Enam cedera dalam insiden tembakan rambang di Itali



MACERATA: Enam orang dilaporkan cedera dalam insiden tembakan rambang di bandar Macerata, Itali pada Sabtu.

Bagaimanapun, suspek Luca Traini, 28 tahun berjaya ditahan polis dan siasatan mendapati, dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Menurut polis ketenteraan Itali, kesemua enam mangsa merupakan warga asing dan motif tembakan tersebut masih disiasat.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik agensi berita Itali ANSA, suspek menutup badannya dengan bendera Itali semasa ditahan polis.

Datuk Bandar Macerata, Romano Carancini berkata insiden tembakan rambang itu berlaku selama dua jam dan salah seorang mangsa menghadapi kecederaan parah.

Carancini turut mengesahkan bahawa kesemua mangsa adalah berkulit hitam dan insiden ini dipercayai berkait rapat dengan insiden pembunuhan Pamela Mastropietro 18 tahun minggu lepas di  Macerata.

Insiden ini berlaku ketika kempen pilihan raya yang hangat membincangkan isu sentimen anti warga asing.



Source link

read more

Polis Itali Jerman tahan hampir 200 anggota mafia rampas aset AS60 juta



ROM: Pihak berkuasa Itali dan Jerman menahan hampir 200 individu dipercayai anggota mafia dan merampas aset bernilai AS$60 juta dalam operasi bersepadu dijalankan serentak di dua negara.

Operasi dipercayai berjaya membongkar kumpulan jenayah terancang ‘Ndrangheta yang berpangkalan di wilayah selatan Calabria, Itali.

Mereka yang ditahan didakwa menjalankan empayar politik dan komersil dikawal kumpulan mafia, bermula dari penjualan roti, produk berasaskan alkohol, pengurusan pengkebumian, perumahan migran dan perkhidmatan kitar semula sampah.

Pendakwa raya Itali memaklumkan kumpulan ‘Ndrangeta terlibat dalam setiap perniagaan di bandar Calabrian, dan meluaskan pengaruhnya ke Jerman, menerusi keuntungan yang diperoleh daripada hasil perniagaan yang dijalankan.

Siasatan juga mendapati, kumpulan berkenaan memonopoli pasaran dengan memaksa pengguna membeli barangan hanya di rangkaian perniagaan yang dimiliki mereka.

Empayar terancang ‘Ndrangheta ini merangkumi sektor ekonomi dan politik dari Rome, Milan dan beberapa bandar lagi.

‘Ndrangheta turut bertapak di Jerman, dan mula menjadi tajuk utama pada 2007, selepas pertikaian keluarga antara kumpulan Calabrians, berakhir dengan insiden tembakan yang mengorbankan enam nyawa.



Source link

read more

Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Itali



BRESCIA: Dua kanak-kanak antara enam yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di sebuah lebuh raya di Brescia, Itali pada selasa.

Menurut media tempatan kemalangan itu membabitkan masing-masing sebuah kereta, trak serta lori tangki yang sarat dengan muatan.

Kejadian berlaku apabila lori pasir tersebut melanggar kereta berkenaan sebelum merempuh lori tangki dan  terbakar.

Pihak berkuasa mengesahkan kesemua enam mangsa yang terbunuh adalah penumpang kereta berkenaan selain pemandu trak.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuhraya tersebut.



Source link

read more

Itali bubar Parlimen – Luar Negara


ROM 29 Dis. – Presiden Itali, Sergio Mattarella dijangka membubarkan Parlimen hari ini ketika negara itu bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum pada bulan Mac, lapor media tempatan.

Pilihan raya umum negara itu akan diadakan tahun depan, yang dijangka pada 4 Mac dan Mattarella akan bertemu dengan para pemimpin kedua-dua dewan sebelum menandatangani perintah pembubaran itu. – AFP



Source link

read more

Presiden Itali bubar Parlimen pilihan raya ditetap 4 Mac



ROME: Presiden Itali Sergio Mattarella umum membubarkan Parlimen negara itu, bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang dijadual diadakan pada 4 Mac 2018.

Tarikh pilihan raya disahkan selepas Presiden Mattarella mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri serta ketua bagi kedua-dua dewan.

Parti pemerintah, Parti Demokratik berjaya melengkapkan penggal lima tahun, tetapi di bawah pentadbiran tiga orang perdana menteri.

Ia kini berdepan cabaran besar dari beberapa parti haluan kiri, termasuk Five Star (M5s), serta parti haluan kanan Forza Italia.

Kebanjiran pendatang, khususnya dari negara-negara sub sahara Afrika, antara isu utama yang dijangka mendominasi pilihan raya kali ini.

Sehingga kini tinjauan pendapat mendapati, tiga parti pembangkang, bakal menentukan kedudukan majoriti.

Parti Forza Itali, yang dipimpin bekas perdana menteri Silvio Berlusconi semakin peroleh sokongan memberangsangkan.

Parti itu juga diramal bakal membentuk pakatan dengan beberapa parti haluan kanan lain untuk membentuk kerajaan.



Source link

read more

Pelarian yang didagangkan sebagai hamba di Libya diterbangkan ke Itali



PRATICA DI MARE: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mula membawa pelarian Afrika ke Itali dari Libya pada Jumaat, memindahkan mereka dari pusat tahanan yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak berperikemanusiaan.

Ratusan ribu pendatang itu sebelum ini melarikan diri dari konflik atau kemiskinan di kampung halaman mereka, dan kini terperangkap di Libya, di mana mereka berharap untuk masuk ke Eropah melalui Itali dengan bantuan penyeludup.

Ia kali pertama Suruhanjaya Tinggi PBB Mengenai Pelarian (UNHCR) di Libya memindahkan pelarian secara langsung terus ke Eropah.

Menurut Menteri Luar Itali, Marco Minniti, ia disifatkan sebagai hari yang penuh bersejarah dalam usaha negara dunia terutama Eropah dalam menangani isu kemanusiaan.

“Untuk pertama kalinya, koridor kemanusiaan dibuka dari Libya untuk ke Eropah, dan ini adalah satu permulaan yang amat baik,” jelasnya.

Sejumlah 162 pelarian dari Eritrea, Habsyah, Somalia dan Yaman diterbangkan ke Itali pada Jumaat dan Sabtu menggunakan pesawat tentera Itali.

Mereka terdiri daripada ibu tunggal, kanak-kanak tanpa penjaga dan orang kelainan upaya (OKU).

Mengulas perkembangan tersebut, wakil khas UNHCR bagi Mediterranean, Vincent Cochetel berkata, ia satu langkah bijak yang sepatutnya dipersetujui lebih awal bagi menangani krisis kemanusiaan itu.

“Kebanyakan pelarian yang dibawa keluar hari ini menceritakan keperitan yang dialami mereka setelah dipenjarakan oleh penjenayah pemerdagangan manusia yang tidak berperikemanusiaan,” jelasnya.

Libya merupakan antara negara berhampiran Laut Mediterranean yang sering menjadi sasaran warga pelarian yang mencari suaka politik di Eropah sejak 2011.

Penghantaran kumpulan pelarian pertama ke Itali itu adalah susulan gesaan dan rayuan PBB agar negara dunia tampil membantu menangani konflik kemanusiaan di Libya yang disifatkan sebagai parah.

Ia juga susulan penyiaran rakaman oleh media antarabangsa tentang aktiviti perhambaan melibatkan 1,300 pelarian yang dilakukan kumpulan penjenayah di Libya.

Masalah lambakan dan kelewatan negara dunia memberi tindak balas dalam isu terbabit dilihat diperguna penjenayah terbabit.



Source link

read more

Chef Itali buka restoran gelandangan cipta hidangan daripada sisa makanan


MILAN: Chef Itali dengan status Michelin, Massimo Bottura, bercadang untuk membuka dua buah restoran di Paris dan Naples tahun depan, namun pelanggan golongan berada tidak dialu-alukan.

Lain daripada biasa, restoran itu bakal menghidangkan makanan percuma, yang diperbuat daripada lebihan sisa stok jualan dari pasar raya dan hanya dihidangkan kepada golongan miskin.

Restoran berprestij milik Bottura di Modena, utara Itali, mengenakan caj sekitar 250 Euro setiap seorang, namun di Milan nanti, restoran bernama Refettorio Ambrosiano itu akan hanya memberi makan kepada orang miskin yang kebanyakannya gelandangan.

Bottura merancang untuk meluaskan lagi eksperimen kebajikan itu.

Bertempat di sebuah teater lama, Refettorio menyediakan hidangan percuma menggunakan bahan-bahan lebihan dan terbuang daripada pasar raya, dan dimasak mengikut resipi ciptaan Bottura dan beberapa chef terkenal lain.

“Saya tidak pernah melihat bahan-bahan ini sebagai sisa.

“Sebaliknya, saya berfikir bahawa serbuk roti, buah tomato yang sudah lembik (terlebih masak), atau pisang yang kulitnya sudah sedikit keperangan, boleh dijadikan sesuatu untuk menunjukkan kreativiti kami,” ujarnya.

Bottura bakal menyediakan restoran percuma untuk orang miskin dan gelandangan, dan hidangan akan disaji di atas meja. - Reuters

Jelasnya, walaupun bahan yang digunakan itu sudah dianggap ‘tidak sesuai’ bagi sesetengah restoran, ia tetap masih selamat dimakan.

Bottura memulakan projek itu pada tahun 2015, ketika dia menggunakan semula sisa makanan dari pusat makanan di Ekspo Antarabangsa Milan.

Jelasnya lagi, tidak seperti konsep ‘soup kitchen’, tiada siapa yang perlu beratur, sebaliknya semua makanan itu akan dihidangkan di atas meja.

“Saya namakannya sebagai restoran, bukan soup kitchen,” ujar Bottura.

Menurut statistik Organisasi Makanan dan Agrikultur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira satu per tiga makanan yang dihasilkan di seluruh dunia setiap tahun, iaitu sekitar 1.3 bilion tan, dibazirkan atau langsung tidak dimanfaatkan.

“Cara anda membantu adalah penting, dan yang lebih utama adalah bagaimana bantuan anda itu boleh mengubah hidup mereka,” kata Bottura.



Source link

read more

Utara Itali dilanda banjir ribuan terpaksa dipindahkan



LENTIGIONE : Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dari bandar-bandar berhampiran Parma di daerah Emilia Romagna di Utara Itali selepas dua tebing sungai di kawasan tersebut runtuh menyebabkan banjir besar.

Berdasarkan visual yang dirakam oleh pihak bomba yang membuat tinjauan udara menunjukkan air sungai yang melimpah memasuki kawasan hutan dan kediaman berhampiran .

Di bandar Lentigione, air  banjir melimpah ke jalan-jalan dan ke kawasan kediaman pada pagi Selasa.

Setakat ini sekitar 1,000 orang telah dipindahkan dari bandar, sementara beberapa penduduk dilaporkan terkandas di bangunan kediaman masing-masing.

Pihak bomba masih bertungkus lumus mencari mangsa untuk diselamatkan di kawasan yang dinaiki air.



Source link

read more

Ancelotti tolak tawaran latih Itali – Bola Sepak


MILAN 4 Dis. – Carlo Ancelotti mendedahkan, dia menolak tawaran untuk membimbing skuad bola sepak kebangsaan Itali kerana lebih berminat menguruskan kelab.

Ancelotti, 58, menjadi pilihan untuk menggantikan Giampiero Ventura yang dipecat bulan lalu ekoran kegagalan Itali melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

“Ya, persekutuan (Persekutuan Bola Sepak Itali) ada menghubungi saya dan saya bercakap dengan mereka.

“Saya beritahu mereka apa yang saya beritahu anda sekarang, saya anggap ia satu penghormatan apabila ramai orang mahu saya menjadi jurulatih skuad kebangsaan.

“Bagaimanapun, ia sama sekali tugas yang berbeza. Menjadi jurulatih kebangsaan tidak sama dengan melatih kelab. Saya masih seronok bekerja dan berlatih setiap hari. Bola sepak Itali juga mempunyai beberapa masalah yang perlu diselesaikan,” kata Ancelotti kepada program televisyen La Domenica Sportiva, semalam.

Bekas pengurus Chelsea, Real Madrid, Juventus dan AC Milan itu kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas dipecat oleh Bayern Munich pada hujung September lalu.

Dilahirkan di Reggiolo, Itali, Ancelotti menjadi pilihan untuk memulihkan bola sepak Itali kerana mempunyai rekod cemerlang sebagai pemenang tiga kejuaraan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, Ancelotti percaya, masalah yang dihadapi bola sepak Itali sangat serius dan dia tidak dapat memulihkan keadaan berseorangan.

“Bola sepak Itali mempunyai masalah serius dan saya tidak fikir saya mampu menyelesaikannya secara bersendirian. Seperti biasa jurulatih dipersalahkan tetapi itu bukan cara ia berfungsi.

“Terdapat masalah struktur. Sebagai contoh, kenapa kita satu-satunya negara di Eropah yang mana stadium tidak penuh dari awal hingga akhir dan separuh kosong? Itu bukan kesalahan Ventura.

“Saya menyedari terdapat konflik kepentingan antara kelab dan persekutuan, seperti di Jerman, Perancis dan England, tetapi sekarang persekutuan perlu menunjukkan kuasa mereka terhadap kelab dengan memperkenalkan peraturan baharu demi memperbaiki bola sepak Itali.

“Sebagai contoh, saya fikir Serie A akan mendapat banyak manfaat dengan dikurangkan daripada 20 pasukan kepada 18 dan saya tahu ada kelab yang bersedia untuk mengundi keputusan tersebut,” katanya lagi. – AFP



Source link

read more

Puting beliung serang bandar Sanremo di barat laut Itali



SANREMO: Satu kejadian puting beliung melanda Sanremo, sebuah bandar pantai di barat laut Itali, pada Jumaat.

Menurut laporan media Itali, angin puting beliung itu pada mulanya dikesan bermula di pesisir laut berdekatan  dengan resort pelancongan terkenal di Riviera, Itali sebelum menghala ke pusat bandar.

Menurut pihak bomba Itali, kejadian itu telah menyebabkan kemusnahan yang agak serius terutamanya membabitkan premis-premis perniagaan selain kenderaan awam.

Seorang wanita dilaporkan cedera akibat kejadian tersebut.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons