Trump jalani pemeriksaan kesihatan pertama sebagai Presiden AS



MARYLAND: Buat pertama kalinya, Donald Trump melakukan pemeriksaan rawatan sejak menjawat Presiden Amerika Syarikat (AS).

Pemeriksaan itu dibuat ketika Trump melakukan lawatan di Hospital Tentera Walter Reed di Bethesda, Maryland.

Sepanjang minggu Jurucakap White House, Sarah Huckabee Sanders, sibuk mempertahankan ketuanya, sejak pelancaran buku “Fire and Fury: Inside The Trump White House” karya Michael Wolf.

Wolf menggambarkan Trump yang berusia 71 tahun sebagai tidak berdisiplin dan tanggungjawab sebagai presiden melampaui kemampuannya.

Bagaimanapun, selepas terbitnya buku berkenaan, Trump bertindak agresif dengan mendakwa dirinya sebagai manusia genius dan stabil. Dia juga melawan cadangan yang cuba mengaitkan mentalnya sebagai tidak stabil.

Pemeriksaan yang dilakukan beberapa jam itu, dipercayai memeriksa tekanan darah, kandungan kolestrol dan gula.

Trump berusia 70 tahun ketika memasuki White House pada 20 Januari 2017, menjadikan presiden tertua ketika menjawat jawatan tertinggi AS itu.



Source link

read more

Pac-Man akan jalani latihan di Johor selama sebulan



Ikon tinju dunia, Manny Pacquiao bakal membuat penampilan dalam acara berprestij yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur.

Acara sukan tinju pertama di Malaysia itu adalah hasil cetusan idea Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan dijangka bakal mencetuskan fenomena sekali gus mengangkat profil sukan itu di rantau ini.



Source link

read more

Bawa anak jalani pemeriksaan kesihatan – Nasional


TUMPAT 21 Dis. – Golongan ibu bapa perlu mengikis sikap ambil mudah berhubung pemeriksaan kesihatan anak-anak yang berusia antara tiga hingga empat tahun.

Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Faizah Ghazali berkata, pemeriksaan kesihatan pada usia tersebut amat penting bagi memantau perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak dan mengesan sebarang masalah lebih awal.


”Kebanyakan ibu bapa mengambil mudah perkara ini apabila tidak membawa anak-anak mereka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Mereka beranggapan suntikan imunisasi ketika berusia dua tahun sudah mencukupi.


“Jangan ambil mudah perkara ini. Jangan tunggu anak demam atau sakit sahaja. Usia antara tiga hingga empat tahun inilah masa terbaik untuk kita dapat mengetahui keadaan kesihatan anak-anak,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Melancarkan Projek Pendidikan Kesihatan ‘Anak Sihat Permata Negeri’ di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor, di sini hari ini.


Faizah dalam pada itu menegaskan sekali lagi, sikap ambil mudah perlu diubah demi kesihatan anak-anak kerana perkara itu bakal menentukan proses tumbesaran mereka lancar atau tidak. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kerana cinta gadis 22 tahun jalani 30 prosedur pembedahan plastik



USIANYA baru 22 tahun, namun dia telah menjalani hampir 30 prosedur pembedahan plastik sejak lima tahun lalu.

Semua itu dilakukan bintang YouTube Hong Kong, Berry Ng, demi cinta terhadap teman lelakinya.

Memetik laporan China Press, Ng mengakui mengalami masalah kurang keyakinan diri sejak awal remaja lagi.

“Saya sering membandingkan diri saya dengan kecantikan yang dimiliki peragawati dan bintang terkenal. Saya tahu ia tidak patut tetapi saya tidak dapat halang diri saya,” katanya.

Perkenalan Ng dengan seorang lelaki yang sembilan tahun lebih tua tidak lama selepas itu, membawa Ng berjinak-jinak dengan pembedahan plastik.

Jika kebanyakan lelaki akan menerima teman wanita mereka tanpa syarat, sebaliknya pula berlaku pada Ng. Dia diyakinkan teman lelakinya bahawa dia ‘tidak cukup cantik’.

“Dia kerap memuji gadis lain dan mengatakan saya tidak cukup cantik. Setiap kali saya melakukan prosedur pembedahan plastik, ia tetap tidak memuaskan hatinya.

“Saya melakukan prosedur di bahagian dahi, mata, pipi, hidung dan dagu. Namun dia tetap tidak memuji saya,” cerita Ng.

Tambah Ng, jika dia mendapat pujian seperti yang diharapkan, dia akan berhenti melakukan kesemua prosedur itu.

Kemuncaknya apabila Ng melakukan pembedahan payudara selepas teman lelakinya mengkritik ‘saiznya terlalu kecil’.

Namun ketika dia terlantar di hospital selepas pembedahan, teman lelakinya datang dan memarahinya, sambil mendakwa dia tidak pernah menyuruh Ng melakukan pembedahan itu.

Kesabaran Ng sampai ke penghujung selepas melihat ibunya kerap menangis sewaktu menjaganya di hospital, lantas mengambil keputusan memutuskan hubungan.

Ditanya jika dia suka dengan penampilannya hari ini, Ng berkata, dia lebih suka wajahnya dahulu.

“Kalau saya mampu, saya akan lakukan apa sahaja untuk kembali ke masa silam dan hentikan kebodohan saya,” katanya.



Source link

read more

Rakyat Zimbabwe jalani kehidupan seperti biasa kata Kedutaan Malaysia



KUALA LUMPUR: Keadaan terkini di Zimbabwe kekal terkawal dan penduduknya terus menjalani kehidupan harian seperti biasa, demikian menurut Kedutaan Besar Malaysia di Zimbabwe.

“Ketegangan dan kebimbangan sebelum ini telah reda dan penduduk Zimbabwe kini menanti-nantikan pelantikan ketua negara yang baharu,” menurut kedutaan itu dalam e-melnya kepada Bernama mengenai perkembangan di negara itu berikutan peletakan jawatan Robert Mugabe sebagai presiden.

“Warga Malaysia boleh berkunjung ke Zimbabwe dan dinasihatkan berhati-hati serta mengelak lokasi tumpuan ramai untuk beberapa hari lagi memandangkan rakyat Zimbabwe masih lagi meraikan secara terbuka perkembangan politik terkini berikutan pengunduran Presiden Robert Mugabe,” kata kedutaan itu.

Bilangan warga Malaysia yang diketahui serta berdaftar dengan kedutaan adalah seramai tiga orang.

“Hanya seorang warga Malaysia berada di Harare pada masa ini dan berhubung dengan Kedutaan sementara dua orang lagi berada di luar Zimbabwe dan menghubungi Kedutaan dari masa ke semasa,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Anggota bomba cedera dibenar jalani temuduga kenaikan pangkat dalam wad



PUTRAJAYA: Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang cedera ketika melaksanakan tugas dan tidak dapat menghadiri temuduga kenaikan pangkat secara lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menjalani temuduga tersebut di hospital.

Shazlan Mohd Hanafiah, 32, dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Bainun akibat cedera ketika memadamkan api di kilang memproses habuk kayu untuk membuat papan lapis di Tasek pagi 11 Nov, dijadualkan menghadiri temuduga pada 13 Nov.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata JBPM berhubung dengan SPA bagi memaklumkan keadaan Shazlan dan memohon supaya Shazlan dibenarkan ditemuduga di wad dan ia dipersetujui oleh SPA.

“Saya tidak pasti bila temuduga berkenaan akan diadakan kerana malam tadi saya dimaklumkan beliau yang sudah dipindahkan ke wad biasa masih belum ditemuduga,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan JBPM di ibu JBPM di sini hari ini.

Wan Mohd Nor berkata Shazlan akan menjalani temuduga kenaikan pangkat daripada pegawai JBPM gred KB19 ke gred 29.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada SPA di atas kebenaran yang diberikan supaya Shazlan untuk menjalani ditemuduga di hospital.

— BERNAMA



Source link

read more

Anwar Ibrahim akan jalani pembedahan bahu



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) esok untuk menjalani penilaian pra-pembedahan bagi merawat kecederaan di bahu kanannya berikutan kemalangan pada September lalu.

Sehubungan itu, ahli keluarganya iaitu Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman menggesa agar pihak kerajaan tidak campur tangan selain beri ruang sepenuhnya pada HKL untuk melakukan pembedahan tersebut.

“Kami menggesa agar kerajaan memberi jaminan bahawa semua rawatan perubatan yang diperlukan Anwar diberikan, tanpa campur tangan serta mendapat akses sepenuhnya kepada kemudahan pemulihan di hospital.

“Ini berikutan akses kepada kemudahan pemulihan itu cukup terhad untuk pencegahan selepas pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

“Kami juga menggesa agar badan hak asasi manusia dibenarkan bertemu beliau untuk memantau keadaan sepanjang pembedahan dan pemulihan selepas pembedahan,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Pada September lalu, kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya.

Peguam Anwar, R Sivarasa berkata, kemalangan berlaku di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama, Sungai Buloh ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas diwadkan selama empat hari.

Sementara itu, Anwar dijangka akan menjalani pembedahan pada 12 November ini.

“Pembedahan ini amatlah rumit dan penjagaan selepas pembedahan yang rapi sangat diperlukan.

“Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap para doktor HKL untuk menjalankan pembedahan ini dengan penuh profesionalisme,” katanya lagi.

SUMBER SINAR HARIAN



Source link

read more

Baling batu di lebuh raya Tiga remaja diarah jalani pemeriksaan mental



FLINT: Hakim mahkamah Michigan mengarahkan tiga daripada lima remaja jalani pemeriksaan mental selepas mereka didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki.

Pemeriksaan itu dijangka akan melengahkan pendengaran kes tersebut hingga 11 Januari depan.

Kelima-lima remaja itu didakwa membunuh Ken White tanpa niat.

White terbunuh selepas terkena sebutir batu yang dibaling kumpulan remaja itu dari laluan atas Lebuhraya 1-75 di Wilayah Genesee melepasi cermin depan van yang dinaikinya pada 18 Oktober lepas.

White merupakan penumpang van itu ketika kejadian.

Hakim mengarahkan pemeriksaan mental dijalankan ke atas Kyle Anger, 18; Mark Sekelsky, 16 dan Trevor Gray, 15.

Hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat lebih 20 ketulan batu di laluan atas Lebuhraya 1-75 itu yang terletak 130 kilometer utara Detroit.

Beberapa kenderaan lain turut alami kerosakan akibat perbuatan kumpulan remaja itu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons