Sengaja perlahankan iPhone Apple berdepan sembilan saman



SAN FRANCISCO: Gergasi teknologi dunia, Apple berdepan sembilan saman selepas mengakui bahawa syarikat itu sengaja memperlahankan peranti iPhone 6, iPhone 6s, iPhone SE dan iPhone 7.

Lapan saman difailkan di California, New York and Illinois, dan satu di Israel.

Syarikat itu mengakui, kemas kini sistem operasi iOS 11-nya mengehadkan pembekalan kuasa dari bateri kepada peranti, sekali gus memperlahankan prestasi beberapa model iPhone lama.

Apple bagaimanapun menegaskan, kemas kini itu perlu bagi melindungi bateri model-model iPhone lama.

“Kuasa bateri lithium-ion semakin terhad apabila persekitaran sejuk, mempunyai caj rendah atau apabila ia makin berusia, yang boleh mengakibatkan peranti terpadam dengan sendiri untuk melindungi komponen elektronik di dalamnya,” kata Apple dalam satu kenyataan minggu lalu.

“Tahun lalu kami mengeluarkan kemas kini untuk iPhone 6, iPhone 6S dan iPhone SE untuk mengawal sebarang perubahan mendadak kuasa apabila perlu untuk mengelakkan peranti terpadam dengan sendirinya,” tambahnya.

Langkah itu mengundang kritikan pelbagai pihak, yang berkata Apple sepatutnya menawarkan penggantian bateri percuma yang boleh menyelesaikan masalah tersebut, dan bukannya mengeluarkan kemas kini sistem operasi yang mengehadkan kuasa bateri dan memperlahankan prestasi peranti.

Ramai juga mendakwa tindakan Apple sengaja dibuat menjelang pelancaran model iPhone baru, yang mungkin memaksa pelanggan membeli model baru yang dilancarkan untuk menggantikan peranti mereka yang semakin perlahan.

“Jika betul pengguna akan menggantikan bateri dan bukan membeli iPhone baru jika mereka mengetahui keadaan sebenar, mungkin ada dalil untuk mendakwa Apple menipu atau memanipulasi situasi,” kata Rory Van Loo, professor di Universiti Boston yang berkepakaran dalam undang-undang pengguna.

Selain dari kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu, Apple tiada memberikan sebarang respon lain berkenaan insiden ini.



Source link

read more

Penjual tipu pelajar iPhone 7 didakwa



GUA MUSANG: Seorang jurujual didakwa di Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini kerana menipu seorang pelajar membabitkan wang berjumlah RM2,000 untuk membeli iPhone 7 melalui laman mudah.my pada Mei lalu.

Tertuduh, Yusnani Mohd Yusof, 20, dari Kuantan, Pahang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan itu, Yusnani didakwa memperdaya Noratirah Adila Muhairi, 17, supaya menyerahkan wang sebanyak RM2,000 kepadanya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan pembelian telefon iPhone 7 yang tidak wujud pada 6 dan 7 Mei lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail di hadapan Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Mohd Rosly membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 15 Januari depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes berkenaan.



Source link

read more

Makan Hati Lelaki sanggup beli 25 iPhone X untuk lamar kekasih


SEORANG pengaturcara permainan digital sanggup berhabis 210,000 yuan (RM133,770) untuk membeli 25 buah telefon pintar jenis iPhone X semata-mata mahu melamar kekasihnya.

Lelaki bernama Chen Ming itu telah membuat pesanan awal untuk mendapatkan model terbaharu telefon keluaran Apple itu yang dilancarkan di negaranya, China pada 3 November lalu.

Selepas memperoleh kesemua iPhone X itu, Chen menyusun telefon pintar tersebut dalam bentuk hati di atas taburan kelopak bunga mawar.

Teman wanitanya, Lee, tidak menyangka kejutan yang dirancang Chen dengan rakan-rakannya bertujuan untuk melamarnya.


“Lee terus menerima lamaran tersebut selepas Chen melutut di hadapannya,” kongsi sumber terdekat pasangan itu seperti yang dilaporkan World of Buzz.

Chen dan Lee bertemu dua tahun lalu menerusi aplikasi permainan digital yang dihasilkan oleh lelaki itu.

Jumlah 25 buah telefon pintar itu pula melambangkan umur teman wanitanya, 25 tahun.

Rakan-rakan Lee juga bertuah kerana masing-masing mendapat sebuah telefon pintar model sama daripada Chen.

Di China, iPhone X berharga 8,388 yuan (RM5,434) seunit.

Selepas gambar lamaran Chen kepada Lee itu tular di media sosial, kebanyakan netizen menyifatkan kaedah itu membazir memandangkan wang itu boleh digunakan untuk bayaran pendahuluan kenderaan atau rumah.


Sebenarnya, lamaran kekasih menggunakan telefon pintar pernah berlaku tiga tahun lalu apabila seorang lelaki di China membelanjakan RM400,000 untuk membeli dan menyusun 99 buah iPhone 6 demi melamar kekasihnya. 

Namun, lamaran itu ditolak!

Olahan oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Sanggupkah anda bayar RM5899 untuk iPhone X



KUALA LUMPUR: SYARIKAT teknologi terkemuka Apple Inc mula menjual edisi terbaharu telefon bimbitnya, iPhone X di pasaran Malaysia bermula 24 November ini pada harga RM5,899 dan RM5,149, lantas menjadikan model ini sebagai iPhone paling mahal pernah dijual Apple.

Jadi, wajarkah anda bayar lebih RM5,000 untuk sebuah iPhone?

Astro AWANI bertanyakan soalan ini kepada beberapa usahawan teknologi sama ada mereka akan mendapatkan model terbaharu iPhone tersebut.

BACA: 8 perkara anda perlu tahu mengenai iPhone X

Ketua Pegawai Eksekutif Katsana, Syed Ahmad Fuqaha Syed Agil meluahkan rasa terkejutnya apabila diberitahu tentang harga iPhone yang menjadi perbualan ramai.

“Katakan telefon ini digunakan untuk dua tahun, jika tidak mengambil kira bil, ia bersamaan hampir RM10 sehari!” kata Syed Fuqaha.

Ketua Pegawai Eksekutif Terato Tech, Reza Razali turut berkongsi sentimen yang sama.

“Bagi saya, saya tidak akan membeli iPhone X.

“Saya telah membuat beberapa perhitungan baru-baru ini. Sebuah iPhone X bersamaan lapan unit saham Apple. Lebih baik saya beli saham Apple, yang mana harganya akan naik.

“Tambahan pula, iPhone 7 Plus saya masih berfungsi dengan baik,” jelas Reza.

Ada juga yang memilih produk Apple lain berbanding dengan edisi iPhone terbaharu ini.

“Tidak (akan membeli iPhone baharu). Saya akan memilih untuk membeli iPad Pro,” tegas Siew Yuen Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif Jirnexu.

Versi terkini yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-10 dijangka dijual pada harga RM5,149 untuk storan 64GB dan RM5,899 bagi storan 256GB.



Source link

read more

iPhone X dijual lebih awal di Korea Selatan



SEOUL: Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc. berkata, firma itu akan memulakan penjualan telefon pintar iPhone X di Korea Selatan mulai 24 November depan, lebih awal daripada jangkaan, lantaran kelemahan prestasi jualan iPhone 8 di negara berkenaan, lapor agensi berita Yonhap.

Namun, jualan sepenuhnya hanya bermula pada tahun depan disebabkan bekalan yang terhad.

Model iPhone X (64-GB) akan dijual dengan harga 1.42 juta won (US$1,274) manakala model 256GB berharga 1.63 juta won.

Menurut pemerhati industri, penjualan lebih awal model berkenaan berikutan jualan iPhone 8 yang kurang memberangsangkan sejak berada di pasaran pada bulan ini. 

Apple telah menjual 140,000 unit telefon pintar iPhone 8 dalam tempoh dua hari selepas jualan dibuka secara rasmi pada Jumaat, dengan pesanan awal berjumlah 60 hingga 70 peratus.

Segelintir peminat Apple di Korea Selatan menunggu iPhone X, yang dilengkapi dengan ciri-ciri baharu seperti pengecaman wajah dan paparan pemancar cahaya organik (OLED).

Jualan iPhone X di peringkat global bermula minggu lepas.

“Nampaknya Apple memperkenalkan iPhone X lebih awal untuk memanfaatkan kekurangan bekalan sebagai strategi pemasaran,” kata seorang pegawai syarikat menjual telefon mudah alih tempatan.

— BERNAMA



Source link

read more

iPhone X mula dijual di lebih 50 negara



SYARIKAT teknologi terkemuka Apple Inc mula menjual edisi terbaharu telefon bimbitnya iPhone X (dibaca iPhone 10) di pasaran hari ini.

Model terkini telefon pintar oleh Apple itu boleh didapati mulai hari ini di lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Singapura, Australia, Jepun dan India.

Pelancaran rasmi iPhone X di Malaysia walau bagaimanapun masih belum diumumkan.

Ia dijangka dijual pada harga RM5,149 untuk storan 64GB dan RM5,899 bagi storan 256GB.

Apple sebelum ini membuka pra-pesanan untuk pembelian model itu pada 27 Oktober lalu.

Versi unik yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-10 ini mempunyai skrin menyeluruh berpaparan Super Retina, pengecasan tanpa wayar dan Animoji iaitu revolusi emoji baharu.

BACA: 8 perkara anda perlu tahu mengenai iPhone X

Ia juga boleh didapati dalam dua warna iaitu Space Grey dan Silver.

Buat pertama kalinya, Apple menampilkan iPhone tanpa butang ‘home’.

Berbanding dengan iPhone 8 atau sebelumnya, iPhone X mempunyai skrin 5.8 inci dan boleh diakses melalui ciri baharu “face ID” iaitu pengesanan wajah.

Edisi ini turut menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision dan HDR10.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons