Bunuh tiga beranak Imigresen perketat pintu sempadan halang suspek bolos



KOTA BHARU: Jabatan Imigresen memperketatkan pemeriksaan di pintu sempadan negara bagi membantu polis menyekat suspek dalam kes pembunuhan tiga sekeluarga di sini, Rabu lepas, bolos ke luar negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya sudah mendapatkan maklumat terperinci berkaitan suspek yang kini sedang dijejaki polis bagi membantu sisatan kes itu.

“Dalam soal jenayah, kita sentiasa bekerjasama dengan polis, dan sentiasa kita perketatkan pintu masuk, dan kita sudah dapat perincian bagi memastikan tiada pembolosan berlaku di sempadan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Jasa Perwira Piala Ketua Pengarah Imigresen 2017 di sini, hari ini.

Mustafar berkata, kawalan sempadan akan dipertingkatkan sekiranya berlaku apa juga kes, sama ada di negara ini atau negara jiran, melalui kerjasama bileteral yang telah terjalin sekian lama.

Dalam kejadian Rabu lepas, mangsa Kha Eng Ni, 42, isterinya, Chua Joo Seok, 43, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, dibunuh di sebuah rumah yang dijadikan stor barangan perkakas rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab di sini.

Polis kini sedang mencari seorang lelaki yang bekerja dengan mangsa dikenali sebagai Sharat a/l Eh [email protected], 31, bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Sementara itu, Jabatan Imigresen turut melancarkan Skuad Cakna Bah sebagai persiapan pihaknya menghadapi musim tengkujuh yang berkemungkinan berlaku banjir di pantai timur.

“Skuad proaktif ini diwujudkan bagi menangani bencana banjir serta menjaga kebajikan pegawai dan anggota jabatan ini,” kata Mustafar.

Di Kelantan, antara kawasan yang sering terlibat dengan banjir ialah Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Bukit Bunga dan Tanah Merah.



Source link

read more

[VIDEO] Jabatan Imigresen pastikan suspek bunuh tidak bolos – Jenayah


KOTA BHARU 18 Nov. – Jabatan Imigresen akan memastikan suspek kes pembunuhan tiga beranak pada Rabu lalu tidak akan melepasi pintu sempadan khususnya ke Thailand.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya sudah menerima butiran mengenai kes itu daripada polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya memastikan suspek tidak bolos.

“Dalam soal jenayah yang berlaku sama ada dalam atau luar negara kita sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama pihak polis.

“Kita sudah dapat beberapa perincian mengenai suspek kes pembunuhan ini bagi memastikan tidak ada pembolosan ke luar negara.

“Kita sentiasa memastikan pintu sempadan di tempat yang dikawal oleh kita diperketat dan akan sekat daripada bolos,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Jasa Perwira Piala Ketua Pengarah Imigresen Malaysia 2017 di KB futsal Arena di sini hari ini.

Video oleh ASMA HANIM MAHMOOD

Sebanyak 450 peserta mewakili 45 pasukan menyertai kejohanan futsal tahunan jabatan itu yang dianjurkan buat pertama kali di negeri ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan alat perkakasan, Kha Eng Ni, 42, dan isterinya, Chua Joo Seok, 37, ditemukan mati selepas ditikam beberapa kali di dada serta badan dengan pisau dan besi tajam di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab di sini.

Manakala seorang lagi anak mangsa, Kha Zee Hanz, 13, terbunuh akibat hentakan kuat di kepala dengan tukul oleh suspek, Sharat Eh Wang @ Pot, 31, yang bekerja sebagai pemandu van dengan pasangan suami isteri tersebut.

Pada malam tadi, polis menemui sebuah lori berwarna putih yang dilarikan suspek di kawasan berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Imigresen tahan 14 warga Bangladesh – Jenayah


KUALA LUMPUR 15 Nov. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 14 warga Bangladesh yang terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen termasuk pas lawatan kerja sosial dan kad penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di sebuah rumah di Serdang, semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya berjaya merampas dua set komputer, mesin pencetak kad bernilai RM 8,000, wang tunai kira-kira RM7,000 dan sebuah kereta jenis Toyota Camry.

Katanya, serbuan tersebut dilakukan selepas membuat risikan hampir tiga minggu di kawasan Puchong dan Seri Kembangan.

“Sindiket ini mengaut keuntungan diantara RM 30,000 sehingga RM40,000 sebulan. Kita percaya kad-kad palsu ini bukan sahaja dijual di ini di ini negara tetapi turut dijual kepada pekerja Bangladesh diseluruh negara berdasarkan alamat kad yang dirampas,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Imigresen gempur Bukit Bintang 450 PATI ditahan



KUALA LUMPUR: Seramai 915 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diperiksa dengan 450 daripadanya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi bersepadu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Kesemua tangkapan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Thailand, Vietnam, Indonesia, India, Oman dan lain-lain.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali yang turut menyertai operasi terbabit berkata, pemantauan berterusan akan giat dilakukan membabitkan kawasan tumpuan pelancongan khususnya di ibu negara.

“Kawasan tumpuan pelancongan akan terus digempur kerana kita tidak mahu imej negara hilang identitinya dengan kebanjiran PATI ini.

“Mereka bukan sahaja masuk ke negara kita dengan cara tidak sah malah turut bekerja di premis sekitar seperti seolah-olah berada di negara mereka,” kata Mustafar.

Sementara itu, Mustafar turut memberi amaran kepada para majikan agar berhenti menggaji PATI atau berdepan tindakan tegas pihak berkuasa.

“Para majikan digesa untuk tidak mengambil jalan mudah dengan menggaji pekerja tanpa mengikut prosedur ditetapkan. Mereka yang didapati melanggar undang-undang pasti berdepan tindakan tegas.”

Kesemua PATI yang ditahan dan selesai menjalani siasatan akan dibawa ke depo tahanan sementara di Bukit Jalil sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Operasi bersepadu yang bermula pada 4.30 petang itu turut disertai pelbagai agensi lain termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Source link

read more

Jangan main-main dengan Jabatan Imigresen – Mustafar – Negeri Sembilan


TELOK KEMANG 14 Nov. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran kepada orang ramai yang berurusan dengan jabatan itu supaya tidak sesekali cuba menawarkan rasuah kepada para pegawainya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, ini kerana pegawai imigresen telah diminta supaya menahan mana-mana individu yang berbuat demikian.

“Jangan main-main dengan kami. Jangan terfikir untuk memberi rasuah kepada pegawai imigresen. Ada individu yang memberikan rasuah ini telah djpenjarakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kadet Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 4/2017 di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, Mohd. Jasmi Mohd. Juwahir.

Seramai 239 kadet melafazkan ikrar tersebut yang diperkenalkan buat pertama kali kepada pegawai baharu kursus berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mustafar mengingatkan para pegawai supaya mengekalkan JIM sebagai jabatan bermaruah dan menegaskan rasuah bukan budaya jabatan itu.

“Ingatlah bahawa masyarakat sentiasa memandang kita. Pakaian seragam yang kita pakai ini adalah amanah.

“Sebagai barisan hadapan di pintu masuk negara, kita tidak akan berkompromi dengan kedaulatan dan keselamatan negara,” ujarnya.

Mengenai majlis IRB itu, Mustafar berkata, ia merupakan usaha bagi membentuk minda pegawai muda supaya menjauhi rasuah sebelum memulakan tugas dengan jabatan tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Imigresen Sabah kesan PATI guna pasport kosong



TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan ‘pasport kosong’ iaitu pasport yang dikeluarkan kedutaan atau konsulat masing-masing, tetapi tiada rekod pasport itu didaftar keluar atau masuk negara ini dengan jabatan itu.

Pengarah Imigresen Negeri Musa Sulaiman berkata walaupun kes berkenaan tidak begitu serius di negeri ini, namun jabatan itu tidak akan memandang remeh perkara itu.

“Ada juga majikan yang menggaji pekerja asing yang menggunakan pasport kosong ini yang dikeluarkan oleh kedutaan atau konsulat mereka, tetapi tidak masuk ke negara ini secara sah.

Jabatan Imigresen Sabah tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang atau mengganggu kedaulatan negara, termasuk penggunaan pasport kosong,” katanya pada majlis Dialog Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dengan Persatuan Cina Tawau di sini.

Musa menjelaskan hanya pasport yang melalui prosedur ditetapkan kerajaan sahaja yang boleh diguna pakai untuk tinggal dan mendapatkan pekerjaan di negeri ini.

IMIGRESEN-PASPORT 2 (AKHIR) TAWAU

Mengulas mengenai sesi dialog itu, beliau berharap lebih banyak sesi seperti itu diadakan dengan para majikan tampil menyuarakan segala isu berkaitan imigresen yang membelenggu mereka.

“Kita berharap daripada sesi ini kita mendapat maklum balas dan dapat memberi perkhidmatan secara efisien dan dalam masa sama kita dapat terus mengingatkan majikan agar sentiasa menggaji pekerja yang memiliki dokumen sah,” katanya.

Musa berkata menggaji pekerja asing yang memiliki dokumen sah dapat mengelak majikan daripada berhadapan tindakan undang-undang sekali gus dapat mengukuhkan aspek keselamatan.

“Kita tidak mahu para majikan ini menggaji pekerja yang kita tidak ketahui identitinya dan jangan hanya memikirkan aspek keuntungan semata-mata tetapi fikir sekali aspek keselamatan,” katanya lagi.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons