Ada niat jahat siar berita tiga tahun lalu – CUEPACS


b

MO,12/3/2018, KUALA LUMPUR – Tindakan pihak tertentu membangkit semula isu persaraan penjawat awam pada usia 62 tahun baru-baru ini jelas mahu membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) .

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, isu tersebut sudah selesai dan kerajaan menetapkan usia persaraan kakitangan awam kekal 60 tahun.

“Memang kita pernah membuat gesaan ini, tetapi itu tiga tahun lalu dan semuanya sudah selesai.

“Saya tidak faham mengapa ia dibangkitkan semula melainkan ada niat-niat tertentu untuk menimbulkan kemarahan kepada kerajaan dan kakitangan awam,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Sabtu lalu tular, kenyataan akhbar CUEPACS tiga tahun lalu yang meminta kerajaan mempertimbangkan had umur persaraan kakitangan awam dinaikkan kepada 62 tahun berbanding 60 tahun.

Berita bertarikh 9 Mac yang turut disertakan gambar Azih itu menimbulkan pelbagai komen negatif sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen yang mendakwa perkara itu sudah tidak relevan.

Azih berkata, beliau juga tidak berada di Kemaman, Terengganu ketika artikel itu dikeluarkan pada 8 atau 9 Mac lalu.

“Saya tidak berada di sana pada hari berkenaan dan saya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Zulin Aziz kesal digelar perempuan Melayu jahat


PELAKON dan penyampai radio, Zulin Aziz kesal apabila digelar ‘wanita jahat’ oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Perkara itu berlaku gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ baru-baru ini.

Kekecohan bermula apabila pengguna laman sosial Facebook (FB) berkongsi artikel tersebut dengan menulis kapsyen ‘Perempuan Melayu S****l’.

Zulin yang terguris kapyen ditulis wanita tersebut kemudiannya membalas di akaun FB dan telah mendapat sokongan para peminat.

“Saya bukan tahu jodoh saya dengan siapa… Kalau saya cakap tak nak nanti, itu yang saya dapat…Sebab itu saya reda je lah, itu pun kena kecam.

“Ada yang salah ke ayat saya tu? Tang mana yang salah?,” tulisnya merujuk kepada posting dibuat wanita tersebut.

Bagaimanapun, menerusi sebuah komen, wanita tersebut mendakwa akan menyaman Zulin yang dianggapnya sebagai pembuli siber.

Wanita itu juga mendakwa sudah membuat laporan polis terhadap Zulin.
 

Bagaimanapun Zulin tidak gentar dengan komen wanita tersebut dan mendakwa ada komen-komen lain yang lebih dahsyat ditulis serta ditelah di ‘screenshot’.

Sementara itu di akaun Instagram Zulin turut memberitahu dia telah memadam beberapa posting atas nasihat peguam dan pengurusnya.


 

 



Source link

read more

Selain menentang kuasa jahat Justice League perlu berlawan dengan pengkritik



LONDON: Jika usaha menyelamatkan Metropolis dan Gotham City daripada cengkaman kuasa jahat sudah cukup memberikan tekanan kepada sekumpulan adiwira, bayangkan pula sekiranya mereka terpaksa berdepan dengan satu lagi ‘musuh hebat’ iaitu golongan pengkritik filem.

Tenaga kerja filem inspirasi komik DC, Justice League, setakat ini masih belum mendapat maklum balas positif yang mencukupi untuk menyaingi filem-filem genre seumpamanya dari pesaingnya, Marvel.

Justice League mengetengahkan watak-watak besar dari dunia DC dan bintang ternama termasuk Ben Affleck sebagai Batman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, dan Ezra Miller sebagai The Flash.

Gadot yang sebelum ini menerima pujian atas kejayaan filem Wonder Woman, berkata beliau menggunakan keyakinan tersebut untuk menghidupkan kembali watak itu dalam Justice League.

“Saya hampir tiada ‘rehat’ kerana sehari selepas berakhirnya filem Wonder Woman, saya terus ke set penggambaran Justice League.

“Saya masih dalagi dalam pembawaan karakter dan saya hanya perlu mengikut jalan cerita serta konteks setiap adegan dan hala tuju pengarah,” ujar Gadot kepada Reuters.

Sementara itu, Momoa meletakkan harapan tinggi terhadap prospek filem itu.

“Saya harap peminat akan menikmati apa yang Zack Snyder dan saya lakukan untuk watak Aquaman,” ujarnya.

Tahun lalu, filem Batman Vs. Superman: Dawn of Justice hanya meraih lebih AS$870 juta dalam kutipan box office sedunia, namun hanya mendapat penarafan 27 peratus dalam laman reviu filem, Rotten Tomatoes.

Bagi sebuah lagi francais DC iaitu Suicide Squad, menerima sambutan kurang memberangsangkan dan hanya merngutip kira-kira AS$745 juta di box office.

Lain pula dengan judul-judul filem Marvel seperti The Avengers (2012) dan Avengers: Age of Ultron (2015), yang masing-masing membawa pulang kutipan AS$1.5 bilion dan AS$1.4 bilion.

Penonton pada tahun 2017 bagaimanapun memberi sambutan hangat kepada Wonder Woman, yang meraih AS80 juta lebih tinggi daripada Dawn of Justice, serta menerima maklum balas positif.



Source link

read more