DAP jadikan Mahathir alat pecahkan undi Melayu!


Tun Mahathir Mohamad sebagai ‘alat’ untuk memecahkan undi Melayu di Semenanjung serta melemahkan pengaruh parti dominan di Sabah dan Sarawak bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata DAP menerusi Pakatan Harapan menggunakan strategi itu dengan harapan dapat membentuk kerajaan Persekutuan dengan merampas sehingga 50 kerusi Parlimen tertentu di Sabah dan Sarawak dalam PRU akan datang.

“Semuanya ini strategi yang diatur DAP. DAP menggunakan Dr Mahathir dan parti Melayu untuk memecahkan undi Melayu di Semenanjung dan berusaha memecahkan parti dominan di Sabah dan Sarawak.

“Ia dilakukan dengan tujuan supaya DAP dapat menguasai (kerajaan) walau pun tidak dapat memerintah,” katanya dalam Program BICARA BH: PRU14: Antara Mimpi & Realiti di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini, yang dikendalikan Pengarang Bersekutu (Ehwal Semasa) BH, Kadir Dikoh selaku moderator.

Bagaimanapun, Annuar berkata, DAP harus sedar strategi parti itu tidak mudah diterima pengundi terutama orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Saya hendak tegaskan DAP jangan mimpi orang Melayu akan menerima begitu saja taktik mereka. Jika mereka anggap mereka boleh lakukan di Sabah dan Sarawak, mereka sebenarnya silap.

“Apa yang DAP lakukan ini hanya akan mendorong rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak lebih bersatu. Di Semenanjung pula, orang Islam dan Melayu akan lebih bersatu,” katanya.

Malah, Annuar berkata, gabungan orang Islam dan Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kedamaian dan kemakmuran akan membantu BN untuk mendapat keputusan lebih daripada majoriti mudah dalam PRU akan datang.



Source link

read more

Kes Cikgu Azizan jadikan pengajaran – Wilayah


KUALA TERENGGANU 19 Dis. – Semua pihak termasuk masyarakat khasnya  ibu bapa perlu mengambil iktibar di atas kes Cikgu Azizan Manap yang dilepaskan oleh mahkamah hari ini atau pertuduhan mencederakan muridnya pada Oktober lalu.



Syed Anuar 
Syed Mohamad

Syed Anuar Syed Mohamad

Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (Alumni GPMS)  menyifatkan kes itu memperlihatkan tahap penghormatan terhadap guru, dan kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan tugas dan amanah di samping permasalahan disiplin kalangan pelajar.

Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad, berkata ibu bapa seharusnya menggunakan saluran seperti pengurusan seolah atau  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tentang permasalah berkaitan anak-anak, bukannya pndekatan bermusuhan termasuk menyerang atau terus menyaman guru.

“Masyarakat harus faham bshawa peranan guru, apatah lagi di era mencabar di dalam mendidik anak-anak kerana ia bukan hanya berfokus kepada kecemerlangan akademik tetapi juga merangkumi aspek jasmani, emosi dan sahsiah,”ujarnya.

Katanya,  ibu bapa sepatutnya bertindak berteraskan pelengkap kepada apa yang dididik oleh guru di sekolah ketika murid berada di rumah, bukannya menyerahkan sepenuhnya kepada guru atau terus melenting apabila terjadi sesuatu terhadap anak-anak tanpa usul periksa.

“Dalam masa yang sama, guru-guru diharap dapat  mengawal emosi  ketika menjalankan amanah agar tidak tergelincir daripada aturan sedia ada,”ujarnya di sini hari ini.

Alumni GPMS juga mengharapkan Kementerian Pendidikan bertindak sebagai orang tengah seperti kes Cikgu Azizan ini agar segala permasalahan dapat diselesaikan lebih awal di meja perundingan.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiada cadangan jadikan ketum ubat tahan sakit rawat penagihan dadah – Dr Hilmi



BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menjadikan ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ini kerana ketum mempunyai kesan yang sama seperti morfin.

“Ketum dan morfin adalah sama, kesannya juga sama. Ia untuk energetik, tahan sakit boleh, nak bagi tidur boleh, banyak kegunaannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh Balik Pulau di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai hasil kajian dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang menemui ketum berpotensi untuk dijadikan sebagai penahan sakit dan rawatan penagihan dadah..

Pada Khamis lepas Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor mendedahkan ketum dilihat mempunyai potensi untuk penghasilan ubat baharu sebagai penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

Beliau dilaporkan berkata ketum berpotensi menggantikan methadone yang digunakan dalam mengubati masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah.

Bagaimanapun, menurut profesor berkenaan kajian berhubung potensi itu masih dijalankan dan tiada lagi kajian klinikal yang berjaya membuktikan perkara itu.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata apa yang menjadi permasalahan kini adalah ketum telah disalahguna oleh golongan muda hari ini dan pengambilan yang berlebihan boleh membuat sistem badan terjejas serta rosak.

“Bila ia telah disalahguna dan minum air ketum terlalu banyak, ia akan merosakkan badan, semua sistem akan rosak dan terjejas. Kalau kita lihat mereka yang kuat minum air ketum ini mukanya kuning, pucat sebab hati dia rosak,” katanya.

Dr Hilmi berkata kerajaan juga bercadang menggubal Akta Racun 1951 yang diguna untuk menyelia aktiviti berkaitan ketum dengan menambah elemen dan menitikberatkan soal larangan penanaman tumbuhan ini secara komersil tahun hadapan.

“Ia sudah di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Jong-un ikrar jadikan Korea Utara kuasa nuklear terkuat dunia – Luar Negara


SEOUL 13 Dis. – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berikrar untuk menjadikan negara itu sebagai kuasa nuklear paling kuat di dunia, lapor media tempatan hari ini.

Agensi berita KCNA melaporkan, dalam satu ucapan, Jong-un mengisytiharkan bahawa Korea Utara akan mendahului untuk menjadi sektor kuasa nuklear dan ketenteraan yang paling kuat di dunia. – AFP



Source link

read more

Tehran gesa Arab Saudi cermin diri sebelum mahu jadikan Iran kambing hitam



TEHRAN: Iran dakwa Arab Saudi cuba menutup keburukan Riyadh dengan menimbulkan kekeruhan dalam kalangan negara-negara Arab.

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata Riyadh juga telah gagal dalam usahanya di Yaman dan di beberapa negara rantau itu.

Hassan berkata dengan menjadikan Iran sebagai ‘kambing hitam’ dalam segala permasalahan bukan jalan penyelesaian terbaik buat Riyadh.

“Arab Saudi perlu terlebih dahulu berusaha untuk menyelesaikan dua masalah itu sebelum mencari alasan untuk menjadikan Iran sebagai ‘kambing hitam’.

“Pertama Riyadh perlu menyedari kesilapan yang dilakukan di Qatar, Iraq, Syria dan baru-baru ini di Lubnan.

“Kedua, masalah dalam negerinya, Arab Saudi sedang menghadapi masalah dalaman,jadi mereka perlu meyelesaikan isu terbabit sebelum mencampurinya dengan urusan luar,” jelas Hassan Rouhani dalam satu temubual yang disiarkan di televisyen pada rabu.

Sebaliknya Arab Saudi digesa menyelesaikan dua isu utama itu terlebih dahulu sebelum menjadikan Iran sebagai seteru.

Kedua-dua negara kuasa besar terbabit telah bertelingkah sejak sekian lama terutama isu yang melibatkan fahaman sunni dan syiah hingga membawa kepada kemudaratan seperti di Qatar, Yaman, Syria dan Lubnan.



Source link

read more

KHALID SAMAD JADIKAN ISU AGAMA SEBAGAI BAHAN POLITIK!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Ingatkan selepas dia keluar dari PAS, perangai haramjadah nak jadikan agama sebagai bahan modal Politik murahan ini pun akan ditinggalkan. Rupanya, lagi teruk peranagi Si Khalid Samad ni.

Tindakan dia tu sampai ditegur oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mengganggu dan kerap mencelah semasa Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan jawapan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Semasa sesi yang sedang membincangkan isu agama dan perkembangan kumpulan atheis dalam negara, Si Khalid Samad tu sibuk mencelah membangkitkan beberapa perkara berupa dakwaan mengaitkan agama dan politik.

Tindakan Khalid yang kerap mencelah dan tidak memberi peluang kepada Asyraf Wajdi untuk menjawab mengundang kemarahan Pandikar, seterusnya memberi amaran untuk mengarahkan Khalid keluar dewan sekiranya masih terus berdegil.

“Saya yang menimbang sama ada apa yang dihujah itu melanggar peraturan atau tidak. YB Shah Alam tadi cakap, saya teliti, tetapi dihujung hujah dikaitkan politik daripada agama. Apabila Menteri beri jawapan, bermakna hujah yang dipolitikkan terpaksa dijawab dengan politik,” kata Pandikar.

Datuk Dr. Asyraf dalam penjelasannya berkata, dia terpaksa menjawab isu itu secara politik kerana tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan oleh puak pembangkang adalah tidak berasas.

“Walaupun Islam adalah agama persekutuan namun Islam agama yang adil dan mengiktiraf kebersamaan, selain meraikan kepelbagaian agama di negara ini. 

“Tiada dalam dunia mana-mana agama yang ada patung Buddha terbesar di Asia, patung Hindu terbesar di Asia tetapi kita tidak pernah mengalami pemberontakan dan ketidakpuasan hati kerana Islam yang dibawa Barisan Nasional tidak pernah mendiskriminasi sesiapa,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Siti Mariah Mahmud mengenai perkembangan Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur, Asyraf Wajdi berkata ideologi itu adalah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Dari satu sudut, tindakan Si Khalid Samad tu bukan sahaja mahu menjadikan isu agama sebagai bahan Politik Murahannya. Malah dia juga seolah – olah cuba mempertahankan ajaran Atheist yang sedang menular dikalangan masyarakat dengan bertindak sedemikian!!!




Source link

read more

Fattah Amin jadikan Nabi Muhammad rujukan jika jodoh dengan wanita berusia



PELAKON sensasi, Fattah Amin tidak menolak seandainya menemui jodoh dengan wanita yang lebih matang dan berusia daripadanya.

Kata Fattah, 27, dia menjadikan kisah Nabi Muhammad S.A.W sebagai rujukan berkaitan jodoh dan menganggap usia bukan penghalang.

“Saya tidak kisah siapa isteri saya, terima sahaja tua atau muda sebab jodoh itu rahsia Allah.

“Malah, Nabi Muhammad S.A.W pun memperisterikan Siti Khadijah yang berbeza usia 15 tahun.

“Saya harap semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja,” kata Fattah ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian AJ de’Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Gosip kisah cinta Fattah dan pelakon jelita Nur Fazura mula diperkatakan apabila kedua-duanya digandingkan untuk membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada pertengahan tahun ini.
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons