Membangun Bersama Islam hanya helah politik Pas


KOTA BHARU – Perkataan Islam dalam politik Pas hanya jenama semata-mata, kata veteran yang juga aktivis UMNO Kelantan, Datuk Dusuki Ahmad.

Beliau berkata, daripada segi pelaksanaannya sejak Pas memerintah Kelantan tahun 1990, hampir kosong, tidak ada apa boleh dibanggakan jika dilihat kepada slogannya Membangun Bersama Islam.

“Mari kita kaji dan lihat indek syarak dan syariat di Kelantan ini dari aspek pentadbiran, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain bidang kehidupan.

“Kemudian kita bandingkan dengan negeri di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional (BN), apakah Kelantan ini lebih baik dari negeri lain?” soal beliau.

Katanya, laungan Membangun Bersama Islam hanyalah slogan kosong yang digunakan Pas sebagai helah politik untuk menang pilihan raya.

Dusuki turut menyindir kenyataan seorang pemimpin Pas yang baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, UMNO kalau ingat hendak mati, tidak patut bertanding di Kelantan kerana di sini kerajaan Islam.

“Maka berkatalah bakal calon Pas PRU14 bagi kawasan Parlimen Pasir Putih: ‘UMNO kalau dia ingat hendak mati, dia tidak patut bertanding di Kelantan ini kerana di sini, dakwanya kerajaan Islam’.

“Lupakah kita kepada amaran Allah berhubung perkara ini sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-An’aam ayat 70, yang maksudnya: ‘Dan jauhkanlah diri kamu dari orang yang menjadikan agamanya (Islam) sebagai permainan dan gurauan. Mereka ini sebenarnya terpedaya dengan kehidupan dunia. Berilah peringatan supaya mereka tidak terjerumus dengan apa yang mereka lakukan. Tidak ada selain daripada Allah pembela dan penolongnya”,” katanya. – theRakyat



Source link

read more

PGSM desak semua kerajaan Negeri pinda Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri – Nasional


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini menggesa semua Kerajaan Negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dengan memasukkan peruntukan tambahan yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi Majlis, di bawah Enakmen berkenaan.

Presiden PGSM, Musa Awang berkata, keputusan mengejutkan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini sepatutnya dijadikan “wake-up call” kepada pihak Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama negeri untuk segera memperkemaskan undang-undang syariah masing-masing.

“Peruntukan baharu tersebut agar dapat melindungi kepentingan orang-orang Islam dan tidak memberi sebarang ruang untuk dibawa ke mahkamah sivil, dalam memutuskan perkara berkaitan orang Islam.

“Pindaan sedemikian telah pun dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada Mei 2015 dengan memasukkan peruntukan baharu Seksyen 66A dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2015) Seksyen 66A-Bidangkuasa Mahkamah Tinggi syariah bagi semakan kehakiman,”katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M.Indira Ghandi dengan Mohd Ridhuan Abdullah pada 29 Januari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anaknya adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Musa berkata, Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini.


Dalam masa sama, kata Musa, PGSM sedar bahawa dalam kes berkenaan, Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa semulajadinya (inherent power) untuk melakukan “judicial review” bagi menentukan keesahan (legality) Perakuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf, Jabatan Agama Islam Perak, di bawah Majlis Agama Islam Perak.

“Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Perakuan Pemelukan Islam itu tidak sah atau batal di sisi undang-undang, lantaran “anak-anak tersebut” tidak melafazkan dua kalimah syahadah sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 96 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004. 

“Oleh itu, PGSM berpandangan bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut adalah disebabkan Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh mana-mana Jawatankuasa atau institusi di bawah Majlis Agama Islam,” ujarnya.

Musa berpandangan, disebabkan itu, apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mana-mana institusi Islam, kebanyakannya akan dibawa ke mahkamah Sivil.

“Maka, di situlah berlakulah campur tangan mahkamah sivil terhadap perkara-perkara yang sepatutnya didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Syariah,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Aceh wajibkan semua pramugari Islam memakai tudung



BANDA ACEH: Wilayah Aceh di Indonesia mewajibkan semua pramugari Islam yang melakukan penerbangan ke rantau itu untuk memakai tudung kepala atau berdepan hukuman oleh polis agama tempatan.

Di wilayah yang terletak di pulau Sumatera itu, wanita Islam diwajibkan memakai tudung yang menepati syariat Islam, sementara wanita bukan Islam boleh memilih untuk memakai pakaian yang sopan.

Bagaimanapun, sesetengah anak kapal beragama Islam yang biasanya tidak bertudung sering tidak mempedulikan peraturan yang dikenakan terhadap orang tempatan itu.

Ini menyebabkan pihak berkuasa Aceh terpaksa membuat peraturan baru, kata Mawardy Ali, ketua daerah Aceh Besar.

“Saya harap syarikat penerbangan menghormati keunikan Aceh di mana syariah Islam dilaksanakan,” katanya pada Selasa (30 Jan).

Tambahnya, beliau akan menemui wakil syarikat-syarikat penerbangan yang terkesan dengan peraturan itu dalam minggu ini.

“Kami mengeluarkan peraturan ini kepada syarikat-syarikat penerbangan sepanjang minggu ini. Selepas ini, kami akan bercakap mengenai hukuman pula, jika didapati ada yang melanggar peraturan,” kata Mawardy.

“Jika anak kapal (Islam) gagal mematuhinya, kami akan memberi teguran. Jika dia mengulangi kesalahan serupa, saya akan memerintahkan polis syariah menangkapnya.”

Beliau tidak menyatakan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada mereka yang enggan patuh tetapi menambah, tindakan yang diambil tidak termasuk sebat di khalayak ramai.

Sebatan di khalayak merupakan hukuman yang biasa dilaksanakan di Aceh untuk pelbagai jenis jenayah termasuk menjual alkohol dan mengamalkan hubungan sejenis.

Umat Islam di wilayah lain di Indonesia secara umumnya mengamalkan Islam yang sederhana di mana wanitanya bebas memilih sama ada untuk bertudung kepala atau tidak.

Undang-undang Islam hanya dilaksanakan di Aceh, setelah wilayah itu memenangi autonomi khas pada 2001.



Source link

read more

50,000 umat Islam bermunajat untuk Baitulmuqaddis – Nasional


PUTRAJAYA 27 Jan. – Dataran Putrajaya bergema dengan zikir munajat untuk Baitulmuqaddis oleh kira-kira 50,000 umat Islam yang hadir dalam Himpunan Munajat Aqsaku, di sini malam ini.

Himpunan yang diadakan sempena Festival MyAQSA itu bermula dengan Solat Maghrib yang diimamkan Imam Masjidil Aqsa, Palestin, Syeikh Khalid Mahmoud Ahmad Shrateh, diikuti beberapa sesi kuliah agama, zikir munajat serta persembahan nasyid.

Walaupun hujan lebat mula mencurah-curah pada pukul 9 malam, hadirin tetap tidak berganjak bagi menunjukkan solidariti bersama Palestin.

Kemuncak himpunan itu adalah sesi pidato oleh ulama dari luar negara iaitu Syaikh Dr Muthanna adh-Dhari (Iraq), Syaikh Dr Muhammad ad-Daduu (Mauritania), dan Dr Sayyid Salman al-Husaini an-Nadwi (India).

Majlis diakhiri dengan pidato perdana oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta tokoh-tokoh ulama dunia.

Jamil Khir dalam ucapannya berkata himpunan itu adalah manifestasi kemuncak semangat umat Islam Malaysia dalam menyatakan dokongan kepada perjuangan membebaskan bumi Palestin.

“Malam ini kita mengetepikan perbezaan dalam kalangan kita, tanpa mengira perbezaan pandangan politik, malam ini kita berhimpun dalam solidariti menyokong perjuangan Palestin.

“Mudah-mudahan perhimpunan malam ini memberi lonjakan bagi perjuangan intifada umat Islam Palestin yang seterusnya membebaskan kota yang menjadi kemuliaan umat Islam itu dari tangan Zionis” kata Jamil Khir.

Selain himpunan itu, pelbagai acara lain turut dianjurkan sempena Festival MyAQSA, antaranya Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis yang dihadiri lebih 100 ulama dari 30 negara.

Selain itu, Ekspo Aqsaku turut diadakan dengan pelbagai aktiviti antaranya Program Solidariti Selebriti Bersama Aqsaku; maskot Didi, Ultraman, Upin dan Ipin Bersama Perjuangan Aqsaku; pameran misi kemanusiaan oleh NGO; serta jualan amal dan cenderahati.

Festival MyAQSA berlangsung selama tiga hari bermula semalam anjuran Yayasan MyAQSA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). – BERNAMA



Source link

read more

Ahli politik tinggalkan parti selepas memeluk Islam



BRANDENBURG: Seorang ahli politik Jerman di Brandenburg melepaskan semua jawatannya dalam parti selepas memeluk Islam.

Arthur Wagner memilih untuk meninggalkan parti Alternative for Germany (AfD) atas alasan peribadi, menurut Ketua Negeri Parti itu Andreas Kalbitz.

Menurut laporan oleh CNN, Kalbitz berkata beliau hanya mengetahui mengenai tindakan Wagner memeluk Islam melalui satu perbualan telefon selepas beliau melepaskan jawatannya.

“Saya sangat terkejut. Beliau (Wagner) sangat aktif dalam sayap Kristian parti,” kata Kalbitz.

Wagner pertama kali dilantik sebagai wakil AfD pada 2015 dan pernah menjadi ahli jawatankuasa negeri yang bertanggungjawab ke atas komuniti gereja.

Dalam laporan tersebut, Kalbitz berkata bahawa pimpinan parti tidak memberi tekanan kepada Wagner untuk melepaskan jawatan kerana memeluk Islam.

“Parti ini menyokong kebebasan agama,” tambahnya.

Walaupun ditubuhkan sebagai parti anti-eropah pada 2013, AfD telah berkempen atas platform anti-Islam pada 2015 ketika isu kemasukan migran ke Jerman.

Pada Pilihan Raya Umum Jerman tahun lepas, parti tersebut meraih tempat ketiga dengan memenangi 12.6 peratus undi.



Source link

read more

‘Ustaz Parti BERSATU’ Nak Lawan Salah Faham Terhadap Islam? Betulkan Dulu Keluarga Pengerusi Parti Dulu!!


Kita menyanjung tinggi usaha ‘Ustaz BERSATU’ yang siap siaga bersedia untuk melawan salah faham terhadap Islam, kalau mengikut laporan Malaysiakini. Cumanya, pada fikiran saya yang bukan Ustaz ini, adalah lebih molek kiranya, salah faham terhadap Islam ini kita mulakan dengan parti sendiri, ahli keluarga kita sendiri, pemimpin parti kita sendiri sebelum dikembangkan ke luar.
Contohnya, sekadar memberi beberapa contoh, Salah faham mengenai hukum haram babi. Sama ada disembelih dengan nama Allah atau tidak, hukumnya tetap haram. Contoh lagi, hukum menerima Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender (LGBT) dalam masyarakat Malaysia. Contoh lagi, hukum suami yang melarang isteri bertudung. Contoh lagi, hukum tidur dengan anjing-anjing. Bukankah itu semua salah faham terhadap Islam? Walau bagaimanapun, ini semuanya contoh. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang hampir hendak meninggal dunia.



Source link

read more

Lelaki hina Islam, Melayu dalam FB ditahan


HINA_ISLAM_SIMPANG_DURIAN_48831009.jpg.transformedMO, 23/1/2018, JELEBU: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di rumahnya di Simpang Durian di sini, awal pagi semalam, kerana dipercayai memuat naik status yang menyinggung perasaan umat Islam dalam laman Facebook miliknya.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata suspek ditahan jam 1.30 pagi berikutan laporan polis dibuat seorang guru berusia 53 tahun kira-kira dua jam sebelum itu.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit bersama dua kad sim daripada suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah harta benda.

“Dia direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya semalam.

Selain dipercayai menghina agama Islam, beliau berkata, suspek didakwa melakukan provokasi terhadap orang Melayu melalui statusnya dalam laman sosial itu.



Source link

read more

Tidak daftar keluar mengundi bertentangan ajaran Islam – Hadi Awang


SHAH ALAM: Tindakan segelintir golongan muda yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak keluar mengundi bertentangan dengan Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa nabi dan rasul tidak pernah memisahkan dakwah dan politik.

Malah, terdapat firman Allah SWT yang menyebut bahawa Tuhan menjadikan Nabi Adam dan manusia sebagai khalifah (pentadbir Islam) di muka bumi.

“Islam merangkumi seluruh hidup manusia. Maka menjadi kewajipan umat Islam terlebih dahulu daripada orang lain berjuang untuk memilih kerajaan dan memimpin kerajaan yang adil untuk semua.

“Malangnya hari ini ramai kalangan umat Islam, anak muda yang menganggap mengundi pada pilihan raya tak penting, tak mahu keluar mengundi.

“Ini satu anggapan yang salah, bertentangan dengan agama Islam,” katanya.

Beliau berucap merasmikan jentera pilihan raya Pas Selangor bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4 di sini hari ini.



Source link

read more

Ketepikan perbezaan cari persamaan gesa Ahmad Zahid kepada umat Islam


KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan mencari titik persamaan demi memastikan syiar Islam terus subur di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam situasi agama Islam di seluruh dunia diasak daripada pelbagai sudut dan berpecah-belah, beliau berkata umat Islam di negara ini perlu terus bersatu menentang asakan termasuk Islamofobia melalui contoh dan akhlak yang baik.

“Carilah titik pertemuan… cari titik persamaan melebihi titik perbezaan agar Islam terus menjadi agama syumul di negara kita,” katanya semasa berucap di Majlis Mahabbah Rasulullah 2018 di Masjid Al Bukhary, Jalan Hang Tuah, di sini malam ini.

Majlis kali kelima itu merupakan anjuran UMNO Parlimen Bukit Bintang.

Ahmad Zahid turut mengingatkan walaupun mengikut jangkaan jumlah umat Islam dunia dijangka bertambah kepada tiga billion menjelang 2050, namun dikhuatiri ‘lenyap’ jika tidak mempunyai kekuatan.

“Kita khuatir ada hadis menyatakan di akhir zaman nanti umat Islam begitu ramai tetapi dikhuatiri menjadi seperti buih di lautan. Ertinya akan hilang kerana ditiup ombak atau angin di laut,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri memberi contoh terdapat negara Islam yang tidak menyokong resolusi menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel baru-baru ini.

“Kenapa keadaan ini berlaku? Kerana umat Islam dipecah-belahkan, dikuasai oleh satu kuasa yang menjadikan mereka lemah dan takut. Kita harap keadaan seperti ini tidak terjadi di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, majlis berkenaan dimulakan dengan zikir Wirdul’latif dipimpin Habib Ali Muhammad Al-Saggaf dan solat Maghrib berjemaah diimamkan Ahmad Zahid sendiri.

Maulana Al-Sheikh Afeefuddin Al-Jailani dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid kemudian menyampaikan ceramah dalam majlis yang dihadiri lebih 1,500 jemaah.

Majlis berakhir dengan jemaah berselawat beramai-ramai dan bacaan doa kesejahteraan sebelum menunaikan solat Isyak.

— BERNAMA



Source link

read more

Umat Islam dimohon ketepikan ideologi demi kepentingan agama – Nasional


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Umat Islam di Malaysia diharap mengetepikan perbezaan termasuk dari segi ideologi tertentu demi melindungi kepentingan agama dan hak-hak orang Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kata beliau, rakyat boleh menilai bagaimana Amerika Syarikat (AS) mampu menafikan hak penduduk Palestin apabila menyokong pemindahan ibu negara Israel ke Baitulmuqaddis, dengan mengambil kesempatan terhadap kelemahan penduduk Islam dunia yang tidak bersatu.

Kata beliau, sekiranya umat Islam yang berjumlah hampir dua bilion di seluruh dunia bersatu, sudah pasti tiada pihak mampu memperlekehkan kesucian agama itu termasuk  mencipta istilah Islamophobia yang bertujuan mencemarkan imej agama.

“Jumlah penganut Islam agak ramai tetapi bagaikan buih di lautan, yang akan hilang dipukul ombak. Islam kini diasak teruk di seluruh dunia.

“Di Malaysia, biarpun berbeza pegangan ideologi, dimohon perbezaan itu dinoktahkan dan kita mencari titik persamaan serta bersatu supaya kita dihormati dan dijadikan negara Islam contoh,” katanya ketika menghadiri Majlis Muhabbah Rasulullah di Masjid Al-Bukhary Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Mohd. Rafique,  penceramah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid dan Maulana Al Sheikh Afeefuddin Al Jailani.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons