Si Azmin Ali tu bercadang nak buat stadium bola sepak pertama di Malaysia yang menggunakan padang pasir seperti yang ada di Iraq.

Siapa tau. Kan Si Azmin Ali ni banyak idea. Malah dia sendiri pernah mendabik dada mendakwa kononnya dia hebat mentadbir negeri Selangor sampai isu stadium pun tak boleh diselesaikan.

Jadi, tak mustahil sekiranya kehebatan Si Azmin Ali tu akan membuatkan dia mengambil keputusan untuk membina sebuah stadium bola sepak pertama di dunia yang menggunakan pasir.

Tapi, jangan pulak dia anggap artikel ni sebagai satu sindiran. Sebaliknya, anggap la artikel ni sebagai satu motivasi buat Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu pada ketika ini.

Sebab kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan sahaja nampak kebudak – budakkan. Tetapi ianya juga membuktikan bahawa Si Azmin Ali tu dah ketandusan idea nak dijadikan modal Politik.

Sindiran dia terhadap tuntutan Persatuan Bolasepak Selangor yang memohon penggunaan Stadium Shah Alam dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap sukan bolasepak di Malaysia.

Bahkan kenyataan yang dibuat juga membuktikan bahawa dia bukan sahaja tidak layak menjadi seorang pemimpin. Tetapi dia juga GAGAL untuk menyelesaikan isu sedemikian secara profesional.

Tinggal lagi, perkara seperti itu bukan satu perkara baru. Sebaliknya sebelum ini pun, pelbagai pihak menganggap Si Azmin Ali tu sebagai seorang pemimpin yang GAGAL. Malah parti gabungan Pakatan Haprak tu pun anggap dia Tak Layak jadi pemimpin!!!




Source link

read more

Kempen undi rosak, pembangkang bankrap idea


KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (HP) sudah kebankrapan idea apabila mencetuskan isu undi rosak untuk menarik simpati rakyat dan pada masa sama mahu menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) konon tidak berlaku adil kepada mereka.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Ir. Md. Nasir Ibrahim, jika sistem pilihan raya tidak adil, masakan pembangkang boleh menang di Selangor dan Pulau Pinang sejak dua penggal lalu dan Kelantan hampir enam penggal.

“Jika kita menggunakan kaedah undi rosak ini sudah pasti negeri yang kita kalah seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan kita dapat ambil dengan mudah menggunakan kaedah ini.

“Tapi kita tidak pernah mengamalkan kempen undi rosak dan saya rasa langkah yang diamalkan pembangkang ini adalah satu keadaan yang dipanggil kebankrapan idea,” katanya pada majlis perjumpaan dengan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Templer, di Selayang, kelmarin.

Beliau yang juga Koordinator DUN Templer berkata, Sabtu lalu pihaknya telah dipanggil oleh SPR untuk mendengar penerangan khusus mengenai keadaan ketika hari mengundi dan penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkan pembangkang, iaitu undi rosak.

Ujarnya, selepas mendengar penerangan dan penjelasan itu, UMNO Bahagian Selayang mendapai SPR sebuah organisasi yang sangat telus dalam bidang tugasnya mengendali serta menguruskan sistem pilihan raya.

“Saya dapat rasakan SPR sangat telus dalam hal ini dan mereka memaklumkan bagaimanakah yang dikatakan undi yang boleh diterima dan apakah undi rosak dan langkah diambil jika ada masalah,” katanya.

Ir. Md. Nasir turut menempelak pembangkang yang disifatkan sebagai terkebelakang apabila mendakwa kempen undi rosak sebagai strategi Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya. – theRakyat



Source link

read more

MPM diminta sumbang idea corak agenda besar negara – TPM



KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) diminta menyumbang idea bagi membantu kerajaan mencorak agenda besar orang Melayu dan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MPM yang dianggotai tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang tidak seharusnya meletakkan pandangan mereka hanya di kertas seminar dan konvensyen, sebaliknya bersama-sama melaksanakan agenda berkenaan bersama kerajaan.

“Saya tidak mahu MPM memikirkan tentang hal titik bengik seperti bagaimana nak membayar sewa bangunan dan hal-hal pentadbiran, tetapi fokus kepada agenda besar negara,” katanya ketika berucap merasmikan Wisma MPM – Bina Daulah dan persidangan tahunan kelapan MPM di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung MPM Datuk Prof Dr Hasan Mad.

Ahmad Zahid turut meminta MPM dan pihak lain supaya tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keseorangan dalam menterjemahkan agenda negara.

“Perdana Menteri tidak boleh dibiarkan keseorangan, ditambah dengan hujanan pelbagai isu yang dilemparkan kepadanya. Saya akan terus membantu beliau,” katanya.

Beliau turut mengingatkan MPM untuk membuka ruang kepada ilmuwan, agamawan dan golongan profesional yang lain dalam perbincangan mencorak agenda besar berkenaan.

“Kita tidak harus berada dalam kepompong sesama kita sahaja, bawa mereka duduk dalam MPM supaya menjadi ‘check and balance’ serta ambil kepedulian idea-idea mereka supaya ada keterangkuman dalam pelaksanaan agenda besar ini,” katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata masyarakat perlu sedar bahawa agenda diperjuangkan MPM selama ini tidak mendesak serta mengetepikan kaum-kaum lain.

Pada majlis itu, timbalan perdana menteri turut mengumumkan peruntukan bayaran sewa bangunan bangunan MPM berkenaan berjumlah RM2,800 sebulan bagi tempoh 10 tahun.

— BERNAMA



Source link

read more

Kongsikan idea anda di Kanvas Belia TN50



KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengeluarkan sorotan digital draf laporan aspirasi belia dalam fasa akhir inisiatif pendampingan belia Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Laporan yang dinamakan ‘Kanvas Belia TN50’ itu menghimpunkan pelbagai aspirasi belia malaysia untuk era transformasi negara seterusnya.

KBS dalam satu kenyataan memaklumkan sorotan digital laporan itu akan diaktifkan jam 12
tengahari, 1 Disember ini di www.mytn50.com/kanvasbelia.

Ia bertujuan mengumpul maklum balas akhir daripada golongan belia bagi memastikan semua pandangan diambil kira sebelum laporan penuh dimuktamad dan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Januari tahun depan.

Para belia juga dijemput berkongsi idea dengan berinteraksi di laman web Kanvas Belia TN50 atau dengan meletakkan hashtag #ideaTN50 di media sosial.

Suarakan pandangan dan idea anda sebelum 31 Disember 2017 untuk menjadi sebahagian daripada usaha Transformasi Nasional ini.



Source link

read more