Jam tangan mewah Menteri Thai mohon maaf keluarkan kritikan keras



Menteri Pendidikan Thai terpaksa memohon maaf selepas beliau didapati membuat kritikan keras berhubung isu jam tangan mewah membabitkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Jen Prawit Wongsuwan.

Teerakiat Jareonsettasin, yang mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi dalam wawancara dengan BBC Thai semasa di London baru-baru ini, berkata beliau memohon maaf kepada timbalan perdana menteri, namun pada masa sama, memutuskan untuk terus memegang jawatan, di sebalik spekulasi awal bahawa beliau akan meletak jawatannya dalam Kabinet.

“Saya mengaku membuat komen itu (tentang Jen Prawit), saya rasa agak kurang sopan apabila saya menyebutkan (komen itu) tentang seorang rakan setugas dalam Kabinet atau timbalan perdana menteri. Jadi, saya telah minta maaf kepada beliau,” katanya kepada anggota media yang menunggu di Rumah Kerajaan pada Selasa.

Terdahulu, beliau bertemu Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha dan Prawit.

Timbalan Perdana Menteri menerima desakan bertalu-talu daripada orang ramai yang mahu supaya beliau segera meletak jawatan selepas dilihat memakai beberapa utas jam tangan mewah ketika menghadiri beberapa majlis rasmi.

Prawit berikrar untuk melepaskan jawatannya jika siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Anti Rasuah Negara (NACC) berhubung jam mewah dalam pemilikannya itu, mendapati beliau bersalah.

Teerakiat yang pulang ke tanah air dari London semalam tetapi tidak menghadiri mesyuarat Kabinet hari ini, juga berkata timbalan perdana menteri tersenyum dan menganggukkan kepala semasa beliau memohon maaf atas kelantangannya itu manakala Prayut pula bertanyakan beberapa soalan tentang perkara itu.

Dalam wawancara yang disiarkan semalam, menteri pendidikan itu mengeluarkan kenyataan kontroversi berhubung skandal jam tangan mewah, bagaimanapun terhenti daripada menyebut nama timbalan perdana menteri.

“Mengenai jam tangan itu, jika saya orang yang mendedahkannya, saya akan meletak jawatan selepas jam pertama lagi,” katanya yang dipetik dalam wawancara itu, yang turut dilengkapi klip audio mengandungi kenyataan tersebut.

Sementara itu, perdana menteri yang ditemui media selepas mesyuarat berkenaan, berkata perpaduan dalam Kabinet beliau adalah teguh, dan beliau berkeyakinan bahawa isu terkini berhubung kenyataan Teerakiat itu tidak akan membahayakan kerajaan.

“Kabinet tidak goyah, setiap orang saling menyayangi dan memahami satu sama lain, saling memberi sokongan moral. Jika seseorang itu berbuat salah, maka bermaaf-maafan dan semuanya pun selesai,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan



PRETORIA: Kongres Nasional Afrika Selatan (ANC) memberi tempoh 48 jam untuk Presiden Jacob Zuma meletak jawatan sebagai pemimpin negara itu.

Keputusan itu dibuat susulan mensyuarat kepimpinan tertinggi parti ANC yang berlangsung selama lapan jam.

Presiden ANC, Cyril Ramaphosa menyampaikan keputusan itu secara langsung di sekitar kediaman Zuma berhampiran Bangunan Kesatuan di Pretoria setelah tamat mesyuarat parti berkenaan pada jam 10.30 pagi Selasa.

Menurut Ramaphosa, 65 tahun, mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Pretoria itu menyaksikan pengumpulan segala maklumat dan bahan bukti kes rasuah Zuma, dan maklumat tersebut akan disalurkan kepada semua ahli ANC.

Ramaphosa yang juga Timbalan Presiden Afrika Selatan, berkata beliau telah berbincang secara langsung dengan Zuma berhubung pemindahan kuasa.

Walaupun kepimpinan tertinggi parti mempunyai kuasa untuk perintahkan presidennya untuk mengundurkan diri sebagai ketua negara, spekulasi media tempatan menyatakan Zuma mungkin akan menolak.

Zuma, 76 tahun, diseru untuk mengakhiri pemerintahannya setahun lebih awal selepas Ramaphosa dipilih sebagai Presiden ANC pada Disember lalu selepas menewaskan Nkosazana Dlamini-Zuma, isteri Jacob.

Ramaphosa sebelum ini berjanji untuk menumpukan fokus usahanya terhadap membanteras rasuah serta memulihkan ekonomi negara.

Sejak menjawat jawatan Presiden pada 2009, Zuma dihantui skandal rasuah. Beliau sedang melawan 783 tuduhan rasuah berkenaan perjanjian senjata yang didakwa diatur oleh kerajaan bernilai 30 bilion rand (RM9.8 bilion) pada akhir 1990-an ketika beliau menjadi timbalan presiden.

Zuma juga mungkin akan berdepan undi tidak percaya di Parlimen nanti. Jika beliau berjaya digulingkan, kesemua ahli Kabinetnya juga perlu meletak jawatan.



Source link

read more

Percaya atau tidak ahli politik ini berdiri 8 jam untuk berucap



Siapa sangka seorang wanita yang hampir berusia 78 tahun mampu berucap lebih lapan jam tanpa henti.

Ini yang berlaku, pemimpin minoriti di Amerika Syarikat, Nancy Pelosi, mencatat sejarah apabila berucap lebih lapan jam ketika Persidangan Dewan Perwakilan.

Ucapan Pelosi mengenai hak pendatang asing tanpa izin yang dihalau dari negara ‘Uncle Sam’ itu.

Pelosi mula berucap pada jam 10.04 pagi dan berakhir lapan jam tujuh minit kemudian, iaitu pada jam 6.11 petang.

Beliau berucap sambil memakai kasut setinggi empat inci dan dalam tempoh itu juga tanpa makan dan hanya meneguk air.

Kegigihan beliau dilihat sebagai usaha luar biasa demi menegak keadilan rakyat.

Dalam pada itu, Pelosi turut berucap mengenai persetujuan Belanjawan Persekutuan yang diumumkan Ahli Dewan Senat.

Bagaimanapun, persetujuan itu tidak menyentuh isu sensitif berhubung pendatang asing dan ini yang cuba ditegaskan oleh Pelosi.

Seratus tahun, sebelum ini, Ahli Kongres Missouri, Champ Clark berucap lima jam dan 15 minit.



Source link

read more

Apple Ialah Pengeluar Jam Terbesar Di Dunia Pada Suku Ke-Empat 2017 – Amanz


Jualan jam tangan pintar mungkin tidak setinggi seperti yang diharapkan. Ramai pengeluar untuk platform Android Wear mula menarik diri sejak tahun lalu. Pada suku ke-empat 2017, Apple Watch ialah jam tangan pintar dengan jualan tertinggi. Tetapi lebih menakjubkan ialah ia turut meletakkan Apple sebagai pengeluar jam tangan terbesar di dunia.

Menurut IDC, jumlah jualan Apple Watch pada suku ke-empat 2017 adalah lebih tinggi berbanding jumlah jualan kesemua jam tangan keluaran Swiss. Menurut Canalys pula, sebanyak 18 juta Apple Watch terjual sepanjang 2017 dan ini adalah peningkatan sebanyak 54% berbanding jualan sepanjang 2016. Dari angka yang dikongsikan hari ini jelaslah takrifan gagal mengikut standard yang ditetapkan oleh Apple adalah berbeza berbanding standard yang ditetapkan oleh syarikat lain.



Source link

read more

Huawei Mempatenkan Jam Tangan Pintar Dengan Kaedah Interaksi Serba Baru – Amanz


Skrin pada jam tangan pintar boleh dikatakan bersaiz kecil dan agak sukar untuk dikawal dengan sesentuh. Untuk mengatasi perkara berkenaan, kini Huawei dilihat mempatenkan satu teknologi baharu, membolehkan jam tangan pintar dikawal dengan isyarat diatas jam berkenaan tanpa menyentuh skrin jam anda.

Huawei - Jam Tangan Pintar001

Daripada gambaran yang dikongsikan, jam tangan pintar Huawei ini boleh di kawal dengan isyarat tangan di atas jam berkenaan ataupun dengan menyentuh pada belakang tapak tangan. Langkah ini membolehkan pengguna membuat interaksi dengan jam berkenaan tanpa perlu menyentuh skrin yang bersaiz kecil.

Selain daripada itu pengguna juga mungkin boleh menulis pada tangan, dan jam tangan pintar berkenaan boleh mengenal-pasti apa yang cuba anda sampaikan.

Seperti biasa, buat masa ini ia sekadar pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada Huawei akan menggunakannya pada produk akhir mereka ataupun sebaliknya.



Source link

read more

Dua tiang elektrik tumbang bergelap lebih 24 jam akibat besi dicuri



PALEMBANG: Dua tiang Saluran Udara Tegangan Ekstra Tinggi (SUTET) di daerah Musi Banyuasin, Sumatera, tumbang, susulan besinya dicuri, mengakibatkan bekalan elektrik ke kawasan itu terpadam lebih 24 jam pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, polis berjaya memberkas dua daripada lima individu selepas menerima laporan dari petugas Perusahaan Listrik Negara (PLN).

“Kami dapat tangkap dua individu sahaja kerana selebihnya berjaya melarikan diri,” kata Ketua Operasi Polis Daerah Musi Banyuasin, Kompol Erwin S Manik.

“Sebelum ini kami memang sudah curiga aktiviti mereka ini kerana mereka mempunyai sebuah pondok di sekitar sini dan kami menjumpai beberapa bukti,” beliau dipetik berkata Detiknews.

Dua suspek yang berjaya ditangkap ialah Ratna Dewi yang merupakan bekas pengutip sampah, dan Deni, orang kampung Lumpatan.

Mereka dibawa ke Pejabat Polis Daerah Musim Banyuasin untuk disoal siasat di bawah fasal 363. Sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tujuh tahun. 

Erwin turut menjelaskan, hasil siasatan mendapati besi tiang SUTET telah dicuri sejak beberapa hari sebelumnya secara berperingkat.

Pencuri tersebut telah memotong lima tiang PLN menggunakan gergasi besi dan gerinda sebelum menjualnya ke kilang.

“Bahan bukti yang berjaya kita ambil adalah 305 potongan besi tiang elektrik, mesin gerinda, gergaji besi, skru-skru dan alat pengukur,” tambah Erwin.

Detiknews melaporkan, kejadian bekalan elektrik putus di Kota Sekayu selama lebih 24 jam itu turut berpunca dari tiga tiang lainnya yang mengalami kerosakan dan tidak diperbaiki dengan segera.



Source link

read more

Kerajaan Thailand nafi Prawit Wongsuwan letak jawatan berhubung isu jam tangan mewah



BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan tidak meletak jawatan daripada kerajaan seperti dihebohkan oleh pihak yang membuat spekulasi, demikian diumumkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Lt Jen Kongcheep Tantrawanich.

Menurut beliau, Prawit, 72, berhasrat untuk terus menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

“Jen Prawit Wongsuwan masih berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dan tidak melepaskan jawatan seperti pihak-pihak membuat spekulasi,”kata beliau dalam satu kenyataan ringkas di sini.

Timbalan perdana menteri yang juga bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri Thailand telah berlepas ke Singapura awal hari ini dan akan berada di republik itu sehingga Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN.

Jen Prawit mendapat perhatian orang ramai yang mendesak beliau meletak jawatan selepas beliau didapati memakai jam tangan mewah semasa menghadiri satu majlis kerajaan baru-baru ini.

Kontroversi yang berlarutan melibatkan jam tangan mewah timbalan perdana menteri disebut-sebut sebagai satu daripada sebab bagi kemerosotan populariti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha dalam tinjauan populariti yang dijalankan baru-baru ini.

Bekas panglima tentera darat itu telah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan jika beliau didapati bersalah hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) berhubung isu pemilikan jam tangan mewah.

NACC dalam satu kenyataan minggu lepas berkata ia berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jam tangan tersebut daripada timbalan perdana menteri.

Sebagai membela diri, Jen Prawit berkata jam tangan mewah itu ialah milik rakan-rakannya yang meminjamkan jam tangan tersebut kepadanya.

— BERNAMA



Source link

read more

200 kemalangan dalam tempoh 24 jam



DELNICE: Lebih 200 kemalangan dilaporkan di Croatia dalam tempoh 24 jam gara-gara  salji tebal melanda  kawasan pantai dekat pusat peranginan negara itu sejak Jumaat.

Salji yang turun setinggi lebih tiga kaki itu turut menyebabkan jalan dan lebuh raya menghala ke pusat peranginan berkenaan ditutup.

Selain itu pihak berkuasa turut mengarahkan penduduk tidak meninggalkan rumah masing-masing sehingga ribut salji reda.

Kira-kira 30 kampung di wilayah Rijeka turut bergelap kerana bekalan elektrik terputus.

Ribut salji diikuti angin kuat  membadai kawasan perairan Dalmatian menghasilkan salji setebal hampir lapan inci di sepanjang pantai. 

Jabatan Meterologi mengeluarkan amaran oren dan merah kerana cuaca diramal semakin buruk untuk beberapa hari akan datang.



Source link

read more

Remaja China lumpuh dari pinggang ke bawah selepas main online game 20 jam tanpa henti



BEIJING: Seorang remaja lelaki di China mengalami kelumpuhan dari paras pinggang ke bawah setelah bermain permainan atas talian di kafe internet selama lebih 20 jam tanpa henti.

Portal DailyMail.co.uk yang memetik laman QQ.com melaporkan, remaja yang dirahsiakan identitinya itu sedang asyik bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet di Jiaxing, wilayah Zhejiang.

Dia mula bermain pada Sabtu (27 Januari 2018) dan terus bermain sehingga siang hari Ahad (28 Januari).
Ketika hendak menuju ke tandas, dia menyedari bahawa kakinya tidak boleh digerakkan, malah anggota di bahagian bawah tubuhnya tidak dirasakan sama sekali.

Keadaan itu membuatkan rakan remaja tersebut panik, memandangkan temannya langsung tidak menunjukkan sebarang tanda aneh sewaktu bermain permainan berkenaan dengannya.

“Dia seolah-olah hilang upaya secara tiba-tiba. Tiada pancaindera rasa. Tidak bergerak sama sekali. Maka, kami terus menghubungi ambulans,” ujarnya.

Sejurus ambulans tiba, pegawai paramedik segera mengangkat remaja itu dari kerusi dan di baringkan atas tandu untuk dikejarkan ke hospital.

Lucunya, sebelum meninggalkan tempat itu, remaja itu sempat berpesan kepada rakannya untuk menyambung permainan yang dia terpaksa tinggalkan tersebut.

Keseluruhan insiden itu telah dirakam oleh seorang pengguna telefon pintar yang kemudian ditularkan di media sosial.

Ketagihan permainan atas talian menjadi suatu fenomena dahsyat di negara China, dengan kebanyakan remaja sanggup keluar rumah, ponteng sekolah dan meninggalkan kehidupan sosial hanya untuk bermain permainan kegemaran mereka.



Source link

read more

Yoodo Diperkenalkan Secara Rasmi – Penghantaran Kad SIM Sepantas 2 Jam Di Lembah Klang – Amanz


Semalam telah menyaksikan hadirnya syarikat telekomunikasi baru di pasaran tempatan iaitu Yoodo. Yoodo yang beroperasi dibawah Celcom menawarkan perkhidmatan telekomunikasi secara digital, yang menyasarkan golongan digital masakini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yoodo turut menyatakan apabila menyasarkan golongan digital, adalah penting untuk kesemua pengalaman menggunakannya adalah digital. Bagi mendaftar Yoodo, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi, dan kad SIM akan dihantar kepada pelanggan. Ia tidak memerlukan pengguna membawa kad pengenalan di kaunter cawangan, sekaligus memudahkan mereka.

Proses pendaftaran adalah selepas pengguna menerima kad SIM, dimana pengguna hanya perlu mengimbas kad pengenalan atau passport, kemudian mengambil gambar selfie sebagai tujuan pengesahan untuk pendaftaran.

Selain dari itu, pengguna boleh melakukan tetapan pelan mereka menerusi aplikasi, dan memilih kuota data, panggilan, SMS mengikut apa yang mereka kehendaki. Dan tetapan ini boleh diubahsuai mengikut kesukaan pelanggan, walaupun selepas membeli Yoodo. Yoodo turut menawarkan beberapa pek data, iaitu untuk YouTube, Facebook dan juga Instagram.

Bagi melengkapkan keseluruhan pengalaman penggunaan digital, pembayaran pelan adalah melalui kad kredit atau debit, dan sokongan khidmat pengguna adalah menerusi aplikasi.

Bagi pelanggan di sekitar Lembah Klang, pelanggan boleh memilih penghantaran Segera membolehkan penghantaran kad SIM akan dilakukan oleh GoGet dalam tempoh 2 jam, manakala bagi penghantaran biasa termasuk ke negeri yang lain adalah melalui pos.

Layari: Yoodo

Muat-Turun Yoodo untuk Android

Muat-Turun Yoodo untuk iPhone



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons