Saat kau berasa sedih saat itu Allah memelukmu- Elfira Loy



SELEPAS pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi putus, pelakon Elfira Loy meluahkan perasaannya di Instagram (IG).

Menerusi sebuah entri Elfira Loy memberitahu, di saat dia sedih dan kecewa, pelakon itu percaya Allah sentiasa ada bersamanya.

“Saat kau merasa jatuh,saat itu Allah sedang menangkapmu .

Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu .

Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu .

Saat kau merasa sepi ,saat itu Allah datang kepadamu .

Saat kau merasa sakit ,saat itu Allah mengubatimu,”  tulisnya.

Elfira dalam entri yang sama turut memuat naik fotonya sedang berpaling menghadap tingkap.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang rata-rata memberi kata-kata semangat supaya meminta Elfira kuat dengan dugaan yang dihadapi.

BACA: Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang?, tapi cincin tak pulang – Sumber

Beberapa hari lalu berita perpisahan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi mendapat liputan media tempatan. Ia membuatkan ramai bersimpati dengan kedua-dua artis itu. 

Ibu bapa Elfira dan Sufian sudah pun memberi respon mengenai perkara ini. 

Bagaimanapun Elfira yang kini sedang berada di New York belum memberi sebarang kenyataan rasmi kepada media.
 



Source link

read more

Putera William puji Sweden kanak-kanak negara itu banyak beriadah walaupun musim sejuk



STOCKHOLM: Putera Diraja Britain, Putera William memuji langkah Sweden memanfaatkan banyak aktiviti luar kepada kanak-kanak.

Beliau dan isteri, Kate Middleton meluangkan masa dua hari di Sweden, dimana pasangan Diraja itu dibawa bertemu rakyat Sweden dari pelbagai lapisan.

“Dalam masa dua hari, saya dan Kate sangat kagum dengan keunikan gaya hidup orang-orang Sweden.

“Warganya sukakan aktiviti luar, yang mana mereka sangat menghargai alam dan persekitaran serta komited untuk memastikan generasi masa hadapan melakukan perkara yang sama.

“Hakikatnya mereka berbuat demikian pada bila-bila masa, walaupun pada musim sejuk. Satu nilai hidup yang patut kita contohi, iaitu menggalakkan anak-anak meluangkan masa banyak dengan aktiviti riadah luar,” katanya dalam ucapan di hari terakhirnya di sana.

Pasangan Diraja itu juga dibawa melawat institut perubatan, bertemu ahli akademik bagi membincangkan pendekatan Sweden dalam menguruskan cabaran kesihatan mental.

Putera William dan Kate akan terus ke Norway untuk lawatan dua hari.



Source link

read more

Nak sangat selfie dengan kereta api itu padahnya



TERUJA untuk berswafoto hingga abai keselamatan diri.

Visual seorang pelajar berusia 25 tahun dari Borabanda di Hyderabad, India yang cuba berswafoto di atas landasan Stesen Keretapi Borabanda menjadi tular selepas dia dilanggar kereta api ketika merakamkan video tersebut.

Dalam kejadian Ahad lepas, R. Shiva Kumar berdiri terlalu hampir dengan landasan Begumpet – Lingampalli dan mula merakamkan video swafotonya walaupun tren MMTS laju menghampirinya, jelas pihak berkuasa kereta api South Railway Central dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“Shiva boleh dilihat sedang merakamkan video sambil menuding ke arah kereta api yang datang dari belakang walaupun dengan jelas amaran diberikan kepadanya.

“Siva sebaliknya mengendahkan amaran tersebut sambil terus merakam dan mengatakan ‘satu minit’,” ujar kenyataan itu.

Dia dilanggar di sebelah kanan dan mengalami kecederaan di kepala.

 

Malah Siva juga didakwa di mahkamah dan didenda 500 Rupee.

Berswafoto di landasan kereta api adalah satu kesalahan di India dan boleh didakwa di bawah seksyen 147 Akta Keretapi 1989 yang memperuntukan hukuman  penjara sehingga enam bulan selain penalti sehingga 1000 Rupee dan di bawah seksyen 145 Akta Keretapi, 1989 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan serta penalti 500 Rupee jika sabit kesalahan.

Swafoto sambil berdiri di hadapan kereta api menjadi trend maut di India.

Pada Oktober 2017, dua kejadian dilanggar kereta api berbeza berlaku melibatkan tiga remaja dilanggar kereta api ketika cuba mengambil gambar di Karnataka manakala dua remaja lain terbunuh semasa berswafoto di laluan keretapi di Delhi.



Source link

read more

Jodoh itu rahsia Allah – Amaris selamat bernikah dengan gadis pilihan


PELAKON Amran Ismail, 33, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Syazwani Alias, 28, pada Jumaat lalu.

Amran yang kini dikenali dengan nama Amaris menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 bersama 11 dulang hantaran dibalas 13 dulang.

Merahsiakan wang hantaran, majlis pernikahan Amaris dan Syazwani berlangsung di Batu Pahat, Johor. 

Pasangan itu turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi di kediaman pengantin perempuan pada Sabtu lalu.

Menerusi kemas kini laman Instagram Amaris, pelakon itu memuat naik foto sekitar majlis persandingannya beserta kapsyen: “Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah, Alhamdulillah.”

Peminat dan pengikut laman Instagram Amaris mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai.

Peminat juga turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Amaris

 



Source link

read more

Bukan suara Edry bukan suara mesin itu suara saya – Aliff Syukri



USAHAWAN kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri nafi menggunakan suara orang lain untuk menyanyikan single terbaharunya, “Abang Nak Tegur”.

Wujud dakwaan yang mengatakan lagu tersebut tidak menggunakan suara sebenar Aliff dan menggunakan ‘suara mesin’ serta suara komposernya, Edry Abdul Halim.

“Lagu ini menggunakan 100 peratus suara saya. Buka suara mesin, bukan juga suara Edry.

“Saya banyak kali berlatih sebelum memulakan rakaman. Edry banyak membimbing dalam membentuk vokal saya.

“Saya sedar suara saya tidak sedap, tetapi Edry banyak membantu. Saya masih ingat lagi di sesi latihan sebelum rakaman, satu rangkap lagu saya nyanyikan sebanyak 30 kali untuk membiasakan vokal saya,” kata Aliff.

Sudah mendapat tawaran untuk melakukan persembahan, Aliff bakal memenuhi undangan tersebut jika kena dengan jadualnya.

“Saya bernaung di bawah KRU dan setakat ini, saya sudah mendapat tawaran persembahan.

“Semuanya bergantung kepada jadual saya, jika berkesempatan, Insya-Allah saya akan penuhinya.

“Saya harus membahagikan masa dengan baik antara bidang perniagaan, kerjaya nyanyian serta keluarga,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Rindu itu bukan mudah ini kisah benar lagu Cari Aku Jika Rindu



KUALA LUMPUR : Ungkapkan perkataan rindu jika anda merindui pasangan atau sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan anda.

Ini kerana rindu yang anda rasai tetapi tidak diungkapkan mungkin membawa padah kepada diri sendiri.

Kisah benar ini telah memberi inspirasi kepada Zahid Baharudin untuk menggubal sebuah lagu baharu berjudul ‘Cari Aku Jika Rindu‘.

Menurut Zahid, seorang pengikut laman media Instagramnya berkongsi cerita tersebut kepadanya dan mengharapkan beliau akan menjadikan kisah benar itu sebuah lagu.

“Pada mulanya agak sukar bagi saya untuk menjiwai lagu tersebut kerana tidak pernah mengalami keadaan yang sama.

“Namun, setelah mendapat ilham dengan penceritaan dari pencipta lagu tersebut, ia lebih mudah bagi saya untuk mempersembahkan lagu ini,” katanya ketika ditemu bual oleh Astro AWANI.

Lagu yang telah dilancarkan pada Jumaat ditulis oleh Hilmy Aslam dan komposernya adalah Zahid Baharudin, Kautsar Matsin dan Amir Ali.

Tambah Amir, untuk menambah kelainan kepada lagu tersebut, mereka menggunakan seruling sebagai instrumen utama.

“Penggunaan seruling dalam lagu ini untuk memberi nafas baharu agar ia akan lebih dekat dengan pendengar lagu ini,” katanya.

Bagi yang ingin mendengarkan lagu ini, anda boleh dengarkannya di playlist menerusi aplikasi Raku.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Raku di AppStore atau Google Play Store secara perrcuma di telefon pintar anda.



Source link

read more

Tindakan itu sungguh tidak bertanggungjawab- Michael Ang dedah perit terbit My Coffee Prince



PENGARAH Michael Ang mengakui sukar untuknya menerbitkan drama bersiri adaptasi Korea, My Coffee Prince.

Michael yang juga penerbit mengakui drama bersiri itu mempunyai cabaran tersendiri.

“Sejujurnya, sukar untuk saya habiskan drama bersiri ini kerana ada satu insiden yang tak diingini berlaku.

“Penolong pengarah serta kru yang mengendalikan props menghilangkan diri dari set penggambaran.

“Tindakan itu sungguh tidak bertanggungjawab dan amat saya kesali. Rentetan kejadian itu, ia membuatkan penggambaran tertangguh selama lima hari,” kata Michael kepada Astro Gempak.

BACA: Takkanlah saya sebodoh itu nak babak cium Fattah dan Janna Nick – Michael Ang

BACA: ‘Memang nak nampak macam Gong Yoo untuk Coffee Prince’ – Fattah Amin

Tambah Michael, dia menyenangi komitmen semua krew dan pelakon yang banyak membantu untuk menamatkan penggambaran.

“Mereka sangat komited dan memberikan fokus sepenuhnya dalam menjayakan drama bersiri ini.

“Biarpun ada cabaran, semuanya kekal positif dan meneruskan kerja masing-masing sehingga sesi penggambaran selesai.

“Mengadaptasi drama Korea merupakan pengalaman terbaru saya dan selepas ini, saya akan kembali muncul dengan karya yang menggunakan idea asal semula,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan My Coffee Prince lakonan Fattah Amin, Janna Nick, Diana Danielle, Fahrin Ahmad dan ramai lagi pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Jibam cipta keajaiban ada panggung kembali tayang filem itu



KUALA LUMPUR: Filem Jibam mencipta keajaiban tersendiri, minggu pertama filem tersebut hampir ditamatkan tayangannya kerana dikatakan gagal memenuhi jumlah kutipan yang sepatutnya.

Namun, dengan sokongan yang diberikan oleh penonton termasuk dari kalangan artis dan selebriti, filem itu kini semakin mendapat sokongan dan terdapat panggung wayang yang kembali menayang Jibam.

Menurut penulis novel Jibam, Ibrahim Anom atau lebih dikenali dengan nama Ujang, selepas seminggu tayangan hanya 16 buah panggung di seluruh negara yang menayangkan filem tersebut.

Namun dengan sokongan dan permintaan dari orang ramai, jumlah panggung yang menayangkan filem Jibam kembali bertambah dari 16 ke 19 buah panggung.

“Alhamdulillah, sudah confirm. Ini benar-benar ajaib. Baru terima berita petang ini TGV KLCC pulak bukak semula tayangan untuk JIBAM atas permintaan ramai.

“Ini menjadikan jumlah bertambah dari 16 kepada 19 pawagam .

“Terima kasih….terima kasih….terima kasih Malaysian,” tulis Ujang di laman Facebook.

Sebelum ini beberapa artis dan selebriti antaranya Ayda Jebat memberikan sokongan terhadap filem Jibam dan menyeru peminat filem tempatan supaya menonton filem tersebut.

Filem Jibam diadaptasi daripada novel popular 90-an hasil tulisan kartunis Ujang.

Selain Buntat, pelakon popular lain yang turut membintangi filem arahan Che Mie ini ialah Syafie Naswip, Farah Ahmad, Esma Danial, Fadlan Hazim, Mia Ahmad, Bohari Ibrahim, Kazar Saisi dan Kamarool Yusoff.



Source link

read more

Separuh warga AS rasa negara itu semakin teruk dengan Trump



Washington DC: Lebih 52 peratus warga Amerika Syarikat merasakan negara berkenaan menjadi semakin teruk selepas Presiden Donald Trump dilantik.

Trump turut gagal mendapat sokongan daripada Parti Republikan apabila hanya 50 peratus yang percaya dia telah mengotakan janji yang dibuat sewaktu pilihan raya tahun 2016.

Antara janji yang masih gagal dipenuhi Trump termasuk rombakan undang-undang penjagaan kesihatan, menarik AS keluar dari perjanjian nuklear Iran dan melabur dalam membangunkan infrastruktur di AS.

Tinjauan tersebut dibuat oleh agensi berita The Associated Press dan NORC Center for Public Affairs Research.

Dan dengan 2017 menghampiri penghujungnya, warga AS secara amnya semakin pesimis dengan kepimpinan Trump.

Hanya 10 peratus warga AS percaya negara itu dilandasan yang betul.

Trump kini hanya mencatatkan 32 peratus sokongan populariti daripada tinjauan yang dilakukan.

Namun berita baiknya adalah ekonomi AS semakin pulih dengan kadar pengangguran pada 4 peratus dan 40 peratus menyokong cara Trump mengendalikan ekonomi AS.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons