Tiong Lai janji bangkitkan semula isu nelayan ditahan di Indonesia


SABAK BERNAM – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau akan membangkitkan semula isu nelayan Malaysia yang masih berada dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia kepada kerajaan.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan, berkata beliau akan berbuat demikian pada mesyuarat kabinet yang akan datang.

“Kami memang ambil berat isu ini dan kami komited untuk membawa balik nelayan kita yang ditahan oleh Indonesia.”

“Saya akan bangkit semula isu ini di mesyuarat Jemaah Menteri dan kemudiannya akan minta Kementerian Luar hubungi pihak Indonesia supaya percepatkan pembebasan nelayan Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan suar penanda arah Kuala Sungai Sekinchan di sini.

Liow berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi yang dalam ucapannya pada majlis itu membangkitkan nasib lima lagi nelayan Malaysia yang sepatutnya dibebaskan sebelum Tahun Baharu Cina minggu lepas.

Pada 15 Feb lalu, pihak berkuasa Indonesia membebaskan Low Siang Huat, 59 dari Pulau Ketam, Selangor, iaitu antara enam nelayan negara ini yang ditahan oleh republik itu sejak lebih setahun lalu atas dakwaan menceroboh perairan Indonesia.- BERNAMA



Source link

read more

Azmin lepas tangan isu pampasan peneroka – Noh


KUALA SELANGOR 20 FEBRUARI 2018. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar mendengar keluhan peneroka tanah mengenai tanah kawasan ijok selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 dan Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang kali ke 40, Bestari Jaya. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR.

MO, 20/2/2018, BESTARI JAYA: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar membidas sikap lepas tangan Kerajaan Selangor berhubung isu pampasan kepada peneroka tanah di Ijok.

Beliau berkata, tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju untuk menyelesaikan isu itu tidak boleh diterima sama sekali, malah menggambarkan kelemahan pentadbiran Menteri Besar Selangor itu.

“Itulah sikap Mohamed Azmin yang sering lepas tangan. Kita dapat melihat pelbagai isu timbul sejak beliau ‘merampas’ Selangor untuk menjadi Menteri Besar daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Apabila Abdul Khalid bersuara dalam isu ini, beliau cakap Abdul Khalid berkomplot dengan UMNO pula. Abdul Khalid tahu apa isu sebenarnya, sebab Abdul Khalid ialah tokoh korporat.

“Dia (Mohamaed Azmin) mahu tutup kelemahan sendiri dengan menyalahkan orang lain. Tuduhan Abdul Khalid sebagai alat UMNO adalah alasan orang terdesak,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor turut membangkitkan persoalan mengenai dakwaan keputusan penjualan tanah di Ijok kepada pihak ketiga yang ditentukan pemaju lama itu sendiri dan bukannya kerajaan negeri.

“Saya difahamkan dua pemaju yang gagal membangunkan tanah ini menentukan sendiri kepada siapa tanah ini perlu dijual. Sudahlah pemaju lama bermasalah, kerajaan negeri pula serah bulat-bulat rundingan dengan pihak ketiga kepada pemaju ini.

“Saya tengok Kerajaan Selangor sekarang sering buat keputusan mencurigakan. Seperti isu pembangunan di tapak Ramsar Paya Indah Wetland, kerajaan negeri di bawah BN tidak meluluskan projek pembangunan dan apabila Abdul Khalid jadi Menteri Besar, beliau pun tidak luluskan.

“Namun, apabila Mohamed Azmin jadi Menteri Besar, beliau meluluskan projek itu,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menuntut penjelasan Mohamed Azmin, berhubung tindakan kerajaan negeri menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion di Ijok kepada dua syarikat, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LCBN Development Sdn Bhd pada 2016.

Tanah seluas 880 hektar itu dibeli dua syarikat, LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada 1998.

Tanah di Ijok itu diambil Kerajaan Selangor ketika Abdul Khalid menjadi Menteri Besar pada 2009 selepas syarikat pemaju dilantik peneroka selaku pemilik tanah, gagal memajukan kawasan berkenaan

Berikutan itu, sebahagian daripada 981 peneroka meluahkan rasa tidak puas hati kerana menerima pampasan mengikut nilaian pada tahun 2000, sedangkan tanah seluas 880 hektar itu dijual semula oleh dua syarikat terbabit kepada syarikat lain dengan harga pasaran semasa.



Source link

read more

Serangan berdarah Florida Trump sedia bincang isu keselamatan di sekolah



WASHINGTON: Hampir seminggu selepas serangan berdarah yang meragut 17 nyawa di sebuah sekolah di Florida, Donald Trump akhirnya membuka mulut.

Menurut kenyataan rasmi White House Presiden Amerika Syarikat (AS) itu sedia untuk bertemu pelajar, guru dan pihak berkuasa bagi membincangkan kaedah bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah.

Baca: Cukuplah Trump, siapa lagi nak mati selepas ini?

Trump juga bersedia membincangkan lebih lanjut mengenai keganasan melibatkan senjata api selepas usaha untuk membincangkannya di Kongres sebelum ini gagal.

Dalam perkembangan berkaitan Trump memaklumkan telah menandatangani memo bagi mengarahkan Jabatan Keadilan AS untuk mencadangkan peraturan bagi mengharamkan semua bentuk peranti termasuk yang digunakan dalam pembunuhan besar-besaran di Las Vegas tahun lalu.

“Proses bermula pada Disember tahun lalu dan saya juga telah menandatangani memorandum mengarahkan Peguam Negara untuk mencadangkan peraturan untuk mengharamkan semua jenis peranti yang boleh dijadikan sebagai mesingan.

“Saya jangka ia dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.” jelas Trump.

Pengumuman Trump itu dibuat dalam majlis penghargaan buat wira-wira negara di Washington.



Source link

read more

Pelajar sekolah di AS naik hantu apabila Trump beri alasan isu Rusia



WASHINGTON: Reaksi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam menjawab isu kelemahan kawalan keselamatan hingga sebuah sekolah di Florida menjadi medan pertumpahan darah akibat insiden tembakan rambang, mencetuskan kemarahan ramai.

Apabila mengulas tentang isu itu, Trump dengan pantas menuding jari kepada pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan penggubal undang-undang yang sibuk dengan hal siasatan penglibatan Rusia dalam pilihan raya presiden.

Menurutnya, kesibukan tersebut membuatkan pihak pentadbiran AS ‘terlepas pandang’ tentang ancaman keselamatan di sekolah tersebut.

Hal itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat AS khususnya kumpulan pelajar sekolah yang marah dengan kegagalan pihak berkuasa membendung kes tembakan rambang yang kerap menyasarkan institusi pembelajaran.

Dalam tweet bersiri yang dihantar dari estet Mar-a-Lago di Florida, Trump berkata siasatan menunjukkan Rusia berjaya menyebabkan kacau ganggu di AS.

Trump juga menuduh bekas presiden, Barack Obama, gagal mengekang campur tangan Rusia sewaktu kempen pilihan raya presiden.

Kemudian dalam tweet pada Sabtu malam, Trump mengkritik FBI kerana terlepas pandang kes seorang remaja, Nikolas Cruz, 19, yang didakwa membunuh 17 orang di Sekolah Marjory Stoneman Douglas di Parkland, di pingggir bandar Fort Lauderdale.

“Sangat meenyedihkan apabila FBI terlepas pandang sebarang petanda mengenai penembak di Florida tersebut.

“Mereka (FBI) banyak habiskan masa cuba membuktikan campur tangan Rusia  dalam kempen pilihan raya,” ujarnya.

Trump bagaimanapun gagal menunjukkan kaitan antara ketidakcepakan FBI menangani kes tembakan Florida dengan ‘kesibukan’ menyiasat penglibatan Rusia dalam mempengaruhi politik AS.
Pelajar mengamuk

BACA: Ini AR-15, raifal dalam serangan kejam ragut 17 nyawa di Florida

BACA: Kes tembakan Florida: ‘Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?’

BACA: Penduduk Florida berang isu keselamatan di sekolah

Rakyat setempat dan para pelajar Sekolah Marjory Stoneman Douglas, lebih-lebih lagi yang rapat dengan mangsa korban tembakan, berang dengan kenyataan Trump yang disifatkan tidak berhati perut

“Oh Tuhan.. 17 rakan sekolah saya sudah mati, dan anda tergamak mengaitkannya dengan Rusia? Kamu tak berhati perut!” luah Morgan Williams, 16, menerusi akaun Twitter.

Beberapa penggubal undang-undang, termasuk yang berada dalam barisan Republikan, juga tidak dapat menerima tindakan Trump yang cuba mengalihkan perhatian kepada isu Rusia.

“Betapa ramai petugas FBI yang melakukan segalanya demi meastikan kita semua selamat. Realitinya ialah, apa yang dikatakan Trump itu dua isu berbeza,” ujar Senator Republikan, Tim Scott dalam sebuah program televisyen.

Bekas Timbalan Peguam Negara Sally Yates juga mengulas tentang perkara itumenerusi Twitternya: “Presiden kita menggunakan tragedi ini untuk mengkritik siasatan tentang campur tangan pihak luar dalam sistem demokrasi kita. Memalukan!”

BACA: 18 insiden tembakan di pusat pendidikan Amerika Syarikat pada 2018

BACA: ‘Kecewa dengan golongan dewasa’, pelajar sekolah AS rancang demonstrasi



Source link

read more

Penduduk Florida berang isu keselamatan di sekolah



FLORIDA: Ratusan penduduk berkumpul mengadakan perhimpunan di Florida bagi menyatakan kebimbangan dan rasa tidak puas hati mereka dengan tahap keselamatan di sekolah di negara itu.

Ia susulan kejadian tembakan minggu lalu yang telah membunuh lebih 17 orang.

Perhimpunan juga mengutuk dan mahukan perubahan terhadap undang-undang senjata api agar ia tidak sewenang-sewenangnya diperolehi.

Kebanyakan mereka mahukan tahap keselamatan di sekolah ditingkatkan dengan kehadiran pihak keselamatan bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Bagi mereka kejadian seperti insiden minggu lepas adalah bukan perkara baharu dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence bagaimanapun telah memberi jaminan bahawa pentadbiran Donald Trump memandang isu keselamatan di sekolah kini telah menjadi agenda utama dan mereka sedang bekerja keras untuk menyelesaikannya.



Source link

read more

Isu hamba seks WWII Jepun terus beri tekanan maksimum terhadap Korea Utara



TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk mengekalkan tekanan maksimum ke atas Korea Utara bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Abe pada Selasa berkata beliau mengesahkan dengan Moon, perjanjian kedua-dua negara mengenai hamba seks perang pada zaman Perang Dunia Kedua adalah muktamad.

“Kami mengesahkan bahawa kesepakatan mengenai isu hamba seks perang pada Perang Dunia Kedua adalah muktamad dan tidak akan diubah,” kata Abe yang memberi maklum di Parlimen.

Abe berbincang mengenai isu berkenaan ketika bertemu dengan Moon sewaktu upacara pembukaan Olimpik Pyeongchang, Korea Selatan.



Source link

read more

Netizen hangatkan isu pelakon laung sayur sayur satu kilo 3 4 ribu maaa



KUALA LUMPUR: Pelbagai persoalan ditimbulkan netizen dalam isu penahanan seorang pelakon filem KL Gangster bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Rata-rata memberikan komen semasa melihat pelakon itu seolah-olah berlakon menjual sayur dan berteriak “Sayur, sayur satu kilo 3 4 ribu maaa”.

Netizen juga menghangatkan alam maya dengan pelbagai spekulasi terhadap suspek yang juga berlakon dalam filem Man Laksa itu ditahan selepas hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara bagi membantu siasatan berhubung satu laporan yang dibuat ke atasnya.

Pelakon itu kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pelakon yang berusia 48 tahun itu sebelum ini ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 11 malam pada Selasa selepas dia hadir bagi memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Penahanannya mendapat reaksi netizen yang membangkitkan persoalan ‘semangat persahabatan’.

BACA: Pelakon filem KL Gangster direman tiga hari

BACA: Berkelakuan ganas, Farid Kamil dakwa 3 rakan artis masukkan dadah dalam minuman?

Sebelum ini, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di balai polis bulan lalu.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Petaling Jaya pada 31 Jan 2018, Farid juga mendakwa telah dikasari ke atasnya semasa ditahan reman.



Source link

read more

Pendekatan diplomatik tunjang penyelesaian isu penambakan tanah di Laut China Selatan



SINGAPURA: Isu penambakan tanah dan peningkatan aktiviti di Laut China Selatan boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan di kalangan negara di rantau Asia Tenggara, kata Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan.

Menurutnya, beberapa menteri luar ASEAN menyatakan kebimbangan mengenai isu berkenaan ketika berlangsungnya Pemukiman Menteri Luar ASEAN di republik itu pada Selasa. 

Pada masa sama, katanya yang mempengerusikan pemukiman, wujud juga kekhuatiran akan ada peningkatan ketegangan yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan di rantau tersebut.

“Kami menegaskan bahawa perlunya kepercayaan dan keyakinan secara kolektif ditingkatkan, termasuklah kawalan diri dalam membuat keputusan dan mengelak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh merumitkan keadaan.

“Setiap pihak perlu untuk meneruskan penyelesaian secara diplomatik terhadap semua pertikaian selaras dengan undang-undang antarabangsa,” kata beliau menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di akhir pemukiman pada Selasa.

Pemukiman berkenaan dihadiri semua Menteri Luar ASEAN. Malaysia diwakili Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Kenyataan tersebut merujuk kepada isu penambakan tanah dan pembinaan pulau buatan di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Selain China, Filipina, Malaysia, Vietnam, dan Brunei turut menyatakan tuntutan di kawasan berkenaan.

Antara tuntutan Malaysia ialah Pulau Kecil Amboyna (Amboyna Cay), Terumbu Laksamana (Commodore Reef), dan Pulau Layang-Layang (Swallow Reef).

Kenyataan itu dibuat ketika semua 10 anggota ASEAN dan China telah bersedia untuk memulakan rundingan bulan depan berhubung kod tatalaku yang akan digunapakai dalam menguruskan ketegangan di kawasan perairan yang menjadi pertikaian.



Source link

read more

Kerajaan Thailand nafi Prawit Wongsuwan letak jawatan berhubung isu jam tangan mewah



BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan tidak meletak jawatan daripada kerajaan seperti dihebohkan oleh pihak yang membuat spekulasi, demikian diumumkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Lt Jen Kongcheep Tantrawanich.

Menurut beliau, Prawit, 72, berhasrat untuk terus menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

“Jen Prawit Wongsuwan masih berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dan tidak melepaskan jawatan seperti pihak-pihak membuat spekulasi,”kata beliau dalam satu kenyataan ringkas di sini.

Timbalan perdana menteri yang juga bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri Thailand telah berlepas ke Singapura awal hari ini dan akan berada di republik itu sehingga Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN.

Jen Prawit mendapat perhatian orang ramai yang mendesak beliau meletak jawatan selepas beliau didapati memakai jam tangan mewah semasa menghadiri satu majlis kerajaan baru-baru ini.

Kontroversi yang berlarutan melibatkan jam tangan mewah timbalan perdana menteri disebut-sebut sebagai satu daripada sebab bagi kemerosotan populariti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha dalam tinjauan populariti yang dijalankan baru-baru ini.

Bekas panglima tentera darat itu telah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan jika beliau didapati bersalah hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) berhubung isu pemilikan jam tangan mewah.

NACC dalam satu kenyataan minggu lepas berkata ia berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jam tangan tersebut daripada timbalan perdana menteri.

Sebagai membela diri, Jen Prawit berkata jam tangan mewah itu ialah milik rakan-rakannya yang meminjamkan jam tangan tersebut kepadanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Isu pangsapuri Unilodge sengaja dihangatkan semula


KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan isu pangsapuri Unilodge di Australia melibatkan Mara Incorporated Sdn Bhd yang dibangkitkan oleh beberapa media baru-baru ini sengaja dihangatkan semula berikutan pilihan raya umum ke-14 semakin hampir.

Katanya kes melibatkan bangunan 12 tingkat di 746 Swanston Street, Melbourne yang dijadikan tempat penginapan pelajar itu pernah dibangkitkan media pada 2015.

“Kes tersebut sudah lama diviralkan. Barangkali oleh kerana pilihan raya kita semakin hampir, jadi kes seperti ini cuba dihidupkan dan dihangatkan kembali seolah-olah berlaku salah laku dalam kalangan pegawai Mara dan sebagainya,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata Mara akan menyokong apa juga tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berkenaan dan agensi tersebut tidak akan melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam salah laku.

Terdahulu dalam kenyataan hari ini, beliau berkata Mara telah menyerahkan segala dokumen berkaitan isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan akan memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya itu.- BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons