Dr. Amalina ‘terbang tinggi’ walau jadi mangsa buli siber


KUALA LUMPUR – Kebelakangan ini, nama Dr Nur Amalina Bakri menjadi sebutan pengguna media sosial susulan kerajinan wanita peramah itu melayan kerenah netizen yang berminat mengetahui perkembangan mutakhirnya.

Matang mencecah 30 tahun, hampir separuh usianya dihabiskan menimba ilmu di United Kingdom selepas mencatat sejarah dengan kejayaan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Kini, Dr Amalina tersenarai sebagai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom dan kerajinannya berkongsi kisah harian di media sosial sepanjang menjalani latihan pakar bedah di St Mary’s Hospital, London membuatkan gadis kelahiran Kota Bharu itu menjadi idola generasi muda.

Dr. Amalina 'terbang tinggi' walau jadi mangsa buli siber

Resam dunia maya, di sebalik pujian dan sokongan, ada yang lebih gemar mencari silap serta menjatuhkan hukuman menerusi apa yang dilihat tanpa difahami, termasuk pelat British pekatnya.

Dalam bahasa mudah, Dr Amalina tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli siber hanya kerana beliau memilih untuk memotivasi mereka yang dahagakan ilmu dan panduan, selain sesekali bertukar jenaka dengan pengikutnya.

“Populariti di media sosial mengejutkan saya. Sebaik berita mengenai doktor pelatih terbaik itu tersebar, saya membuka akaun Twitter keesokannya dan terperanjat mendapati bilangan pengikut meningkat secara mendadak.

“Awalnya ia seperti tidak masuk akal. Ada yang mengecam, ada juga yang menilai diri saya secara negatif dan memandang usaha serta penat lelah saya selama ini dengan sebelah mata.

“Sesetengah daripada mereka hanya berminat dengan cerita sensasi, manakala ada yang menggelar saya macam-macam.

“Selepas berfikir, saya memilih untuk bangkit daripada segala tohmahan dan tercetuslah idea untuk menggunakan populariti itu ke arah kebaikan.

“Sedaya mampu, saya sebarkan mesej positif kepada pengikut media sosial dan memberi perangsang kepada yang memerlukan terutama golongan pelajar,” katanya dalam temu bual eksklusif menerusi Facetime, baru-baru ini.

Dr. Amalina 'terbang tinggi' walau jadi mangsa buli siber

Menerusi akaun Twitter @DrAmalinaBakri, beliau mempunyai 129,000 pengikut manakala akaun Instagram dengan nama sama menarik 116,000 pengikut setakat ini.

Gigih mengejar impian menjadi doktor pakar bedah bidang kanser payudara dan onkoplastik, Dr Amalina memanfaatkan sepenuhnya teknologi untuk berkongsi ilmu.

Ia termasuk mengadakan sesi tutorial viva bidang surgikal perubatan menerusi sesi langsung di Instagram bersama seorang pelajar perubatan tempatan.

“Saya mendapat idea mempelbagaikan fungsi media sosial ketika mengajar pelajar perubatan di Imperial College, London.

“Dalam sesi tutorial viva selama dua jam itu, kami membincangkan berkenaan beberapa kes contohnya bagaimana menguruskan pesakit yang pecah saluran darah utamanya, radang hempedu dan luka akibat tembakan.

“Teknologi mampu menggapai dunia tanpa sempadan. Saya mengajar dan pada masa sama, saya belajar bersama mereka.

“Sungguhpun saya tinggal di luar negara, ini cara saya menyumbang kepada bidang perubatan di tanah air,” ” katanya.

Duta Akademik BH itu optimis menjalani segala keadaan dan kukuh berpegang kepada moto isteri bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama, iaitu when they go low, we go high atau ‘semakin mereka mengeji, semakin kita terbang tinggi’.

Menyedari impak positif yang boleh disampaikan dalam kalangan ribuan pengikutnya, Dr Amalina menjadikan media sosial sebagai platform menyebarkan kempen ke arah kebaikan.

Beliau turut menggerakkan Independent Women Campaign (IWC) sebagai inisiatif memperkasakan wanita mengejar impian hidup dan lebih berdikari, terutama apabila berdepan pelbagai isu termasuk ketidaksamarataan gender. – BERITA HARIAN



Source link

read more

Selebriti Filipina dakwa anak-anaknya jadi mangsa gangguan seksual di taman tema di Malaysia



KUALA LUMPUR: Percutian yang sepatutnya menjadi memori indah kepada selebriti terkenal Filipina, Ruffa Gutierrez, menjadi sebaliknya igauan apabila beliau mendakwa anak-anaknya menjadi mangsa gangguan seksual sekumpulan lelaki sewaktu di sebuah taman tema air di Subang Jaya, baru-baru ini.

Bekas peserta Miss World 1993 itu mendakwa, kumpulan lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata berbaur lucah, serta cuba mengambil gambar dua anak gadisnya, Lorin Gabriella, 15 tahun dan Venice Bektas, 14 tahun.

Dalam perkembangan terbaharu, Gutierrez melalui laman Twitternya berkata, pengurus besar taman tema air itu telah menghubungi beliau secara peribadi berhubung insiden berkenaan.

Media melaporkan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari sebagai berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada Gutierrez berhubung insiden itu.

Insiden itu menjadi perbualan pengguna laman media sosial, yang rata-rata menganggap ia tidak sepatutnya berlaku, dan memberi imej yang buruk kepada negara dari padangan pelancong asing. 



Source link

read more

PAKATAN CELARU, CHAGUBARD PUN JADI MANGSA FITNAH!!! ~ SEMUT HITAM


Khifarah dunia. Mungkin itu yang menimpa bekas pencacai Pakatan Haprak tu apabila sebelum ini dia sendiri yang sering kali menjadikan fitnah itu sebagai bahan makanan hariannya.

Hari ini, bekas pemimpin PKR yang dikenali sebagai Chegubard, membuat laporan polis hari ini di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ekoran difitnah penyokong Pakatan Harapan (PH).

Fitnah yang disebarkan melalui pelbagai medium laman sosial itu mendakwa isteri Badrul ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan cuba merasuah Ketua Srikandi PPBM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menurut Badrul yang juga Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), pemimpin PH maklum berkenaan penyebaran fitnah tersebut namun kesemuanya membisu sehingga kini.

“Saya ingin menafikan sepenuhnya fitnah ini. Isteri saya tidak pernah terlibat dengan apa-apa perbuatan merasuah ahli politik.

“Fitnah ini menunjukkan bahawa Pakatan Harapan kini sudah mengadaptasi fitnah sebagai taktik politik rasmi mereka. Sebab itulah nampaknya pemimpin mereka begitu takut dengan cadangan kerajaan untuk menggubal undang-undang untuk menyekat berita palsu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Terdahulu Chegubard hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membuat laporan terhadap dakwaan yang tersebar baru-baru ini mengenai dirinya dan keluarganya ditahan SPRM.

Dakwaan tersebut mengatakan bekas pemimpin PKR itu ditahan ekoran cuba merasuah anggota PPBM bagi meninggalkan parti serpihan UMNO itu.

Laporan tersebut mendakwa isteri Chegubard merupakan dalang untuk menyogok Ketua Srikandi PPBM. Beliau yang juga  tiba sekitar jam 11.30 pagi, ditemani beberapa individu lain.

PPBM sebelum ini dilaporkan akan terus menekan SPRM bagi mengesahkan dan mendedahkan butiran siasatan seorang individu yang dikatakan ditahan kerana cuba menyogok ahlinya keluar parti.




Source link

read more

Kampung Tanduo jadi kem tentera


DV9f4_xU8AAiPj6MO, 14/2/2018, DATU: Kampung Tanduo yang terletak di hujung gugusan FELDA Sahabat, kira-kira 120 kilometer dari bandar Lahad Datu, dulunya sebuah perkampungan kecil tepi laut dihuni kira-kira 20 keluarga, kebanyakannya mencari rezeki sebagai nelayan dan berkebun.

Bagaimanapun, selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu dan serangan udara serta darat oleh pasukan keselamatan terhadap pengikut Jamalul Kiram III yang mahu menuntut Sabah pada Mac 2013, keadaan perkampungan itu, berubah sama sekali.

Kini, Kampung Tanduo dijadikan kem tentera dikenali Pos Kampung Tanduo di bawah seliaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan baru-baru ini, penulis bersama jurugambar, Khairull Azry Bidin berpeluang ke kampung ini untuk meninjau keadaan kem terbabit.

Diiringi tiga pegawai polis diketuai Penolong Ketua Staf Operasi Pasukan Khas ESSCOM, Superintendan Hamzah Hashim, dari Tanjung Labian kami menaiki pacuan empat roda mengharungi laluan berbatu kasar dan berhabuk yang mengambil masa lebih setengah jam dengan jarak hampir tiga kilometer.

Ketika menyusur masuk, kami melihat pos kawalan tentera dengan sederet rumah didiami pasukan keselamatan. Tidak jauh dari kediaman pasukan keselamatan, kelihatan dua rumah yang dulunya milik penduduk Kampung Tanduo.

Namun kini, ia dibaik pulih dan dijadikan surau dan tempat penyimpanan barang. Selain itu, beberapa pokok seperti mangga, nangka dan kelapa sawit masih kekal di kawasan kampung berkenaan.

Berhampiran surau kecil, terdapat galeri kecil menyimpan pelbagai barang rampasan daripada pengganas Sulu dan kami juga berpeluang mendekati tiga kubur yang mana pengganas mengebumikan 16 anggotanya yang mati ketika bertempur dengan pasukan keselamatan.

Kubur pertama menempatkan sembilan mayat pengganas, kubur kedua pula menempatkan tiga lagi mayat dan kubur ketiga dengan empat mayat.

Kira-kira 200 meter dari perkuburan itu, penulis melihat bendera merah dan penulis dimaklumkan itu adalah lokasi dua anggota komando VAT69, Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud terkorban ketika pertempuran dengan musuh pada jam 10 pagi, 1 Mac 2013.

Tidak jauh dari lokasi itu, kami melihat kesan letupan bom oleh pesawat tempur jenis F18 dan Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilancarkan ketika serangan Ops Daulat ke atas Kampung Tanduo pada 13 Mac 2013.

Penulis diberitahu kira-kira 500 meter dari situ terletaknya rumah Ahmad Malandi, 70-an, atau Mat Bom iaitu individu dipercayai tali barut kepada pengganas bersama anaknya dikenali sebagai Mohd Dali atau Ali.

Mat Bom dikenali pakar mengebom ikan di sekitar perairan FELDA Sahabat dan dia juga dikatakan antara individu terawal membuka Kampung Tanduo. Keadaan rumahnya dikatakan hanya tinggal tiang selepas dibom oleh pesawat tempur.

Penulis kemudian dibawa menyusuri laluan berbecak kira-kira 800 meter dari Pos Kampung Tanduo sebelum kelihatan surau di pesisir pantai. Ia menjadi lokasi pertama kumpulan pengganas berkumpul selepas mendarat menggunakan bot pancung dan bot laju secara berperingkat di Kampung Tanduo.

Berdekatan surau itu terdapat sebuah bot dengan pendayung dipercayai milik pengganas. Lokasi bot itu ditemui di kawasan muara sungai Kampung Tanduo sebelum dipindahkan ke Pos Kawalan Tentera di pantai Kampung Tanduo.

Ketika berada di tepi pantai Kampung Tanduo, apa yang terlintas di fikiran penulis ialah keindahan pantainya yang terletak di hujung gugusan FELDA Sahabat itu, namun kerana kerakusan kumpulan pengganas yang menceroboh masuk ke kampung berkenaan lima tahun lalu, segalanya kini sepi, tiada lagi penempatan penduduk.



Source link

read more

46 kerusi panas bakal jadi tumpuan PRU-14


13bh12zz1234x.transformedMO, 14/2/2018, KUALA LUMPUR: Empat puluh enam kerusi Parlimen, termasuk 29 kerusi yang disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bakal menyaksikan pertembungan sengit pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kerusi panas yang dimenangi dengan majoriti tipis kurang 3,000 undi itu dijangka meningkatkan risiko untuk penyandang mengekalkan kerusi, sekali gus menuntut perhatian serius daripada pucuk kepemimpinan parti.

Sembilan daripada 29 kerusi milik BN itu disandang anggota Kabinet termasuk tiga Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau); Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai) dan Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan) dengan masing-masing hanya memperoleh majoriti 1,371, 1,196 dan 1,744 undi.

Anggota Kabinet lain membabitkan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kiong (Teluk Intan – kerusi dimenangi pada pilihan raya kecil (PRK)); Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong); Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera); Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa); Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) serta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu).

majoroii.jpg.transformed

Berdepan saingan sengit

Tiong Lai yang juga Presiden MCA dan Siew Kiong, Presiden GERAKAN antara pemimpin parti komponen BN yang dijangka berdepan saingan sengit jika kekal di kerusi berkenaan berikutan masing-masing hanya menang dengan majoriti 379 dan 238 undi.

Maximus yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pula hanya berpuas hati dengan majoriti tipis 842 undi dalam saingan empat penjuru bagi membolehkannya menyandang kerusi berkenaan untuk penggal ketiga.

Baru-baru ini Maximus membayangkan untuk melepaskan kerusi itu bagi membuka laluan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan pada PRU akan datang.

Kerusi panas turut disandang tujuh timbalan menteri iaitu, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Balik Pulau); Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong (Labis); Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri (Ledang); Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim (Muar); Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh Anak Gumbek (Mas Gading).

Kerusi lain yang dimenangi calon BN dengan majoriti tipis kurang 3,000 undi ialah Pendang, Sik, Kulim Bandar Baharu, Ketereh, Bagan Serai, Cameron Highlands, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Setiawangsa, Tebrau, Pasir Gudang, Saratok dan Baram.

Di pihak pembangkang, lima kerusi panas disandang wakil rakyat PAS termasuk Naib Presidennya, Idris Ahmad yang baru sepenggal di Parlimen Bukit Gantang selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ismail Saffian dengan majoriti 986 undi.

Saingan sengit turut dijangka membabitkan kerusi Kuala Nerus yang disandang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merangkap Ahli Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 610 undi, menewaskan calon BN, Datuk Mohamed Nasir Ibrahim Fikri yang menangi kerusi itu pada 2008.

Risiko hilang kerusi

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan yang diuar-uarkan bakal berpindah kerusi lebih ‘selamat’ di Kelantan turut berdepan risiko apabila kerusi Parlimen Temerloh dirampas daripada calon BN, Datuk Saifuddin Abdullah dengan hanya majoriti 1,070 undi. Saifuddin kini Ketua Setiausaha Pakatan Harapan.

Turut berisiko ialah dua kerusi PAN yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU-13 iaitu Kuala Krai dan Sepang, manakala PKR (Sungai Siput, Lembah Pantai, Teluk Kemang, Batu Pahat dan Miri) dan DAP (Raub, Sandakan, Sarikei dan Sibu).

Kerusi Lembah Pantai yang dimenangi Naib Presiden PKR merangkap Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar sejak 2008 juga tidak terkecuali daripada risiko apabila kawasan itu dimenangi dengan hanya majoriti 1,847 undi pada PRU lalu.

Majoriti undi yang diperoleh dengan menewaskan calon BN, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin itu menurun berbanding PRU-12 apabila beliau menewaskan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, penyandang kerusi selama tiga penggal dengan majoriti 2,895 undi, juga dalam saingan tiga penjuru.

Media sebelum ini melaporkan Nurul Izzah akan berpindah ke kerusi lebih selamat di Permatang Pauh kerana mendakwa berlakunya manipulasi demografi pengundi yang agresif di kerusi itu.

Kelmarin (Sabtu), Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mengesahkan parti itu bakal mempertaruhkan seorang arkitek landskap, Fauzi Abu Bakar di kerusi yang tidak pernah ditandingi mereka sejak kawasan itu diubah nama daripada Parlimen Damansara.

– Berita Harian



Source link

read more

Kasihan Nicolas Cage tak sempat jadi Superman



SKRIP dah dapat, kostum pun sudah lekat di badan, malangnya filem dibatalkan beberapa minggu sebelum penggambaran bermula.

Itulah nasib Nicolas Cage yang tidak sempat menjadi Superman meskipun segala persiapan untuk menjayakan watak ‘Man of Steel’ itu telah dibuat.

Cage menerima watak adiwira kesukaan ramai itu pada 1997. Ketika itu namanya memuncak menerusi filem-filem aksi ‘Con Air’ dan ‘The Rock’.

‘Superman Lives’ sepatutnya diarahkan oleh pengarah kreatif Tim Burton yang sebelum itu pernah menghidupkan watak Batman ke layar perak menerusi fiem ‘Batman’ (1989) lakonan Michael Keaton.

Menerusi filem ini, watak Superman digambarkan berambut panjang dan bertubuh kurus.

Video Cage ketika mencuba kostum adiwira itu dimuatnaik di YouTube menerusi akaun Flashback FilmMaking pada Oktober tahun lalu. Klip itu berdurasi hampir lima minit.

 

Filem ‘Superman Lives’ ini diinspirasikan sebagai kesinambungan daripada komik The Death of Superman pada 1992 yang menyaksikan watak adiwira itu dimatikan. Komik itu mencatat rekod tersendiri apabila enam juta salinan terjual.

Namun, nasib filem Superman Lives tidak seperti komik berkenaan. Warner Bros selaku penerbit membuat keputusan mengejut apabila membatalkan projek itu. Bajetnya digunakan untuk menerbitkan filem ‘Wild Wild West’ lakonan Will Smith.

Hasrat Cage untuk menjadi pengganti Christiopher Reeves sebagai Superman dan Clark Kent berkecai.

Mungkin sebagai memperingati impian yang tidak kesampaian, pada 2005 Cage menamakan anaknya yang baru lahir sebagai Kal-El iaitu nama asal Superman di planet Krypton.



Source link

read more

Duterte bawa pulang warga Filipina di Kuwait elak jadi mangsa dera



MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan syarikat penerbangan Filipina dan Cebu Pacific menyediakan penerbangan untuk membawa pulang lebih 2,000 warganya yang kini berada di Kuwait.

Keputusan itu dibuat Duterte selepas Kementerian Pekerja Filipina mengesahkan ribuan pekerja terbabit bersetuju untuk pulang susulan kejadian penderaan di negara itu.

“Kami telah dimaklumkan oleh 2,200 pekerja terbabit bahawa mereka bersedia untuk pulang ke tanahair,” jelas Setiausaha Kementerian Pekerja, Silvestre Bello III yang turut memaklumkan terdapat antara pekerja terbabit telah tinggal lebih masa.

Katanya, kesemua penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Filipina dan hampir 500 pekerja dijangka tiba tidak lama lagi.

Tambahnya, kerajaan Filipina akan membantu kesemua pekerja terlibat untuk mendapatkan pekerjaan di negara itu.

Pada Januari, Filipina telah menggantung penghantaran pekerja ke Kuwait selepas beberapa laporan penderaan ke atas pekerja dilaporkan sehingga ada di antara pekerja yang membunuh diri.

Menurut Duterte, penggantungan penghantaran terbabit adalah muktamad dan akan dikekalkan sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu pada Februari, Timbalan Menteri Luar Kuwait, Khaled al-Jarallah menzahirkan rasa terkejut dan sedih susulan kenyataan yang dibuat Duterte.

Jelasnya, proses perundangan telah diambil ke atas individu bertanggungjawab menyebabkan kematian empat pekerja warga Filipina di Kuwait.

Dianggarkan lebih 250,000 pekerja warga Filipina berada di Kuwait dalam pelbagai sektor pekerjaan.

Selain Kuwait, warga Filipina turut dilaporkan berada di Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Qatar.



Source link

read more

Remy Ishak enggan gelojoh jadi suami – Hiburan


PETALING JAYA 11 Feb. – Kembali mencipta populariti mendadak menerusi siri Kekasih Paksa Rela yang disiarkan di slot Akasia, TV3, aktor Remy Ishak, 36, mahu perkahwinannya yang dirancangkan sempurna.

Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menyaksikan kedua-dua ibu bapanya bercerai, Remy memberitahu dia tidak mahu menempuhi ‘ketakutan’ tersebut yang sering menjadi igauan buruk hubungan suami isteri.

“Disebabkan itu, saya ambil masa yang agak lama untuk mendirikan rumah tangga. Banyak persediaan yang perlu dirapikan supaya bahtera yang dikemudi tidak terumbang-ambing.

“Lagipun, pertunangan saya baru sahaja diikat, belum sampai setahun. Kami bertunang pada pertengahan tahun lalu. Saya tak menjangka akan berkahwin tahun ini.

“Tempoh pertunangan itu boleh jadi setahun atau lebih. Bukan mudah nak pikul tanggungjawab sebagai suami. Banyak persiapan yang perlu dilakukan.

“Saya tengah kerja keras untuk kumpul duit. Bukan hanya untuk menyimpulkan erat silaturrahim, bahkan perlu memastikan masa depan berjalan lancar,” katanya kepada Utusan Online.

Remy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran pakej percutian Kowamas Holidays bersama kelab peminatnya di D’Tunjong Banquet Hall, Kota Damansara, di sini.

Terdahulu, Remy telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Roszaliza Yusof pada Mei lalu dan belum membuat keputusan muktamad mengenai tarikh pernikahan mereka.

Pelakon itu juga tidak menafikan dia berhadapan cabaran sama dengan pasangan lain yang sudah bertunang.

“Seperti biasa, dalam sesebuah hubungan ada turun naiknya. Orang tua-tua asam garam. Tetapi itulah yang mematangkan kami berdua,” tambahnya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MeToo Lelaki berwajah babi jadi momokan di Minggu Fesyen New York


NEW YORK: Sempena Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat, kempen anti pencabulan seksual #MeToo turut mencuri perhatian apabila menampilkan model wanita yang memperagakan pakaian ‘berkepak’ sambil menarik lelaki bergari yang berwajahkan babi.

Antara yang tampil di pentas peragaan adalah Cheyenne Jacobs, 22 tahun yang mengumumkan dia juga seorang mangsa serangan seksual sewaktu di bangku sekolah dan kemudiannya pernah dirogol di kolej.

Idea itu diilhamkan Myriam Chalek, pengarah kreatif laman web fesyen American Wardrobe.

“Saya tidak merasakan pertunjukan fesyen ini akan merubah segalanya semalaman namun saya telah lakukan tanggungjawab saya. Wanita yang diperkasa adalah wanita yang tidak boleh dihalang sama sekali,” kata Chalek.

Foto Reuters

Seorang lagi model, Alicia Kozakiewicz, 29 tahun menceritakan dia pernah diculik pada 2002 berhampiran kediamannya di Pittsburgh, Pennsylvania Amerika Syarikat oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi internet.

Kes itu pernah mendapat liputan meluas oleh media antarabangsa.

Kozakiewicz berkongsi pengalaman bagaimana dia sebagai mangsa dipersalahkan malah dimalukan, termasuk oleh anggota keluarga sendiri dan berkesudahan dengan dia akhirnya memilih untuk menjadi jurucakap motivasi dan seorang aktres.

“Kempen #MeToo bukan untuk membenci kaum lelaki namun tentang memerangi keganasan,” kata Kozakiewicz. “ Ia bagaimanapun memperkasakan wanita untuk bebas dari perasaan takut dan terasa selamat dari serangan serta pencabulan seksual.”

Sejak Oktober, ratusan wanita mendakwa golongan lelaki yang berpengaruh dalam bidang perniagaan, politik, media dan hiburan terbabit dalam pencabulan seksual. Mereka kemudiannya turut serta dalam kempen #MeToo yang mendapat sambutan hebat.

Di dalam dunia fesyen, mangsa pencabulan seksual bukan hanya terhad kepada wanita semata-mata, malah golongan lelaki juga.

The New York Times melaporkan puluhan model dan pembantu lelaki telah menjadi mangsa jurufoto terkenal seperti Bruce Weber dan Mario Testino.

Kedua-duanya bagaimanapun menafikan dakwaan itu.



Source link

read more

12 kawasan panas jadi tumpuan Polis Kelantan


Datuk_Hasanuddin_Hassanasd.transformedMO, 11/2/2018, TANAH MERAH: Polis Kelantan melancarkan Ops Selamat 12/2018 dengan menumpukan 12 kawasan panas di seluruh negeri ini yang sering berlaku kemalangan sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, hari ini.

Kawasan terbabit merangkumi Kota Bharu di Jalan Kota Bharu – Machang, Kota Bharu – Pengkalan Chepa dan Kota Bharu – Kuala Terengganu.

Kawasan lain adalah di Gua Musang membabitkan Jalan Kota Bharu-Gua Musang-Kuala Lipis; Kuala Krai (Jalan Gua Musang-Kuala Krai); Machang (Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Jalan Tanah Merah-Machang-Pasir Puteh); Pasir Puteh (Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu) dan Tanah Merah (Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli).

Turut terbabit kawasan di Jeli iaitu Jalan Kota Bharu-Machang-Grik; Tumpat (Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor) dan Pasir Mas (Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata Ops Selamat yang dilaksanakan selama 15 hari itu bagi memastikan kadar kemalangan di negeri ini terus berkurang berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 456 kes kemalangan direkodkan tahun lalu pada musim perayaan sama berbanding 473 kes pada tahun 2016.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes kemalangan maut dicatatkan pada tahun 2016 dengan 11 kematian, manakala tahun lalu, kes kemalangan maut mencatatkan angka sama iaitu 11 kes dengan 12 kematian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 12 di Kompleks Niaga Tok Wan Mat, Bukit Bunga di sini, hari ini.

Majlis pelancaran Ops Selamat 12 itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, selain kawalan lalu lintas, Ops Selamat pada kali ini dilaksanakan dengan konsep berbeza berbanding tahun lalu apabila turut memberi tumpuan kepada pencegahan kes jenayah pecah rumah.

“Selain polis yang menjalankan tugas, saya juga minta pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan tidak usah gopoh memandangkan banyak kenderaan akan berada di atas jalan bagi mengelakkan berlaku kemalangan,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons