Jacob Zuma presiden penuh kontroversi



CAPE TOWN: Jacob Zuma atau nama penuhnya Jacob Gedleyihlekisa Zuma dilahirkan pada 12 April, 1942 di Nkandla, KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Zuma merupakan Presiden Afrika Selatan yang keempat bermula pada 2009 sehingga 14 Februari, 2018.

Beliau pernah memegang portfolio Timbalan Presiden Afrika Selatan dari 1999 hingga 2005, menjadi Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pada 1997-2007 dan presiden ANC pada 2007-2017.

Beliau merupakan seorang presiden yang penuh kontroversi di Afrika Selatan sejak pemerintahan putih-minoriti berakhir pada 1994.

Tidak pernah menerima pendidikan secara formal, Zuma menyertai ANC pada 1959 dan sayap tenteranya “Spear of the nation” pada 1962.

BACA: Presiden Afrika Selatan sedia berundur

BACA: Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan

BACA: Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan

Zuma juga pernah ditangkap pada 1963 dan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun di Robben Island kerana berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Apartheid di Afrika Selatan.

Pada 1991, Zuma dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung ANC dan seterusnya pada 1994, beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif untuk hal ehwal ekonomi dan pelancongan wilayah KwaZulu-Natal.

Pada Disember 1997, beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden ANC, dan pada Jun 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden negara itu oleh Presiden Thabo Mbeki.



Source link

read more

Jacob Zuma – kahwin enam kali punyai anak 20 – 22 orang



CAPE TOWN: Bekas Presiden Afrika Selatan yang baru sahaja meletakkan jawatannya semalam dikenali sebagai seorang presiden yang pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Bukan sahaja dalam arena politik, malah kisah peribadi kehidupannya antara yang hangat diperkatakan.

Memetik laporan portal The South African, Jacob Zuma, 75, berkahwin sebanyak enam kali dan mempunyai 20-22 orang anak.

Lebih parah, 15 daripada anaknya adalah hasil perkahwinan dengan isteri-isterinya manakala 5-7 orang lain merupakan anak dengan kekasih-kekasihnya.

Pada tahun 2006, Zuma juga pernah didakwa merogol seorang wanita pembawa virus HIV namun pertuduhan itu turut digugurkan.

Menyentuh keperibadiannya dalam arena politik di Afrika Selatan, Zuma pernah berdepan pelbagai skandal rasuah.

BACA: Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan

BACA: Jacob Zuma, presiden penuh kontroversi

Zuma pernah berdepan dengan 800 tuduhan rasuah pada 2009 dan turut dikaitkan dengan dakwaan berbilion dolar dalam perjanjian senjata.

Namun kesemua tuduhan ini digugurkan ketua pendakwa negeri bagi membuka jalan mudah buatnya menyandang jawatan presiden.

Selain dari isu skandal rasuah yang tiada penghujungnya, tempoh pemerintahannya juga menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan masalah pengangguran meningkat dan mencetuskan kemarahan masyarakat.

Tahun lalu juga, Zuma menafikan tuduhan mengatakan dia mempunyai hartanah berharga AS$25 juta dolar yang terletak di pinggir bandar Dubai untuk didiaminya selepas bersara.



Source link

read more

Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan



PRETORIA: Kongres Nasional Afrika Selatan (ANC) memberi tempoh 48 jam untuk Presiden Jacob Zuma meletak jawatan sebagai pemimpin negara itu.

Keputusan itu dibuat susulan mensyuarat kepimpinan tertinggi parti ANC yang berlangsung selama lapan jam.

Presiden ANC, Cyril Ramaphosa menyampaikan keputusan itu secara langsung di sekitar kediaman Zuma berhampiran Bangunan Kesatuan di Pretoria setelah tamat mesyuarat parti berkenaan pada jam 10.30 pagi Selasa.

Menurut Ramaphosa, 65 tahun, mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Pretoria itu menyaksikan pengumpulan segala maklumat dan bahan bukti kes rasuah Zuma, dan maklumat tersebut akan disalurkan kepada semua ahli ANC.

Ramaphosa yang juga Timbalan Presiden Afrika Selatan, berkata beliau telah berbincang secara langsung dengan Zuma berhubung pemindahan kuasa.

Walaupun kepimpinan tertinggi parti mempunyai kuasa untuk perintahkan presidennya untuk mengundurkan diri sebagai ketua negara, spekulasi media tempatan menyatakan Zuma mungkin akan menolak.

Zuma, 76 tahun, diseru untuk mengakhiri pemerintahannya setahun lebih awal selepas Ramaphosa dipilih sebagai Presiden ANC pada Disember lalu selepas menewaskan Nkosazana Dlamini-Zuma, isteri Jacob.

Ramaphosa sebelum ini berjanji untuk menumpukan fokus usahanya terhadap membanteras rasuah serta memulihkan ekonomi negara.

Sejak menjawat jawatan Presiden pada 2009, Zuma dihantui skandal rasuah. Beliau sedang melawan 783 tuduhan rasuah berkenaan perjanjian senjata yang didakwa diatur oleh kerajaan bernilai 30 bilion rand (RM9.8 bilion) pada akhir 1990-an ketika beliau menjadi timbalan presiden.

Zuma juga mungkin akan berdepan undi tidak percaya di Parlimen nanti. Jika beliau berjaya digulingkan, kesemua ahli Kabinetnya juga perlu meletak jawatan.



Source link

read more

ANC tangguh mesyuarat Presiden Jacob Zuma masih selamat



JOHANNESBURG: Parti pemerintah Afrika Selatan, ANC menangguhkan mesyuarat tertinggi yang sepatutnya bermesyuarat bagi menentukan nasib Presiden Jacob Zuma.

ANC sebaliknya mengeluarkan kenyataan telah mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil dan sangat membina dengan Zuma.

Kenyataan dibuat ketika tekanan supaya Zuma meletak jawatan semakin meningkat.

Parlimen negara itu terdahulu melaksanakan langkah luar biasa dengan menangguhkan ucapan kebertanggungjawaban Presiden yang dijadual pada Khamis.

Penangguhan ini bermakna Jawatankuasa Eksekutif ANC kini bakal bermesyuarat pada 17 dan 18 Februari.

Ia hanya dihadiri kalangan pemimpin yang mempunyai kuasa untuk memecat presiden.

Pembangkang Afrika Selatan sebelum ini kemukakan tuntutan untuk mengadakan usul undi tidak percaya untuk memecat Zuma atas dakwaan terlibat dengan rasuah.

Zuma, 75 tahun, bagaimanapun sehingga kini enggan tunduk kepada semua desakan.



Source link

read more

Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma diberi kata dua berundur atau kami pecat anda



JOHANNESBURG: Parti memerintah Afrika Selatan Kongres Nasional Afrika (ANC) dikatakan sedang berusaha menyelamatkan ‘air muka’ presiden negara itu Jacob Zuma, dengan mencari jalan terbaik untuk menyingkirkan pemimpin yang terpalit dengan kontroversi dan skandal itu.

Lapor saluran televisyen eNCA, Majlis Eksekutif Kebangsaan ANC telah bermesyuarat dan berpendirian untuk memohon Zuma meletakkan jawatan secara baik atau enam anggota tertinggi majlis itu bakal memaksanya berundur.

Namun tidak disebut dari manakah sumber berita itu diperolehi.

BACA: Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mohon maaf seleweng dana untuk kediaman peribadi

BACA: Ceritalah ASEAN – Bayangan Zuma menjangkau Asia Tenggara

Seorang jurucakap wanita ANC, Khusela Diko ketika ditanya enggan mengesahkan laporan itu dan meminta agar wartawan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat parti itu semalam yang tidak menyentuh langsung mengenai perkara itu.

Bagaimanapun salah seorang anggota majlis itu yang enggan dinamakan mengesahkan keputusan itu adalah sebulat suara.

Penggal presiden Zuma hanya akan tamat pada tahun hadapan.

Kepimpinan parti itu bergolak selepas Zuma dikatakan terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, yang dinafikannya sekeras-kerasnya.

Zuma juga dibidas ekoran ekonomi negara yang tidak memberansangkan.

ANC sebelum ini telah melantik pemimpin baru, Cyril Ramaphosa untuk menggantikan Zuma sebagai pemimpin parti.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons