Jangan nak tunafoto sangat… | Astro Awani


KUALA LUMPUR: Selaras dengan pertambahan pelbagai istilah baharu Bahasa Inggeris dalam dunia digital, Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu turut memperkenalkan beberapa istilah baharu dalam Bahasa Malaysia. Antara perkataan baharu yang diperkenalkan adalah tunafoto dan suafoto maut yang berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu fotobomb dan killfie.

Berikut senarai perkataan baharu yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia:Jawatankuasa Istilah Semasa & Pusat Rujukan Persuratan Melayu perkenal istilah baharu selaras dengan perkembangan dunia digital.



Source link

read more

Jangan sabotaj parti jika tidak terpilih calon PRU-14 – Terkini


IPOH 15 Nov. – Pemimpin MIC di negeri ini diingatkan supaya tidak mensabotaj parti itu jika tidak terpilih sebagai calon Plihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, ini kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya akan menyebabkan tiada wakil kaum India dalam kerajaan negeri bagi menyampaikan hasrat dan keperluan mereka.

Menurut Subramaniam, mereka yang tidak terpilih sebagai calon perlu meneruskan perjuangan serta memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih demi memastikan kelangsungan parti itu pada masa depan.

“Sekarang boleh lobi, tidak salah buat.Tapi apabila sudah buat keputusan nanti, kita perlu bersatu hati, jangan sabotaj dan ganggu satu sama lain.

“Kalau sabotaj kita juga yang akan jadi mangsa. Kalau tiada wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada exco, siapa yang akan mewakili hasrat dan keperluan masyakakat India di Perak. Jadi siapa yang akan rugi? MIC dan masyarakat Indialah yang akan rugi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Deepavali MIC Negeri Perak yang dirasmikan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Dewan Sebaguna, RPT Seri Desa Rishah, Buntong di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jangan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial – Jailani



KUALA LUMPUR: Jangan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial.

Ini saranan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari kepada pengguna di Malaysia bagi mengelakkan penyebaran maklumat peribadi menerusi internet.

“Kita sebagai pengguna kena ambil peduli. Jangan terlebih kongsi di media sosial.

“Kita juga lihat peratus penggunaan internet juga meningkat daripada tahun 80 peratus pada tahun 2016 kepada 89.3 peratus pada tahun ini,” kata Jailani.

Beliau menjawab soalan dari Teo Nie Ching (DAP-Kulai) tentang tindakan yang boleh diambil terhadap penyebaran maklumat peribadi sensitif orang lain oleh individu-individu tidak bertanggungjawab menerusi internet.



Source link

read more

Jangan guna peralatan elektrik yang terkena air banjir – Suruhanjaya Tenaga



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga menasihatkan mangsa banjir agar tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket berada dalam keadaan basah bagi mengelak sebarang kemalangan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu sama sekali melarang mangsa banjir menggunakan peralatan elektrik yang telah terkena air banjir sebelum diperiksa oleh juruelektrik bertauliah.

“Jangan memetik suis dengan tangan yang basah, semasa berdiri dalam air atau dalam keadaan kaki tidak berkasut.

“Jangan memasuki bilik yang terdapat peralatan elektrik yang belum dicabut dari soket atau suis. Elakkan juga menghampiri bilik yang terdapat percikan api keluar dari mana-mana peralatan atau pendawaian,” jelas kenyataan itu.

Suruhanjaya itu juga melarang mangsa banjir daripada menghampiri kawasan seperti pencawang elektrik atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air selain mengelak daripada memijak atau memandu kenderaan melalui lopak air berhampiran talian elektrik yang putus.

Sehubungan itu, suruhanjaya tersebut menggariskan beberapa kaedah keselamatan elektrik semasa banjir surut antaranya menasihatkan mangsa banjir untuk merujuk dengan pihak utiliti bagi mengetahui status penyambungan bekalan elektrik.

Mereka juga perlu memastikan peralatan elektrik dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan dan memastikan pendawaian rumah diperiksa oleh kontraktor sebelum disahkan selamat digunakan oleh pendawai elektrik yang berdaftar dengan suruhanjaya.

— BERNAMA



Source link

read more

Jangan cepat kecam Harimau Malaya – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 14 Nov. – Harimau Malaya tidak wajar terus dihukum hanya kerana kegagalan melayakkan diri ke Piala Asia 2019 ekoran kekalahan 1-4 kepada Korea Utara dalam kempen kelayakan di Buriram, Thailand semalam, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Malaysia tewas dua kali berturut-turut, kedua-duanya menerusi keputusan 1-4 kepada Korea Utara untuk meletakkan mereka ke tangga tercorot Kumpulan B dengan hanya mengutip satu mata daripada lima perlawanan.

Jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada turut dikritik peminat kerana masih gagal meraih sebarang kemenangan selepas tujuh perlawanan membimbing Malaysia sejak tiba di negara ini pada Mei lalu.

“Kita kena melihat prestasi pasukan kebangsaan dalam konteks lebih menyeluruh, jangan mudah untuk beri kecaman kerana prestasi mereka hari ini sebenarnya mencerminkan struktur bola sepak sedia ada yang memerlukan masa untuk dibaiki.

“Bukan pasukan senior bola sepak tidak bagus tapi prestasi mereka hari ini mencerminkan struktur pengurusan pada tempoh itu yang bermasalah sejak bertahun-tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas menjadi moderator sesi dialog Townhall Dialog TN50: Pemimpin Generasi Baharu Felda Aspirasi Menuju Tahun 2050 di Menara Felda di sini hari ini.

Jelas Khairy, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam bidang sukan negara lebih empat tahun lalu, beliau yakin dengan perancangan masa panjang menerusi pembangunan peringkat akar umbi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal mengubah prestasi pasukan tersebut pada masa akan datang.

Katanya, FAM sedang usahakan sistem yang lebih tersusun,iaitu supaya lebih ramai lagi peringkat akar umbi main dalam liga dengan lebih tersusun kerana prestasi kejayaan yang dicatat oleh pasukan bawah 15, 18 dan 23 tahun dilihat lebih cerah.

“Saya faham apabila kalah, ramai kecam dan kritik, tapi ini projek jangka panjang, perlu ada semangat nasional untuk beri sokongan. Jangan tahun ini kurang berjaya, maka terus menghukum.

“Sebab pasukan bola sepak negara banyak juga muncul dengan pelbagai kejayaan terutama pasukan bawah umur. Saya yakin ada sinar di hujung terowong sukan bola sepak negara, apa yang penting jangan cepat menghukum dengan apa yang berlaku,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jangan main-main dengan Jabatan Imigresen – Mustafar – Negeri Sembilan


TELOK KEMANG 14 Nov. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran kepada orang ramai yang berurusan dengan jabatan itu supaya tidak sesekali cuba menawarkan rasuah kepada para pegawainya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, ini kerana pegawai imigresen telah diminta supaya menahan mana-mana individu yang berbuat demikian.

“Jangan main-main dengan kami. Jangan terfikir untuk memberi rasuah kepada pegawai imigresen. Ada individu yang memberikan rasuah ini telah djpenjarakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kadet Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 4/2017 di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, Mohd. Jasmi Mohd. Juwahir.

Seramai 239 kadet melafazkan ikrar tersebut yang diperkenalkan buat pertama kali kepada pegawai baharu kursus berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mustafar mengingatkan para pegawai supaya mengekalkan JIM sebagai jabatan bermaruah dan menegaskan rasuah bukan budaya jabatan itu.

“Ingatlah bahawa masyarakat sentiasa memandang kita. Pakaian seragam yang kita pakai ini adalah amanah.

“Sebagai barisan hadapan di pintu masuk negara, kita tidak akan berkompromi dengan kedaulatan dan keselamatan negara,” ujarnya.

Mengenai majlis IRB itu, Mustafar berkata, ia merupakan usaha bagi membentuk minda pegawai muda supaya menjauhi rasuah sebelum memulakan tugas dengan jabatan tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pembangkang jangan tipu rakyat ganti GST dengan SST – PM Najib



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pembangkang ikhlas dalam soal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan jangan menipu rakyat kononnya GST patut dihapuskan tetapi dalam masa sama akan mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sudah lapuk.

“Mansuhkan sahaja cukai barang dan nyatakan di mana mereka (pembangkang) mahu menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion setahun. Usahlah perdayakan rakyat,” kata perdana menteri dalam catatan terkini blog rasminya (www.najibrazak.com), hari ini.

Najib menjelaskan bahawa SST yang mahu diguna pakai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.

Beliau berkata pengenalan sistem SST bukan sahaja keterbelakang, malah akan membebankan rakyat secara tersembunyi.

Dr Mahathir sedar akan perkara itu dan pernah mengakui GST lebih baik daripada SST kerana pentadbiran beliau sendiri yang mengesyorkan untuk menaik taraf cukai kepada sistem GST, kata Najib.

“Akhirnya Tun Dr Mahathir bersetuju dengan kerajaan bahawa GST menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion.

“Namun kerana beliau keterlanjuran kata menjanjikan pemansuhan GST, beliau sekarang ini mahu menggantikan GST dengan SST, sebuah sistem lapuk dan tersembunyi yang telah ditamatkan oleh 160 buah negara di dunia. Sekali lagi Tun melakukan u-turn (pusingan U),” jelas perdana menteri.

Beliau berkata Dr Mahathir ingin menampakkan seolah-olah pembangkang akan menghapuskan GST tetapi sebaliknya akan menggantikan dengan SST dengan kadarnya tidak dimaklumkan kepada pembeli bagi mengemis undi.

“Bukankah ini satu pembohongan? Di bawah sistem SST adalah tidak perlu untuk penjual maklum jumlah cukai dalam resit.

“Jadi mereka boleh mengenakan cukai pada kadar yang tidak boleh dikawal penguat kuasa, dan rakyat juga tidak sedar mereka masih dicukai walaupun diberitahu GST dimansuhkan. Tidak dengan GST di mana penjual perlu secara telus menyatakan jumlah kadarnya yakni enam peratus,” jelasnya.

Najib menegaskan dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan lebih sistematik daripada SST.

Katanya, GST diperkenalkan kerana ia lebih moden, telus dan mempunyai perundangan yang lengkap bagi mengelakkan penipuan dan diguna pakai oleh 160 buah negara di dunia, selain mempunyai cara perhitungan dan piawaian yang konsisten dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

— BERNAMA



Source link

read more

Jangan panik ketika banjir – Nahas & Bencana


KEPALA BATAS 5 Nov. – Orang ramai dinasihatkan tidak panik ketika bencana banjir berlaku di negeri ini malah perlu melaporkan segera kepada pihak polis sekiranya terperangkap atau kediaman terjejas.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri, Datuk Mohamad Anil Shah berkata, pihaknya kini menggerakkan kekuatan anggota maksimum bagi membantu mangsa banjir terutama mereka yang perlu berpindah.

Menurut beliau, pihaknya juga akan bersedia 24 jam di semua daerah serta membekukan cuti semua anggota yang terlibat bagi memberi perkhidmatan kepada mangsa.

“Polis juga bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi membantu operasi menyelamat antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat;  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak berkuasa tempatan.

“Beberapa jalan utama juga telah ditutup selepas ditenggelami air seperti laluan Lebuhraya Butterwoth Kulim, Jalan Bertam  Indah, Jalan Siakap dan banyak lagi,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.

Tambahnya, polis sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi bencana seperti ketika ini dan akan menggerakkan segala aset seperti lori, bot dan pacuan empat roda.

Jelasnya, terdapat empat kematian sepanjang bencana ini berlalu iaitu melibatkan dua warga emas di Georgetown dan seorang warga asing yang lemas selepas pokok tumbang menghempapnya di Kampung Perlis, Bagan Dalam sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons