Jalaluddin Hassan bercakap seorang diri selepas kematian isteri



DATUK Jalaluddin Hassan, 63, dan pasangannya, Rapidah Abd. Ghani, 43, sudah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Ahad lalu.

Namun, ada kisah pilu yang tidak diketahui umum pada pagi sebelum Jalaluddin berangkat ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur untuk bertukar status kembali menjadi suami orang.

“Saya tidak pernah melupakan arwah isteri saya (Hashimah Mad Ehsan) dan pada pagi sebelum bernikah pun saya sempat ke kubur arwah pada pukul 7 pagi lagi.

“Saya meluahkan perasaan saya dan menyatakan hasrat hati. Bercakap pun seorang diri.

“Kadang-kadang kalau lihat balik memang nampak macam orang bodoh, tetapi itulah caranya untuk saya berkongsi cerita kepada arwah,” katanya sedih.

BACA: Jalaluddin mahu berbulan madu di Moscow tapi…

Jalaluddin dan Hashimah mendirikan rumah tangga selama 40 tahun dan telah dikurniakan lapan orang anak dan 14 cucu.

Hashimah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair. 

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Jalaluddin mahu berbulan madu di Moscow tapi…



Selamat bergelar suami isteri, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menyatakan hasrat untuk ‘berbulan madu’ bersama isterinya, Rapidah Abdul Ghani, 41, di Moscow, Rusia.

Perancangan itu telah dibuat bersama anak-anak dan cucu-cucunya sebelum majlis perkahwinan yang diadakan semalam (Ahad).

Bagaimanapun, Jalaluddin terpaksa membatalkan impiannya untuk ke Moscow kerana beberapa sebab.

“Pada mulanya saya berbincang dengan isteri saya untuk ke Moscow bersama keluarga saya yang sudah lama merancang untuk melancong ke sana.

“Memang setiap tahun kami sekeluarga akan meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama.

“Namun, Rapidah menolak pelawaan saya sebab dia mahu mengambil masa lebih panjang untuk mengenali lebih dekat anak-anak dan cucu-cucu barunya.

“Dengan masa yang ada ini biarlah dia kenal dahulu dengan anak-anak dan barulah kami akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah,” katanya kepada Astro Gempak.

Jalaluddin dan Rapidah selamat bernikah pada pagi Ahad dengan sekali lafaz di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis itu dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu dan menyaksikan pengantin lelaki menghadiahkan lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 berbalas tujuh daripada pihak Rapidah.

Pasangan itu berkenalan pada Ramadan tahun lalu ketika pengacara Who Wants To Be A Millionaire menghadiri rumah terbuka abang Rapidah, Lokman Ghani di Melaka.

Jalaluddin pernah mendirikan rumah tangga dengan Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah isterinya meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit pada tahun lalu.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kerusi urut RM20000 jadi hantaran



AKTOR veteran, Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Rapidah Abdul Ghani, dalam satu majlis ringkas sebentar tadi.

Jalaluddin, 63 tahun, dan Rapidah, 44, dinikahkan oleh abang pengantin perempuan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Jalaluddin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Rapidah, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Rapidah menerima lima dulang hantaran, termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000, dan menyerahkan tujuh dulang hantaran sebagai balasan.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumahtangga dengan Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia pada November 2016 akibat komplikasi penyakit paru-paru berair dan buah pinggang.

Oktober lalu, Jalaluddin memberitahu media dia sedang dalam proses mengenali seorang ibu tunggal yang dikenali melalui laman sosial Facebook.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons