Instagram uji perkongsian Instagram Stories ke WhatsApp



Instagram sebelum ini telah menawarkan kemudahan untuk pengguna berkongsi Intagram Stories terus kepada Facebook Stories.

Ini sekaligus memudahkan pengguna menerbitkan perkongsian 24 jam mereka dengan lebih mudah dibawah platform yang dimiliki Facebook.

Kini, selain terus ke Facebook, Instagram juga dilihat sedang menguji kaedah sama tetapi berkongsi terus ke WhatsApp.



Source link

read more

Iran sekat aplikasi Telegram dan Instagram



TEHRAN: Iran menguatkuasa sekatan ke atas rangkaian sosial media, yang dipercayai jadi platform untuk menganjurkan protes anti-kerajaan yang sudah berlanjutan selama empat hari.

Media tempatan melaporkan larangan ‘sementara’ ke atas aplikasi Telegram dan Instagram itu dilaksanakan bagi mengekalkan keamanan.

Protes anti-kerajaan kali ini disifatkan yang terbesar sejak protes besar-besaran pada 2009.

Presiden Iran, Hassan Rouhani dalam kenyataan pertamanya sejak protes itu menegaskan, warga Iran mempunyai hak untuk mengadakan tunjuk perasaan, namun ia tidak sewajarnya menimbulkan huru-hara.

Protes anti-kerajaan bermula di timur laut negara itu, sebagai bantahan terhadap masalah ekonomi dan kenaikan harga.

Bagaimanapun ia bertukar menjadi protes politik di beberapa lokasi, dengan penunjuk perasaan menyatakan bantahan secara terbuka terhadap pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta Hassan.

Protes juga bertukar menjadi ganas, dan pihak berkuasa terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka.



Source link

read more

Peminat lepas rindu Zul Ariffin kembali aktif di Instagram



KERINDUAN peminat terubat selepas pelakon kesayangan mereka, Zul Ariffin kembali aktif di akaun Instagram (IG)nya.

Zul Ariffin telah mengaktifkan akaun IGnya dengan memuat naik foto terbarunya hari ini.

Menerusi kapsyennya, Zul memberitahu dia berada dalam keadaan sihat dan berterima kasih kepada peminat yang mendoakan arwah ibunya.
 

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, peminatnya meluahkan rasa lega kerana Zul memilih untuk kembali aktif. “Semoga terus istiqomah, tabah dan semangat. Almarhum ibumu pastu bangga denganmu,” – @smsurianihjrusli

“Yey my Zul is back, Alhamdulillah somoga semuanya dipermudahkan,” – @suzlinsalleh

“Welcome back Zul Ariffin, semoga terus kuat dan tabah. Semoga pelangi menyinari hidupmu,” – @tinadamia

Terdahulu, Zul Ariffin telah memadamkan IGnya buat sementara waktu selepas ibu kesayangannya, Robiah Nasir, meninggal dunia awal Disember lalu.

Foto: Instagram Zul Ariffin



Source link

read more

Instagram nelayan Rusia terus popular kongsi gambar makhluk marin aneh



ROMAN Fyodorov, seorang nelayan Rusia terus meraih tumpuan pengguna media sosial kerana perkongsian koleksi foto makhluk pelik dan mengerikan yang ditemuinya.

Fyodorov menggunakan platform Instagram dan memuat naik pelbagai gambar hidupan laut dalam yang luar biasa termasuk yang tersangkut di pukatnya.

Menariknya ada antaranya kelihatan seakan makhluk dalam filem termasuk Alien dan spin-off Harry Potter, Fantastic Beasts and Where to Find Them. Malah ada yang kelihatan berwajah manusia.

Tindakan Fyodorov yang berasal dari bandar Murmansk itu membuatkan pengikutnya sentiasa ternanti-nanti makhluk apa lagi yang bakal dikongsinya.

Bagi Fyodorov sendiri, paling diminatinya adalah seekor ikan yang mirip jerung pra-sejarah dengan deretan gigi yang luar biasa.

Fyodorov juga meminta pertolongan pengikut Instagramnya untuk membantunya menamakan makhluk yang dia sendiri tidak pernah melihatnya.

Berikut beberapa gambar makhluk pelik yang dikongsi Fyodorov di laman sosial miliknya.

Akaun Instagram Fyodorov dengan nama @rfedortsov_official_account sehingga kini telah memiliki lebih 200,000 pengikut.



Source link

read more

Selamat datang ke Instagram Will Smith



SELAMAT datang ke Instagram, Will Smith!


Pelakon Hollywood terkenal, Will Smith mengejutkan peminatnya apabila beliau membuka akaun Instagram pada Khamis.

Dalam hanya tempoh dua hari, pelakon Bright itu sudahpun mempunyai dua juta pengikut.

Kawan baik Will, penyanyi Justin Timberlake turut mengucapkan ‘selamat datang’ kepadanya dengan memuat naik gambar mereka bersama.

Timberlake juga turut mengajar beberapa istilah sosial media seperti ‘throwback’. 

“Selamat datang ke Instagram Will Smith. Ini namanya #TBT bermaksud Throwback Thursday yang bermaksud anda memuat naik gambar kegemaran yang diambil sebelum ini pada hari Khamis.

“Saya suka gambar ini kerana kita nampak seperti sedang bercakap sesuatu yang serius dan ia membuatkan saya rasa sebagai orang penting,” tulis Justin.



Source link

read more

Instagram Janna Nick dengan 3.1 juta pengikut kena hack dia disabotaj



AKAUN Instagram milik pelakon Janna Nick yang mempunyai 3.1 juta pengikut digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Menerusi pemerhatian di laman sosial, ramai peminat Janna meluahkan rasa pelik kerana semua gambar dipadam serta Instagram milik Janna tidak mengikuti mana-mana akaun.
 
Ada peminat yang mula berspekulasi dan membuat andaian akaun Janna disabotaj oleh pihak penggodam.
 
Menerusi kemas kini akaun Instagram kelab peminat Janna, @janna_nicker, gadis itu sedang berusaha untuk mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya.
 
Dalam perkembangan lain, Janna akan muncul dengan single kedua berjudul Akan Bercinta.
 
Dicipta sepenuhnya oleh vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza, muzik video lagu Akan Bercinta bakal dilancarkan secara rasmi pada 9 malam ini menerusi akaun YouTube Janna Nick.
 
Lagu ini juga menjadi lagu tema drama bersiri My Coffee Prince lakonan Janna bersama Fattah Amin.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal
 



Source link

read more

Ini gambar paling banyak dapat like di Instagram



Boleh dikatakan sebahagian besar daripada 600 juta pengguna Instagram suka melihat gambar bayi selebriti dan ini terbukti daripada lima gambar yang paling banyak mendapat ‘likes’ di Instagram.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Beyonce, Christiano Ronaldo dan Selena Gomez mendapat jumlah ‘likes’ paling banyak dengan gambar bertemakan kehamilan dan bayi.

Di tempat pertama gambar Beyonce mengumumkan kehamilan anak kembarnya yang mendapat 11,280,238 ‘likes’ sekaligus memecahakn rekod gambar yang paling disukai di Instagram.

Mendapat 8 juta ‘likes’ dalam masa 24 jam, trend mengumumkan kehamilan melalui Instagram mendahului senarai.

Bintang sukan, Cristiano Ronaldo turut membuktikan gambar kelahiran bayi perempuannya bersama teman wanita Georgina Rodriguez mendapat 11,028,821 ‘likes’

Ditempat ketiga satu-satunya gambar yang tidak memaparkan bayi – Selena Gomez yang menyatakan penghargaan kepada rakan baiknya kerana mendermakan buah pinggang mendapat 10,312,736 ‘likes’

Bagaimanapun jumlah itu agak sedikit jika dibandingkan dengan reputasi Selena yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai iaitu 130 juta pengikut.

Beyonce sekali lagi masuk senarai di tempat ke empat dengan gambar bersama anak kembarnya Sir Carter dan Rumi sempena sebulan kelahiran mereka.

Ditempat kelima – Cristiano Ronaldo, kali ini dengan anak kembarnya Mateo dan Eva yang mendapat 8,258,154 ‘likes’.

Kesimpulannya, jika mahu mendapat ‘likes’ yang banyak anda perlu jadi seorang selebriti dan mempunyai bayi kembar.



Source link

read more

Fattah-Fazura kongsi video detik manis majlis pernikahan di Instagram



KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang sudah bergelar suami isteri berkongsi sebuah video yang memaparkan detik-detik manis majlis pernikahan mereka di laman Instagram masing-masing.

Beberapa petikan video memaparkan persediaan pernikahan mereka yang berlangsung di Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada Isnin malam lalu.

Pasangan sama cantik, sama padan tersebut bernikah dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat mereka.

BACA: Fattah peristerikan Fazura dengan sekali lafaz

BACA: ‘Saya nampak masa depan saya di mata Fattah’ – Fazura

BACA: ‘Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu’ – Fattah



Source link

read more

‘Presiden Instagram’ dijangka kekal terajui Slovenia – Luar Negara


LJUBLJANA, Slovenia 12 Nov. – Borut Pahor dijangka memenangi penggal kedua pentadbirannya selaku Presiden negara ini selepas mendahului pencabarnya, Marjan Sarec pada pusingan pertama undian hari ini.

CALON Presiden, Borut Pahor ketika menghadiri sesi debat yang disiarkan menerusi kaca televisyen sempena kempen Pilihan Raya Presiden Slovenia baru-baru ini. -REUTERS

Pahor yang digelar ‘Presiden Instagram’ kerana kekerapannya berkongsi gambar serta perkembangan terkini menerusi laman sosial itu memperoleh 47.1 peratus undian berbanding Sarec yang hanya mendapat 24.9 peratus undian sahaja.

Selain jawatan Presiden yang disandangnya sejak Disember 2012, Pahor yang juga bekas model pernah dilantik sebagai bekas Perdana Menteri Slovenia antara November 2008 hingga Februari 2012 yang lalu. – AFP



Source link

read more

Zizan Razak tak sangka PM Najib Razak muat naik foto di Instagram



PELAWAK popular Zizan Razak sama sekali tidak menyangka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memuat naik fotonya melentokkan kepala ke bahu pemimpin negara itu di laman sosial Instagram (IG).

Foto tersebut dirakam ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 daripada PM Najib di Minggu Media Sosial Malaysia 2017, semalam (Rabu).

Zizan ketika dihubungi Astro Gempak berkata, dia tidak menjangkakan anugerah tersebut bakal disampaikan oleh Perdana Menteri.

“Saya terharu menerima anugerah daripada tangan PM. Saya melentokkan kepala ke bahu PM kerana tidak tahu untuk menggambarkan betapa terujanya saya ketika itu.

“Tapi, saya tidak sangka yang PM kita orang yang sangat ‘sporting’! Beliau turut melentokkan kepala kepada saya.

“Momen malam ini tidak akan saya lupakan kerana ia sangat berharga buat diri saya, apatah lagi PM memuat naik foto kami di IGnya,” katanya.
 

Dalam pada itu, Zizan yang ketika ini mempunyai 4.4 juta pengikut di IG turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.

“Terima kasih kepada semua pengikut saya di IG, terutama peminat yang sering memberikan semangat dan sokongan sehingga saya berada di tempat saya sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, PM turut dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Global pada majlis anjuran Dewan Sosial Media Malaysia itu.

Anugerah tersebut disampaikan Pengasas dan Presiden Dewan Sosial Media Malaysia, Shahul Dawood Hameed sebagai penghargaan kepada beliau yang menggerakkan industri digital Malaysia dengan pelbagai inisiatif serta kerjasama di peringkat global.

Selain itu, Shahul dalam ucapannya turut menyifatkan penglibatan aktif Perdana Menteri dalam media sosial menjadikan beliau sebagai role model penting kepimpinan masa kini.

Setakat ini Najib Razak mempunyai 337,000 pengikut di Instagram, 3.3 juta pengikut di Facebook dan 3.8juta pengikut di Twitter.

Beliau mula menggunakan Twitter sejak September 2007 ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi menyampaikan maklumat serta kenyataan media.
 
Bagi platform Instagram, beliau mula aktif sejak Mac 2013 sebagai tempat berkongsi aktiviti di sebalik tabir.

Foto/Video: Instagram Najib Tun Razak & Zizan Razak

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons