Jalin hubungan sulit TPM Australia umum letak jawatan



CANBERRA: Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce akur untuk meletakkan jawatan selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan bekas setiausaha akhbarnya sehingga wanita itu mengandung.

Pengumuman peletakan jawatan itu telah dibuat di bandar Armidale yang diwakilinya pada Jumaat.

“Saya akan katakan di bilik parti pada pagi Isnin yang saya akan letak jawatan sebagai pemimpin National Party dan timbalan perdana menteri Australia,” katanya kepada pihak media.

Beliau turut memuat naik perkara sama di laman media sosial Twitter.

Dalam postingnya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepadanya, terutamanya rakyat New England.

Joyce turut menyatakan beliau akan tetap terus membela nasib rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Saya akan terus memperjuangkan nasib rakyat sekalipun dalam keadaan susah dan senang. Saya akan menggunakan pengalaman sepanjang saya berkhidmat di bandar ini untuk mencapai matlamat saya bagi memastikan rakyat hidup dengan lebih baik,” luahnya.

Sebelum ini, Joyce telah bertegang urat dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull disebabkan skandal seks tersebut telah melanggar peraturan sebagai seorang menteri.

BACA: Gara-gara skandal seks, PM dan TPM Australia ‘bergaduh’

Menurut undang-undang di negara itu, seorang menteri tidak dibenarkan menjalinkan hubungan sulit dengan pegawainya.



Source link

read more

Jalin kerjasama dengan Celcom Axiata OlaBola The Musical janji persembahan luar biasa



KUALA LUMPUR: Celcom Axiata pada Selasa telah diumumkan sebagai rakan digital untuk OlaBola The Musical yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, 8 Februari ini.

Kerjasama itu akan menyaksikan pementasan teater terbesar tahun ini akan dipersembahkan dengan teknologi tercanggih yang pernah disaksikan penonton di Malaysia.

Dalam satu pratonton khas, media dan tetamu jemputan telah dipertontonkan dengan demonstrasi mengagumkan teknologi yang digunakan dalam OlaBola The Musical, seperti paparan pemetaan #D, bunyi sekeliling 360 darjah, visual animasi dan teknologi pencahayaan paling terkini.

“Kami berbangga menjadi rakan digital rasmi untuk pementasan OlaBola The Musical yang dinanti-nantikan ini. Kisah dalam pementasan ini menggambarkan negara kita dan secara tepat menampilkan kesungguhan, keazaman dan kepelbagaian kita dalam usaha mencapai matlamat bersama.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa bagi syarikat hiburan terkemuka seperti Enfiniti yang tahu mengenai manfaat menggunakan teknologi canggih untuk memberikan pengalaman lebih emersif bagi audiens teater,” kata Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad.

Bagi Presiden Kumpulan Enfiniti yang juga pengarah dan penerbit OlaBola The Musical, Datin Seri Tiara Jacquelina, penyertaan Celcom Axiata dalam pementasan OlaBola The Musical merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan landskap industri seni kreatif.

“Ini akan membawa teater ke tahap baru, bukan sahaja di Malaysia atau Asia Tenggara, tetapi ia berkemungkinan pertama kali dalam dunia untuk teater melalui pengalaman seumpamanya,” kata Tiara.

OlaBola The Musical diadaptasi dari filem pecah panggung 2016, akan menjadi acara pembuka tirai Istana Budaya selepas menjalani proses renovasi, dan akan dipentaskan selama 32 hari, dari 8 Februari hingga 11 Mac ini.

Tiket-tiket bagi OlaBola The Musical ditawarkan pada harga dari RM50 – RM350 dan boleh dibeli di laman web www.olabolamusical.com.

Pelanggan Celcom layak membeli semua kategori tiket pada harga diskaun 20 peratus untuk 500 pembeli tiket pertama.



Source link

read more

Sambutan Thaipusam jalin perpaduan antara kaum – TPM


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap sambutan perayaan Thaipusam esok akan merapatkan jalinan perpaduan antara kaum di Malaysia.

“Hari Thaipusam merupakan keindahan masyarakat majmuk di Malaysia di mana setiap agama dan budaya tumbuh subur dan mekar tanpa sebarang sekatan.

“Hak kebebasan beragama terjamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Tradisi mengekalkan budaya ini adalah atas muafakat pemimpin pelbagai kaum yang berkongsi kuasa di bawah kerajaan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, katanya, kerajaan akan terus komited membangunkan aspek ekonomi, pendidikan dan struktur sosial masyarakat India di negara ini supaya mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga berkata sambutan Thaipusam di Batu Caves adalah yang terbesar sehingga Batu Caves disinonimkan seperti ‘mini India’ di mana ia dibanjiri oleh ratusan ribu penganut agama Hindu dari seluruh dunia.

“Batu Caves kini menjadi ikonik pelancongan peringkat antarabangsa. Ia juga menjadi ‘lubuk rezeki’ kepada para peniaga untuk membuka gerai menjual makanan, minuman, bunga, cenderahati, pakaian dan aksesori bagi menambah kemeriahan sambutan Thaipusam,” katanya.

Oleh itu, pasukan keselamatan turut bersiap-siaga untuk berkawal dan menjaga keselamatan awam sepanjang sambutan esok.

Ahmad Zahid berkata beliau telah memberikan arahan supaya pasukan keselamatan berkawal bagi menjamin keselamatan awam.

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut pada bulan ‘Thai’ iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Mahasiswa UniSZA jalin hubungan dengan pelajar SMK Binjai


KEMAMAN: Seramai 31 mahasiswa tahun akhir Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program  Inspirasi Jalinan Ukhuwah Anak Yatim bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai.

Pensyarah FIK, Zaami Mohamad berkata program itu diadakan bertujuan untuk memupuk minat mahasiswa khususnya mahasiswa tahun akhir bagi menyumbang sesuatu kepada komuniti sesuai dengan UniSZA sebagai sebuah universiti komuniti.

“Ini juga sebagai satu dorongan dan galakan kepada pelajar untuk membina sahsiah diri yang terpuji dan mencapai kecemerlangan dalam akademik,” katanya yang juga penasihat program.

Katanya lagi, program itu menfokuskan kepada pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4 dari sekolah tersebut.

“Kita juga telah menjalankan beberapa aktiviti dan pengisian sesuai dengan umur pelajar yang hadir dengan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama fasilitator.

“Dengan ini mereka dapat meluangkan masa dan dapat bertanya serba sedikit mengenai kehidupan di alam universiti untuk perancangan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah ‘Binaan Monumen Masa Hadapan’, ‘Explorace Kejayaan’ dan ‘Matlamat Kehidupan’.

Program dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (PTNC) HEPA dan SMK Binjai itu berlangsung selama tiga hari itu diadakan di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK).

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, (Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian), Mahzan Hamzah.

Turut hadir, Pengetua SMK Binjai, Mazidah Che Embong, Pengetua Asrama Yayasan Terengganu Kemaman, Mohd Rozaizam Yusoff dan YDP PIBG SMK Binjai,  Wahab Mohd Zin.
_________________________________________________________________________________

*Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.



Source link

read more

Malaysia jalin kerjasama dengan La Liga Sepanyol


JOHOR BAHRU: Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama La Liga Sepanyol dalam usaha membantu meningkatkan kualiti Liga Malaysia (Liga_M).

Melalui perjanjian persefahaman itu, La Liga akan membuka jalan kepada pemain liga Sepanyol itu untuk bermain di Malaysia serta mengatur perlawanan antara pasukan La Liga di Malaysia semasa pramusim.

MoU selama tiga tahun itu ditandatangani Pengerusi PMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), manakala La Liga diwakili oleh Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Oscar Mayo Pardo.

Tunku Ismail berkata kerjasama itu merangkumi setiap aspek dalam pembangunan badan bola sepak di negara kita.

“Ini merupakan pelan pembangunan bola sepak untuk jangka masa panjang dan saya yakin kerjasama ini akan membantu kejayaan bola sepak kita di masa akan datang,” katanya  kepada pemberita selepas majlis menandatangani  MoU itu di sini.

Perbincangan antara FMLLP dengan La liga yang berlangsung selama empat bulan sebelum ini merangkumi pertukaran maklumat, informasi di samping berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam meningkatkan tahap liga bola sepak di kedua-dua negara.

“Kedua-dua pihak akan berkongsi maklumat dan pengalaman serta penganjuran seminar mengenai liga profesional dan pengurusan kelab terutama dalam bidang pemasaran turut menjadi agenda dalam perjanjian ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Cold Storage HappyFresh jalin usaha sama tingkat aktiviti beli-belah online


KUALA LUMPUR: Rangkaian pasar raya Cold Storage mengumumkan usaha sama keduanya dengan HappyFresh, perkhidmatan membeli-belah secara dalam talian, bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd Pierre-Olivier Deplanck, berkata menerusi usaha sama itu, pelanggan kini mempunyai pilihan untuk membeli-belah dari 10 kedai berlainan, termasuk Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall.

“Usaha strategik ini sejajar dengan usaha kami untuk meluaskan operasi e-dagang di negara ini.

“Sama ada menerusi produk segar atau berkualiti dan kecekapan perkhidmatan, GCH Retail sentiasa mencari cara terbaik untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik.

“Menerusi pakatan ini, HappyFresh dapat meluaskan liputan dan meningkatkan perkhidmatan kami di kawasan yang lebih luas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pelanggan kini mempunyai pilihan untuk membeli daripada premis Cold Storage di pelbagai lokasi menggunakan aplikasi dan laman web HappyFresh.

“Ini termasuk Cold Storage KLCC, Wangsa Walk, Great Eastern Mall, Jaya One, Subang Parade, Bandar Utama and Alamanda, Putrajaya, dan premis baharu lain yang akan ditambah termasuk Sunway Pyramid, Mont Kiara dan Section 14 Petaling Jaya,” katanya. — Bernama



Source link

read more

Kumpulan Mpay Jalin Kerjasama Bersama Kelab Sahabat Persaudaraan – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 1 Dis.- Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) telah meterai kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital bagi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

Program itu menerima sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan untuk itu Kumpulan Mpay telah memperkenalkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan Negaraku merujuk kepada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Pengasas KSP, Dr. Mohd. Zamri Noordin, melalui kerjasama secara eksklusif ini, pihak kelab merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan,rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital.

“Visi kami adalah untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi.

“Kerjasama dengan Kumpulan Mpay seiring dengan visi kelab kami dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Tambah Dr. Zamri, ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan kerajaan, masyarakat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus.

“Ini juga membolehkan usaha bagi mendidik masyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah dapat dijayakan dengan berkesan.

Sementara itu, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan MPay, Datuk Chew Chee Seng berkata, program MPay NegaraKu, rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, membayar bil dan tambah nilai kad prabayar telefon bimbit, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah.

“Ciri baharu ini juga akan membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Penghantaran siaran pesanan (broadcast messaging) juga boleh digunakan untuk berkongsi berita penting antara satu sama lain.

“Ini bermakna pengerahan bantuan perkongsian akan lebih cepat ketika kecemasan. Kad prabayar MasterCard yang bertemakan NegaraKu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam era digital baharu ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program MPay NegaraKu, sila layari laman web www.kadnegaraku.com.my – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons