Serangan bunuh diri berkembar ragut lebih 25 nyawa di Iraq



BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 25 terbunuh dan 63 yang lain cedera dalam satu serangan bom berkembar di tengah-tengah kota Baghdad, Iraq pada Isnin. Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, serangan disasarkan di Aviation Square, pusat komersial penting. Ia berlaku apabila dua lelaki meletupkan ‘vest’ yang sarat dengan bahan letupan.

Iraq bulan lalu mengiystiharkan perang ke atas kumpulan Daish yang menguasai satu pertiga negara itu sejak tiga tahun lalu, namun serangan tidak pernah terhenti dan terus disasarkan ke seluruh negara itu.



Source link

read more

Australia undur tenteranya dari bumi Iraq dan Syria



KUALA LUMPUR: Australia mengumumkan pengunduran pasukan tenteranya yang terlibat dalam operasi menetang militan Daish yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq dan Syria.

Menteri Pertahanan Australia Marise Ann Payne mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media khas yang diadakan pada Jumaat.

Jelas Payne, sepasukan tentera udara dan enam buah pesawat pejuang Super Hornet akan kembali ke Australia dalam masa terdekat.

“Angkatan tentera kami telah memberikan sumbangan yang amat penting kepada tentera pakatan antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat.

“Kami telah memberikan kerjasama tidak hanya dalam operasi udara tetapi juga dalam perkongsian maklumat dan operasi di darat.

“Pertempuran di Hawija, Iraq pada Oktober lalu merupakan kejayaan yang disumbang pasukan tentera kami dan ia berakhir hari ini.” jelasya.

Tambahnya penamatan operasi itu juga susulan pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi awal bulan ini.

Pada pertemuan tersebut Iraq mengisytiharkan negara itu bebas militan Daish dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan negara dunia.

Tambah Payne, Australia tidak akan berhenti begitu sahaja dalam operasi menentang pengganas sebaliknya komited menyambung usaha dan sokongan kepada negara rantau itu melalui 80 operasi khas yang dibentuk khusus menentang pengganas.



Source link

read more

Iraq ‘bebas’ dari Daesh – Luar Negara


BAGHDAD 9 Dis. – Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan negara itu telah sepenuhnya bebas daripada penguasaan kumpulan pengganas Daesh.

Pengumuman itu dibuat selepas tentera Iraq telah menguasai sepenuhnya sempadan negara itu dengan Syria.

“Tentera kami menguasai sempadan Iraq-Syria dan oleh itu, saya mengumumkan tamatnya peperangan menentang Daesh,” kata Haider dalam satu sidang media di Baghdad. – AFP



Source link

read more

Iraq isytihar perang ke atas Daish tamat



Selepas lebih daripada tiga tahun operasi pertempuran, Iraq mengumumkan pada Sabtu bahawa perjuangan menentang kumpulan militan Daish berakhir selepas pasukan ketenteraan negara mengusir ekstremis dari semua wilayah yang pernah ditakluk kumpulan itu.

Perdana Menteri Haider Al-Abadi secara rasmi mengumumkan kemenangan dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara Iraq malam Sabtu.

Bagaimanapun, para pegawai Iraq dan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa cabaran-cabaran utama tetap ada walaupun kemenangan ketenteraan.

“Masyarakat Iraq yang dihormati, tanahair kita telah dibebaskan sepenuhnya.

“Impian pembebasan telah menjadi kenyataan. Kami mencapai kemenangan dalam keadaan yang sukar dan dengan pertolongan Tuhan, keteguhan rakyat kita dan keberanian pasukan tentera kita, kita menang.

“Bendera Iraq terbang tinggi hari ini ke atas semua wilayah Iraq dan pada kawasan paling jauh di sempadan,” katanya, yang berdiri di hadapan anggota keselamatan paling kanan pasukan keselamatan Iraq.

Menurut Associated Press, berikutan kenyataan Al-Abadi, pejabatnya mengisytiharkan cuti umum Ahad dalam perayaan kemenangan, menurut kenyataan rasmi dari pejabat perdana menteri.

Pasukan Iraq melancarkan kawasan terakhir pejuang Daish di barat Iraq pada Sabtu dan menjamin sempadan Iraq-Syria bebas sekali gus menandakan berakhirnya operasi pertempuran terhadap pelampau.

“Semua tanah Iraq dibebaskan dari pengganas Daish dan pasukan kami mengawal sepenuhnya sempadan Iraq-Syria,” kata Leftenan Jeneral Abdul-Amir Rasheed Yar Allah, Ketua Tentera Kanan Iraq dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

AS memuji pengumuman Perdana Menteri Iraq itu dan mengucapkan tahniah kepada rakyat Iraq dan pasukan keselamatan negara itu atas keberanian berjuang membanteras kumpulan Daish.

“Pakatan kita akan terus berdiri dengan Iraq bagi menyokong pasukan keselamatan, ekonomi dan kestabilan bagi membantu memastikan Daish terus mengancam rakyat Iraq serta menggunakan wilayahnya sebafai tempat tinggal,” kata Brett McGurk, wakil khas Presiden AS menerusi kenyataan yang diposkan ke akaun Twitter rasminya.



Source link

read more

Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel Iraq beri amaran buat Trump



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar tidak memandai-mandai dalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Tegas Haider “tidak ada pihak yang boleh membuat keputusan sendiri berkaitan isu di Asia Barat.”

Dalam kenyataannya kepada media pada Selasa, Haider menegaskan kerajaan Iraq menolak sekeras-kerasnya cadangan Trump bagi memindahkan Kedutaan AS ke kota suci itu.

Trump memberitahu Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa, beliau berhasrat memindahkan Kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis, menyalahi polisi AS selama beberapa dekad yang menyatakan status bandar itu mesti diputuskan dalam perundingan dengan rakyat Palestin. 

Beliau pada masa sama beliau memberi amaran cadangan berkenaan sekiranya dilaksanakan akan memberi kesan buruk kepada kestabilan bukan hanya di rantau berkenaan malah akan membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam.

Justeru beliau menggesa semua negara Islam memainkan peranan masing-masing dalam memastikan hasrat Trump ini tidak akan dapat direalisasikan.

Tindakan kontroversi Trump itu hakikatnya bukan isu baharu kerana beliau dalam kempen pemilihan presiden sebelum ini telah berjanji akan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis sekiranya terpilih menduduki White House.



Source link

read more

OIC Iraq rancang anjur persidangan awal untuk perdamaian Iraq



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan kerajaan Iraq merancang untuk menganjurkan satu persidangan awal, di Baghdad pada 11 Disember, sebelum mengambil langkah seterusnya dengan mengadakan Persidangan Perdamaian Kebangsaan Iraq.

Dalam satu kenyataan hari ini, OIC berkata, persidangan awal berkenaan bertujuan mengetengahkan idea dan cadangan kepada persidangan agung perdamaian itu nanti sebagai usaha membina perdamaian dalam kalangan pelbagai kumpulan dan segmen masyarakat di Iraq.

“Persidangan perdamaian akan diadakan pada masa Iraq beransur pulih daripada ancaman keganasan, selepas pembebasan semua wilayah Iraq daripada Daesh.

“Ia dibuat pada masa sesuai untuk meneruskan perdamaian nasional komprehensif, yang membawa kepada fasa baharu, sesuai dengan fasa pembinaan, perpaduan nasional, kestabilan dan kemakmuran,” kata OIC dalam kenyataan disiarkan di laman webnya.

Persidangan awal itu akan dihadiri teknokrat terkenal daripada pelbagai latar belakang intelektual, kebudayaan dan komuniti.

Sebelum ini, pada 2006, OIC pernah menganjurkan Persidangan Makkah 1, mengenai Perdamaian Kebangsaan Iraq, merangkumi syeikh dan sarjana agama, yang mewakili pelbagai lapisan rakyat negara itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Iraq tawan semula bandar terakhir dikuasai Daesh – Luar Negara


BAGHDAD 17 Nov. – Tentera Iraq berjaya menawan semula bandar terakhir dikuasai oleh kumpulan pengganas Daesh, Rawa hari ini.

Penawanan semula bandar tersebut sekaligus menamatkan penguasaan Daesh di Iraq sejak 2014.

“Dengan pembebasan Rawa, kita boleh umumkan semua kawasan di bawah kuasa Daesh kini telah ditawan semula,” kata jurucakap tentera yang tidak dikenali. – REUTERS



Source link

read more

Gempa Iraq Iran Lebih 100 terbunuh ratusan lagi cedera



BAGHDAD/ERBIL: Lebih 100 orang terbunuh, manakala ratusan lagi cedera di barat Iran apabila gempa 7.2 magnitud menggegarkan sempadan negara itu dengan Iraq lewat Ahad.

Stesen televisyen Iran melaporkan gempa menjejaskan sekurang-kurangnya 14 wilayah.

Reuters dalam laporannya meletakkan angka korban sekurang-kurangnya 129 orang.

Sebahagian besar mangsa merupakan penduduk bandar Sarpol E Zahab, yang terletak 15 kilometer dari sempadan.

Menurut laporan awal, sekurang-kurangnya lapan perkampungan musnah.

Jabatan Geologikal Amerika Syarikat mengesahkan gempa berpusat 32 kilometer ke bandar Halabja.

Ia turut mengeluarkan amaran peringkat jingga.

Iran terdedah kepada gempa setiap hari berdasarkan kedudukan geografinya.

Pada 2003, gempa 6.6 magnitud memusnahkan bandar bersejarah dan mengorbankan 26,000 nyawa.



Source link

read more

Gempa 7.2 magnitud gegar sempadan Iran Iraq



BAGHDAD/ERBIL: Gempa 7.2 magnitud gegarkan sempadan Iran dan Iraq lewat Ahad.

Stesen televisyen Iran melaporkan gempa menjejaskan sekurang-kurangnya 14 wilayah.

Jabatan Geologikal Amerika Syarikat mengesahkan gempa berpusat 32 kilometer ke bandar Halabja.

Ia turut mengeluarkan amaran peringkat jingga.

Iran terdedah kepada gempa setiap hari berdasarkan kedudukan geografinya.

Pada 2003, gempa 6.6 magnitud memusnahkan bandar bersejarah dan mengorbankan 26,000 nyawa.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons