Kesejahteraan umat Islam wajar dirasai semua insan – Nasional


TRANG, Thailand 13 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kesejahteraan umat Islam sebagai umat yang membawa rahmat ke seluruh alam, sewajarnya dirasai oleh semua insan di dunia ini.

Baginda bertitah, oleh sebab itu, tiada tempat di dalam agama itu ciri-ciri keganasan, sikap yang keras dan inklusif berhubung kebajikan, sebaliknya umat Islam dituntut bekerjasama ke arah kebaikan dan ketakwaan.

“Ini selari dengan tujuan utama mewujudkan kesatuan umat yang bukanlah untuk bermusuh dengan pihak yang lain tetapi adalah untuk bersama-sama membina sebuah tamadun atau peradaban tinggi yang mengimbangi antara pembangunan material dan kebendaan serta keteguhan rohani.

“Sebuah tamadun sejahtera yang membawa kepada kehidupan manusia, kedamaian, hikmah dan kebijaksanaan, merentasi kaum, bangsa, tempat dan juga agama,” titah baginda.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat bercemar duli merasmikan majlis Penutupan Seminar Ummatan Wahidah 2018 di sini, hari ini.

Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama majlis-majlis agama Islam di enam wilayah Andaman bersempena program Ziarah Mahabbah MAIPs 2018.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Gabenor Wilayah Trang, Siriphat Phatthakul dan Naibnya, Chaiporn Pattanarak serta ahli-ahli majlis MAIPs dan ahli-ahli jawatan kuasa kewangan MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin seterusnya bertitah, perbezaan negara juga seharusnya tidak menghalang untuk kedua-dua umat Islam di negara berjiran itu saling bekerjasama membangunkan kekuatan ekonomi, pendidikan dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

Sebagai rekod, matlamat utama MAIPs melawat umat Islam di wilayah Andaman ialah untuk menyebarkan misi ummatan wahidah, iaitu umat yang satu, yang mencintai kebaikan dan kedamaian dalam kalangan manusia.

Pada masa sama, MAIPs yang diterajui baginda selaku Yang Dipertuanya berhasrat saling membantu membina tamadun dan kemajuan hidup sesama umat Islam agar menjadi penyumbang kebaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum, bangsa, negara dan agama.

Antara ahli panel di seminar yang dihadiri 400 peserta tersebut ialah Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Rektor Universiti Fatoni Dr. Ismail Lutfi Abdul Rahman Japakiya.

Terdahulu daripada itu baginda berkenan menerima kunjungan mengadap hormat oleh yang dipertua-yang dipertua majlis agama Islam di enam wilayah Andaman. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Siapa netizen mengecam pengurniaan Datuk kepada insan seni – Nasional


PEKAN 16 Dis. – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil menyelar tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan penganugerahan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kepada insan seni seperti dirinya.

Farid Kamil Zahari, 36, yang dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu berkata, kecaman itu wujud disebabkan netizen tidak mempunyai sebarang ilmu atau pembelajaran khusus tentang adat-adat Kesultanan Melayu Pahang.

“Siapa netizen itu (yang mengecam)? Yang memberikan penganugerahan itu adalah atas titah Sultan Pahang.

“Saya berharap mereka lebih baik diam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, di sini hari ini.

Selain Farid Kamil, pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz turut menerima DIMP yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam istiadat kali ini, seramai 167 penerima menerima pingat dan darjah kebesaran dengan 21 penerima dianugerahkan Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri; lima penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan gelaran Datuk Indera.

Manakala, seramai 12 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 78 penerima DIMP dengan kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai enam orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (lapan orang) dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) (20 orang), sembilan enam orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan 13 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons